19 Ogos, 2012
Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012 (samb..)
Balik semula ke bilik inapan, masing masing melayan mata, sedar sedar dah waktu zohor, bergegas ke Masjid Nabawi dan sempat masbuk dengan imam,
Sambil membelek belek email, mendapat perkhabaran, Arwah Cikgu Ramli, ayahanda kepada rakan kita Razif, telah pulang kerahmatulLah, takziah untuk Razif, yang kehilangan ayah yang dedikasi dalam perihal kehidupan, pergi ke alam yang kekal, kita doakan agar rohnya ditempatkan disisi orang orang yang beriman.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Sent: Aug 7, 2012 8:20 AM
Pengalaman iftar di Masjid Nabawi, masing masing qabilah Pak Sheikh, berpegang pegang tangan agar berbuka puasa di hidangan juadah berbuka, terdiri dari rutob, yogurt, roti, kacang hazel.
Pengajaran dari junjungan banyak diadaptasikan dalam amalan kehidupan seharian, dari anjuran dan menjadi budaya.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Sent: Aug 7, 2012 5:45 AM
Sebaik subuh, kelmarin, terus ke KLIA dengan teksi, sampai disitu seawal 7 pagi, dan sementara menunggu check in barangan. Flight jam 10 10 pagi dan terus ke Madinah al Munawwarah, pengalaman puasa yang panjang, melebihi 5 jam dari yang biasa, walaupun adanya keringanan untuk berbuka, adakalanya mengambil "rukhsah" dan ada yang mengambil "azimah".
Pengalaman Ramadhan yang tercatat dalam sejarah, beberapa Perang terjadi dalam bulan Ramadhan. Ramadhan mencatakan banyak peristiwa peristiwa penting dalam sirah nabawiyyah.
13 Ogos, 2012
[7378] PESAN DATUK NENEK (...oleh Amir)
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Sujudlah kepada tuhan
Burung kenek-kenek
Terbang tinggi di atas awan
Pesan datuk nenek
Pandai-pandailah berkawan
Burung kenek-kenek
Terbang ke pulau pandan
Pesan datuk nenek
Terlanjur kata harap dimaafkan
Burung kenek-kenek
Terbang sama burung tempua
Biar berkawan sampai ke tua
Fwd: [7378] Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Teringat masa berkelana di New York, 12 tahun yang silam, kota metropolitan yang sofistikated itu, tapi leluhurnya budi bahasa, lebih lebih lagi pada orang asing, "dijadikan lauk", semberono, akibat kurang pengetahuan tata luhur budaya asing, kasar, kurang ajar, dan seperti kehidupan, "melepaskan pucuk pucuknya, di dalam hutan tebal".
Membandingkan kos , menyebabkan berkira kira, kesudahannya, survive dengan pisang cavandish dan buah apple, dan sand wish tuna setengah kilo, mampu menarik gebar, sambil menunggu hari siang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 5 Aug 2012 05:42:03
To: Cliffordian Mail<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Pengalaman safar ditempat tempat ini, punyai pelbagai persepsi, dan melihat arus pembangunan yang tidak seimbang, umpamanya, pembangunan di kota dan dipinggirannya berlainan sekali.
Teringat kisah perjalanan umrah melalui transit di Tashkent, Uzbekistan. Pakat berebut bilik air, oleh kerana terbiasa dengan suasana KLIA, banyaknya kemudahan itu, pilih sahaja yang mana rasa sesuai dihati. Inilah kisah "hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri".
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Sent: Aug 5, 2012 12:36 PM
Seawal usia 20 an, 1984 , itulah tahun yang mula mula menjejak kaki ke baitulLah, langkah itu dijejak sekali dengan ibu saudara, Habibah, dan diikuti oleh beberapa jiran sekampong, umrah di kala itu melalui pakej MAS, ketika itu, bangunan yang menghala pintu Raja Fahd di Masjid Haram, hotel hotel lama berserakan disitu, tapaknya kini diletakkan bangunan Intercontinental.
