Laman Utama

05 Ogos, 2010

Coretan Pagi (...posted by Amir)

Sent: Mon, 19 July, 2010 9:21:22

Beberapa tahun yang lalu sewaktu saya menaiki pesawat dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, duduk di sebelah saya seorang perempuan yang agak yang usianya hampir sebaya dengan ibu saya. Saya menyapa perempuan tu lalu bertanya, "Apa tujuan makcik ke Kuala Lumpur?".Makcik itu menjawab,Oh...saya nak ke Kuala Lumpur untuk  penerbangan selanjutnya ke Australia, untuk menemankan anak perempuan saya yang bekerja di Melbourne," jawab makcik itu.

Dalam benak fikiran saya yang ingin membunuh waktu dalam penerbangan itu, saya terus bertanya,"kalau tidak silap saya anak perempuan makcik yang bekerja di Australia itu adalah anak kedua, bagaimana dengan anak-anak makcik yang lain adakah mereka berjaya dalam kehidupan mereka?"Oh,,,pasti...anak saya ketiga,doktor di Pulau Pinang,keempat, pengurus bank di Ipoh,kelima, akitek di Kuala Lumpur,keenam, pensyarah di Bangi." "Hebat....anak-anak makcik ya...boleh mendidik anak-anak hingga berjaya semua....tapi macam mana dengan anak sulong makcik?" saya bertanya lagi. sambil menghela nafas panjang makcik itu menjawab.....dia kerja bendang je....bendang pun tak berapa relong luasnya.... Saya langsung bertanya..."makcik kecewa ke drngan kerjanya itu yang cuma kerja bendang....ye le bertani....tak seperti adik-adiknya yang lain?"

Kekawan nak tau apa makcik tu jawab?

Dengan tersenyum makcik tu menjawab.
"Oh....tak macam tu.... saya amat berbangga dengan anak sulong kerana dialah yang membiayai pelajaran adik-adiknya hingga berjaya daripada hasil bendang tu......

Natijah dari coretan ini.......semua orang di dunia ini penting....buka mata mu,fikiran mu,hati mu. Seseorang itu walau apa pun kerjanya,pendidikannya,kedudukannya teap berjasa dan menyumbang kepada kehidupan orang lain.....fikir-fikirkanlah.......


Amir Md Akhir..

Kita Dan Kehidupan VII (...posted by Sham)

Sent: Sat, 17 July, 2010 10:42:33

Sesudah selesai tugas teman di NY, Washington untuk beberapa kali ulang alik, dalam 3 bulan 3 kali ke NY, coretan coretan yang terdahulu, dapatlah di rumuskan bahawa, adanya di tempat yang asing bagi kita dapat menilai keadaan masyarakat antarabangsa, lebih lebih lagi NY, kota metropolitan, pelbagai bangsa wujud di kota ini.

Sosio budaya masyarakat sesuatu tempat adalah tertakluk kepada pemikiran dan falsafah hidup masyarakat insitu. Yang rata ratanya adalah masyarakat individualistik, nafsi nafsi, dan yang bercakap secara kendiri. Rata ratanya, jiwa kosong dengan tamadun material.
Apa juanya dinilai dengan material, spiritual cuma untuk sendiri sendiri.

Begitulah asingnya antara budaya, dengan budaya, dan benarlah apa yang pernah diutarakan dalam ajaran dan ketentuan KhalikNya, agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya banyak berjalan, meluaskan horizon pemikiran, dan menjadikan kita lebih bersifat terbuka, dan mengutamakan orang lain serta dijauhi sikap penting diri semata.
-----------------------------------
Sent: Sat, 17 July, 2010 22:59:21

Perjalanan selepas New York, diceduk pulak latihan pengurusan NGO di Bratislava! eastern  Europe, sebelum ketempat destinasi, dari KLIA menuju ke Austria terlebih dahulu, kerana perjalanan terus ke Slovakia, tidak kedapatan, aka yang berhampiran dengan Brastilava adalah menerusi Austria, sebum ke tempt destinasi, berkeliaran di bandar dipersekitaran Austria, melihat bangunan bangunan lama persejarahan, muzium, park Dan tinggalan perang dunia ke 2, bahasa meluas selaku lingua Franca adalah bahasa Jerman, dik kerana tidak tahu penggunaannya, bahasa mudahnya, bahasa isyarat lah, jadi orang bisu. Yang menyambut kami berdua di Lapangan Terbang adalah pemandu pelancong yang ditugaskan menghantar kami ke penginapan hotel, searing peramah yang fasih berbahasa Inggeris. 

