Laman Utama

23 Januari, 2011

%0: Kita dan Usia

Sent: Sun, 23 January, 2011 13:26:43

Cliffordian 73/78: Kita dan Usia
 
    Beberapa peristiwa berlaku dalam tempuh seminggu ini. Kita mengira  hari untuk menapak di angka usia 50 tahun, ironinya ada antara kita yang belum sempat mengcongak, tiba-tiba angka itu telah menjengah di jendela usia walau kad undangan belum dititip untuk menerima perkhabarannya.
    Tidak terkecuali,  termasuklah aku yang meraikannya dengan ucapan bagai desir angin berlalu apabila anakku mencium pipi dan menyapa kata "Happy birthday, abah" sewaktu melangkah keluar dari kereta menuju gedung ilmu. Sewaktu aku melamun melayani lagu retro, deringan irama handphone berbunyi. Anakku dari KL juga mendesirkan alunan yang serupa.
    Alhamdulillah, syukur padaMu, Ya Allah memberi aku peluang menghirup lagi udaraMu untuk aku terus melihat anak-anakku menempuh kedewassan dengan ada tempat untuk meledakkan api amarah, jika ada yang tidak kena dalam perencanaan hidup. Aku insaf dengan kebesaranMu, mereka ada tempat mengadu, mengeluh juga meletus mercik gembira. Aku tidak dapat mengadu atau berbuat begitu waktu seusia mereka kerana bapa mengadap Ilahi dalam usiaku yang masih mentah kehijauan.
    Subhanallah, Maha suci Engkau yang melaksanakan gembira anak-anakku seperti dalam setiap doaku. "panjangkan umur aku, aku tidak mampu untuk melihat anak-anakku berduka tanpa ayah. Amat perit dan jerih yang pernah aku lalui,   yang Engkau bentangkan padaku dalam menuju kedewasaan " Aku redha PadaMu aku panjatkan kesyukuran kerana Engkau makbulkan doa hambaMu ini.
    Taniah pada rakan-rakan yang lain, dapat mengecap dan mengucupi angka 50 ini. Kita sebenarnya dirahmati tanpa kita sedari. Aku juga berdoa rakan-rakan lain akan bersama dapat menuju ke garis ini dalam sihat walafiat. Amin.
 
    Peristiwa kedua mengusik tasik tenang ini apabila menerima perkhabaran sahabat yang pernah aku tertanya , dalam jangka masa 30 tahun, dimana gerangan?...dan amat gembira aku bila bertemu kembali setelah kesekian lama, iaitu pada tanggal Jan. 9, 2010 di Candan Galeri. Tanyalah pada Sham, Zubir, zairul, betapa aku teruja dalam perjalanan ke KL untuk bertemu kamu-kamu semua.
    Amat aku berharap agar kita terus berhubung dan terus bertemu, bercerita tentang keluarga, tentang anak-anak kita dan lagi..... dan lagi.
    Maksud aku perkhabaran yang mengusik tenang tasik hati ini bila saudaraku Aiznin Sairi, yang kesihatannya terganggu akhir-akhir ini. Pada saudaraku, Aiznin,  aku panjatkan doa dalam munajatku agar Allah SWT memberi kesihatan sediakala padamu.
    Sedarlah aku, kita sedang bermain dengan usia........... Ya Allah, dalam hening ini aku mohon Engkau sihat kemabali saudaraku Aiznin Sairi....cukup...pada usia begini, bila kita bermonolog, emosi akan terusik.........
 
