Laman Utama

21 Julai, 2013

[7378] Resolusi Mesyuarat Tingkap Malam Ahad kat Kedei Seli Kualer.

Mesyuarat tingkap dipengerusikan oleh Tok Mudim Latip Pusing/Karei dan teman dilantik untuk mengambik minit mesyuarat. Berikut adalah resolusi yang telah dicapei dimesyuarat itu sambei Ajih Lumut pekena mee goring hingga menjilat jari.. Temakasih Ajih, belanjer khemer2 malam tadi…

 

Kengkawan yang tak menghadiri mesyuarat Tingkap malam tadi ambik perhatian dengan resolusi2 yang telah dicapei seperti dibawah.

 

1.      Penghulu2 Besor Kualer, Seli, Zuli, Man Karman, Jalil, Usop ditugehkan ceroyer semue kengkawan kat Kualer untuk datang Moreh Cliffordian 73/78/80 pader 27hb ini di Masjid Ridzuanniah bermula jam 6.30 ptg dimulai dengan Tazkirah Ramadhan dan Doa tahlil untuk Arwah2.

2.      Sham Perlih sebelum dan sambei dalam perjalanan ke kualer ditugehkan ceroyer demer2 yang liat bebenor nak turun ke Kualer, tak kire ler samaada sajer demer maleh ker, lesen yong tak lepeh ker… terdiri dari kengkawan belah utarer i.e. Nordin Lapok, Zubir kat Bagan, Hilal kat KKMuder, Syed Tajul dan lain2 supaya luangkan maser barang beberapa jam turun ke Kualer bermoreh dan bersahur awei bersamer kengkawan.

3.      Teman ditugehkan bagitahu kat YY balik ke Kualer petang itu.

4.      AJK Mesyuarat Tingkap dengan berat hati meluluihkan permohonan Awang ngan Seni untuk tidak dapat menghadiri Moreh pader hari tersebut. Si Awang pasei anak kesayangannye dari Kolompor ngan Ipoh balik rumah cuti Nuzul Quran dan si Seni kerojer nak mencari balik orang yang tersalah lepeh maser bicarer kat Mahkamah tempoh hari. ( Orang yang patut dilepehkan tertidor, orang yang bersalah ngaku die ler orang yang tak bersalah, maka pree2 ler demer bukak gari dan bagi lepeh)

5.      Menggesa demer2 yang belah tengah terutama yang belah2 Kajang dan BBB yang terdiri dari Man, Hj Zaini, Zahrin dan FW… mintak ler cop mohor yong untuk menghadiri Moreh kengkawan kat Kualer.. demer habor usah ler asyik dok bawah ketiak yong jer…

6.      Teman ditugehkan untuk ceroyer Kengkawan lain yang kat Kolompor untuk konvoi ke Kualer pader hari itu… Sabtu 27hb bermula pukui 2.30 petang dari R & R Sg Buluh.

 

Mekomer semue sila ambik perhatian dengan resolusi2 yang diateh…

 

CPO

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

17 Julai, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa xiv

Daging dan ayam teramat tinggi permintaannya pada bulan ini dan tidak akan turun sehingga awal Syawal. Akibatnya, harga kedua-dua hasil ternakan ini naik melambung, (harga barang lain pun naik juga tetapi kesannya tidak separah daging dan ayam). Tahun-tahun beginilah senarionya, semacam suatu fenomena yang dicipta, ada pihak seolah-olah berusaha untuk meraih untung besar dalam tempoh yang sepatutnya beramal dan bersedekah didahulukan. 