Lega seketika.
------------------------------------
Sent: Sun, 18 July, 2010 9:41:28

Setelah sampai di hotel penginapan yang ditentukan di Vienna, Austria, sementara menyambung perjalanan ke Brastilava, Slovakia, teman dan  Ben (Ibrahim Suffian, kini Pengarah Merdeka Center), bersiar siar di Vienna, melihat lihat Vienna, tatkala itu hari dah hampir gelap, , jam 5 petang, kebanyak retail outlet, supermarket, emporium, telah menutup operasi perniagaannya, jam 5 petang, beginilah kedudukan negara maju, 8 jam rehat, 8 jam kerja, 8 jam lagi bersosialisasi, Vienna yang kependudukannya lebih kurang sejuta jiwa yang menginap di kotanya, sekilas pandang, kelihatan cukup sunyi, dengan bangunan bangunan lama yang tersergam. Perjalanan nya banyak dengan Light Ralway Transit merentasi bandarayanya. 

Sebaik sahaja turun dari hotel menuju diluaran bangunan, dengan tangganya berlingkaran hingga ke tingkat bawah, tidak diketahui bahawa di tepi tepinya hanya tinggal lingakaran kecil menerusi anak anak tangga, sebaik sahaja pijak anak tangga ketiga, tanpa disedari, rupa rupanya, bukan terpijak anak tangga, tapi bergelandangan tergolek macam buah nangka jatuh, gedebup, melewati 10 anak tanggak tergolek golek, aduuuuh, sakitnya, rupa rupanya bukan anak tangga yang dipijak, Mujurlah tak patah riuk, masih boleh bangun lagi dan keluar, sambil menoleh anak tangga tadi, macam mana boleh terjatuh.

Walaupun lucu dengan kejadian, terasa sakit juga, dengan sengal sengal akibat terjatuh dibumi Vienna. Sambil bersiar siar, entah macam mana, teman terpisah dengan Ben, sambil mencari cari le dia, kemana pulak arahnya si Ben ini. Pusing pusing bangunan bolg yang tersergam, rupanya dia mencari teman belah kiri bangunan dan teman mencari dia di sebelah kanan bangunan, panik dengan keadaan tu, berjalan sahaja lah, nak ku tanya siapa tempat penginapan tadi, alamat hotel, jumpa warga Austria ni, nak cakap bahasa Jerman dah tak reti. Kasut kulit keras yang dipakai dah menunjukkan melecet kaki, apabila dah bergesel jalanan yang jauh, rasa rasanya tersasar berpusing blog bangunan tersergam sejauh lebih 3 kilometer. Dah hampir putus asa, mencari Ben tak ketemu, balik le kepangkal jalan, ditinjau tinjau maka nampak lah Ben dari arah bertentangan, "Kemana mike, Ben, , jawab Ben, "Aku cari hang lah, mana hang merayau, " , Jawab teman pada Ben, " Aku pun cari hang jugak, lalu kearah yang satu lagi. Keras jugak tempat ni, boleh menggelapkan pemandangan, walaupun sebentar cuma.. Disepanjang perjalanan ke bilik penginapan , rupa rupanya, disebalik bangunan besar tersergam itulah terletaknya, hotel penginapan kami.
--------------------------------
Sent: Sun, 18 July, 2010 18:17:51

Keesokannya, aku dan Ben, bersiar siar di Vienna, melihat lihat sekeling kota raya nya, kelihatan ramai warga Turki yang menjalankan perniagaan kebab dipersekitaran. Yang anehnya, warga Turki ini dah boleh mengagak yang kami adalah warga Malaysia, tekaannya hanya sekali sahaja, begitulah ketajaman mereka meneka melalui raut wajah dan lenggok manusia di depan mereka. Masa itu, tidak teringat pulak , nak berpotret, mahupun mengambil gambar disekelilingnya. Ketika itu teknologi kamera tidaklah secanggih kini, yang boleh diambil melalui kamera, dan di sebarkan secara imejan, ketika itu hanya teknologi negatif dan perlu diproses di kedai kedai foto, yang kos menerbitkannya agak mahal.
 
