Laman Utama

21 Mei, 2014

[7378] KUSUT MASAI SEPATU KILAT

Disana sini, acapkali, pabila dilihat, apabila lingkaran fiat money telah mengecil, yang ada sudah melebar dari segi komitmen membayar , mengecilkan kuasa beli, mengecilkan innovasi dan perkara perkara baru dalam dunia pasaran, tambahan wujudnya gergasi ekonomi, dengan membuka pintu perdagangan bebas, China, telah melakukan apa sahaja dalam keperluan perdagangan antarabangsa.

Di Eropah, umpamanya , kunjungan di Greece (2011) dan Spain (2013), melihat kelibat dan apa yang menjadi keperluan masyarakat setempat, walau jenama apa jua, termeterai "Made In China". Ada kelainan di bumi Turki, sektor perkhidmatan, kerja kerja tangan hasilan seni, masih lagi dipelihara akan tradisi itu. Kunjungan (2005), (2011),  (2013) dan (2014), melihatkan trend ini. 

Dunia perdagangan berubah dengan drastik dengan kewujudan China membuka pintu perdagangan bebas, jenama jenama tersosor mengalihkan produksinya di bumi itu, diatas kos bandingan yang lebih rendah, berbanding dengan tempat lain. Penelitian ini, berasaskan pemerhatian, perjalanan pertama di bumi Timur Tengah, Mekah dan Madinah, (1984), masih lagi terdapat barangan dari Eropah Timur memasuki pasaran, tetapi pemergian kali kedua, (2000), dan seterusnya (2004) (2005), (2012) (2013) menampakkan trend itu telah mengubah lanskap perdagangan antarabangsa.

Apabila, lingkaran  kewangan telah mengecil, golongan 1 peratus telah menambahkan longgokan kekayaan berbanding dengan golongan pertengahan mengecilkan kuasa beli, bagi rakyat bawahan, yang  menghadapi tekanan kehidupan yang amat meruncing.

Di Australia, melihat kelibat dan gaya masyarakat Sydney, (2003) (2004) dan di Perth (2010), pattern gaya hidup perbandaran yang amat kompleks, yang meraikan golongan Pakistani dijadikan sebagai tenaga kerja bagi tuan tuan punya gedung perniagaan. Begitu juga masyarakat kosmopolitan New York, (2000).

Dunia , dimana sahaja, golongan yang merantau, seringnya, survival mereka lebih terj.amin, dengan tinggal di bumi milek orang. Sampai waktunya, dibumi sendiri, sudah mulai merasakan sukarnya survival, memerlukan kita menjadi Ibnu Batutta sekali lagi, mencari kehidupan, untuk survival.



HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Kalian yang bernama Sahabat...

Kalian ibarat titisan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan…..

Kalian adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan……

Kalian adalah pohon rendang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian…..

Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang mereka

Kalian adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran…..

Kalian adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jangkal bumi yang berdebu 
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian……

Kalian adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan……..

 

 

 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

07 Mei, 2014

[7378] SEHARI SEMAKIN HAMPIR

Sambil mendengar lagu lagu sentimental, aku menulis untuk secebis peringatan, bagi kita yang sering lupa, dan sering memerlukan peringatan peringatan disepanjang zaman. Memohon kudrat dan iradat Tuhan, agar hidup ini membawa erti hingga ke akhirannya. http://www.youtube.com/watch?v=LrD9ggEddwk&list=PL3A6A791F81D5F120

Yang pergi tak kan kembali, hanya ditinggalkan belang belang yang  menjadi memori. Sebenarnya hakikat kehidupan, lebih lebih lagi meniti diusia usia emas, memerlukan kesabaran yang tinggi, kudrat dan tenaga telah meluntur. Projek projek mengingati dari bicara bicara ilmuan ini, sebagai jalan jalan menuju kealam kekal, alam yang tiada penghujungnya.

Rentetan rentetan kehidupan, menemui ragam dan mehnah, susah senang dilalui. Yang pasti kita semakin hampir.



HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

06 Mei, 2014

[7378] HUJAN

Hujan yang turun, bak linangan airmata, begitulah antara bait bait Lagu didendangkan oleh Sudirman ,  http://www.youtube.com/watch?v=5JdT7oKKcWU 

Ada baik, ada kala ianya menyukarkan bagi segolongan lagi. Semuanya menjadi serba salah dalam ertikata keperluan sesuatu golongan. Ada yang salah erti, apa yang kita hadapi dan di ceburi. Kita Ajak berkawan, ada yang memahamkan untuk lebih dari itu. Salah sangka mengakibatkan kita terkial kial dalam menghadapi persoalan.

