Laman Utama

13 Oktober, 2012

[7378] Antara Lembut Dan Keras (oleh Sham)

Coretan minggu ini, lebih kepada laluan kehidupan sepanjang zaman, peristiwa peristiwa silam dan pengalaman pengalaman lalu, menjadi kayu ukur dalam memutuskan sesuatu haluan, sama ada untuk diharungi, mahupun dicernakan dalam pemutus kata dan pendirian. 

Perpatah klasik, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa, terlajak kelakuan merosak badan. Namun falsafah ini, diajar melalui fasa fasa dari alam kejahilan, namun diasuh dan di didek dari  sumber sumber yang mutawatir, membolahkan yang keras menjadi lembut. Kajian psykologis, menemukan bahawa, laluan perjalanan kehidupan, disepanjang jalanan berliku, kita adalah kita yang dahulu, apa yang tersirat diusia 20 an adalah kita yang sudah separa abad. 

Namun sebagai insan yang dibimbing dan diasuh dengan sumber yang benar dan betul laluannya, yang keras jiwanya, bisa meluluhkan hati nurani dan menjadi hati yang salim, yang diimbangkan dengan aqal yang waras, yang keras bisa saja jadi lembut.

Yang muda sasa, telah menemui alam tua yang meluluhkan, Kita tidak dituruti dengan langkah yang tidak benar, agar yang bengkok bisa lurus, yang keras dimbangkan dengan kelembutan jiwa yang tenang.

Moga pengakhiran kita, baik adanya. Yang pasti kita bakal pergi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Oktober, 2012

[7378] Koperasi Oh Koperasi (oleh Sham..)

Mengharungi kursus wajib bagi ALK untuk hari kedua, pendedahan demi pendedahan, mengenai tugas dan tanggongjawab, semuanya berkisar pada tindakan menurut statutori, fidusiari dan operasional, almaklum rata ratanya adalah kerja perorangan, yang masuk angin keluar asap, makan pagi kenyang ke petang, keesokannya meraih rezeki yang lain.

Namun apa jua tanggongjawab menurut statut, fidusiari dan operasional, kena difikirkan keberlanjutannya, sesuatu kenderaan untuk bergerak, agar ianya tidak rosak, writ off, mahupun apa jua kebaikan untuk kebersamaan yang saksama, berat sama di tanggong, ringan sama sama dijinjing.

Rata ratanya, Koperasi, mahupun sumbangannya pada KDNK, hanya 1.7 peratus dari sumbangannya menurut perangkaan yang tersurat. Moga impian impian dan harapan tetap dihati sanubari, mahupun fizikal sudah letih dan layu.

Semua aspek teknikal, dan operasional disumbang pemikiran, agar kapal ini biasa mengharungi lautan biru, yang berdepan dengan ombak ombak yang ganas, dan terus menuju destinasi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 Oktober, 2012

[7378] Pulau Pinang Dalam Kenangan. Pt.2 (oleh Sham)

Sehabisnya seminar kali ini, diteruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, singgah di Bukit Merah melelapkan mata. Keletihan memerah otak dan input input keatas praktis yang telah diceburi, mahupun sudah 20 tahun memegang amanah dan keperluan pelanggan.

Suasana praktis lebih kepada compliance, dan keperluan keatas perkembangan terbaru, terdapat 3 perkembangan baru dalam perundangan, diatas pengenalan Akta Syarikat, 2012, Akta Limited Liability Partnership dan GST. Semuanya menjurus kepada compliance, dimana masyarakat peniaga, khususnya SME yang mendominasikan kegiatan ekonomi, dimana lebih dari 98% tergolong SME.

Semuanya, menampakkan laluan sukar untuk terlepas, umpamanya pengenalan GST, adakah kesediaan SME menerima ini, walaupun impaknya lebih kepada pengguna akhir, yang menanggung kos lebih tinggi. Kesemua ini, apa sahaja dibawah langit dan didasar lautan, kesemuanya di GST kan, semuanya menjurus kepada transformasi kearah negara maju. Yang tak maju, hanya kita terpingga pingga, diatas kesesuaian implementasi, dimana kita merasa terasing dengan perkara perkara baru diperkenalkan, walhasil kesudahannya semuanya dicukai.

Pening lalat memikirkannya.

[7378] Pulau Pinang Dalam Kenangan. (oleh Sham)

Aktiviti perniagaan di Pulau Mutiara ini, bergerak pantas dengan kepelbagaian dagangan, dari memperdagangkan aktiviti aktiviti kelangsungan kehidupan, sama ada yang berupa perkhidmatan, pertukaran dagangan berbentuk input dan output, import ekspot, pelancongan, hartanah dan kepelbagaian. Yang mencari laba, melabur dalam hartanah, kebetulannya semalam ketemu dengan yang terlibat dalam sektor hartanah, diambil dari senario dan modus operandi sektor ini, lantaran dibuka sahaja kaunter jualan untuk ditempah pembelian, deposit 10 % dari nilaian hartanah, laksana pisang goreng panas, dijual dengan lahap oleh pembeli, yang mencari laba pulangan dalam masa 4 hingga 5 tahun.

