Laman Utama

06 Januari, 2011

Dagang Pak Malau I, II, III (... posted by Sham)

Sent: Wed, 22 December, 2010 1:23:36

Serasa amat baru, seolah olah berlaku kelmarin, rupa rupanya telah melebihi suku abad ditelan usia, mana mungkin, itu semuanya bermain dalam fikiran, sambil menikmati kedinginan bas diwaktu malam, kulihat dijendela, diluar bulan menerangi langit malam, disampok Bapak Amir, sebentar tadi, maka sudah lama jua kehabisan setok untuk menikmati cengkih yang asapnya beropol ropol itu.

Begitu aneh sekali, bagaimana peristiwa yang lama ditelan masa, masih diingat, diamati, agar ianya tidak membuak kepada pisang berbuah kedua kalinya.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji diatas peti, Hutang emas bisa dibayar, Hutang budi dibawa pergi. Kesayuan keatas sesuatu peristiwa dalam sejarah kehidupan, yang berpanjangan ingatannya.

Baru sebentar tadi, melintasi di Changkat Jering, sepasukan anggota polis trafik menadakan sekatan jalan di lebuhraya panjang, merungkai kegawatan panjang dalam sejarah ekonomi, dimana dirasakan inilah kegawatan yang paling dahsyat dalam sepanjang sejarah gawat, melihat slogan slogan yang ada, Rakyat Diutamakan, rakyat jugalah kena latu dengan kompaun kompaun yang meleret, mana mungkin , kita yang kerdil bisa terlepas dengan kompaun kompaun yang mencengkam, diikuti dengan kompaun kesalan trafik, terkejut dengan angka, RM 24000, apakah mahu dilunasi, atau bisa saja, idak usah dibawa mobil yang tidak pernah rasa mengerti untuk dibawa menurut perundangan kendiri, dilamun dengan kompaun Suruhanjaya Syarikat, penalti sehingga RM 34000, sedangkan, yang menjadi Pengarahnya, adalah bekas Tentera Pensiun, yang menjalankan kerja perkebunan, membawa diri yang bobrok harapan. Namun apa dayaku untuk membicarakan ini, yang diluarnya enggak bisa masuk lagi, maka yang dalamnya dicanda dan dicambuk agar bisa memenuhi kantung perbendaharaan.


-----Original Message-----

Date: Tue, 21 Dec 2010 15:14:22
Subject: Re: Dagang Pak Malau.

Sememangnya takdir itulah yang berlaku, namun suratan yang sudah punyai erti yang tersirat, tidak memampukan kita dan mengira bahawa ada duri dalam daging, yang lama kelamaan membawa barah yang mendatang. Semuanya adalah kenang kenangan hidup, yang dibayangi apa yang telah lalu dan terus berlalu ditelan zaman.

Perjalanan ke Kuala Lumpur diteruskan, meredah kegelapan malam yang panjang, serasa kesunyian pabila melalui suasana malam yang sepi, dengan kedengaran deruman enjin bas menuju destinasi.

Aku terkejut dari lamunan tidur, rupa rupanya bas berhenti di Jitra, mengambil penumpang yang ke Kuala Lumpur, terkial kial, dimana catatanku terhenti.

Sebaik sahaja habis cuti sakit, aku bekerja semula dengan light duty, namun kerjaku memerlukan penyeliaan diluar ladang nan luas, pergilah menyelinap di tunggul tunggul kayu yang reput ditelan bumi, di tepian ladang yang masih ada sempadan hutannya, aku menyelinap di ketebalan hutan, sambil membaca nota nota hafalan untuk dijadikan burung nuri, yang diulang ulang dan umpama latahan Pak Pandir, bertaruh dan tergadai kampung halaman. Teruk juga dan mengeluh panjang, untuk mengubah dan membebaskan diri dari belengu dan lingkaran hidup, yang amat sukar dipintas dengan roda roda hidup yang sedia dengan terasa susah dan peritnya kehidupan di desa pingitan. Tak dipecahkan ruyung, mana mungkin sagunya dirasai.

