Ketika burung meraikan siang
melantunkan madah ceria
memanjangkan khabar dan salam
yang hijau masih berkilau
tinggalan sentuhan dinihari
ketika inilah ku memerhati
meruntun kalimah yang berdegupan
perasaan menawarkan ilham
menyusun rentak agar sesuai
irama dan pesan-pesan
maka kesyukuran yang tidak terhingga
dilepaskan ke jauh sana
hingga ke tinggi awan
dengan setapak tangan
memohon berkat dan iman
sesungguhnya kita ini selalu alpa
hati berkelana tanpa rasa
sekejap datang dengan iman
sekejap hilang dari pandangan
maka yang kurang jangan dihilangkan
jangan direndahkan atau dibuang selalu
ada baiknya kalau dibersih dan dipulih
kerana kita sebagai insan mudah khilaf sendiri
perjalanan kehidupan hampir ke senja
dengan kata dan cerita nan bertaburan dan berbeza
langit tidak selalu cerah bersayupan
terkadang gelap balam menuruni hujan
halnya kita ini sama sahaja, hanya yang
membeza adalah rupa dan aura iman
yang berbolak-balik perlu dijaga
agar tidak terkandas kelas menderita
kerana cahaya hidayah itu limpahan kasih-Nya
tatanglah ia bagai menerima amanah sebaiknya
memelihara yang wajib hendaklah diutama
jangan sampai hilang sekejap sahaja meribanya
tunggak iman itu amalan tidak sebentar cuma
dilapik baik dengan ilmu pengetahuan
dari masa siang sampailah ke malam
hendaklah ilmu dituntun tiada berhenti
sekadar ini sahaja risalah ditengahari
berkongsi apa yang terfikir di kalbu
tulisan yang baik diambil peringatan
lintasan yang buruk dijadikan sempadan
--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan