Wang dalam poket mula buat perhitungan, nak melancung atau balik kampung, Kalau melancung kemana? Dalam atau luar negara?. Kalau kampung, kampung siapa?. Jangan mula berantakan.
12 Julai, 2010
Quality time with family/ Mari Mencuci (... posted by Yasin)
Wang dalam poket mula buat perhitungan, nak melancung atau balik kampung, Kalau melancung kemana? Dalam atau luar negara?. Kalau kampung, kampung siapa?. Jangan mula berantakan.
Pantun Noni
From: hasni.ahmad <hasni.ahmad@ficranova.com>Sent: Fri, 4 June, 2010 10:45:04Subject: RE: [7378] Pantun NoniBot Sayong mudik kehulu
Nampak bumbung rumah seberang
Cerita ceritu sekarang dan dahulu
Ditelan pahit dibuang sayang!
Sent: Friday, June 04, 2010 9:12 AMFrom: Mohd Yasin Ismail
Subject: Re: [7378] Pantun Noni
CPO
Poi pokan naik basikal
tongah hari poi Relau
kenangan walaupun pahit, ia kekal
campak ke laut menjadi pulau
Yasin Ismail
From: hasni.ahmad <hasni.ahmad@ficranova.com>Sent: Fri, 4 June, 2010 0:03:43
Naik basika kepekan kuale
Singgah ditebing makan laksa
Mengapa harus di pendam rase
Apa yang dilalui cerite lama
From: aronza_han@yahoo.com
Sent: Thursday, June 03, 2010 12:36 PM
Sin...
Dari Lunas ke Kuala
Tongkat Bertam byk rahsia
Perasaan tak di pendam rasa
Rahsia di kongsi d telan masa
From: Mohd Yasin Ismail <imohdyasin@yahoo.com>
Date: Thu, 3 Jun 2010 12:27:25 +0800 (SGT)
Subject: Re: [7378] Pantun Noni
Pantun Hari ini
Dari Kuala ke Lunas
Ingin pero ke Bertam
apakah masih bertunas
perasaan yang dipendam
jawab, jangan tak jawab
Gunsmoke
Yasin Ismail
Pantun Karya Hang Nadim...
Dagang merantau seantero duniaApa dikenang kasih nya tiadaDalam merantau kasihkan duniaDunia ditinggalkan duka pun tiadaDuka pun tiada hendak dikataDalam perasaan dikuburkan juaNamun batu nisan terlihat mulaRasa kasih masih berpaut juaRasa kasih berpaut juaDidalam hati sanubariApakan daya sudah ternyataYang empunya sudah dimilikiApakan daya sudah ternyataEmpunya diri bertuan adanyaNamun kisah lalu masih membaraPadam nya tidak ku hendaknyaPadam sudah api membaraTinggal parut semesti adaKu garu parut terasa lah iaNamun gusar dan endah tiadaGusar dan endah telah ku kuburkanDi tanah gersang Mona bertandangDi tangan telah ada tandinganDi hati bertahta dan ia bertandang
Cerita Lagu Lama (... posted by Yasin)
Post from 2 Friends
From: husni zulkifli <kneez1961@yahoo.com>
To: cliffordian7378 <cliffordian7378@googlegroups.com>
Sent: Tue, June 1, 2010 1:13:39 PM
Subject: [7378] TL-sambutan hari kemerdekaan di votalari
In the evening of my life (... posted by Aiznin)
In the evening of my youthUnder the waning crest of the moonI am blessed with the knowledgeOf friendsIn the twilight of my yearsI have learn to let goOf my fears and my tearsOf knowledge and what holds me backIn the sunset of my dreamsI have learn more that I can useOf love lostOf love unspokenOf love by my sideIn the dawn of my life nowI have learn more that I could ever knowOf who I amAnd why the train doesn't stop here anymoreIn the footsteps of my destinyI no longer rebel against my fateBut yet setting my own pathandMy own destinyIn the evenings of my life.
11 Julai, 2010
Moh Nyinggah Sg Siput (... posted by AizNin)
Maka dikisahkan Panglima Manong mengutuskan burung membawa warkah kepada Penghulu Bendahari Karei akan hasrat nya melawat kembali pusat perguruannya. Apabila burung burung berlalu sesama sendiri bertukar khabar maka terlaunglah panggilan kepada semua Hulu Balang Hulu Balang Pendekar Pendekar dan Panglima Panglima bahawa satu perjumpaan akan diadakan di Balai Rong Seri Tok Dua.
Setelah dimentelaah dan dikaji Tok Dua memutuskan bahawa Balai Rong Seri dan beliau tiada ditanah jajahan kerana merantau ke bumi Laksamana Tuah, maka diputuskan perjumpaan diadakan di tebing Sungai Negeri Jajahan Pendekar Sang Siput.
Bertempiaran burung burung utusan membawa berita dan disahut berita dari Utara Tengah dan Selatan.
Pendekar dari Tengah yang sememang telah mengatur langkah bersiap pedang, kris dan tanjak serta pedati untuk menyambut kembali Bonda tersayang tersenyom kerana hajat dihati kesampaian. Dapat lah beliau menyelam sambil minom air. Memang terkenal ilmu Pendekar Tengah berkenaan perihal menyelam ini sehingga tersohor di seantero benua kelincahan beliau dalam bab ayat mengayat dan menyelami kalbu dan halwa Dang Wangi semua.
Maka timbul berita Pahlawan Putih Kepala sedang menyiapkan gerombolan untuk bertandang ke Jajahan takluk Raja Ligor akan singgah majlis di Jajahan Sang Siput.
Dalam menyebaran berita, Penghulu Bendahari memaklumkan seorang Hulubalang telah keluar dari pertapaan dan sedia menyertai persidangan yang ditetapkan. Berbagai persoalan diajukan kepada Penghulu Bendahari - bagaimana rupanya, darimana asal usulnya, berapakah pengikutnya dan berapakan Isterinya. Namun tak terjawab Penghulu Bendahari kerana pertapaan tersebut terlalu lama dan sukar untuk diingati kisah perjalanan pertapaan dan perjuangan Pendekar tersebut.
Maka berkumpullah segala yang didahului Raja Ligor. Murka lah Raja Ligor kerana disangka tempat dijanjikan ditukar tanpa pengetahuan beliau. Pabila sampai Raja Ligor dengan buah tangan hanya pokok kelapa dan suilan Sang Ular menyambut beliau. Diutusan burung menanyakan keadaan dan dijawab dengan sinis Pendekar Sang Siput bahawa tiada tempat lain melainkan tempat yang dijanjikan.
Maka diperhatikan Raja Ligor seorang jejaka menanti dalam pendati dan disahkan inilah Pendekar yang ditunggu selama 32 tahun.
Tibalah Pendekar Pendekar dan Hulubalang Hulubalang Negeri penuh dengan ruih rendahnya. Dicanang paluan angin dan berpelokan sahabat sahabat seperguruan bertanya khabar berita.
(Bersambong)
SA Sulaiman