Laman Utama

19 Februari, 2012

Re: Gerfren Baru...

----- Forwarded Message -----
From: hang nadim <aiznin@gmail.com>
Sent: Thursday, 16 February 2012, 22:27

TERUKIR DI BINTANG 

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia 
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu....



Re: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur

From: "hishamudin.alli"
Sent: Friday, 17 February 2012, 7:13

Semalam, dapat bercakap panjang dengan Mior Puaat, kesibukannya melalui kerja kerja kursus dan kepelbagaian ragam dan keranah kerangka keperluan akademik, ternyata amat sibuk baginya dengan bebanan kerja kursus.

Bukan senang nak senang, nak susah bisa terjadi sekelip mata, semuanya diseliling kita adalah milek pinjaman, bakal diambil apabila sampai waktu dan ketika.

Sambil bersembang dan bertukar tukar cerita dengan warga Wangsa Maju, Megat Fuzy dan Hasni, "ultimate goal" menghadapi usia persaraan, 10 tahun terakhir ini, dengan keizinanNya, strategi melunaskan hutang piutang, agar kehidupan suasana pencen, rukun damai, dan bebas dari pemikiran kusut masai dalam menghadapi usia persaraan.

Senang susah dalam menghadapi realiti kehidupan, adalah rezeki masing masing, dan usaha ikhtiar dari kita untuk mengubah suasana.

Pagi ini, ada satu temujanji di BBB, sebelum ke Klang, menziarah anak bongsu ketika ini, sebelum bermesyuarat menghadapi bekalan pencen, arah memartabat KOSEC, selaku "driving force", membina jambatan dan hubungan kekitaan antara rakan rakan 7378 80, sebelum ianya dibuka pada yang lain menyertainya.

Yang masih belum mendaftar keahlian, sama sama kita merancang dan memberi imput pada kemajuannya.

------Original Message------
Subject: Re: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur
Sent: Feb 17, 2012 12:58 AM

Perumpamaan ada mengisahkan, "masa kan pisang berbuah dua kali", tapi kita sebagai manusia yang terlupa dan pelupa, "short memories", sering alpa dengan kisah kisah yang berlaku pada masa yang lalu dan kelmarin. Kita lupa bahawa jerat  tidak pernah melupakan pelanduk.

Kena "kona" adalah pengalaman pahit, yang sedikit sebanyak mempengaruhi jalan fikiran, dan melembabkan daya saing untuk maju kehadapan, kecundang di arena  ini melambatkan pertumbuhan dan terencatnya perancangan.

Sesungguhnya, amat letih, jika kena "kona".

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur
Sent: Feb 16, 2012 8:44 PM

Kegelapan malam dan disimbahi hujan renyai renyai dan ada ketika lebat, melambatkan perjalanan, kusinggahi di Kpg Gesir, melawat anak keduaku di ITKAU, dengan suasana persekitarannya seperti masuk di Pasir Raja, berhampiran Chenderoh Dam, menggusarkan pemikiran dan suasana kegelapan malam, umpama kehidupan kecilku di Kpg Batang Kulim, Kota Lama Kanan, dihubungi dengan "bas taun", yang pernah menindih Yasin di Kota Lama Kiri.

Laluan kesitu, banyak membawa nostalgia 45 tahun yang lalu, suasana ketika itu, masih kedapatan di Kpg Gesir, aku meransang anakku ini, agar belajar dari persekitaran, agar kehidupan menjadi lebih bermakna, untuk anak muda yang bakal berdikari, membina keluarga dan permasalahan kehidupan dihari kemudian.

Sesekali, ingatanku teringat akan kisah kisah yang terpahat dalam lubuk hati, yang secara relatifnya, "history repeated itself over time", cuma pelakunnya sahaja yang berbeza, jalan ceritanya hampir sama, dan kisah kisah ini, biasa memahat dan terpaku dihati sanubari.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Sepanjang Jalan Ke Kuala Lumpur
Sent: Feb 16, 2012 8:41 AM

Dari Kangar, singgah di Batu Feringgi, menyelesaikan tugasan dengan client Arab, kebetulannya, disamping kepelbagaian perniagaan yang di lakukannya, restoran, kedai herba dan syarikat pelancongan, yang dibawa pelaburannya dari Timur Tengah, teringat jua , bait bait sajak semasa di Tkt 4, rezeki di bumi Malaya ini dimana mana.