Aku meneruskan pengajianku disemester kedua, setelah tertangguh selama satu semester, namun penangguhan itu banyak memurungkan aku dari terburainya kasih, aku banyak bermuram durja, disemester kedua pengajian, tersiksa dengan kenangan, namun kehidupan perlu diteruskan, dan sememangnya mengubahl ingkaran kehidupan, memerlukan pengorbanan apa sahaja dari dunia keseronokan, lebih lebih lagi rakan seangkatan bujangku telah ramai yang menamatkan zaman terunanya.

Susah dan sukar memujuk hati yang terluka, namun apa yang berlaku telahpun berlalu, dan tidak mungkin ianya akan menjadi kenyataan, yang telah dimileki orang lain.

Sebaik sahaja melangkau semeater 3 dan empat, aku telah mengadaptasikan setelah lama bermurung, hampir 2 tahun, bermuram durja, seolah olah pungguk merindukan bulan.

-----Original Message-----

Date: Tue, 21 Dec 2010 14:01:27
Subject: Dagang Pak Malau.

Sekitar perjalanan dari Kangar ke Singapura adalah memakan masa kurang lebih 12 jam, dimulai dengan menaiki bas Transnasional, seketika dulu dipunyai oleh suatu institusi yang dinamakan Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang seketika di panggil RIDA, semasa zaman British Malaya, (1956), institusi yang dipertanggongjawabkan untuk membina masyarakat bumiputera yang mampu berdaya saing, tapi yang malangnya, kakitangan dan pemudahcaranya, hanya melemahkan keadaan, dan daya saingnya makin suram.

Hilangnya fungsi Mara, yang ramai dikalangan usahawan bumiputera, secara ironisnya ibarat layang layang putus tali, terawang awang di langit luas, menunggu dibawa angin, sehingga kemana menjunamnya tujuan.

Namun Transnasional telah beralih tuan, diswastakan, diambilalih pengurusannya, namun identiti dan imej transnasional telah melangkau jauh, walaupun ada semula pesaing barunya, Maraliner.

Transnasional inilah yang menjadi pengangkutan jarak jauh antara bandar, seketika dahulu, semasa mula mula ditempatkan di negeri Perlis, 1982, berulang alik dari Kangar ke Ipoh, untuk menjengah kampong halaman, acapkalinya, sebulan sekali, namun setelah memasuki sessi pengajian luar kampus di tahun 1984 hingga 1988, kekerapan berulang alik diselang seli untuk 3 bulan sekali, disemasa cuti pertengahan semester dan cuti semester. Itupun diawal awalnya pengajian, diakhir semester pertama, telah terlibat dengan kemalangan jalan raya, akibatnya patah peha kiri, dan terlantarlah di Hospital Besar Alor Setar, kurang seminggu 6 bulan.

Aku sering bernostalgia, pabila transnasional ini dinaiki dan membawa ke destinasi Kuala Lumpur, untuk diteruskan ke LCCT KLIA, keesokannya untuk ke Singapura. Memori dahulukala , disuatu ketika, entah kenapa dan bagaimana terungkainya cinta abadi dan pertamanya, berderai menyembam bumi, ini semuanya adalah gara gara terlantar di katil Hospital Besar Alor Setar, aku sudah tidak bisa jalan, dirawat disitu sehinggalah tulang baru tumbuh kembali, kenangan bersama, di Minden, Maktab Perguruan Pulau Pinang, disitulah meluluh hancurkan perasaan, yang bisa merobek apa yang selama ini diharapkan suatu pengharapan yang tinggi, namun ianya luluh dipertengahan jalan, semuanya itu adalah suratan takdir.


05 Januari, 2011

Port Dickson, Kenangan Lama Tuan Tuan (...posted by Sham)

Sent: Wed, 15 December, 2010 20:43:03

Perjalanan ke Port Dickson dari Bangi, disusuri ke Kargo KLIA, bertemu Amir, dan menghala ke Port Dickson meredah ladang kelapa sawit, dan sedikit kebun getah, ladang kepunyaan Kumpulan Sime Darby, yang seketika dahulu adalah kepunyaan tuan tuan ladang dari berbangsa Inggeris.

