Laman Utama

29 Julai, 2012

Re: [7378] Kuala Kangsar Dalam Ingatan

Suasana belasan tahun, merupakan tahun cabaran, dengan adanya 3 peperiksaan, Darjah 5 sekali, terlepas dengan penilaian ini, Tingkatan 3, LCE, ditentukan di aliran  sastera di Tingkatan 4, dan MCE di Tingkatan 5. Akibat banyak yang perlu dihafal, dibaca, yang perlu dilatih dengan latihan khusus, seperti matematik, difahamkan cara hafalan, begitu juga matapelajaran sains, difahamkan menerusi sistem hafal, bukan dari sudut kefahaman sepatutnya, habis hafal, terlanggar batu dijalan, kepala ingat, ekor lupa.

Itulah cara di latih, asuhannya tidak pernah didedahkan, bagaimana kamu harus belajar. 

Percubaan meraih gelar, terhenti seketika, disambung dengan menempuh jalan sukar, begitulah kisah "late starter, better late than never", dah payah nak berhenti, apabila digali dan terus digali, hingga mati.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 28, 2012 11:13 AM

Seingatan pada masa Marhum Sultan Idris, sempena ulangtahunnya, maka diadakanlah keramaian, 44 hari siang malam, diadakan keramaian disekeliling istana, kasino bergerak, joget, wayang kulit dan serba serbi macam pasar sehari.

Yang ditunggu hingga 44 hari siang malam pun ada, jika nak dicari mana menghilang, carilah di kasino bergerak ini. 

Untuk menyusur ke tempat ini, aku dan geng geng sekolah, dan kampong , menyeberang melalui Sayong Tengah, basikal ditempatkan dirumah Ensar, dan menuju lembah ditebing sungai, menyeberang dengan sampan yang boleh memuatkan 10 orang se trip. Tambang sekupang seorang. Pergi selepas maghrib, dan selalunya waktu jam berhimpun baru beredar dari situ.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 26, 2012 12:42 PM

Seorang lagi, rakan yang telah pergi, arwah Sazali Nordin, ku ingati wajahnya semasa sama sama meninggalkan bangku sekolah, perkhabaran mengenai kepemergiannya dimaklumkan oleh Aziz yang menetap di Melaka, lantaran ketika itu, aku berada di Kuala Lumpur, keesokannya aku, Seni dan Aziz, menziarahi rumah arwah di USJ, itulah detiknya, sejarah menjejak rakan rakan sepersekolahan, diaturkan pertemuan demi pertemuan, sehinggalah ke hari ini, menerusi media gogglegroup, menyapa dan disapa, gurau senda, pemberitahuan, perkongsian maklumat, dan serba serbi perkongsian, ada disitu.



------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 26, 2012 12:24 PM

Sesekali, pulang dihujung minggu, semasa bekerja di Kedah Selatan, Karangan, Kedah, semasa arwah Aznam sedang sakit dilututnya, berkesempatan beberapa kali menziarahi beliau semasa hayatnya. Lututnya menampakkan tempurung, pada tahap tahap akhir menahan derita sakit.

Kepiluan itu, aku masih teringat raut raut wajahnya menahan kesakitan. Arwah dengan prinsipnya. Walaupun ketika itu, disarankan agar kakinya yang kanser itu, dipotong sepertimana saran doktor.

Namun pemergiannya diawal usia, hanya tinggal kenangan semasa tempoh perkenalan dengannya semasa di Sekolah Menengah.

26 Julai, 2012

[7378] Kuala Kangsar Dalam Ingatan (... samb.)

Dalam suasana Ramadhan , jika di kampong masa dulu, (more) iftar di masjid, bersama dengan penduduk setempat, menunya adalah kanji, bubur lambuk kata orang Kolumpo, beberapa biji tamar India, solat maghrib, selepasnya makan nasi sambil menunggu isha' dan seterusnya tarawikh 20 rakaat dan  3 witir.

