Laman Utama

30 September, 2010

Merenung Sejenak, Mengimbau Masa Silam

Sent: Thu, 30 September, 2010 1:33:59

Selembar benang menjadi kain, buat menyelimuti tubuh nan kian gersang, melalui proses penuaan, yang semakin getir, kelesuan tenaga dan kudrat yang berkurangan. Beginilah keadaan kehidupan, yang dulunya , anak kecil, senantiasa riang, hiruk pikuk dengan jeritan bersama rakan sekampong, dan juga rakan di alam persekolahan.

Selagi hayat dikandung badan, kita terus berusaha mengubah sejarah, menongkah arus deras yang menghembam pasir dan mengubah pantai.

Dulu, kita sedih dengan dengan apa yang dihajati tidak dipenuhi, kini sampai pula, masa kita dengan anak anak, dengan hajat hajat semasa mereka yang sesuai dengan peredaran zaman. Lingkaran roda kehidupan, ada kalanya kita diatas, ada ketika dibawah. Masa berlalu, susah senang diharungi, walau picisan hidup ini, tidak mengizinkan, apa yang kita lalui, agar anak anak, tidak melalui zaman kegelapan kita, menghantui kehidupan. Namun lingkaran sejarah, berpusing seperti roda roda impian, kehidupan sudah pasti diteruskan untuk menuju ke cahaya yang bakal menerangi seantero alam.

Yang pasti esok tetap dengan perkara perkara yang tidak pasti. Apakah aku bisa hidup 10 tahun lagi!
Wallahu'alam.


Posted by Sham

A FEW GOOD MEN

Sent: Sat, 25 September, 2010 9:43:37

Dear Friends & Salam ALL,

 

It has been such a fulfilling, exciting and exhilarating experience for getting the opportunity and moments to touch base with all of you again after a lapsed of more than 30 years in the wilderness of our own world. From the moment when 15 of us gathered and met at Tropicana Golf & Country Resort, the mini reunion of sort at Vangger Restaurant in Ipoh, the first reunion program at Chandan Gallery in KL, the escapade at Pantai Merdeka, Sungai Petani, the Moh Balik Kuale meet, the Moh Terojah Lumut, the Moreh call, the Hari Raya Open House gathering and the many other small meets and gathering amongst us that took place.

 

Our life and friendship destiny had actually changed quite dramatically from that point onwards and there's isn't a day that we missed saying hello to these fellow friends of ours whilst carrying out our obligations personally and professionally, the usual norms that we did the last 20-25 years of our life. It seemed now our friendship charter takes us to a different platform  and cause, God Willing, in the next month or so.

 

Through the effort thought of way back during our meet at Chandan Gallery, soon there's something to look forward to for the benefit of all of us particularly when most of us are towards the twilight of our career. I had nothing but full of praise and appreciation to this few good men whom had envisioned their thoughts, sacrifices their time, put a lot of effort and spend out of their pocket just for the sake of friendship, continuity towards soon the formation of our own KOPERASI.

 

Believe me, there's much in store for all of us to reap once this become a reality. I've been blessed to get the opportunity to associate myself with this few good men and their aspiration and vision for this group of ours comparatively is like a father who wants nothing but the best for their children and their children's generation in years to come!

 

I don't have to interpret this, as all of you may understand what I meant! All that I'm asking from each and every one of you, be there in full force and come NOVEMBER 6, 2010…., our charter will take a different twist and shall be a beginning of better things to come…. INSYALLAH & GOD WILLING!

 

Will always keep you posted from time to time!

 

Regards & Wassallam

Hasni


21 September, 2010

Agenda Bermula - posted by Sham

Sent: Tue, 21 September, 2010 22:58:15

Mesyuarat Penaja Pertama telah bermula hari ini, bermula jam 6 petang tadi, dihadiri beberapa rakan rakan yang sama sama bakal menerajui dan meneruskan agenda besar Koperasi berkenaan. Antara yang hadir, Faisal Ghazali, Azlin, Aiznin, Aziz Ali, Megat Fuzy, Hasni , Mior Puaat, Abdul Rahman, Redzuan Mansor, Yusoff Shah, Arif Nadzeri dan teman.

Persidangan ini membincangkan aspek teknikal penubuhan dan dijangka mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan pada 6 Nov, 2010.