Port Dickson, dikenali sebagai tempat melatih tentera tentera Malaysia sejak dari 50 tahun dahulu, malahan ianya dikenang dari berbagai sudut dan kenangan abadi, kenangan kenangan silam yang punyai nilai estetika seseorang peribadi dan keterbiasaan dilatih dan disusuri dengan pengalaman puluhan tahun, bisa memantapkan pemikiran dan hala tujunya.

Port Dickson, merungkai banyak sejarah silam, melatih perajurit perajurit tanah air, dilakari menerusi filem filem arahan Arwah Tan Sri P. Ramlee. Dengan keterampilan dan semangat jitu kepahlawan membela tanahair yang dijajah, begitu juga Lt. Adnan, yang berjuang mempertahankan negara tercinta dari penjajah baru, dimulai dengan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, sementelahan begitu lama dijajah, sikap kepahlawanan dan kecintaan terhadap mempertahankan negara diabadikan dalam tulisan rulisan sejarah, Sejarah Tanah Melayu dan yang terkini ditulis dan disaring, serta ada yang difilemkan.

Kecintaan terhadap negara tumpah darah ini, disambung dari generasi ke generasi, dan tetap utuh menjaga keunggulannya.

Selamat Berjuang Perwira Tanah Air, Jasamu Dikenang dan Diabadikan Dalam lingkaran sejarah.....Tabik Tuan Tuan.


Alhamdullilah dan terima kasih Tuan Lt Kol Nordin Mansor

Sent: Wed, 15 December, 2010 20:16:08

Terlebih dahulu teman memanjatkan doa kesyukuran kepada Allah swt kerana atas limpah kurnia Nya dapat teman berjumpa semula dengan sahabat lama teman Nordin Mansor aka Lapok aka Andy King.

Dari Kuala Lumpur kami bertolak ke Port Dickson, Cif, YB VP, CPO, Chan, Megataf, Duan Nasib, dan teman. Chan yang datang naik bas dari Taiping tiba lebih awal. Kami sempat makan tengahari di pejabat Cif, terima kasih Cif, sungguhpun simple makanan nya tapi sebab di sediakan dengan kasih sayang maka sedap segalanya dan mengenyangkan. Alhamdullilah dan sekali lagi terima kasih.

Bertolak kami bertujuh dalam dua kenderaan jenama JERMAN. Teman memandu kereta Cif dan si CPO memandu kereta beliau. Pecuan CPO amat deras sehinggakan tidak kelihatan dihadapan kami.

Namun telah berjanji untuk singgah sebentar di R&R Seremban untuk menunggu beberapa sahabat lagi yang telah berjanji untuk bersama sama meraikan kenaikan pangkat sahabat kita.

Setiba di R&R Seremban kami disertai oleh Ismail Ibrahim dan Norizan. Kemudian BJ muncul tiba menyertai gerombolan kami. Sham katanya akan menunggu kami di PD Golf Club tempat yang dipersetujui. Maklumlah Sham dengan tugas beliau tidak mengizinkan beliau bersama kami dari KL.

Tidak payah disebut beberapa panggilan telefon yang dibuat oleh CPO mengajak sahabat sahabat yang lain. Rasa nya wang ringgit yang dihabiskan untuk memanggil sahabat sahabat yang lain telah berjumlah berjuta juta rupiah.

Setibanya kami di PD Golf Club, kami perhatikan Sham telah lepak dengan segelas teh tarik. Lalu bersalaman lah kami semua. Masih mesra masih akrab dan masih menunjukkan kebudak budakan masing masing.

Lama juga kami di PD Golf Resort, sambil menunggu kami mendapati berita bahawa Ajih Berojin dan Usop Shah akan tiba dan Tuan Om Amir akan datang kabar nya.

Setelah berminom dan bermakan kami pun didatangi oleh tuan rumah Nordin Mansor. Beliau telah menghabiskan petangnya bermain golf dan kalau diperamati dari poket nya, ada menang petang tadi.

Wajah Tuan Nordin kita masih serupa, masih ceria dan senang senyom semeyeh nya. Setelah dudok merehatkan diri dan saling berjabat tangan, mula lah cerita masing masing. Kenangan lalu di ingatkan semula tapi kali ini diiringi dengan hilai ketawa dan senyoman panjang.