Kisah daging dan ayam ini sememangnya menarik minat ramai orang, apa lagi tentang harganya walaupun baru-baru ini ada sahabat yang bertanyakan tentang  daging peha segar boleh dimasak apa? Reaksinya, pelbagai dan mengundang genta minda tetapi rasanya ketika ini yang lebih "sedap" adalah berapa harganya? Harga menjadi penentu, kemampuan kita untuk memperoleh daging segar atau daging beku import terletak pada harga. Ada sahabat hanya memilih daging segar kerana itu pilihannya dan berkemampuan. Daging segar tempatan sekarang RM25.00 sekilo dan mungkin naik lagi menjelang Syawal, fikirkanlah berapa kerat daripada kita yang masih mampu untuk membelinya? Daging import beku cuma RM13.00 sekilo makanya yang mana pilihan ramai? Mungkin juga kualiti boleh menjadi penentu dan pilihan. Nak masak daging pun kena beli bahan-bahan lain juga, tak maunya makan daging rebus.Belanja nak makan daging dah tak murah lagi. 

Dalam bercakap tentang harga daging, harga ayam juga menjadi isu hangat. Beberapa hari lalu media massa negara memaparkan tentang harga ayam yang dijual di pasar di pelosok negara tinggi harganya. "Harga siling" sudah dilanggar.Siapa yang menentukan harga ayam ini? Namun begitu masyarakat kita  masih tetap setia membeli ayam, alasannya disukai keluarga dan murah jika dibandingkan dengan lauk lain. Betul juga tu, harga ikan sekilo pun tinggi, contohnya, ikan kembong sekilo RM17.00 itu belum harga ikan jenis lain. Anak-anak juga tak suka makan ikan, ayam menjadi pilihan. Antara daging merah dan putih, daging putih digemari ramai.

Isu harga ayam yang tinggi masih buntu, untuk "meraba" jalan keluar, Pak Menteri yang jaga hal ehwal harga, mensarankan kepada rakyat, "jangan makan ayam", macam boikot le tu. Bagi beliau banyak lauk lain lagi atau jadilah pemakan sayur sahaja. Pak Menteri dengan "idea nilaian jutaan ringgit", makanya tak terbelilah rakyat akan ideanya itu. Rasanya lidah Pak Menteri itu belum cukup rasa, ya lah, beliau itu baru dilantik. 

Isu harga ini sebenarnya merentasi semua barang dan perkara. Negara ini yang berusaha mencapai negara maju yang tinggal beberapa tahun lagi pada 2020 harus membayar semahal ini. Sebut saja apa barang yang tak naik harga? Barang terpakai pun naik harga, semua dah naik. Jika ditanya kepada pakar ekonomi itulah perkembangan  ekonomi, mana mungkin harga sedekad maupun setahun yang lalu masih tidak berubah. Betul, tetapi persoalannya adakah harga yang dikenakan itu benar-benar harga yang sepatutnya selepas dikira kos dan nilai untungnya berpada atau sengaja inginkan untung berlipat ganda? Mungkin juga pedagang yang licik memanipulasi harga. 

Negara ini sebenarnya sudah ada undang-undang yang mengawal keadaan begini, undang-undang Anti-Profiteering telah berkuatkuasa sejak 1 April 2011. Undang-undang yang mengawal harga barangan ini seolah-olah tidak berkesan. Penulis pernah diberitahu oleh rakan (unit GST) daripada jabatan yang sama, (beliau sering dijemput berceramah tentang GST atas jemputan KPDNKK ) yang kementerian  seperti lepas tangan dalam kes anti profiteering kerana takut kalah di mahkamah, atas alasan itu kes sebegini dipinggirkan. Aduh.... apa gunanya undang-undang yang dikuatkuasakan itu?

Rasanya soal harga ini penting dan jangan diremehkan. Masa kini, harga barangan adalah penentu kos dan cara hidup kita. Rasa puas memang tiada ukuran yang zahir, bergantung pada rasa masing-masing. Mungkin secalit dan sekudap sudah memadai.


Amir Md Akhir
Putrajaya
17 Julai 2013





 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

10 Julai, 2013

[7378] RE: Rabu, 1 Ramadhan 1434

As Salam Ex Cliffordian sekelian,

Ya Allah Ya Rahman, sekali lagi telah kami masuki gerbang Ramadhan, bulan yang penuh barakah, sekali lagi Engkau janjikan Rahmat dan Maghfirah-Mu untuk kami jika kami bersungguh-sungguh berpuasa, tidak hanya sekadar menahan lapar dan dahaga di sepanjang siang-Mu, tapi menahan nafsu dunia di sepanjang bulan suci ini.