Kami berada di Vienna, 2 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Republic Czech, di Slovakia. Di Slovakia ini, keadaannya lebih kurang sama dengan Vienna dari sudut struktur bangunan, yang telah lama didirikan, lebih 1000 tahun, masih dipelihara, Disinilah permulaan nya Tamadun Eropah, yang masih dipelihara dan tersergam. Keistemewaan melihat lihat suasana negara negara di Eropah ini, adalah ibarat melihat lihat di Negeri Negeri Di Semenanjung Malaysia, setiap negeri , itulah negara mereka., Perjalanan kami dari Vienna ke Slovakia adalah menaiki keretapi, dan disitu, kedengaran lah, imigresennya meminta passport dari para penumpang, dengan loghat Czech, "Pasi Pasi Pasi", yakni " Passport Passport, Passport.


Minyak naik Harga (...posted by Yasin)

Sent: Fri, 16 July, 2010 23:49:03

Lawak Tengah Malam: Untuk BJ

Petroleum, or 'black oil' means 'oil from stone' - from the latin petra (stone). No wonder one of the prominent figure in Malaysia is 'as hard as stone' and oleum (oil). Pertol was once a discarded waste product from the distillation of lamp-oil. Angry with the "Nyonya-faced chimney oil lamp" petrol now is taking revenge, and as we could feel the burning-fury, the price keeps going up. The advent of motor car made it the main product of refineries. no thanks to Mr Ford stupidity not using water as the way to keep the motor car moving.
Certain micro-organisms, like yeast, feed on petroleum product. So before long we will be eating protein foods from oil! , but who wants to convert precious into food - especially after all the effort of oil-hungry men to squeeze the oil from stone,....so don't be surprise when one day Batu (stone) Gajah produces oil...hua...hua...hua...hik(sapu minyak gamat kat perut)

Gunsmoke
Yasin Ismail

Yang Aku Telah Pelajari (...posted by Aiznin)

Sent: Fri, 16 July, 2010 19:49:44

Sahabat
 
Yang telah ku pelajari selama ini amat memberangsangkan.
Aku telah bertemu semula kekasih hati
Aku telah bertemu semula kekasih
Aku telah bertemu semula sahabat
Aku telah mengingati pelajaran masa lalu yang lama ku lupai
Aku telah mengenal erti kehidupan namun pembelajaran yang sahabat beri amat memberangsangkan
 
Aku telah kenal diriku semula
Setelah terlalu lama diperantauan
Dan kini aku telah bertemu jalan
Jalan yang lurus dan jalan yang akan ku lalui
Ku lalui bukan bersendirian
 
Ketika dahulu aku tertanya tanya
Kini aku merindui kamu
Kini pagi ku diceriakan dengan nukilan kamu
Kini aku sedar bahawa aku bukan lagi seorang
 
Terima kasih

SA Sulaiman
Nobody Notices What I do Until I don't do it.
 aiznin@live.com

Rentetan sebuah nostalgia (...posted by Yasin)

