Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
Dear Friends & SALAM ALL,
A few years ago when Kuala Kangsar came calling, we hardly had the time to find and never knew where our old growing up friends were. In the morning we either took our family for a sumptuous Mee Curry and Pau for breakfast at Bawah Lembah, in the evening for some laksa and cendol, had our rounds in front of the school old building, going through the Jam Besar was a must and more often and not end up doing a little shopping at the only supermarket at the end of the town.
Today and for the last 5 years, we have had additional itineraries whenever Kuala Kangsar comes calling. There's always some friends amongst us that add colors and would find time to be together in the name of friendship. Our days and times whenever we were in Kualer were in the company of friends and at Restoren Seli had always been the favorite spot to meet. These were the friends that had brought lots of memories, reminisced back those days that we sorely missed, that filled us with smiles, good laughter which majority makes us submit what a wonderful life that this friendship brings!.
For the past a year plus, we mourned two good friends that had left us forever, Allahyarham Ben @ Radzif and Razali.This Saturday at Masjid Ridzuanniah and in the holy month of Ramadhan we plan to gather again, like we did every other year for the last 4 years in remembrance and to recital our Doa to them whom had left us. Life shall go on for all of us and we never knew whether this will be our last Ramadhan together.
So friends, the message is whatever opportunity that we may have to be together again, how short and simple the intended or planned congregate in store for us next, please and do pre-empt yourself to be there. This FRIENDSHIP of ours, this TOGETHERNESS planned, this PASSION of ours contains all the ingredients in the name of FRIENDSHIP!
See you on Saturday, 27th July 2013 in Kualer.
Wassallam
CPO.
As Salam Kengkawan,
Sebagaimana yang diberitahu kepada mekomer serta bersempena dengan Bulan Ramadhan tahun ini, kiter Cliffordian 73/78/80 akan mengadakan Doa Tahlil dan Morei Berbuka Puasa di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Atas usaha sahabat kita Man Karman, tarikh yang telah ditetapkan adalah pada hari SABTU ini, 27hb Julai 2013.
Kesempatan ini juga, teman mewakili semue ingin menzahirkan raser syukur dan berterimakasih terutama pader Chip, Man, Usop serta kengkawan lain yang telah menderma dan beramal jariah untuk tujuan diatas. Moga sedekah mekomer di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan Allah dan dimurahkan rezeki buat mekomer semue.
Berikut adalah aturcara kita pada hari tersebut, SABTU ini 27hb Julai 2013.
Sabtu 27/7, 6.00 ptg | Ketibaan Jemaah2 Cliffordian 73/78/80 dari dekat, dari utarer dan dari Kawasan Tengah (Kolompor) di Masjid Ridzuanniah, Kuala Kangsar. |
Sabtu 27/7, 6.30 – 7.15ptg | Tazkirah Ramadhan dan Doa Tahlil untuk kawan2, Cikgu2 dan ahli keluarga kita yang telah kembali keRahmatullah yang akan di bawa oleh Ustaz Jamaluddin bin Hj Ahmad. |
Sabtu 27/7, 7.25 – 8.00 malam | Morei Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah. |
Sabtu 27/7, 8.40 – 9.30 malam | Solat Isyak dan Tarawikh Berjemaah |
Sabtu 27/7, 10.00 – 12.30 Pagi | Bersantei sambei bersembang bersama kengkawan di Restoren Seli, Jalan Kangsar sambei pekena kopi, ayour ketum dan juadah2 yang sewaktu dengannye dan berbincang untuk program rayer, "MOH BERAYA DIKUALER". |
Ahad 28/7, 1.00 – 2.30 Pagi | BERSAHUR di Restoren Seli. Hidangan Tempoyak Ikan Keli, Udang masak Tumih, ikan masin goring, Telor Goreng, Sayur dan Ayour hangat |
Ahad 2.45pagi | Bersurai |
Kehadiran dan kedatangan mekomer adalah diharapkan kearah kesinambungan pertalian persahabatn antara kiter serta mengeratkan Silatulrahim yang telah sedia terjalin. Kengkawan yang bukan Islam (NON MUSLIMS) dijemput juga hadir semasa bersantei di restoren Seli dan seterusnye samer2 bersahur bersama kengkawan Muslim yang lain.
KITER BERJUMPA DI KUALER SABTU INI, 27HB JULAI 2013.
Sekian & Wassallam.
CPO
Buat sahabat2 yang mendahului kita dan telah kembali ke Rahmatullah…. Allahyarham Radzif @ Ben, Razali, Affandi, Sazali Nordin, Azman Samsir, Ezani, Aznam Kadri, Khalil, Raja Azlan, Zainal Ariffin dan yang lain.
Sahabat-sahabatku
Sepanjang kehidupan kau menjadi pelita
Menerangi, menyuluh jalan yang berliku
Kegagalan, kesukaran tidak sekali melentur jiwa
Sahabat-sahabatku
Sahabat antara sahabat,
Pada usia memamah semangat, melelah minda
Namun dikau dipanggil dengan tiba tiba
Usia bagimu hanya dorongan mencapai yang Esa
Sahabat-sahabatku
Ku sempat mengimbau ketika bersamamu dahulu
Mengajar diriku erti persahabatan sejati
Namun singkatnya masa bukan halangan bagiku menitiskan airmata
Mengenangmu meluhurkan persahabatan
Sahabat-sahabatku
pemergianmu adalah ketentuan Ilahi
dari lenaku memikirkan kenangan bersama
kesinambungan ingatan akan diteruskan jua
baru diri kenal betapa kehilangan
Sahabat-sahabatku
Tanggungjawab asasi telah kau jalankan
Tuntutan pada dirimu telah kau penuhkan
Kehidupan ku ini akan ku teruskan
Dalam setiap perkara yang dapat dibanggakan
Sahabat-sahabatku
aku doakan tempatmu kelak Firdaus namanya
aku doakan temanmu Sahabat dan Syuhada'
aku doakan pertemuanmu dengan Para Anbiya'
aku doakan bagimu Rahmat Allah yang Esa.
Al-Fatihah.
Mesyuarat tingkap dipengerusikan oleh Tok Mudim Latip Pusing/Karei dan teman dilantik untuk mengambik minit mesyuarat. Berikut adalah resolusi yang telah dicapei dimesyuarat itu sambei Ajih Lumut pekena mee goring hingga menjilat jari.. Temakasih Ajih, belanjer khemer2 malam tadi…
Kengkawan yang tak menghadiri mesyuarat Tingkap malam tadi ambik perhatian dengan resolusi2 yang telah dicapei seperti dibawah.
1. Penghulu2 Besor Kualer, Seli, Zuli, Man Karman, Jalil, Usop ditugehkan ceroyer semue kengkawan kat Kualer untuk datang Moreh Cliffordian 73/78/80 pader 27hb ini di Masjid Ridzuanniah bermula jam 6.30 ptg dimulai dengan Tazkirah Ramadhan dan Doa tahlil untuk Arwah2.
2. Sham Perlih sebelum dan sambei dalam perjalanan ke kualer ditugehkan ceroyer demer2 yang liat bebenor nak turun ke Kualer, tak kire ler samaada sajer demer maleh ker, lesen yong tak lepeh ker… terdiri dari kengkawan belah utarer i.e. Nordin Lapok, Zubir kat Bagan, Hilal kat KKMuder, Syed Tajul dan lain2 supaya luangkan maser barang beberapa jam turun ke Kualer bermoreh dan bersahur awei bersamer kengkawan.
3. Teman ditugehkan bagitahu kat YY balik ke Kualer petang itu.
4. AJK Mesyuarat Tingkap dengan berat hati meluluihkan permohonan Awang ngan Seni untuk tidak dapat menghadiri Moreh pader hari tersebut. Si Awang pasei anak kesayangannye dari Kolompor ngan Ipoh balik rumah cuti Nuzul Quran dan si Seni kerojer nak mencari balik orang yang tersalah lepeh maser bicarer kat Mahkamah tempoh hari. ( Orang yang patut dilepehkan tertidor, orang yang bersalah ngaku die ler orang yang tak bersalah, maka pree2 ler demer bukak gari dan bagi lepeh)
5. Menggesa demer2 yang belah tengah terutama yang belah2 Kajang dan BBB yang terdiri dari Man, Hj Zaini, Zahrin dan FW… mintak ler cop mohor yong untuk menghadiri Moreh kengkawan kat Kualer.. demer habor usah ler asyik dok bawah ketiak yong jer…
6. Teman ditugehkan untuk ceroyer Kengkawan lain yang kat Kolompor untuk konvoi ke Kualer pader hari itu… Sabtu 27hb bermula pukui 2.30 petang dari R & R Sg Buluh.
Mekomer semue sila ambik perhatian dengan resolusi2 yang diateh…
CPO
As Salam Ex Cliffordian sekelian,
Ya Allah Ya Rahman, sekali lagi telah kami masuki gerbang Ramadhan, bulan yang penuh barakah, sekali lagi Engkau janjikan Rahmat dan Maghfirah-Mu untuk kami jika kami bersungguh-sungguh berpuasa, tidak hanya sekadar menahan lapar dan dahaga di sepanjang siang-Mu, tapi menahan nafsu dunia di sepanjang bulan suci ini.
Ya Allah Yang Maha Pemurah, hari ini kami pintakan permohonan pertama kami di bulan yang Engkau bukakan pintu-pintu Syurga-Mu dan Kau tutupkan pintu-pintu neraka-Mu, terimalah amal ibadah kami di sepanjang bulan ini, meskipun persiapan kami tidak seperti para sahabat, meskipun kegembiraan kami tidak seperti yang digambarkan Rasul-Mu, meskipun ibadah kami tak se khusyuk orang-orang yang Soleh, meskipun amalan kami tak seikhlas orang-orang yang mukhlis, meskipun puasa kami tidak seperti puasa para Nabi-Mu.
Ya Allah Penguasa Alam Semesta, di luar sana masih banyak kaum muslimin yang kekurangan, ada yang Engkau uji dengan sakit, kemiskinan, bencana alam, peperangan, dan musibah lainnya, dengan segala keterbatasannya, mereka memasuki bulan ini ya Allah, berikanlah kami kemudahan untuk menjalankan puasa dan ibadah-ibadah kami, yang sakit… sembuhkanlah, yang kurang… cukupkanlah, yang sempit… lapangkanlah, yang sulit… mudahkanlah, yang jauh… dekatkanlah, yang lemah… kuatkanlah.
Ya Allah Yang Maha Berkehendak, bila saat ini kami telah masuk ke gerbang Ramadhan-Mu, sampaikanlah kami hingga ke penghujungnya, berikanlah kami kesempatan memasuki Syurga-Mu kelak, melalui pintu yang Kau janjikan bagi hamba-Mu yang berpuasa, sesungguhnya Engkau Maha Pendengar dan Maha Pengabul Do'a.
Selawat keatas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.
Amin.
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "exsmti78" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to exsmti78+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.