Gunsmoke
Yasin Ismail


21 Januari, 2011

Golongan Aristokrat dan Borjuis (...posted by Sham)

Sent: Thu, 20 January, 2011 20:50:21

Disepanjang tahun lalu, agak suasana yang teransang dengan pergerakan ekonomi yang terusik dengan melankoliknya suasana performance perniagaan di setiap sektor, dihempap pula dengan kenaikan harga petroleum dipasaran dunia, terdapat disana sini, timbul kesulitan mengurus dan bertindak serta menguji keberkesanan olahan dan pantulan harga yang mendadak, cara biasa bertindak, dan dipersoalkan dari sudut teknikal pergerakan dan tindakan, gelekan dan sentuhan biasa, telah tidak seperti biasa,  kebiasaan, semuanya terkesan dengan permasalahan seantero dunia yang bergolak.

Golongan aristokrat dan borjuis, juga terasa dengan kemelesetan ini, gawat dengan perjalanan dan keruwetan yang meruntun dan merudumnya pelaburan dan perniagaan yang dibina.

Rata rata yang kelas menengah, yang terdiri dari golongan kelas pekerja, tidak terlepas dengan fenomena ini, semuanya di jadual dan diterima akan rukun penawaran dan permintaan, berpada apa yang ada, dan dihindarkan komitmen baru yang menjangkakan pulangan yang tidak dijangka.

Keperluan keatas apa yang dihajati, ditentukan dengan kembali kepada rukun penawaran dan permintaan, tidak lebih dari itu.



06 Januari, 2011

Tahun Masehi 2011. (...posted by Sham)

Sent: Fri, 31 December, 2010 22:13:33

Saban tahun, didendangkan dengan pelbagai acara dan azam baru yang diulang ulang, apa yang tidak tercapai, diazami agar ianya bisa dicapai untuk tahun tahun baru. Bagi pekerja pekerja disektor awam dan sektor swasta, menyambut tahun baru masihi adalah kelepasan am bagi mereka. Setelah menghabiskan keringat dan memulas daya fikiran, suatu agenda menghabiskan cuti dihujung tahun adalah suatu kebiasaan bagi kelas kelas pekerja.

Saban tahun juga diperbaharui apa yang menjadi keazaman yang masih belum selesai, noktah yang tidak pernah berhenti, sehinggalah tanah telah memenuhi mulut mulut yang tidak pernah berhenti bertutur, mengeluarkan ungkapan ungkapan dan seadanya.

Bagi yang telah memasuki alam warga emas, maka persiapan lain perlu diambil kira, meruntun waktu susah dan sukar, serba kepayahan merentasi tribulasi kehidupan. Waktu waktu inilah, kesiapsiagaan untuk hidup yang asasi, maka persiapan bekalan melalui jalan yang panjang dititikberatkan.

Waktu tidak menanti kita, ianya tetap berlalu, dengan tribulasi yang berpanjangan merentasi kisah kisah kehidupan. Susah senang dilalui, ombak badai menyusuri pantai, walhasil mengubah corak dan langkah untuk terus kepada kehidupan yang hakiki.

Kehidupan tidak dilalui bersahaja, disinari dengan tribulasi untuk menyiapkan bekalan untuk destinasi perjalanan yang jauh.

Disisipan jalanan, disitulah simpang siur mehnah perjalanan, membantutkan segalanya, perjuangan kehidupan yang tidak pernah selesai, laksana pusingan roda roda impian, adakala kita dibawah, ada ketika, kita dipuncak.

Moga lamanya umur kehidupan, mematangkan kita dari tindak tanduk yang mungkin tersasar akibat kealpaan, adakalanya naluri besar menginginkan serba serbi, tapi apakan daya, tidak kesampaian tangan untuk dicapai, kerna begitu tingginya langit.



Bagaimana dengan 2010?