Sent: Fri, 16 July, 2010 17:37:14

Salam Petang

    Bagi yang bekerja di Kedah, hari ini adalah hujung minggu. Nak ke padang, panas ciuaca, lagi pula minggu lepas, Jumaat dan Sabtu dihabiskan di padang mengadili pertandingan hoki bwh 11thn. Terbuka Sungai Petani. Lebih baik berehat di rumah. Petang begini, romoh teman sunyi, anak pegi tuition. Sang isteri meronda kedai, menjamu mata, sambil menanti anak habis lesson. Selepas sembahyang tadi terlelap. ada masa terluang buka emails. sebentar tadi ada lebih 300 hantaran.
    Waktu zaman kanak-kanak, ibu selalu merintih, minta ruang untuk berehat. Anak-anak yang ramai berebut memulas "knob channel TV". Walau ada 2 channel sahaja, peti TV kotak bergambar hitam putih masih berebut ingin menonton "Danger Island" atau "Speed Racer". Kasihan ibu, tadi pagi bangun jam 5, menyediakan kuih-muih untuk jualan di kedai. Jam 8 turun ke bawah lembah mengadap sungai Perak untuk menukal jaguing, membanting tulang. memang aku dan abang serta kakak membantu, tetapi banyak masanya kami menjadi "hantu". banyak ketika memilukan ibu dengan kerenah kami. Tidak pernah terlintas di fikiran kami akan kehilangan ayah dalam usia kami masih kanak-kanak. Waktu itu aku berusia 9 tahun. Apabila ayah meninggal, kata ibu komplikasi jantung, kami kehilangan tempat bergantung. Dari anak seorang pegawai kerajaan, kami menjadi anak penjual kuih. Kereta dijual ibu, kerana ibu tidak pandai memandu.    
    Masih aku ingat, kali pertama menaiki bas pulang dari Clifford Primary School, setelah bertukar dari Sultan Sulaiman Primary School 2, Kuala Trengganu, petang itu aku menangis dalam bas. Masakan tidak, bas itu membelok kiri ke Talang, sepatutnya ke kanan ke Kota Lama Kiri. Seorang pelajar bernama Roslan (sekarang bekerja di Pej. Tanah Kuala kangsar) menenangkan aku, berkata nanti bas ini akan ke Kota Lama. Lega perasaan aku. masih takut, tiada kawan pada hari pertama di kelas Cikgu Alias. Dia mengenali aku. Datuk aku amat dikenali di Kota Lama Kiri. Beberapa oarang pada awal 70an yang memiliki kereta. Benarlah, anak yatim ini tidak berapa disukai orang, kata orang tua pada waktu itu. Datuk aku ada kereta. Dia tahu cucu-cucunya tidak pernak naik bas, sentiasa berkereta sewaktu ada arwah bapanya, pegawai kerajaan.
    Untuk meneruskan kelansungan hidup, wang pampasan bapa, ibu bina rumah 2 tingkat di Pasit Batang Kulim, Kota Lama Kiri. datuk aku malu, mungkin, jika anaknya yang telah menjadoi balu tinggal di rumah kecil, sedangkan bapanya, keluarganya hebat, dikenali,..juga kata orang....! Tapi ibu aku tidak mahu mengemis harta ayahnya (datuk aku), lantas ibu minta tanah sawah dan getah di kaki bukit sebelah Punti, Ngok, Tanah Merah, Geliong, Karai dan sebagainya. Memang tanah-tanah itu hak ibu. Berat datuk aku ingin berpisah dengan geran. Tapi masih aku ingat kata-kata magis datuk, "Duit seduit , aku jadikan seringgit" mamang datuk aku hebat...!!!
    Ibu berusaha menyara anak-anak dengan wang pencen balu, menjual kuih, menanam jagung. Mulanya kami malu. balu pegawai kerajaan jual kuih. Tapi masih aku teringat kata-kata ibu, "Nak malu ke, nak hudup?" Ibu amat tabah.
    Memang ibu tabah dan cekal apabila menerima pula berita kematian abang sulong aku, berjawatan inspector Polis, masih bujang dan meninggal dunia dalam usia yang amat muda. Ibu tidak menangis, tapi hatinya luluh menerima takdir. Aku anak lelaki bungsu  bertanya ibu, "tidak sedikkah?". kata ibu, "Anak aku ramai lagi. Tuhan ambil dia kerana tuhan sayang pada dia seperti tuhan sayang pada bapa kamu, mati dalam usia muda". Ibu teruskan perjuangan hidup.

    Anak ibu ramai, ibu gembira di usia berikunya.... (ada masa , kita berkongsi lagi)

Salam Hormat

Suatu Waktu: Kuale (...posted by Yasin)