Malam tujuh likur dan jadi pesta di Kota Lama Kiri, disepanjang jalan hingga ke Kuala, begitu ramai yang keluar, berjalan kaki, melihat keindahan dan gubahan panjut oleh peserta pertandingan, yang johan diberi piala pusingan, begitulah meriah pesta panjut ketika itu, seolah olah sudah menjadi tradisi.

Lama kelamaan, setelah kerosene mahal dari petrol, acara ini mengurang dan memori ini hanya berlaku di tahun tahun 70 an, diera 80 an, hanya balik kampong pada hari lebaran, dimana tatkala itu masih menuntut di ITM Perlis bagi sessi 1984 hingga 1988, lantaran sudah berkeluarga sejak 1986, balik ke kepompong, hanya pada hari raya atau hari raya kedua, dan sebulan untuk sehari dua, cuti hujung minggu.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 25, 2012 8:01 PM

Safar di bulan Ramadhan, bersendirian, mengendalikan kerja kerja yang perlu disiapkan, memerlukan daya dan kudrat yang tinggi untuk dilaksanakan, seharian dengan urusan, keletihan, dan segar kembali setelah berbuka apa yang ada, dirumah menurut apa yang terhidang, teringat juga sewaktu berkelana keseorangan di New York, 12 tahun silam, makan nasi sekali sehari, tapi kenyang nya sampai hari esok masih terasa, citarasa bhasmati, kendalian pakistani yang mencari rezeki di bumi asing.

Pengalaman silam, mengajar kita, tidak memileh, berpada apa yang ada, dan melayani ragam perut.

[7378] Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan (... oleh Sham)

Sesekali harus juga diajar akan rentetan hidup orang kebanyakan, macam selepas keluar sekolah menengah, merayap di kotaraya Kuala Lumpur, spot yang acapkali dilalui, Jalan Hang Tuah, kuarters bomba didalamnya, menumpung dirumah kakak sepupu, menurun melalui setesen bas klang, setesen keretapi, benteng, jalan tunku abdul rahman, merayap rayap dengan laluan kaki, terserempak dengan kedai spesialties jual bag, kebetulannya, sambil mencari beg gendung pelancong, ditempatkan dibelakang, sambil berjalan, dan santai.

Kuala Lumpur, punyai pelbagai barangan keperluan asas, asal saja pandai mencari, serta kadar jualan yang manasabah.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 25, 2012 11:08 AM

Warna warni KTM Koc dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, banyak notis pemakluman tertampal di dalam, diluar koc, warna warni nak pilihanraya.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 25, 2012 10:37 AM

Aku teringat semua, tatkala di Tingkatan 2, itulah kali pertama aku menaiki keretapi menuju ke Kuala Lumpur, berbekalkan tambang yang dikirimkan ibu kandung untuk ke Kuala Lumpur, dia telah menetap di Kuala Lumpur sebaik sahaja bercerai dengan bapaku, tatkala sebaik sahaja melahirkan. 

Mati hidup, cerai berai adalah suratan takdir. Hari ini, aku bersendirian di stesen Kuala Lumpur, menuju Shah Alam, tugas masih perlu dilaksanakan, selagi masih ada kudrat melaksanakan. Lebih lebih lagi di akhir akhir ramadhan, jika ada rezekinya, menuju ke baitullah, atas undangan sponsor korporat. Doaku semasa tawaf wida' May lalu, terkabul untuk menziarahi lagi baitullah.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 11:08 PM

Detik detik ramadhan, dizaman kanak kanak dan remaja, memang menyeronokkan, maklum, tiada apa nak difikirkan kebertanggongjawaban, semuanya dipundak yang dinamakan ibu mahupun ayah, beruntung pada yang masih ada ayah dan ibu sedari kecil, membesarkan hingga dewasa.

Bagi yang tidak punyai pengalaman itu, dibesarkan oleh nenda, ibu saudara, dan dikelilingi oleh abang pupu, kakak pupu, dan keponakan yang lain.