Sent: Fri, 31 December, 2010 10:47:20

    Berbagai yang terbit dari "minda" kita untuk menutup tahun 2010. Begitulah lah siri-siri kehidupan yang kita tempuhi. Kita cuba membentuk yang baik dan yang indah, tetapi perjalanan ini bukan kita yang kemudikan. Kita hanya terdaya untuk berusaha, hakikatnya Dia yang menentukan.
    Banyak juga, bahkan terlalu banyak yang kita aturkan dalam langkah hidup ini yang Dia izinkan untuk diterjemah menjadi realiti.
     Bagi aku, selain dari melihat dan mengharap kejayaan anak-anak berlaku dihadapan mata, benarlah itu adalah yang indah dalam kalender hidup 2010, aku juga amat menghargai siri pertemuan dengan sahabat-sahabat Cliffordian 73/78. Amat mengesankan dalam hidup ini. Sepanjang tahun 2010 ini aku dapat semula mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan, melapangkan persoalan yang menyesahkan dada selama ini dan bertemu kembali di beberapa tempat pertemuan....memang ia adalah sangat indah!!
    Terima kasih pada Dia yang memberi aku peluang dalam hidup ini untuk sekali lagi "melalui zaman persekolahan yang amat terlalu indah".  Sesungguhkan 2010 adalah tahun yang indah dalam "erti sebuah persahabatan".
 Kita yang bersama tidak akan mampu menolak fakta "rebonding ' ini sesuatu yang sukar digambarkan indahnya.

Gunsmoke
Yasin Ismail


MENGAPA AKU MASIH RINDU

Sent: Mon, 27 December, 2010 11:39:06

Ku huraikan sebuah sajak

atas nama rindu kepadamu…

 

Agar engkau meyakini, 

betapa aku telah menyimpan namamu dalam seluruh pergerakan hidup….

 

Agar engkau meyakini,

betapa aku masih ingin berkongsi suka duka yang bersarang….

 

Saat engkau

menjengukkan kepala dalam ruang kosong dalam dadaku…

 

Ku huraikan sebuah sajak

atas nama rindu kepadamu….

 

Sebab hidupku menginginkan uluran tangan puisimu

Sebab hidupku menginginkan sepi dalam jiwamu…

 

mendamaikan gelombang resah dalam lautan batinku

Sebab hidup semakin sunyi tanpa huruf-hurufmu…..

 

Jangan henti berpena kawan-kawanku!

 

CPO

 

 


Kenangan lalu

Sent: Sun, 26 December, 2010 21:13:15

Setelah setahun berlalu, namun tiada dirasakan jemu akan kehidupan. Kehidupan yang bergerak kehadapan yang meminta kemajuan diri dan mendesak keberkatan.

Dari masa kecil memang inginkan belaian kasih sayang dari kedua ibu bapa namun diganti dengan kasih sayang seorang insan bergelar Atok.

Kini setelah 49 tahun berdiri dibumi bertuah ini tiba masa untuk menentukan masa hadapan yang tinggal sejengkal lagi. Nafsu untuk terus berada ditempat sediada telah hampar akibat krisis kepercayaan antara majikan dan yang digajikan. Pucuk pimpinan yang tidak mengindahkan anak buah yang memenitingkan diri sendiri tanpa menghirau rintihan yang digajikan. Dasar yang dahulu tidak mengenal kulit kini bertukar. Kulit menjadi ukuran dan bukan kebolehan dan kewibawaan. Dimanakah laungan equality for all! Dan sekiranya ada sekadar melepas batuk ditangga.

Dilema kini adakah patut aku menunggu atau mencari rezeki ditempat lain. Hati yang masih muda memberontak dengan kerenah perkauman baik secara terang mahupun secara halus. Sekiranya aku pergi siapakah akan membela anak buah dan siapakah yang akan membela diri sendiri.

Jelas sekali hati ini tidak sanggup lagi bersandiwara dan sudah mual dengan membela manusia yang masih ingin tongkat untuk berdiri. Berapa pengajaran dan didikan diberi namun masih lemah dan minta dibantu. Tengkok ini tidak sanggup lagi disembelih.

Itulah delimna pada tahun 49 diri ku. Namum berpegang kepada hakikat bumi ini luas dan rezeki hadir pada yang berusaha dan yang bersyukur mikmat pemberian Allah akan ku mengorak langkah keluar dari sarang keenakkan yang dinikmati selama 10 tahun.