Sent: Wed, 14 July, 2010 12:59:39

Salam pada semua
 
    Sambil mendengar lagu "Suatu Waktu" by Dwen dan menitip kenangan. benarlah kata yang kita dengar dari dahulu. kenangan ini sesuatu yang sentiasa bersama kita, sebahagian dari kehidupan kita. benar juga kata William Shakespear, "as long as man can breadth, as long as eyes can see, as long as live this.. and this lives eternity"
    Kerap kita cuba lari dari kenangan, apatah lagi jika ia adalah catatan hitam dalam perjalanan hidup...sejauh mana berlari ia tetap abadi.
    Kita sentiasa diusik kenangan, dan menitip kembali, cuba membangkitkan rasa indah yang pernah kita cipta. mahukan ia kekal abadi, tapi mustahil ia akan tercipta kembali. Ia hanya kekal dalam lipatan dan sesekali dalam rindu dan sepi mucul mengocak hati.., dan kita kembali rindu pada suatu waktu itu. lantas kita menghela nafas panjang, kerana terkenang kembali keindahan itu.
    Seperti aku, seperti kamu dan ramai kita yang berada di perantauan. ...kenangan zaman persekolahan ,biar di sekolah rendah atau menengah...ia indah belaka. Masakan boleh lupa, setiap ceruk dimana kita pernah lakarkan kenagan bersama menuju kedewasaan.....dari pintu pagar ke kelas, ke kantin, ke khutub-khanah. membaca buku-buku cerita yang memajukan minda kita, kita membongkar kembara dengan buku-buku seperti "Pedro Budak Peru"..kita teruja dengan lukisan Ilama...kemudian kita bangunkan minda dengan Perpustakaan Karam Singh, mencari pengertian dan pentingnya ilmu. Aku didedahkan dengan kisah "Subandrio"..dan terus teruju dengan bertemu novel picisan Mona Gersang di Toko Buku stesen Bus. Komik Marvel membawa kita ke alam fantasi, bersama Beano dan Dandy dengan "Lord Snotty dan Desperate dan" nya.
    Kita mengerakkan daya ingin tahu ke pawagam Rex dan Cathay serta Kapitol...belajar masuk suap, belajar menonton dengan rakan-rakan sekolah, mengakrabkan persahabatan hingga menonton "berdua" mengenali rasa hati atau rasa cinta remaja. Sophan Sophan dan Widyawati bermain di hati. yang brutul kenal Henry Fonda, Clint Eastwood hingga kepada riang ria "The Crazy Boys...." dengan beberapa sitri dan penuh pawagam menambah kedewasaan dengan siri "James Bond" bersama Sean connery, Roger Moore dan George Lazenby hingga berfantasi untuk menjadi hero siri "The confession of...." dan filem Kung Fu bermula dengan Big Boss. Pekan Kuala Kangsar yang tenag pada malamnya mengajar kita sebuah kehidupan hingga membawa kepada kerinduan.
 
Air Sungai Perak masih lesu mengajar
sarat lesunya membawa rinduku dan rindumu
tebingnya sentiasa setia menanti
seperti setia sipengail menanti habuan
 
sesekali pulang
aku bagai orang asing
di bumi ibunda
mencari cebisan kenagan
yang pernah aku selerakkan
budimu amat tebal
bagai tebalnya kasihku
walau rindu itu tak terucap.
 
Salam Hormat
Yasin Ismail

Kita Dan Kehidupan VI (...posted by Sham)

Sent: Sun, 11 July, 2010 0:45:34

Setelah selesai 2 minggu di NY, menhadiri pelbagai kursus dan latihan mengenai perjalanan dan pengurusan NGO, serta program latihan pengurusan pilihanraya, beberapa lawatan dibuat dibawah National Democatic Institute, bergegas balik ke Malaysia semula untuk jalankan kerja yang ada di pejabat, umum diketahui, tiada siapa bertanya apa pun dalam tempoh ketiadaan di pejabat. 2 minggu selepas itu, lawatan ini lebih kepada membina hubungan IFES, International Free and Election Societies serta NDI, tidak ada kemampuan untuk duduk di hotel untuk 2 minggu tanpa tujuan, kos menginapnya terlalu mahal, pemergian kali kedua ini, pergi berempat dan menyewa kereta di JFK airport, dan terus meluncur ke Washington DC. Seminggu di Washington, balik semula ke NY, meneruskan sessi latihan dengan institusi yanh disarankan oleh IFES dan NDI.

Pemergian kali ke 2 ini, kami berempat berulang alik ke NY dari New Jersey, dan kali kedua, udah pandai sedikit, tiada lagi Caribean yang menunggu mangsa, cakap omputihpun dah praktis berminggu minggu, makin lancar dan tidak mudah sangkut, ikut transliterasi Kuale. Speak English while have to think in Melayu, apa bahasa yang nak keluar.