Moga kehadiran saudara saudara di Mesyuarat Agong Penubuhan yang bakal diadakan ditarikh itu dihadiri, dikalangan kita, tunggu pengumuman selanjutnya dari masa ke semasa.




Mesyuarat Penaja Koperasi



      
         ~ azr ~                

20 September, 2010

Bot Sayong ynag lama itu... (posted by Yasin)

    Sent: Thu, September 16, 2010 8:25:52 AM
    Husni
     
        Bot Sayong yang lama itulah sangat setia dan tegap membelah arus tenang atau 
    deras. Tidak pernah mungkir menghubungkan dua rasa, dua cinta. Luncurnya dari 
    tebing ke tebing sentiasa lembut dan berhati-hati, takut terusik dua hati yang 
    gelisah menanti atau ucap bibir belum bernoktah.
        Bot Sayong yang lama itulah menghubung rezeki dan harapan. Dadanya sarat 
    dengan seribu peristiwa. Tabah menampung resah, mendengar keluh resah penumpang 
    dari garis subuh ke mega senja hingga pekat malam. Ia berehat sekadar melepas 
    lelah. Seawal subuh, ada yang telah menghentak kaki ke dadanya.
        Bot Sayong yang lama itulah sentiasa diintai resah sijejaka,...apakah gadis 
    ayuku ada didalamnya sedang aku menanti waktu, mengharap jawaban agar hilang 
    prasangka yang sedang gelora di dada.
        Bot Sayong yang lama itulah menyimpan segala sejarah, peristiwa, pahit manis 
    suka duka dalam kita menempuh alam remaja. Dia sentiasa cuba memenuhi impian, 
    seribu mimpi dan menyimpul kemas segala kecewa dan airmata suatu ketika dahulu.
        Mungkin kini anak-anak kita melihat ia sebagai satu pengangkutan untuk 
    bersantai, sebagai suatu daya tarikan pekan kecil Kuale. Kita bawa anak-anak 
    kita naik Bot Sayong dan berkata, "Bot ini pengangkutan untuk abah ke sekolah 
    dulu" atau "Bot ini untuk abah ke rumah kawan di seberang sana, sebelum ada 
    jambatan itu yang di depan matamu". Sebenarnya kita menyusuri "satu kenangan" 
    yang abadi pada diri. 
     
        Bot Sayong ini pernah, wahai anakku memberi abahmu seribu harapan, malangnya 
    tidak kesampaian. 
     
        Bot sayong ini pernah, wahai anakku, aku naiki bersama ibu. Gerak 
    perlahannya membawa aku melayari mimpi indah bersama ibumu. Kami mengocak air 
    sungainya, melukis impian, dan inilah impiannya menjadi kenyataan.
        Mudiklah dan terus mudik Bot Sayong kerana deru injin lesumu adalah detik 
    nadi kami hingga ke saat ini.......
     
    Yasin Ismail 

09 September, 2010

Ramadhan semakin meninggalkan kita

Sent: Tue, 7 September, 2010 3:22:15

Dah nak Hari raye
boleh bilang dengan jari aje
Tapi laki buat lupe
tahun ini ke kampung mentue

Tapi laki buat lupe
tahun ini ke kampung mentue
kain baju udoh sedia
kueh biskut dah letak dalam kerete

Kain baju udoh sedia
kueh biskut dah letak dalam kerete
si isteri sengeh saje
padan muke, ini tahun aye

Si isteri  sengeh saje
padan muke, ini tahun aye
yang anak sorak gembire
tahun ini kite ke utare

Yang anak sorak gembire
tahun ini kite ke utare
gerenti raye lebih ceria
ate mercun kat Padang Beso, macam-macam ade

Gerenti raye lebih ceria
ate mercun kat Padang Beso, macam-macam ade
tiba-tiba bapak melompat bersorak
betoi juge, kat Padang Beso ada daging dua peha

Tiba-tiba bapak melompat bersorak
betoi juge, kat Padang Beso ada daging dua peha
mak kome sebok dengan keluarge bermesra
teman sebok bergumbira

Mak kome sebok dengan keluarge bermesra
teman sebok bergumbira
tujuan murni raye jadi caca-merba
teman sebok jadi hantu raye

Yang di atas tu teman mereka
jangan jadikan raye haru biru
zaman merapu singkirkan segere
kita dah berumo, jangan namboh dose

Selamat hari Hari, hari mulia
Ramadhan semakin meninggalkan kita
apakah kita masih ada
1432H, Ramadhan seterusnya

Salam Hormat
Yasin Ismail

Bergema Takbir

Sent: Mon, 6 September, 2010 23:17:49

Teringat masa awok diperantauan menyambut Aidil Fitri di Melbourne. Berjalan berbatu batu bertukar tram semata mata inginkan takbir berkumandangan ditelinga.