Semua itu adalah bekalan menghayati hidup sementara kita membesar dan membina hidup sendiri kemudiannya.

Jangan gundah akan kisah kisah silam, semua itu adalah persediaan mendewasakan individu, agar menjadi individu yang bertanggongjawab pada diri sendiri dan keluarga.

24 Julai, 2012

[7378] Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan (....oleh Sham)

Peristiwa melawat Taiping dengan rakan rakan sepersekolahan, dalam lingkungan Tingkatan 2, antara yang diingati yang turut sama dalam rombongan itu, Yasin, Roslal, Duan Omar, dan lain lain, pabila matahari dah nak ke ufuk barat, sudah mula kegelapan, masjid destinasi dituju, biasalah ketika umur baru nak tumbuh ekor, tok siak siap bagi amaran atas kebisingan yang di dengarinya.

Begitu juga dengan kejadian lemas di Kolam Renang Taiping, hampir sahaja meninggalkan tragedi.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 12:49 AM

Seorang lagi yang mewakili relay team, Mat Lentong, dia juga adalah diantara nama nama yang mengharumkan nama Clifford ketika itu, semasa Sekolah Menengah, aku sering berbasikal ke bot tambang, Mat Lentong, Ghuzlan, Rahim Chendoi, diketika sesi sekolah petang, masa balik ada beberapa jalan yang memungkinkan untuk dilalui, kebanyakkannya kami melalui, Kpg Kandang, dan menyusuri Sayong Lembah, dan diketika dan masa lain, melalui Masjid Kota Lama Kanan, dan sekitarnya ada kuburan. 

Cerita mistik ini macam macam digambarkan, "orang mati, hidup balik", selalunya disakat oleh orang orang muda super senior, tertekan dengan cerita itu, pabila sampai sahaja melintasi kuburan ini, dipecutlah kayuhan yang tak pedulikan apa dibelakang. Hebat usikan itu.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 12:41 AM

Disuatu ketika, Yasin semasa disekolah rendah, diberitakan telah menemui kemalangan jalanraya, dan kecederaannya agak parah juga, berjahit diperutnya, semasa lawatan di hospital.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Kuala Kangsar Dalam Ingatan
Sent: Jul 24, 2012 12:38 AM

Suatu ketika di Sekolah Rendah, acara yang paling digemari ketika itu, bermain ragbi, maka dikenakanlah latihan keliling padang beberapa pusingan, dan acara acara permainan lain adalah hoki, seketikanya, bermain selaku goal keeper, dan sparingnya Faisal, yang kerap teruji seketika latihan adalah asakan asakan dari Halim Hoki, dan ketika itu dia adalah seorang yang sering mencetuskan gol untuk disumbatkan, adakalanya apabila berdepan dengan pasukan lawan, kegugupan sering mencabar tindakan kita selaku pemain, lebih lebih lagi padang yang tidak pernah menjadi gelanggang.

Acara sukan ragbi juga, kecundang dengan pasukan Sungai Sumun, pasukannya bawah 12, tetapi yang mainnya 18 tahun, keting udah berbulu, untuk seketika, aku berehat seketika dengan acara sukan, kerana diserang perachut di peha kiri, dan acara sukan lasak ragbi sudah tidak ada di Sekolah Menengah, di "ban" penyertaannya.

Disekolah menengah, aku lebih kepada acara olahraga, dimana acara sukan padang telah ku tinggalkan, kerana bahadi serangan perachut disekolah rendah. Acara lontar peluru sering sahaja mewakili sekolah bersama Wak Hisham, abang Nor azmi ke acara olahraga ini.

Seingatan di acara acara sukan di antara sekolah sekolah, acara relay yang mengharumkan nama sekolah terdiri dari S Muthiah, Akif, Hasni, Amaludin John dan Lan Kandang, segenap padang diacara padang ini dibolos oleh mereka ini.