Yang masih tak terjual hanya untuk kuota bumiputra, yang masih tertunggu dan masih boleh diperolehi. Yang sanggup mengambil risiko, 4 hingga 5 tahun , dijual dengan 2 hingga 3 kali ganda dari harga asal. Golongan pemodal ini, mencari laba, atas keuntungan kenaikan hartanah, walaupun adanya Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), tetapi masih membawa keuntungan, dan sememangnya, bidang ini adalah yang priority dalam kamus harian. Dimana ada pembangunan hartanah baru, yang sederhana, 2 ke 3 ratus ribu, boleh mencecah 5 ke 6 ratus ribu dalam masa 5 tahun. Itu cara "orang hartanah" dalam modus operandi.

Bagi masyarakat yang terbanyak, masih terkial kial untuk survival kehidupan, masih juga bekerja secara konvensional, cara lama, dimana dengan dunia global ICT, dunia adalah sasaran pasarannya, tidak hairanlah, hartanah di sepanjang Gurney dan sekitarnya, pemileknya adalah dari Hong Kong, Taiwan, di daerah daerah Negara perindustrian Baru.

Peluang dan penerokaan ini masih ada, tetapi kita yang dah lewat serba serbi, hanya mampu melihat mainan mereka dalam perihal dagangan ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

22 September, 2012

[7378] Yang Bertugas Dan Yang Mencari (nukilan Sham..)

Selagi ada hayat, kita bekerja, yang kerjanya dengan adanya majikan, tugasan ditentukan, ada era kini, KPI yang konsepnya dibincangkan oleh Kaplan, di zaman Pandang Ke Timur ditahun 1980 an dulu, dengan adaptasi konsep kualiti, yang dipelopori dan dibahas oleh Deming, Juran, Crosby, Feigenbaum, Harrington, Ishikawa. Konsep konsep ini diketengahkan di US, dan di implementasikan dengan zero defect di Jepun. Maka berbondong bondong lah carta tulang ikan, menerangkan baik buruknya perspektif organisasi dan usaha menambah baik diikhtiarkan.

Dalam amalan amalan pengurusan abad kini, adaptasi proses adalah bertaut rapat dari sejak Adam dijadikan sebagai Khalifah dimukabumi lagi. Ditautkan konsep taat pada Pencipta, mematuhi arahan, penalti dan seumpamanya, semuanya langsung dari kehendak peraturan dan arahan Pencipta.

Proses ini berlangsung hinggalah ke akhir zaman, dengan pelbagai penemuan melalui penyelidekan dan pembangunan, dari petunjuk petunjuk yang digariskan dalam manuskrip lama, yang tersimpan, sama ada di arkibkan dan dihafal secara mutawatir dari zaman berzaman.

Ada dulu, ada sekarang, lain dulu lain sekarang, lain padang lain belalang, setiap yang bermula akan berakhir.

Dengan adanya ledakan maklumat, proses mengkaji dan mencari sesuatu fakta keilmuan, agak mudah dicari dihujung jari, itulah sumbangan Reagan terhadap internet. Yang lama tak pernah berjumpa, ditanya khabar, telah melalui perkhabaran dengan boleh rancak melalui ruangan sembang sembang dialam maya.

Begitulah kita. Capaian yang kebanyakkannya telah ada, sebaran sesuatu maklumat, mudah dan tepat, boleh ditentukan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

19 September, 2012

[7378] Di Suatu Ketika Di Pusat Rawatan. (oleh Sham)

Sejak akhir akhir ini, silap silap makan menurut selera zaman muda dahulu, meninggalkan kesan pada fizikal yang dah melebih separuh abad. Lain dulu lain sekarang. Kendiri lebih maklum, apa yang boleh dimakan, diminum, lebih lebih lagi suasana darsawarsa kini, segala jenis makanan adalah makanan segera, serba serbi segera.

Yang satu sudut memberikan ubat, disudut yang lain , diberikan racun pada tubuh badan, nak minum, vending machine, menjual aneka jenis minuman, asasnya adalah manis manis gula tiruan, diadun dari sumber petroleum.

Pengiklanan yang kuat pengaruhnya, boleh sahaja dijual, yang tak sakit, sudah sakit laksana sakit "orang senang", dihadapi jua, oleh "orang marhaen".

Kualiti kehidupan berubah dengan berubahnya zaman yang serba kompleks, yang obese, kena ikut program menyahkan lemak yang tidak perlu didalam tubuh, yang menjadi industri terbesar dunia, apabila dah jadi "ayam daging".


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 Ogos, 2012

[7378] Raya Besama kat Kuala 31 Ogos





-------- Original Message --------
Subject: [7378] Raya Besama kat Kuala 31 Ogos
From: Ahmad Badaruddin Abdul Haq <badaruddinq@yahoo.com>
To: "cliffordian7378@googlegroups com" <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:



Yeop moh kita beraya mlm esok- jom wehh....

Sent from Yahoo! Mail on Android