Tak kala menyambut bilal berlinangan air mata ku membasahi pipi. Manakan tidak ayah ibu dan kakak kakak tiada dihadapan mata. Kampung nun jauh dibelah lautan. Seperjalanan tidak akan sesampaian.

Namun khutbah tidak ku mengerti kerana disampaikan dalam bahasa Turki dan ramai yang terpingga sebagai burong tok tok mengaminkan doa yang tidak diertikan.

Kini ditanah airku, air mata menginang sebelom akhirnya Ramadhan kerana ayah tiada lagi. Sudah lima tahun ayah tiada disisiku namun pesanan ayah masih bermain ditelinga.

Ini kah Ramadhan terakhir bagiku? Kerana Syawal bukan milik ku lagi kerana ianya milik anak anak ku untuk bergumbira manakala buat ku gembiranya Syawal apabila ku dakapi ibuku.

SA Sulaiman


Kita dan Kebiasaan III (...posted by Sham)

Sent: Mon, 6 September, 2010 22:39:03

Di malam malam akhir penghujung Ramadhan al Mudharak, secara ritualnya, masyarakat khususnya berketurunan Melayu Islam, begitu sibuk dengan persediaan menyambut hari lebaran, simbolik kepada kegembiraan setelah berjaya melalui madrasah Ramadhan al Mubarak, dengan persediaan persediaan awalannya dengan membeli pelbagai aneka pakaian baru, langsir baru, katil baru, tilam baru dan seadanya, jika dahulunya, zaman kita diawal 30 an tahun, beria ia dengan mendapatkan barangan baru, adakalanya ketika itu dengan perkakasan serba baru, kereta baru, kapcai baru, basikal barui, dan yang serba baru ini, menggembirakan suasana untuk diraikan bersama dihari lebaran. Pabila melangkau 40 an, apabila, anak anak telah sedia membesar dan banyak yang berlagang dengan alam persekolahan mereka, trend ini berubah dengan kebertanggongjawaban baru bagi memenuhi keperluan keperluan mereka.

Bagi yang pasangan mereka adalah di negeri yang sama, lebih khusus apabila di daerah yang sama, kekalutan untuk menyambutnya tidak mendatangkan kontroversi, masing-masing bersedia untuk merayakan hari lebaran dikampong halaman masing masing. Namun bagi perantau yang membangsat dinegeri asing, berkeluarga dengan isteri yang bukan sedaerah, suatu perjanjian "bilateral" , kena diwujudkan terlebih dahulu, " tahun ni sana ahhh, tahun depan sini ahhh.", maka muncong lah yang tiada favoritism untuk merayakan hari lebaran, yang seharusnya dirayakan dengan suasana gembira, tetapi bermuram durja, dengan ketiadaan nostalgia lama diraikan. Begitulah peredaran masa diawal awal memulakan kehidupan berkeluarga, dan kini telah ditelan usia, lebih selesa berada ditempat tempatnya mencari rezeki, tambahan pula anak anak telah membesar dan trend nak balik kampong ini, agar pudar dan longgar, lebih lebih lagi ketiadaan orang tua yang telah dipanggil pulang. Yang tinggal hanyalah kenangan memori lama untuk dikenang.

Kepulangan kali ini, adalah untuk melihat lakaran silam, dimana tempatku bermula, membina penghidupan dan mengenal erti kehidupan. Tak terkata , setelah sekian lama merantau, kembalinya ke kampong halaman , adalah menoleh nostalgia dan memori bersama sanak saudara yang masih ada dan rakan rakan lama yang kesekian lama tiada perkhabaran.

Selagi hayat dikandung badan, disitulah memori dan nostalgia diingat dan dikenang.


