Laman Utama

22 April, 2011

Pantun untuk ALK KOSEC

Sent: Thu, 21 April, 2011 19:22:26

PANTUN BUAT ALK KOSEC

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri

--
yg bebenor,
abdlatifesalleh
0143061850 / 0142404557




...dari Kamar sekolah

Sent: Wed, 20 April, 2011 12:38:56

Salam

 

    Pagi ini kembali ke sekolah. Melangkah dengan penuh yakin dan ceria, punch dan masuk ke bilik. Duduk selesa di kerusi sambil menghela nafas panjang...lega dan puas dapat kembali ke sekolah. Kulit tangan telah amat gelap dibaluti silau mentari yang melekat pekat. Sambil mendengar lagu berkumandang di radiao, "Light FM", hati terasa segar kembali dan melabuh punggung berehat....

     Di waktu begini aku tersenyum sendirian. Jika guru lain mengeluh untuk hadirke sekolah dan ke kelas untuk mengajar, berlainan dengan aku pula. aku merasa amat lega berada di sekolah. Pada aku melangkah ke kelas untu perlu santai dan teruju untuk berhadapan dengan pelajar. Wajah perlu ceria, penuh dengan perasaan terju. mesti sentiasa kemas dan fokus. Melangkah perlu santai. Wjah jangan berkerut seribu, senyum tetapi dengan tegas dan kita perlu dominant.

    Pelajar kini mahukan guru yang tegas dan pasti dengan apa untuk dikongsi. Zaman ini bukan beristilah mengajar tetapi berkongsi dan kita adalah fasilitator. Kelas perlu 'hidup' dan pelajar bersama contrbute to the lesson.

    Tetapi apa yang lebih perlu dan penting, sekolah adalah tempat "rehat" aku. Berminggu di padang menagih banyak tenaga dan aku di dalam bilik recharge tenaga kembali untuk semula di padang bermula Jumaat ini hingga minggu depan. In between ada "ceramah PMR" dan perkhemahan unit uniform yang bermula pada 28 - 30 April.

    Perjalanan pendidik yang perlu di tempuhi..... selaras dan selari dengan zaman

 

A mediocre teacher tells

A good teacher teaches

A great teacher motivates

A superior teacher inspires

 

Gunsmoke

Yasin Ismail

 
 
 
 
 
 
 


SAHABAT (...posted by Hasni)

Sent: Fri, 15 April, 2011 10:19:33

Pekan Karei deroyan dah berlambak

Kundeh hidangan diwaktu petang

Teman terharu bercampur sebak

Luahan miker jadi perangsang

 

Pagi Ahad Nonie ke merket

Tak peronah tertinggei spek hitam

Suka duka, sihat dan sakit

Saling berkabor jangan ler diam

 

Seli sibuk kehulu kehilior

Duan Nasib berulang alik

Satu May kite ke Enggor

Makan nasi minyak ngan apam balik…. (udah habih moder…..)

 

17 April, 2011

SAHABAT

Sent: Fri, 15 April, 2011 3:03:23

Sahabat..............


Mengintai kejora dimalam hari

Hanya kelihatan menjelang pagi

Terimakasih sahabat kerana memahami

Segala kelemahan diriku ini


Anak haruan mati terperangkap

Jangan keli dikatakan sepat

Padamu sahabat daku berharap

Di sudut hatimu namaku terpahat


Merenung langit di kala senja

Mengharap fajar akan menjelma

Padamu Tuhan kupanjatkan doa

Persahabatan ini subur selamanya........................................insyaallah.............


--
yg bebenor,
abdlatifesalleh











Pantun

----- Forwarded Message ----
From: latife salleh <suptulang.salak@gmail.com>
Sent: Sun, 10 April, 2011 20:54:56

Zam.....

    Sirih berlipat sirih pinang
    Sirih dari Pulau Mutiara
    Pemanis kata selamat datang
    Awal Bismillah pembuka bicara

    Laksamana berempat di atas pentas
    Cukup berlima dengan gurunya
    Bagaikan dakwat dengan kertas
    Anak sudah jumpa  jodohnya

    Tetak buluh panjang suluh
    Mari jolok sarang penyengat
    Angkat doa jari sepuluh
    Doa minta biar selamat


    Amin........

Malaysian medal parade

----- Forwarded Message ----
From: latife salleh <suptulang.salak@gmail.com>
Sent: Sat, 9 April, 2011 19:45:26

    Ayam hutan terbang ke hutan
    Tali tersangkut pagar berkawad
    Adik bukan saudara bukan
    Hati tersangkut kerana sahabat

    Ayam rintik di pinggir hutan
    Nampak dari tepi telaga
    Nama yang baik jadi ingatan
    Seribu tahun terkenang juga

    Burung Serindit terbang melayang
    Mari hinggap di ranting sisi
    Bukan ringgit dipandang orang
    Budi bahasa ketika berkomunikasi



On 4/9/11, Nadim <aiznin@gmail.com> wrote:

Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
Kini sudah milik orang
Jangan dicemuh jangan dicaci

Buah jambu buah delima
Baik sekali isinya
Jangan cemburu membabi buta
Berkomunikasi hendaknya

SA Sulaiman

Sepetang Di Hujung Minggu (...posted by Sham)

Sent: Sat, 9 April, 2011 17:20:19

Sambil mengakses online library, sempat juga bertanya khabar akan rakan kita, Yasin yang masih di padang dengan acara balapan, dengan bunyi das pistol, tanda melepaskan permulaan acara sukan di padang.

Maaf Zam, walaupun telah dijadualkan untuk ke kenduri menyambut pernikahan anaknya, tetapi teman masih disisi komputer, mencari maklumat dan penemuan baru untuk dilapurkan dalam kajian kerja yang perlu dikemukakan, hampir sangat harinya.

Begitulah menyelidek sambil menemui penemuan lama, untuk dileraturkan dalam lapuran, sambil mengikuti perkembangan rakan rakan disana sini, hari ini, serasa sunyi dengan email yang masuk, ada agenda besar yang dilalui, sama ada tugas hakiki, bersama keluarga, dan juga pelbagai acara, aktiviti luar jangka, ada yang melancong ke luar negara, setelah lama memburu sasaran, dilampiaskan lelah itu dengan penajaan, agar kita bisa terhibur dengan lelah berkarya, kata orang seberang.

Apa sahaja dilakukan adalah untuk penyempurnaan tanggongjawab berkeluarga, agar kita bertanggongjawab pada yang dibawah jagaan.

Hakikat kehidupan yang menjurus kepada matlamat akhirnya, menjana kejayaan, dan ada dikalangan kita masih terus berkarya mencari kesempurnaan kehidupan, lagi dicari, makin ianya pergi, dan aktiviti mencari diteruskan, hinggalah panggilan wisel penamatnya ditiupkan.

Agar kita terus mencari kedamaian itu.