Begitulah serba sedikit coretan pengalaman di NY, Washington dan New Jersey untuk lawatan kali ke 2.


Lawatan kali ke 3, adalah 2 minggu selepas itu, masih juga berjumpa berhubungan dengan IFES dan NDI, dan pemergian itu masih dengan kumpulan 4 orang, memandangkan pemergian ini adalahj kali terakhir untuk misi ini, kami berbelanja di Factory Outlet di New Jersey, bershopping sakan.

Begitulah pengalaman perjalanan di NY, NJ dan Washington, sebelum bangunan WTC NY tumbang menyembah bumi.

Ekspedisi bulan berikutnya di Austria, Czech dan Slovakia. Menyusul nanti.

----------------------------
Sent: Sun, 11 July, 2010 8:32:23

Pengalaman berjalan dibumi asing dengan budaya Asia, khususnya Nusantara, dimana kewujudan kita disitu membuatkan kita menjadi erat walaupun baru ketemu pertama kali, umpamanya yang berasal dari Indonesia, Singapura, iaitu yang serumpun.

Begitulah adat perantau, mencari survival hidup, dibumi asing. Keutamaannya adalah mengumpul sebanyak mana sumber, yang membolehkannya dibawa pulang untuk menjadi bekalan di kala pencen, buat diceritakan kepada generasi ke generasi.

Perjalanan yang dirancang itu, dilihat dari sudut sosio budaya, sosio ekonomi dan juga sosio politik, diambil pengetahuannya, dikaji sebelum sampai ke destinasi. Sesungguhnya diusia matang, awal 40 an, banyak pertimbangan dan perimbangan tataurus mengurus kehidupan perlu diambilkira, kebaikan dan keburukannya.

Pengalaman mengajar kita, bahawa budaya kita yang peramah, tidak akan buntu ke sesuatu tempat, tapi malu bertanya sesat jalan, ataupun terjumpa si Carribean yang sedia menunggu mangsa untuk dibaham. Relatif yang sama juga berlaku dimana mana ufuk dunia, ada sahaja spesies sejenis itu, tatacara atau modus operandinya sama untuk membahamnya. 

Di NY, di NJ, di Washington dan Bumi America khususnya, apa sahaja perkhidmatan yang diberi, kena campurlah 15 Peratus, itulah cara kehidupannya. Kalau nak elak dari service macam tu, buat ikut budaya mereka, "take home", jangan beronggok di kedai kedai mereka.
---------------------------
Sent: Sun, 11 July, 2010 23:02:35

Sebenarnya menjelajah negeri asing ini memerlukan persediaan awalnya mencari maklumat mengenai negara yang bakal dilawati, umpamanya keperluan visa, penginapan, pengangkutan awamnya, bahasa apa yang meluas digunakan, tak terlepas pula, apa bekal yang nak dibawa, ikan sardin tin ke, roti kering, atau roti pound, roti benggali bertujuan lapik perut apabila sampai disesuatu destinasi.

Kalau ke Australia, jangan bawak apa apa makanan, habis dipunggah nye bag kalian, silap haribulan kene denda ngan authority deme di airport. Lebih sukar lagi kalu suspek drug trafficking, 3 jam di kaunter kastam utk clearing, hatta panadol pun deme check! Jadi yang kerap ke Australia tu, banyak pengalaman tersirat, di Sydney digunakan German Shepherd setinggi aras pingang, diciumnya segala apa yang ada di lokasi kita! Jadi hati hatilah!

Walau dimana kita pergi dan lawati, adalah merupakan pengalaman baru bagi kita. Dikebanyakkan negara negara diseantero benua, untuk melihat lihat gabungan 3 tamadun, Kerajaan Byzantium, Islam dan Kristian, Istanbul menepati itu semua.

Jauh perjalanan meluaskan horizon pemikiran kita, mengenai alam dan penghuninya. Dimana pun kita berada disitu langit dijunjung, pasti ada jiwa jiwa yang ikhlas yang sudi membantu perjalanan kita.

Dalam pada itu, waspadalah akan tipu daya manusia, hanya yang dapat mengenal kaca dan intan sahaja, yang mampu merungkaikan, itupun atas kehendakNya.