Sent: Wed, 23 June, 2010 13:45:34
Salam Cliffordian,
Minta maaf kekawan.. teman lari dari tajuk sekarang... sekadar nak bicara tentang majlis more di masjid Ridzwaniah Kuale ..... teman dah booking tarikh dengan cikgu Mustapa ... tarikhnya ... seperti yang cakap ari tu ..ie.. 28 August 2010 ( 18 Ramadhan) .... kadar bayaran ,,.... kalau ikut biasa satu malam ialah lebih kurang RM750.00 .... tapi Cikgu Mustapha cakap biasanya pada malam minggu .. orang ramai datang kalau group kita datang sama mungkin tak cukup kadar tu.. dia kata boleh kongsi dengan orang lain ... tapi teman cakap kita nak atas nama Clifffordian 73-78 sahaja ... so cadangan dia kita beri tambahan le ... jadi kadar bayaran antara RM1200 -- RM1500 ...
Teman ada bincang dengan Ben .. dia cadangkan tetapkan tarikh akhir untuk kumpul duit dan buat sedikit persiapan...
Teman masih belum dapat berjumpa dengan Noni ... (walau pun sekampung sekarang ni) ... sibuk beno dia .. kalau boleh ada no akaun nak masukkan duit..
Teman cadangkan
i. kita kumpul duit seberapa banyak yang dapat le .... kalau ada lebih boleh kita tempah surah Yassin yang di tulis nama arwah kawan-kawan kita dan cikgu-cikgu Clifford yang dah pergi dulu.
ii. pada malam tu nanti kita akan mintak Ust Jamaluddin buatkan bacaan Yassin dan tahlil untuk mereka
iii. kalau setuju nanti teman rangkakan jawatan kuasa kerja untuk program ini ..yang terdiri dari rakan Cliffordian yang berada di sekitar Kuale dan Ipoh ..... boleh le jadikan ini program re union jugak selepas perjumpaan di Manjong nanti .... dan mungkin boleh dibincangkan di sana nanti.
Sekadar untuk perbincangan dulu .. mintak respon dari kekawan ..
Kamaruzaman Murad / Man Karman
From: Zaman Kz <zaman_kz46@yahoo.com>
Subject: [7378] Re: Majlis More Bulan Puasa
Kawan2 Cliffordian khusus yang muslims .. sorry for the non muslim
mintak maaf tumpang lalu .. kona ke tajuk lain jap ... sekarang ni dah bulan Jamadil Akhir 25 haribulan melayu ... bulan berikutnya bulan rejab dan seterusnya syaaban dan ramadhan ... apa kata bulan ramadhan nanti group Cliffordian 7378 dan F6 7980 kita buat more di masjid di kuale .. eg di Masjid Ridzuaniah .. kita boleh buat pada 28 August on saturday .. hari jumaat tu cuti .... kita kongsi le .. kalu sorang RM 10 pun mungkin dah cukup ... takkan Mr President nak bagi RM 10 koott .. sementelah bendahari duk kat kuale boleh le dia ngutip duit .. apa kata Noni ... mungkin pada majlis tu boleh kita buat kan majlis tahlil .. untuk kawan2 kita yang dah pergi dulu serta juga untuk orang tua kita ... teman boleh uruskan tempat di masjid Riduzuaniah .. sementelah Cikgu Mustafa pun setiausaha masjid .. apa responj kawan semua ..
Kamaruzaman Murad / Man Karman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan