Laman Utama

28 Januari, 2012

Esok Tetap Menanti

From: hishamudin.alli
Sent: Monday, 2 January 2012, 17:43

Disetiap awal tahun, kepelbagaian azam azam baru, dizahirkan melalui mulut dan perkataan, dalam hatinya sahaja telah berpusing pusing, selaku angin puting beliong memusingkankan rentak dan irama, seolahnya dengan menggesek biola alunan Hamzah Dolmat, kalu di negara barat dengan gesekan Joshua Bell, dengan biola, mencecah nilainya jutaan dolar.

Belum ada kepastian, apakah hari ini adakah lebih baik dari kelmarin, berkira kira, apakah keesokannya menjanjikan suatu yang terbaik dan hakiki, menurut azam yang terpahat. Yang pastinya, esok muncul jua, tiada kuasa yang boleh melambatkan detiknya, kepastiannya esok untuk siapa?

Hari hari tua sudah dihadapan kita, untuk dilalui sesejuk salju, dingin persis angin melalui kulit kulit kering, dan tidak berdaya menolak arus lajunya angin. Mampukah kita riang, sedang yang lainnya menunggu hari demi hari yang mencongak benteng dan sel. Kita masih berpeluang menghirup suasana kebebasan, ada yang lain meruntun tenaga mencari kekuatan melawan arus deras.

Yang ada tetap dengan kesunyian menghadapi hari hari tua. Yang makin muda disisi lahad. Alam adalah mahaguru pada kehidupan, pusingan dan alunannya adakalanya sukar difahami, setelah kesekian lama diberi penglihatan, sebagai kayu ukur untuk menghitung diri, agar tidak terjun di kedua kalinya, sementelahan umur yang dipenghujungnya.

Aku masih sebegini, diawal tahun ini, terus dengan keperluan keperluan yang diperlukan untuk penyambung generasi terkemudian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.