Nilai estetika disalah ertikan dengan nilai keluhuran, serba serbi menyukarkan kefahaman yang disalahertikan. Jangan bermain ombak, jika takut badainya menghempap bumi.

Payah serba serbi.


HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

31 Mac, 2014

[7378] APRIL DATANG LAGI

 Sambil mendengar dendangan terbaru mengenai RABIA, http://youtu.be/SFsLKZXyxQ0 , menghayati makna makna yang tersirat, kehidupan menghendaki melalui tribulasi berpanjangan, sesungguhnya, kita tidak dijadikan bersahaja, apakah kamu beriman, tanpa ujian, atau mahunya hidup hanya suka suka, ikut naluri hati hati, untuk dibawa kemana, perjalanan singkat di dunia, menghendaki ianya melalui mehnah dan rintangan, untuk menguji tahap mana, untuk ditingkatkan ditahap yang lain, sesungguhnya, peningkatan itu memerlukan usaha gigih, selagi masih ada nafas dikandung badan.


Dunia, disana sini, dikejutkan dengan kehilangan pesawat, kepelbagaian teori dan kemungkinan, kebarangkalian, masih membingungkan, tanpa bekas, tanpa kesan.


Esok, perayauanku bermula,  menjejak bumi khalifah terakhir di bumi Islam, menggali dan mengkaji, kehebatan ummat terdahulu membina tamaddun. Kali ini dengan mebawa sekali anak anak bujangan, melihat tamadun byzantium, kristian dan islam, di bumi Constatinople. 
HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

19 Mac, 2014

[7378] Dari Mana Nak Kemana?

‎Setiap yang berpelajaran mahukan hidup masa depan yang Cerah, zaman 80 an, pasaran kerja mencari tenaganya di IPT ketika itu, paling kurangpun, menyambung ke Dip Ed, menjadi guru di sekolah menengah. 

Dunia telah berubah, setelah satu generasi berlalu, pasaran kerja bukan lagi keutamaan bersandarkan sijil sijil berkenaan, Perubahan minda kepada bekerjaya usaha sendiri, memerlukan pengetahuan dan skill yang tinggi dan credential yang berwibawa. 

Pengajian di IPTA, mahupun IPTS, tidak lebih kepada mengenalkan huruf huruf yang Betul, agarnya tidak dikatakan "Alif dikatakan Batang Nyior".

Sambil mendengar cak lempong di Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuudin, menunggu upacara tamat, bahu minyak angin, memeningkan keadaan.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] SPM/MCE: Dulu dan Kini

    Maka 20 Mac, keputusan SPM akan diumumkan. Sehari sebelum itu, pada 19 Mac, STPM diumumkan dahulu. 
"Bagaimana perasaan?" " Ah, biasa saja, ibubapa sayapun tidak teruja untuk mendengar keputusan". Actually, I dah prepare nak ke mana. I dah prepare  nak sambung belajar di ...... . I lepas SPM, nak ambil course ......> " ...dan begitulah seterusnya cerita-cerita dari calon SPM. 
     Masa dah berubah. Bukan seperti zaman kita. SPM penentu halatuju masa depan. Kini masa depan telah dirancang lebih awal. SPM sekadar satu hurdle biasa untuk dilompat. Tidak banyak pengertiannya pada anak-anak kini. Keputusannya terlalu sikit membawa suka atau duka. Jika baik keputusan, maka benarlah apa yang dirancang sebelumnya. Jika tidak baik, banyak lagi bidang kursus yang menanti, jangan terlalu risau. 
    Ibubapa usia kita jualah yang pasti mengeluh, merancang masa depan anak-anak. Keperluan mereka perlu dipenuhi. Buka seperti keperluan kita dahulu. Cukup RM2.00 untuk semangkuk mee kari dan teh ais di Ghee Kheeng. Kemudian untuk ke panggung wayang dengan 20 sen.
    Menatap wajah anakku yang sedang beradu
    bukan wajah aku yang dahulu
    tidur mereka nyenyak hingga dinihari
    deru air-con menderu laju
    lena mereka kini
    kerapnya igauan ngeri aku
    mengawasi episod mimpi mereka
    agar segalaya indah belaka
    agar ia buka sekadar ilusi
    agar ia menjadi realiti

Salam Pagi
Yasin Ismail
     

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.