Melihatkan presentasi restoran, masakan Timur Tengah, menyediakan pasaran utamanya kepada pelancong Arab, yang acapkali datang melancong di Pulau Mutiara ini, semasa luar musim, memampukan restoran ini meraih pulangan 250 k sebulan, dan ketika musim yang sibuk, mampu mencecah jualan harian ke jumlah 50 k sehari, suatu perniagaan yang amat memberansangkan. Semuanya adalah berasaskan "consumable item", yang diperlukan oleh kebanyakan pengguna.

Namun itu , adalah berasaskan faktor ekonomi yang berubah ubah, dan juga para pelabur yang "segmentised investment", yang melabur pada item item terpilih, yang punyai teras dan kepercayaan tertentu.

Jam 3 30 petang, ku luncurkan kenderaanku menghala ke Kuala Lumpur, hujan sekejap sekejap, berhenti seketika merehatkan mata barang setengah jam di R & R Juru, Memandu dalam hujan, darjah pemanduannya kena berhati hati, perlahankan kenderaan, dan sebelum simpang  keluar ke Nibong Tebal, terjadi satu kemalangan antara kereta dan motosikal, penunggangnya dikhuatiri menemui kematian, dibungkus dengan bajunya, disandarkan di pagar pagar ditepian gigi jalan.

Hajat hati nak melencong ke Kuale, tapi hari sudah hampir gelap, untuk singgah menghantar keperluan anak di ITKAU, laluan keluar Behrang dan menghala ke Jalan ke Sungai Besar, melalui Felda Gedangsa, Felda Suharto, rancangan lama penempatan Felda, yang ramai penghuninya loghat mendeheling, "aku tulak ke kedai, naik royal anfit", maknanya, kalau bahase kuale, aku nak ke kedei, naik besika jenama Royal Enfield". Anakku, bercerita, mereka sukar berkomunikasi bahasa utara, bahasa baku.
   
Sesampai di Hentian Pulai, merehatkan mata setengah jam, mahu saja singgah di Batu Gajah, jumpa Latif dan Pa, tapi terpaksalah dibatalkan hajat itu, suasana sudah hampir gelap.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukan Senang Nak Senang, Nak Susah Senang.

From: "hishamudin.alli" 
Sent: Friday, 10 February 2012, 20:38
Perpatah ditajuk ini , masih terngiang ngiang ditelinga, sering kali diucapkan oleh bapaku , tatkala dimusim cuti persekolahan, dimasa itulah , aku bersama adik adik yang lelaki, Judin dan Wahed, ke Pasir Raja, menebas kebun getah yang dicelah celah rimbunan itu tersisip pokok pokok durian, dan setelah pokok durian sudah mula mampu bersendirian, pokok pokok getah pula disisihkan fasa demi fasa, sehinggalah dari kebun getah menjadi kebun durian.

Kisah ini masih lagi menjadi suri teladan walaupun sudah lebih 4 dekad berlalu. Atas prinsip inilah, pedoman kehidupan mendasari cabang cabang kehidupan, walaupun disana sini, dengan perubahan dan peredaran masa dan zaman, ledakan teknologi maklumat dan maklumat dihujung jari. Namun kebejatan dan kebobrokan masyarakat, yang sememangnya mahukan kesenangan namun usaha minima ini mana mungkin nak senang ikut senang.

Kebiasaan pedagang memerlukan produk untuk dijual, untuk diujudkan produk memerlukan perusahaan membangunkan produk perlu diadakan. Kesemua ini adalah dalam lingkaran yang tidak keluar dari lingkarannya. Tiada jalan pintas untuk menerjah mercu tanda kejayaan dan kesenangan.