Namun aku tanamkan didalam hati yang aku akan pulang kesini dan aku akan memakmurkan bangsa ku kembali. InsyaAllah.

SA Sulaiman PPA ACIS


Dagang Pak Malau. IV - IX (...posted by Sham)

Sent: Fri, 24 December, 2010 1:48:35

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa. Binasalah badan dengan kata kata yang tidak pernah ada kawalan keatasnya. Ikut rasa badan binasa, beginilah bidalan dan peribahasa peribahasa yang diperturunkan sepertimana dalam Sejarah Melayu Melaka.

Kehebatan peribahasa dan bidalan yang digambarkan, adalah menerusi pengalaman dalam perjalanan kehidupan, yang mana itu adalah laluan kehidupan, sejak wujudnya manusia dibumi, jalan ceritanya sama, tempat dan keadaan diketika yang berbeza.

Ilmu Kemanusiaan, masih melalui jalan yang panjang, melalui umur dunia yang bakal kecundang, tatkala matahari terbit dari barat. Tatkala itulah hakiki kemanusiaan, akan berhadapan dengan kerja buatnya, ditempoh umur kehidupannya di dunia ini.


Date: Thu, 23 Dec 2010 13:16:29 +0000
Subject: Re: [7378] Re: Dagang Pak Malau.

Sesampai di LCCT KLIA, hari sudah hampir gelap, cahaya natahari telahpun mahu menginap di balik balik kesuraman malam. Aku meneruskan destinasiku ke Sentral dengan bas, sambil menikmati gulai tempoyak, di Tingkat 2 di Sentral Food Court, bak sirih pulang ke gagang, tambahan pula di Spura tadi hanya beralaskan roti naan semata, dengan air mineral.

Meriah sunnguh suasana di Changi Airport, dengan kebanjiran barangan berjenama dan bebas cukai, disamping itu juga, musim jualan sempena hari natal. Aku sempat juga menyambar 2 pasang Levis, yang sememangnya tiada saiz sebesar itu di Malaysia, inilah payahnya, orang orang besor, macam diriku, yang ramainya di benua Amerika.

Sambil meneliti kehebatan struktur Singapura, yang dikenali sebagai entrepotnya, survival kehidupan masyarakatnya, yang kebanyakannya bekerjaya selaku "service orientated base", dalam setiap aspek kehidupan menyara kehidupan. Rata ratanya adalah golongan pertengahan, dan masyarakat yang bekerjaya, golongan pemodal pemodal mengharapkan mereka ini bagi menjayakan kegiatan memaksimumkan keuntungan, tidak hairanlah ramai warga asing dari negara negara Asean mencari untung diri di Pulau ini.

Sebentar lagi suatu destinasi dari Kuala Lumpur ke Kangar, akan dilalui perjalanan sejauh kurang lebih 500 km.

Selamat Malam rakan rakan, Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang hamba menagih rindu.


Date: Thu, 23 Dec 2010 13:57:19 +0800
Subject: RE: [7378] Re: Dagang Pak Malau.

Hari ini, seawal jam 11 pagi, check out dari tempat penginapan, 2 star kind of budget hotel, saiz biliknya, muat untuk katil, nak berlunjurpun serasa penat, tapi iyu cuma sekadara melelapkan mata, dan mandi manda serta bersolat, cukuplah sekadar itu, untuk pedagang picisan, hanya cukup sekadar apa yang menjadi keperluannya. Singapura ni, kalau hendak datang pun , elok ler sebelum krismas, kalau yang ade kelebihan untuk belanja kearah barangan yang bermutu tinggi, yang pastinya dari jenama jenama yang lebih mengutamakan jenama, banyak terdapat disini dan ditawarkan dengan harga kurang dari 50 persen. Waktu itu sahaja yang boleh dibeli, kalu waktu selain dari itu, untuk dibayar lebihan untuk kos pengiklanan dan pemasaran, serta kos kos yang tersembunyi. Sesuatu elemen barangan untuk dihargakan, adalah menurut prinsip, kos barangan siap dicampur, kos sewa kedai, kos gaji pekeja, kos pengurusan, kos storage, kos pengiklanan, kos pemasaran , kos pengangkutan, dan kesemua kos kos yang di campur itu dijadikan kos barangan akhir dijual pada pengguna, dan juga cukai eksais, jika tidak disebutkan , nanti Om Amir, akan perbetulkan.