Tiba lah masa kami berangkat ke Dewan Bankuet, PLPBB PD. Bangunan yang tersergam indah, mercu tanda komitment kerajaan Malaysia terhadap melatih perwira dunia dalam menyertai missi missi pengaman PBB.

Kami dapati meja bulat tersusun indah dan alangkah terkejut kami kerana pelayan sedia bagaikan bidadari turun dari kayangan melayan kami. Memandangkan ianya kawasan tentera, gelak ketawa kami tidak lah seriuh dan tidak lah segalak petang tadi.

Makanan yang disediakan ala masakan Negeri Sembilan, maka bersantap lah kami dan ya! sudu garpu kami tertib tiada berbunyi dan memang stail menjamah makanan, tapi teman bedai ajer.

Terkejut lagi kami apabila sahabat kita, memperkenalkan bidadari dari kayangan untuk bersama menjamu makanan dan menghiburkan kami kemudian.

Selesai makan, kami dijamu dengan teh tarik kurang manis dan kopi O kaw ala tentera. Dalam masa ini juga Om Amir dan body guard nya muncul. Hebat hero kita dengan pakaian seragamnya.

Sepenantian dalam bercerita, sempat pula tuan rumah mendendangkan lagu untuk kami selaku pembuka tirai selepas Megataf mendendangkan dua lagu.

Begitu lah kami sehingga jam 1230 malam. Embun jantan sudah mula bertapak maka kami pun meminta diri dari tuan rumah yang memberi ucapan yang amat bermakna sekali kepada kami. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.

Begitulah ceritanya pertemuan sahabat sahabat yang merantau jauh dari kampung halaman dan bertemu semula.

Namun yang pasti, sahabat ku Nordin Mansur masih serupa masih segak sajak dan masih Nordin Mansur yang ku kenali dahulu. Yang memberi pengajaran kepada ku semasa di 4Sc2 dan semasa di MINDEF.

Tuan, teman tabik tuan sekali lagi dan Tuan, memang teman menghadiri mess dinner pakai black tie dan segala implikasi berkaitan dengan black tie tu. Cuma teman ni dari Naval Reserves dan semestinya Regular Forces will always outrank me.

Terima kasih Tuan. Mohon izin menjalankan tugasan lain Tuan.


--
Aiznin Sairi bin Sulaiman


Keheningan Malam (... posted by Sham)

Sent: Tue, 7 December, 2010 23:50:36

Sudah seminggu berlalu dengan ketiadaan isteri dirumah , kerana menjaga bapa mertua di Kedah Medical Centre di Alor Setar, suatu proses yang merenggangkan keadaan suasana rutin kehidupan. Beginilah perasaan yang ditinggalkan pergi, bagi yang kehilangan isteri yang apatah lagi yang tidak kembali untuk selamanya, pasti merasakan suatu kehilangan, sepi tak keruan, bagi Mior Puaat, Amaludin John, dan yang sewaktu dengannya, serasa itulah yang dirasai bagi yang kehilangan sesuatu yang sukar dicari ganti, pabila sudah tiada, baru terasa, suatu kehilangan yang sukar disuratkan. Semasa ada, serasa ianya suatu perasaan yang sukar diluahkan. Hanya yang kehilangan itu, dapat menyelami sesuatu yang hilang dan sukar diluahkan.

Perpisahan itu adalah suatu yang amat pahit untuk digambarkan dan untuk dicoretkan dalam bentuk tulisan. Beginilah coretan dan perasaan yang dialami bagi yang telah melaluinya, hampir setahun, dua tahun dan serasa ianya amat sukar dalam mengharungi kehidupan tanpa teman bicara, samada di sore dan dini hari.

Bagi yang masih ada, rukunilah dengan sketsa kehidupan yang harmonis, dan meruntun erti kehidupan berkawan dan kita tidak lepas dari runtunan itu, dengan melalui kehidupan yang masih bersisa.

Begitu panjang melalui malam malam yang mendatang, lebih lebih lagi suasana sepi yang berpanjangan, menjadikan malam tak menemui siang, keesokannya.