Ya Allah Yang Maha Pemurah, hari ini kami pintakan permohonan pertama kami di bulan yang Engkau bukakan pintu-pintu Syurga-Mu dan Kau tutupkan pintu-pintu neraka-Mu,  terimalah amal ibadah kami di sepanjang bulan ini, meskipun persiapan kami tidak seperti para sahabat, meskipun kegembiraan kami tidak seperti yang digambarkan Rasul-Mu, meskipun ibadah kami tak se khusyuk orang-orang yang Soleh, meskipun amalan kami tak seikhlas orang-orang yang mukhlis, meskipun puasa kami tidak seperti puasa para Nabi-Mu.

Ya Allah Penguasa Alam Semesta, di luar sana masih banyak kaum muslimin yang kekurangan, ada yang Engkau uji dengan sakit, kemiskinan, bencana alam, peperangan, dan musibah lainnya, dengan segala keterbatasannya, mereka memasuki bulan ini ya Allah, berikanlah kami kemudahan untuk menjalankan puasa dan ibadah-ibadah kami, yang sakit… sembuhkanlah, yang kurang… cukupkanlah, yang sempit… lapangkanlah, yang sulit… mudahkanlah, yang jauh… dekatkanlah, yang lemah… kuatkanlah.

Ya Allah Yang Maha Berkehendak, bila saat ini kami telah masuk ke gerbang Ramadhan-Mu, sampaikanlah kami hingga ke penghujungnya, berikanlah kami kesempatan memasuki Syurga-Mu kelak, melalui pintu yang Kau janjikan bagi hamba-Mu yang berpuasa, sesungguhnya Engkau Maha Pendengar dan Maha Pengabul Do'a.

Selawat keatas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat.

Amin.

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "exsmti78" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to exsmti78+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
 
 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
  

09 Julai, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa xiii


Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan rasa maaf dan ampun kerana tidak hadir pada mesyuarat KOSEC yang lalu (6/7/13). Apa jua alasan boleh diberi tetapi nilai alasan itu tiada piawaiannya, tetapi boleh diulas dan juga dipersenda. Biarlah, kalau tidak, tiada ragamnya. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Mohon maaf ini ditujukan kepada para sahabat yang hadir pada AGM KOSEC 2013. Mungkin juga ketiadaan hanya seorang yang  kecil ini tidak menjejaskan acara tetapi maaf jika seorang itu ditambah dengan angka yang lain boleh menggugat perjalanan mesyuarat itu. Untuk ini dipohon maaf daripada sahabat-sahabat yang tidak hadir.

Komitmen ALK dan ahli yang lain untuk menghadirinya amat dihargai, bukan tidak teringin untuk turut bersama pada hari itu tetapi kekangan dan kelemahan diri membatasi niat untuk bersama para sahabat. Apa lagi wujud prioriti. Maaf sekali lagi.

Rasa ingin tahu juga menebal tentang perjalanan mesyuarat agung KOSEC pada hari itu, untuk memperoleh maklumat tidak diketahui untuk dirujuk kepada siapa. Mungkin juga itulah balasan kerana "memonteng".  "Berdiri sudah tak tegak, duduk pun senget punggung " begitulah rasa apabila mengecewakan orang. 

Wawasan KOSEC tidak dipertikaikan kemurniannya, asasnya telah terpatri dua tahun yang lalu, mudah kata, semuanya baik-baik belaka, tiada cacat cela dan hanya sokongan dan kerjasama ahli yang mendukung kejayaannya. Namun begitu rasa segan juga muncul, masakan tidak, cuma untuk memunculkan diri di pagi Sabtu itu pun tidak mampu, apa lagi acara itu di sekolah, sebab itu dirasakan seperti ponteng daripada masuk kelas.