Kelmarin, dalam rancangannya, nak bangun awal awal pagi dan ke Marina Bay, tapi, beg yang dibawa, dijinjing., terasa berat, dengan buku buku dan makalah, serta beberapa pasang jeans Levis, yang dibeli di Orchard Street dan buku juga disitu Kinokuniya, rangkaian buku buku yang terbaru sampai dipasaran antarabangsa,, bagi yang gemar akan pembacaan sesuatu isu isu baru dalam pasaran. Sudah pasti, ketika ini, harga runtuh yang ditawarkan, harga yang benar benar jualan untuk melupuskan setok setok lama dan diganti dengan setok setok baru.

Semasa coretan ini ditulis, sedang berehat rehat di Terminal 2, Changi Airport, gunakan Wifi, free dari Malaysia Airlines. Memang bagi pedagang picisan, apabila berada diluar negara nya sendiri, maka jika berjumpa dengan suku sakat nya , ia akan berasa lebih selamat, teringat pengalaman di New York, rakan se Asia menjadi pilihan, walaupun Pakistan, India, Indonesia, Singapura, ianya lebih ramah dari orang orang tempatan, yang kurang melayani kerenah pedagang picisan ini.

Mulai awal tahun depan, agak terkelibat dengan urusan urusan kerja dan penyelidekan, minimumnya 2 Tahun, maksimumnya 5 Tahun. Serba serbi akan dijadualkan dan disesuaikan menurut keadaan. Moga suasana baru ini dapat diadaptasikan, untuk mencari dan terus mencari untuk keterbukaan dari sudut lokaliti dan pengekspot kepada apa yang boleh dikeluarkan.

Sekian, jumpa malam nanti, sambung coretan Dagang Pak Malau.



Date: Wed, 22 Dec 2010 22:51:48 +0800

Sesampai di Airport Changi, Air Asia di terminal 1, inilah kali pertama ke Singapura dengan Air Asia, dolu dolu naik Singapore Airline dan Malaysia Airlines, ikut sajalah kemana arah penanda arah itu ditujukan, menginap bermalam di sekitar Aljunaid, tak padan dengan nama Arab, namun pekannya adalah dipenuhi dengan masyarakat pedagang serba serbi, ada yang menegur sapa, apa mahunya ya, rupa rupanya pedagang seni untuk menerima langganan, aku terasa kaget dengan kepesatan kota singa yang rata rata jurujual di pasaraya pasaraya besar di Takashimaya, Orchard Street, di takluki dengan warga Filipina. Kerja yang nak dibuat, selesai sebentar cuma, namun penantian untuk penerbangan pulang adalah keesokannya.

Malam ini kepenatan dengan perjalanan yang jauh, sejak dari malam semalam, tidor hanya tidor tidor ayam, keesokannya, merancang keluar awal dari tempat penginapan, untuk menuju ke Marina Barrage, melihat lihar keindahan empangan, menyulingkan air laut untuk kegunaan penduduknya.

Selamat malam, rakan rakanku.