[7378] Kuala Kangsar Dalam Ingatan

Pekan Kuala Kangsar, punyai lagenda tersendiri, aku sejak berumur 7 tahun telah berulang alik dari Kota Lama Kanan dengan bas sekolah berlambangkan GEGS, tambang ketika itu ialah RM 6.00 sebulan, sebaik subuh, dengan pelita kantong menyusuri ke jalan besar, menanti bas berkenaan, diikuti sekali ke Bendang Kering, dihujung jalan destinasi, dan berputar semula ke Jambatan Iskandar, menyusuri Kota Lama Kiri dan terus ke Jalan Takyah. 

Begitulah rutinnya sehingga Darjah 6 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar.

Sebaik Tingkatan 1, haluannya melalui Bot Tambang ke pekan Kuala Kangsar, sehinggalah Tingkatan 5, laluan laluan ini, banyak meninggalkan kisah kisah, yang memerlukan daya ingatah untuk direview semula, dari perawi perawi Kota Lama Kanan ke Kuala Kangsar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 Julai, 2012

[7378] MAJLIS MOREH CLIFFORDIAN 73/78 & 79/80

As Salam Kengkawan Semua,

 

Disini teman ingin memaklumkan bahawa untuk tahun ini dan di dalam bulan Ramadhan yang begitu Barakah ini serta seperti Bulan Ramadhan yang lepas, Insyallah, kiter akan mengadakan Majlis Moreh untuk Group kiter, butir-butir seperti dibawah ini  :-

 

TEMPAT               :               MASJID RIDZUANIAH, KUALA KANGSAR

 

HARI/TARIKH    :               SABTU, 4HB OGOS 2012 BERSAMAAN 15 RAMADHAN 1433 HIJRAH

 

ATURCARA MAJLIS

 

6.00 – 6.30 PTG :               KETIBAAN KENGKAWAN DARI JAUH DAN DEKAT DI MASJID RIDZUANIAH, KUALA KANGSAR

 

6.30 – 7.00 PTG :               TAHLIL UNTUK GURU2 DAN KENGKAWAN YANG TELAH MENINGGALKAN KITER DAN DOA KESYUKURAN UNTUK CLIFFORDIAN 73/78/80 YANG AKAN DIBAWA OLEH USTAZ HJ JAMALUDDIN HJ AHMAD.

 

7.30-9.30 MLM  :               BERBUKA PUASA BERSAMA JEMAAH, SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH, DI IKUTI DENGAN SOLAT ISYAK DAN TERAWIH.

 

10.30 MLM          :               BERSANTAI DAN DISKUSI KENGKAWAN DI BENTENG

                                                (KENGKAWAN KITER YANG BUKAN ISLAM DIJEMPUT HADIR)

 

2.00 PAGI            :               BERSAHUR BERSAMA  KENGKAWAN DI RESTOREN SELI 

                                                (KENGKAWAN KITER YANG BUKAN ISLAM JUGA DIJEMPUT HADIR)

 

Di harap kengkawan semue dapat meluangkan maser untuk menghadiri Moreh kiter kali ini di Kualer dan seterusnye meramaikan perjumpaan kiter di bulan Ramadhan di Kualer tahun ini, INSYALLAH.

 

Sekian, Terimakasih.

 

CPO       

20 Julai, 2012

[7378] Ramadhan

Ramadhan, engkau datang lagi,
Berduyun duyun ibarat Jumaat,
Menghidupkan malam malam yang penuh berkat,
Engkau datang untuk mendidek ummah,
Agar bersifat keinsanan yang tinggi,

Insan yang penuh mengharap,
Agar keampunan diharapkan,
Dengan janji janji yang Maha Tinggi,
Kain Puteh setelah kemelut hitam menggelapkan keadaan.

52 tahun, Ramadhan datang dan pergi,
Mendidek hati hati agar tetap teguh,
Istiqamah dan terus istiqamah.
Selagi nyawa dikandung badan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.