Ya, 36 tahun dulu ponteng kelas ini memang biasa dan tak segan pun, masih ingat lagi semasa 4A1, ponteng punya hal kena rotan bersama rakan sekongkol (ada empat orang yang lain) oleh Mr.Chu (dia mengajar sains dan ganti Mrs. Low yang cuti bersalin sebagai class teacher). Akibatnya, ketua kelas ditugaskan ambil class attendance pagi dan sebelum balik. Ketua kelas itu sampai sekarang pun dia ketua juga. Ponteng baru beberapa kali pun kantoi, itu yang bengang tapi tak serik. Semasa 5A2 ada seorang yang ponteng berbulan-bulan pun tak kantoi, memang dia hebat, hari ini dia pun masih hebat orangnya. 

Maaf kerana  mengungkit cerita lama, mungkin ada yang tersentuh hati dan telinga tidak tebal lagi, tiada niat seumpama itu cuma cerita-cerita lama inilah yang mencetuskan senyuman dan ketawa beramai-ramai atau sendiri. Rasanya menjenguk dan mengimbau kisah silam inilah menjadi pengubat hati dan menimbulkan "kalau" di kalangan kita. Betul dan salah kita di usia yang berlalu telah menjadi teladan dan  mencorak perjalanan kita yang mendatang.

Selamat menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan al-Mubarak.

Amir Md Akhir
Putrajaya
9 Julai 2013


-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Fwd: [7378] RABU POSE YOP






:-) S G T 10.1

07 Julai, 2013

[7378] Dunia Yang Penuh Pancaroba

Disana sini kita melihat ketidakpastian. Arah tujuan kemanusiaan sudah menampakkan ketidakseimnbangan dalam tindakan. Disana sini, kelihatan terencat dengan pengembangan dunia dagang. Kegiatan ekonomi kian meruncing, Eropah dengan kemelut kemelesetan. Amerika Syarikat perkembangan yang stagnant, angka tunjuknya disektor pekerjaan 7.6 peratus yang tidak punya pekerjaan. 

Kita juga tidak terlepas dari kemelut itu, saban tahun, anak anak muda dengan kemelut pekerjaan, tiada pergerakan kearah perburuhan dan penawarannya tidak memberansangkan.

Pelbagai strategi juga menampakkan tidak kesampaian, "the ends of competitive advantage" juga mengisahkan keruwetan dunia perdagangan. Tektik dan teknik baru juga diketengahkan, pelbagai inovasi diaju, namun perubahan meruntun ketidak pastian.



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
  


-------- Original Message --------
Subject: [7378] Dunia Yang Penuh Pancaroba
From: HISHAMUDIN ALLI <hishamudin.alli@live.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:



29 Jun, 2013

Fwd: [7378] Selembar Benang Menjadi Kain

Sesudah setahun menghilang, banyak perkara tersurat dan tersirat berlaku disana sini, yang berkelana panjang telah pulang ke lubuk, membawa idea idea baru dalam mengenengahkan ragam kehidupan, persis yang masih ada ruang untuk diisi dan dimanafaatkan, sama ada untuk organisasi mahupun pada diri.

Yang mencari masih meneruskan pencarian yang tidak pasti, apakah kepastian itu yang dicari, atau belukar dan onak yang timbul. Itu kena tanya pada diri. Yang sudah menjadi bubur, asalnya nak menanak nasi, makan sajalah apa yang telah terjadi. Nak dicari emas, Tapi yang dijumpai amang besi yang tidak dimengerti nilainya.

Masih berkelana mencari kehidupan dan meneruskan agendanya adalah tugas hakiki, yang perlu diteruskan usaha dan ikhtiar. Setelah hampir 6 purnama, siang berganti malam, keadaan keruwetan, masih bertambah simpang siur menuju Jalan pulang.

Adakala roda roda kehidupan, berulang ulang Jalan penceritaannya, kreativiti dan teknik nya berubah ubah, walhasilnya, terbelai dan terbarai, mengharapkan buah datang bergolek, yang datangnya nyior ditebuk tupai.

Nak susah senang, nak senang itu yang susah.


Kangar Ipoh Kangar.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.