> Date: Wed, 22 Dec 2010 03:49:43 +0000
>
> Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, Dagang Hamba Membujur Lalu. Beginilah keadaan merantau di negeri asing, emas jua dipandang orang, namun apakan daya, tangan tak sampai.
>
> Suasana subuh hening dipagi hari, sebelum fajar menyinsing, telah sampai ke hentian di stesen Bukit Jalil, sesudah subuh, mengorak langkah ke LCCT, Om Amir keletihan barangkali, sessi kerjanya berakhir jam 7 tadi pagi, mungkin ketiduran lagi dia, hebat rakanku seorang ini, kerjanya tidak membilang waktu, biasa baginya berada di kantornya 16 jam seharian. Lebih lebih lagi diusia setengah abad, begitu beliau bekerja mencari rezeki, aku terlantar di Lounge LCCT, menunggu penerbangan jam 12 30 ke Singapura.
>
> Dimana sambungannya ya, aku diusulkan untuk menamatkan zaman bujangan, lantas diatur hari penentuan, diatur proses taaruf dengan bakal pasangan, lantaran apa nak dihantar maharnya. Aku tidak banyak pilihan, Volkswagon Bettle ku dijadikan sandaran, dijual pada yang berminat, untuk biaya pernikahanku.
>
> Apalah yang ada, pada anak bujangan ini, yang baru menapak membina kerjaya, namun apalah yang dapat dikumpulkan, hanya sekadar mampu biaya yuran pengajian dan sarahidup untuk bulan ke bulan, adakalanya termakan bulan, serasa terharu diketika itu, waktu waktu berjinak dengan bank dengan Kad Kreditnya, namun apalah yang boleh digadaikan, pendapatanku tidak seberapa, nilai hutangku hanya seribu cuma untuk dipusing putar. Itu cuma kisah kisah lalu, yang bisa diterobos fikiran, manalah nak dicari lebihannya, serasa amat tegar sekali waktu itu, keperitan hidup berkeluarga, meleraikan banyak kekusutan. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
>
> Aku serasa begitu fokus dengan pengajianku di malam nya, saban siangnya di ladang menyelia kerja. Sehinggalah dihujung hujung pengajianku, tidak kemana aku dan keluarga bersiar, mahupun makan angin bertukar hawa. Kesibukan itu telah menghadkan itu semua, jika kelapangan dari tuntutan pengajian, aku pulang ke desa pingitan, menziarah siapa yang masih ada, mahu melihat kabar ayah, disusuri di perkebunannya di Pasir Raja, berhampiran Empangan Chenderoh, manakala di Kota Lama Kanan, tinggallah ibu saudara sebelah ayah, manakala untuk melihat perkhabaran ibu, menjelajah jauh sedikit ke Kampong Pandan, Kuala Lumpur.
>  
>
> ------Original Message------
.
> Sent: Dec 22, 2010 2:49 AM
>
> Kisah berdagang ditempat asing dari tempat kita dibesarkan, memerlukan masa dan menilai akal budi disesuatu tempat, sudah jenuh dengan interaksi demi interaksi, namun kampung halaman jua dikenang kenang, hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.
>
> Diluar jendela, kelihatan hujan renyai renyai menyusuri jalanan, di rempuh Banjaran Titiwangsa, menerusi terowong diantara gunung gunung, memecah rasa kesunyian malam.
>
> Namun bicara nostalgia, tadi terhenti disekitar Semester 4, diakhir Semester 4 disusuli dengan proporsal dari rakan seperguruan, maka pantas dan lantas, anak bujangan tidak harus berseorangan terlalu lama, maka, diusulkan dan di usulkan pada keluarga dikampung untuk menyusuri lembaga adat, diijab qabul, dipertengahan semester 5, disekitar tahun 1986, Ogos, tanggal 7hb, aku menamatkan zaman bujanganku dengan usulan dari rakan rakan. Apa diharap padi diseberang, entah jadi entahkan tidak.
>
> Hidup disusuri bidalan sebegini, membuat aku terus bernostalgia dan segar di memori ingatan, walaupun biografi ini ditulis dan dicatat, perkara perkara silam yang berlaku , lebih seku abad.
>