Kecuali ada cerita cerita yang berharta sejak dari bedung lagi, bergelandangan dan berputar putar masuk di kantong paksinya. Sekadar mampu mendengar, dan kenyataan hutangku bertimbun, apa bisa dilampiaskan sebelum ajal tiba. Mudah mudahan dipermudahkan laluannya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Februari, 2012

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Sepintas Lalu Ke Pulau Mutiara

From: "hishamudin.alli"
Sent: Saturday, 21 January 2012, 18:20

Seharian hari ini, digunakan pergi balik dari Kangar ke Pulau Mutiara, dan singgah sebentar di Alor Setar. Pulau Mutiara punyai lagenda tersendiri sejak zaman persekolahan rendah, tatkala itu adalah pelabuhan bebas, dan keseluruhan Pulau ini adalah bebas cukai, sehinggalah ianya ditarik balik statusnya sebaik sahaja Jambatan Pulau Pinang ke tanah besar mulai dibina.

Komtar adalah mercu tanda Georgetown dan merupakan pusat peruncitan bagi segala jenis dagangan runcit, seketika dahulu. Setelah kesekian lama, Komtar hari ini telah usang, dan pusat peruncitan telah diambil alih oleh kaum pemodal yang menyediakan bangunan besar disekitar Bayan Lepas, dan juga sekitar Georgetown, terutamanya Gurney Drive, hari ini merupakan saat saat akhir sebelum Tahun Baru China, dan kawasan letak kereta penuh dengan sarat, tidak mampu menempatkan kenderaan setelah berlegar legar mencari tempat letak kereta, kegagalan itu lantas menuju ke Komtar untuk mencari barangan perlu untuk anak anak yang bersekolah, dan yang ke IPT, memerlukan perkara keperluan mereka.

Komtar telah usang dengan usianya, dagangan tidak semeriah pada dekad dekad yang lalu. Suasana kompetitif ini, menyebabkan keadaan jadi lengang, walaupun ditempat lain, hiruk pikuk kesibukan untuk persediaan Tahun Baru China.

Sambil berhenti kepenatan di Kubang Rotan, sambil menikmati masakan ala Thai, setelah keletihan sepanjang hari kehulu hehilir, menyelesaikan keperluan pelanggan di Pulau Mutiara.

Selamat Bercuti Panjang sempena Tahun Baru China dan kepada rakan rakan yang menyambutnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Punggok Rindukan Bulan

From: "hishamudin.alli>
Sent: Thursday, 19 January 2012, 1:05

Suasana malam di kawasan ala Times Square, di Kuala Lumpur, tidak pernah mengerti siang malam, siang mencari rezeki, malam bertukar menjadi kupu kupu malam, berpeleseran mencari ruang, siapa yang bakal disebat, dirembat, berpeleseran mencari, digarap dengan dolar, riyal, pound sterling, penggurup wang tanpa henti dengan khidmat tukaran wang, Dinar bertukar tangan, dirham yang tinggal dengan seribu kenangan.

Peruncit mencari laba dengan datangnya juak juak ini mencari barangan yang belum tentu akan menjadi keperluan. Esok membanting tulang empat kerat, mememerah keringat dan memerah akal, dan helah, memindahkan  dinar dengan barangan imitasi, yang akan akan sama dengan barangan digedung gedung berselerakan, yang digedung puluhan ribu dolar, yang dijalanan dengan puluhan ringgit, sedarnya, yang disebelah kiri pukul 6 pagi yang dikanan pukui 3, begitulah perihal pabila matahari terbenam.

Esok harus dicari lagi, mengisi perut yang tidak pernah penuh , diisi semula.
Dan lingkaran yang tidak pernah berhenti, sehinggalah tempohnya matang, dan ranum keguguran, menunggu picisan , dimana pula gerangan berselerakan.

Begitulah kisah punggok yang menanti bulan, mendatu dayu mencari kedamaian kehidupan.

Apa khabar yang dikurungan, menanti harapan untuk lepas bebas menghirup udara segar, berterbangan bebas mencari tempat dihinggapi, pada dahan yang kuat dan jitu, tapi malang bagi pungguk, berpijak didahan rapuh, jatuh berselerakan, mengharapkan kasih pada yang sudi, dan penantian pungguk sayup sayup menunggu sang rembulan, bersilih ganti bulan muncul, dan bersilih ganti juga bergelapan, ditemani bintang diufuk timur, berselerakan diangkasa raya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.