Pembangunan infrastruktur di kota Mekah melalui proses pembangunan drastik, dan ditahun 2002, sekali lagi aku ke baitulLah ditemani ibu saudara dan isteriku untuk umrah, dan bangunan bangunan lama telah diroboh dan dinaikkan yang baru.
Dari tahun ke tahun, pembangunannya berjalan rancak, ditahun 2005, tatkala Haji, perubahan struktur hampir membuatkan laluan di lorong lorongnya, bisa menyesatkan pengunjung, ada yang terpusing pusing mencari jalan pulang.
Dan pada May, 2012, sekali lagi menyaksikan, bangunan bangunan baru disekeliling Masjidul Haram, tersergam pencakar langit. Jika di tahun 2005 terdahulu, masa untuk sarapan pagi, aku dan isteri sering berkunjung di Restoran Bakso di Marwah, kini, dibelakang itu telah diruntuh dan kerja pembangunan baru sedang berjalan.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Catatan Perjalanan Ke Madinah dan Mekah, Ramadhan 2012
Sent: Aug 5, 2012 9:17 AM
Sambil bersembang sembang dengan rakan setugas, beliau meluahkan hasrat untuk umrah ramadhan, kira kira sebulan yang lalu, maka ku cadangkan agar mengikuti sahaja rombongan Ustaz Abdul Rashid, yang sebelumnya kuikuti pakej ke Baitul Muqaddis, Amman, Petra, Mekah dan Madinah pada awal Mei, 2012 hingga pertengahan May, 2012.
Lantaran seronok berbicara, rakan sekerja ku, bertanya, nak ikut ke?, aku jawab hambar, mana nak cari duit lagi, biaya pakej berkenaan, tambahan pula aku baru 2 bulan sahaja pergi di laluan itu. Lantas dia memberi alternatif, kalau nak ikut, bagi passport untuk kendalian visa. Tanpa banyak bicara, aku serahkan passport, duitnya belakang bicara, ada sponsor dari dana tertentu.
Tatkala tawaf wida', semasa mahu meninggalkan Mekah, aku berdoa di depan Multazam, agar diberi kelapangan untuk ke baitulLah dimasa masa mendatang, lebih lebih lagi di suasana ramadhan, beriktikaf di masjidil haram. Aku pun terdiam, doaku terkabul semasa tawaf wida' pada pertengahan bulan Mei, 2012 yang lalu.
Rezeki, ajal maut adalah pengetahuan Yang Menjadikan, hanya doa yang mampu diluahkan bagi mengubah haluan, dengan keizinanNya.
Aku memulakan langkah perjalanan dengan doa safar panjang yang dianjurkan. Seharian hari ini, aku di atas Transnasional, kenderaan setia, yang membawaku ulang alik ke Kuala Lumpur, sejak keberadaan ada Perlis, sejak 1982.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
03 Ogos, 2012
[7378] Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan (samb... oleh Sham)
Tatkala di Felda Mata Air, hanya balik ke Kuala Kangsar sebulan sekali, tatkala gaji di minggu akhir setiap bulan, dengan bas ekspress transnational , Kangar ke Ipoh. Sesekali terserempak dengan Yasin di Kangar, mengulang Yongnya berasal dari Kampong Timah Tasoh, Perlis.
Aku kira, tatkala itu, dia masih di Maktab Perguruan lagi. Itulah seorang rakan yang acapkali terserempak disepanjang selepas meninggalkan bangku Clifford.
Masa begitu cepat berlalu, seolah olah baru kelmarin berlalu.
01 Ogos, 2012
[7378] 12 Ramadhan
Adakah cukup kita dengan pemberian Allah pada bulan ini? Tentu sekali tidak malah kita mesti tingkatkan usaha untuk mendapat kelebihan pada Ramadhan ini. Rebutlah peluang sahabat. Setahun sekali peluang kita. Satu 'sale' yang datang dalam setahun, sebulan lama nya. Rebutlah wahai sahabat.