Selamat Malam rakan rakan, agar dijagai kerukunan yang sedia ada, dan bersabar kepada yang melalui perasaan yang sama.


Poem buat Tasin

Sent: Sat, 4 December, 2010 0:16:08

If I may trust the flattering truth of sleep,
My dreams presage some joyful news at hand.
My bosom's lord sits lightly in his throne,
And all this day an unaccustom'd spirit
Lifts me above the ground with cheerful thoughts.
I dreamt my lady came and found me dead—
Strange dream, that gives a dead man leave to think!—
And breath'd such life with kisses in my lips
That I reviv'd and was an emperor.
Ah me, how sweet is love itself possess'd,
When but love's shadows are so rich in joy!

SA Sulaiman PPA ACIS


03 Januari, 2011

Tahun Baru 2011

Sent: Sat, 1 January, 2011 22:39:17

Melangkah kita ke dekad baru tanpa diminta tanpa diundang. Namun hakikatnya masa tiada menunggu kita. Masa yang kita cemburu tidak memperdulikan kita.

Dalam usaha kita mengejar kehidupan mencari sesuap nasi yang halal kita sering digoda dengan perkara perkara yang membawa kita ke jalan yang meragukan. Kadangkala kita terjerus dalam lubang najis dan kadangkala kita sempat mengelak. Namun apa yang pasti kita mesti tabah menjalani kehidupan ini, kali ini bukan untuk kita tetapi generasi akan datang.

Kita perlu meninggalkan dunia yang lebih baik untuk generasi anak cucu kita.  Generasi yang akan mewarisi bumi bertuah ini. Bumi yang di baratnya Benua Hindi dan ditimurnya Bumi Tionghua.

Kedua dua gergasi ini akan mengemparkan dunia dengan gelagat mereka. Yang sering dahagakan bahan bahan mentah. Rebutlah peluang. Tetapi kita harus jangan lupa gergasi yang sedang tidur. Gergasi yang bergelar Indonesia. Sekiranya soal politik dan kestabilan dalam negeri dapat ditangani, jiran kita akan pasti mendahului kita dalam segala bidang.

Tahun baru selalunya dikaitkan dengan azam baru. Menjadi isteri yang lebih baik, suami yang lebih bertimbang rasa. Ayah yang prihatin terhadap anak anak. Pekerja yang berjuang mendapatkan rezeki halal. Ini semua impian kita ini semua harapan kita.

Insyaallah di dekad ke50 kehidupan kita, kita masih mampu mengembelingkan tenaga menghasilkan yang terbaik untuk Agama Bangsa dan Negara. Majulah sahabat ku majukan dirimu keluarga mu dan persekitaran mu agar ianya lebih baik dari apa yang kita terima.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN DEKAD BARU.

SA Sulaiman ACIS

02 Januari, 2011

Kesunyian Malam Di Tahun Baru. (... posted by Sham)

Sent: Sun, 2 January, 2011 22:54:47

Disebalik umur yang mencecah separuh abad, banyak perjalanan liku liku hidup yang dilalui, diampuh dengan sanjungan jika laba yang dimileki, dicemuh serba serbi, pabila hajat tidak kesampaian, ini adalah kerangka kehidupan dan persepsi persepsi masyarakat yang punyai kayu ukurnya tersendiri, keberangkaliannya ada betul dan ada kesilapan disana sini, kehidupan yang panjang, meruntun pemikiran dan asas yang betul, dalam proses melayari perjalanan yang diurusi kesibukan dan kemacetan serta keruwetan serba serbi.
Disana sini, adakalanya kesilapan disana sini, acapkali berlaku, yang meruntun sepanjang kehidupan untuk diperbetulkan, yang mana hingga ke liang lahad, tidak dilangsaikan.

Peluang memperbetulkan keadaan, walaupun ada ruang disana sini, namun daya ketahanan telah meruntun dan menurun, demi ketuaan usia yang dilalui.

Kehidupan perlu diteruskan, walaupun kekalutan demi kekalutan sentiasa merubah keadaan. Azam demi azam, namun apa yang dicita, masih menanti dan terus menanti, walaupun penantian yang tidak pasti.

Perjuangan masih belum selesai.