Dalam ruangan ini kita banyak berinteraksi dan sudah tentu banyak berita kita terima dan banyak celoteh kita. Adakala kita tersenyum sipu adakala kita gelak besar, sedarlah saudara ku ianya nikmat yang diberikan Allah pada kita.
Banyakkan lah beramal dan beribadah saudara ku kerana titik penamat hidup kita semakin hampir.
Eratkanlah sillahturahim eratkanlah perpaduan diantara kita.
Pohonlah keredhaan Allah dan pohonlah keampunan dari Nya.
Wallahuallam
012 2937837
For God King & Country
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
[7378] KUALER COME CALLING AGAIN..
Dear Friends & As Salam,
In a few days time, we are bound to congregate and meet again in the name of friendship, this time on a noble occasion of Ramadhan in Kualer. Since we started to re-bond this friendship, whenever Ramadhan comes calling, we have never failed to congregate at Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar to say some prayers for friends that had left us, of whom their memories still very much lingered in our minds and thoughts.
This year alone is rather an eventful year for all of us. Arwah Mohd Radzif @ Ben left us forever in Mekah after just 2 weeks meeting and seeing some of us at Resthouse Kualer during our KOSEC AGM in April. A few friends in Mustafa, Sham, Man BBB & family, Chip & family, VP & family went for Umrah with Sham going again in a week's time.
We thank Allah too, for a friend in Amir for being freed and discharge and had since started to work again. Amongst us too, our children whom are taking their examinations this year, PMR, SPM, Colleges/Universities exams who need all the guidance and support that parents can give. We may have a few friends amongst us whom Insyallah and God Willing, will be performing their Haj this year.
Let's together say our prayers to all friends that had left us and doa selamat & kesyukuran for all of us for the life that we're having and what a fitting way to have it together, in brotherhood, in arms at Masjid Ridzuaniaah, Kuala Kangsar this Saturday, 4th August 2012.
I for one, look forward to meet all of you again.
Wassallam
CPO
Ralar: Nama Zam tertinggal.
29 Julai, 2012
Re: [7378] Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Musim padi, dengan meleraikan padi dengan menghempuk gengaman batang padi ke "tong padi" dengan dihadang guni sekelilingnya. Dan dihujung hujung minggu, mengutip buah kopi di lembah, kampong tepian sungai perak. Dan satu lagi aktiviti menanam pokok pisang di kebun kakak sepupu, Jawariah.
Dengan hasilan inilah yang banyak menyara keperluan kendiri dan perbelanjaan. Semasa sekolah rendah, apabila musim hari raya, bapaku memperuntukkan 15 ringgit untuk baju baru. Ketika itu, yang boleh dibeli, saddle king seluar pendek, dan baju kemeja, seluar panjang harganya lebih mahal sedikit.
Apabila lebih dewasa sedikit, sekolah menengah, hasilan perkebunan inilah yang banyak merungkaikan permasalahan wang saku, keperluan, pabila musim perayaan, dilangkahi kaki ke Hugh Low St. Di Ipoh, Lendo, memileh jeans, yang menjadi keinginan orang muda, Jax, Amco, Levis, Lee, Texwood.
Tapi setelah dimakan usia, pembelian baju anak anak, tidak lagi aku beli di bulan puasa, selalunya pada bulan Disember, dimana jualan sebenarnya diadakan, melangsaikan stok stok lama, dengan harga yang mampu milek.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 29, 2012 10:07 AM
Meniti dari satu tangga ke tangga yang lebih tinggi , memerlukan latihan demi latihan, agar ianya tidak pernah tercungap ditengah tengah destinasi. Apa sahaja alat yang membolehkan sampai ke mercu tanda memerlukan asuhan bersungguh sungguh.
Alah bisa tegal biasa, perumpamaan klasik, memotivasikan responden agar membiasakan diri dengan perlaksanaan kerja yang sukar, lama kelamaan, ianya adalah rutin bagi tiap tiap insan. Melentur aur biar dari rebungnya lagi, itulah perumpamaan dan kiasan kiasan klasik yang pernah kita dengar, sama ada dari nenda mahupun ayah dan ibu, bagi yang masih punyainya.
Keindahan suasana klasik ini, meruntun hati dan perasaan, lebih lebih lagi disuasana hening Ramadhan, kita dianjurkan berdoa memohon keampunan kedua orang tua yang telah pergi, hanya doa anak soleh bisa sampai kepada kedua dua yang telah pergi.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 28, 2012 7:36 PM
Suasana belasan tahun, merupakan tahun cabaran, dengan adanya 3 peperiksaan, Darjah 5 sekali, terlepas dengan penilaian ini, Tingkatan 3, LCE, ditentukan di aliran sastera di Tingkatan 4, dan MCE di Tingkatan 5. Akibat banyak yang perlu dihafal, dibaca, yang perlu dilatih dengan latihan khusus, seperti matematik, difahamkan cara hafalan, begitu juga matapelajaran sains, difahamkan menerusi sistem hafal, bukan dari sudut kefahaman sepatutnya, habis hafal, terlanggar batu dijalan, kepala ingat, ekor lupa.
Itulah cara di latih, asuhannya tidak pernah didedahkan, bagaimana kamu harus belajar.
Percubaan meraih gelar, terhenti seketika, disambung dengan menempuh jalan sukar, begitulah kisah "late starter, better late than never", dah payah nak berhenti, apabila digali dan terus digali, hingga mati.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 28, 2012 11:13 AM
Seingatan pada masa Marhum Sultan Idris, sempena ulangtahunnya, maka diadakanlah keramaian, 44 hari siang malam, diadakan keramaian disekeliling istana, kasino bergerak, joget, wayang kulit dan serba serbi macam pasar sehari.
Yang ditunggu hingga 44 hari siang malam pun ada, jika nak dicari mana menghilang, carilah di kasino bergerak ini.
Untuk menyusur ke tempat ini, aku dan geng geng sekolah, dan kampong , menyeberang melalui Sayong Tengah, basikal ditempatkan dirumah Ensar, dan menuju lembah ditebing sungai, menyeberang dengan sampan yang boleh memuatkan 10 orang se trip. Tambang sekupang seorang. Pergi selepas maghrib, dan selalunya waktu jam berhimpun baru beredar dari situ.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 26, 2012 12:42 PM
Seorang lagi, rakan yang telah pergi, arwah Sazali Nordin, ku ingati wajahnya semasa sama sama meninggalkan bangku sekolah, perkhabaran mengenai kepemergiannya dimaklumkan oleh Aziz yang menetap di Melaka, lantaran ketika itu, aku berada di Kuala Lumpur, keesokannya aku, Seni dan Aziz, menziarahi rumah arwah di USJ, itulah detiknya, sejarah menjejak rakan rakan sepersekolahan, diaturkan pertemuan demi pertemuan, sehinggalah ke hari ini, menerusi media gogglegroup, menyapa dan disapa, gurau senda, pemberitahuan, perkongsian maklumat, dan serba serbi perkongsian, ada disitu.
------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 26, 2012 12:24 PM
Sesekali, pulang dihujung minggu, semasa bekerja di Kedah Selatan, Karangan, Kedah, semasa arwah Aznam sedang sakit dilututnya, berkesempatan beberapa kali menziarahi beliau semasa hayatnya. Lututnya menampakkan tempurung, pada tahap tahap akhir menahan derita sakit.
Kepiluan itu, aku masih teringat raut raut wajahnya menahan kesakitan. Arwah dengan prinsipnya. Walaupun ketika itu, disarankan agar kakinya yang kanser itu, dipotong sepertimana saran doktor.
Namun pemergiannya diawal usia, hanya tinggal kenangan semasa tempoh perkenalan dengannya semasa di Sekolah Menengah.