Bergema Takbir

Sent: Mon, 6 September, 2010 12:40:35

Bergema Takbir
Salam Cliffordian 73/78
 
    Semakin hampir kita menyambut Aidil Fitri, semakin Ramadhan akan meninggalkan kita. Anak-anak kita semakin tidak sabar menanti malam Aidil Fitri. Mereka tidak kisah rumah datuk sebelah ibu atau bapa. Mereka seperti kita dahulu. Imbas kembali tahun 70an, kita teruja dengan malam Tujuh Likur (malam 27), kita gamat pada malam raya. Berlari kita ke hulu ke hilir. malam raya, ibubapa tidak kana marah jika pulang lewat. Malam untuk bergembira. Kini suasana itu diwarisi oleh anak-anak kita. Itulah lumrah alam, sahabatku. Malam raya bukan lagi untuk kita berlari. Malam raya adalah untuk kita bertakbir. Aku pasti akan mengalirkan airmata. Walau sekeras manapun hati ini, pasti terusik jua. Pasti kita, pada usia senja ini terkenang mereka yang telah tiada. Terasa kurang meriah, Aidil Fitri, tanpa mereka yang dikasihi, yang terlebih dahulu dipanggil Ilahi.
    Gema takbir pasti mengusik perasaan. Sahabat, jangan berkata padaku, ...aaahhhh hati aku sepejal batu. Takbir yang berlagu pasti menusuk kalbu. Kita terkenang kembali zaman kanak-kanak, zaman alam persekolahan. Satu zaman yang indah, tanpa bayak persoalan yang mengganggu jiwa.
    Terimalah hakikat kehidupan. Kita perlu memenuhi tuntutan sang isteri yang juga mahu menyambut 1 Syawal bersama ibubapa mereka. Lantas kita bertoleransi untuk beraya di rumah keluarga isteri pada 1431H ini. Ini lah kelangsungan  sebuah kehidupan, tetapi dalam senyum kita, kita teringat kampung halaman, teman sepermainan, suasana halaman rumah ibu, pekan Kuale yang bergemerlapan. Kita langsung terus menjadi perantau...sebak dada, kita urut sendiri dalam hilai-tawa anak isteri bersiap di dapur, di ruang tamu.
    Rendang di kuali, ketupat di lengat, liuk-lintuk api pelita tidak seindah kenangan panjut Kuale.....ahhhhhh beremosikah aku. Tidak,....ini rintih hati perantau terkenang masakan ibu, kepingin bicara bersama ayah dan saudara. Malam yang berlalu pasti mengusik keluh-kesah hati senja kita.
    Takbir terus bergema. Jika tadi di masjid, kini di papar TV. Indah memuji kebesaran Ilahi, meniup semangat islam kita. Sahabat, apakah kita dapat lagi menyambut Ramadhan yang sebentar tadi berlalu. Apakah kita akan bertemu Ramadhan 1432H nanti.?..atau apakah ini Ramadhan barangkali terakhir kita?. Apakah Lebaran ini Lebaran terakhir kita. Usia kita bukan usia sangsi lagi, usia kita usia pasti....... Kita sambut hari mulia ini dengan penuh insaf, mensyukuri rezeki yang dikurnia Ilahi.
 
Allahuakhbar......Selamat Aidil Fitri pada semua sahabat Cliffordian 73/78. Semoga kita bertemu lagi, insyaallah. Maaf Zahir & Bathin. Maaf Tutur Bicara. Maaf Terkasar Bahasa. Maaf Kesilapan di Alam Persekolahan dan Sepermainan dahulu. 
 To Err is Human, To Forgive is Divine
 
Salam Hormat
Yasin Ismail

CLIFFORDIAN BATCH 73/78 & BATCH 79/80 - 6TH FORMERS RAYA OPEN HOUSE DIKUALE KANGSOR

Sent: Fri, September 3, 2010 3:36:16 PM

PERHATIAN SEKALI LAGI KENGKAWAN BATCH 73/78 & BATCH 79/80.

 

TOWARDS UNIFORMITY & CONGRUENT IN OUR EFFORT TO MEET ALL OF YOU, US DURING THE HARI RAYA GATHERING, I CALL UPON ALL OF YOU TO REACH AND BE AT SELI'S RESTAURANT BY 9.15PM @ 2115HRS ON THAT DAY.

 

LOT'S OF THINGS TO CATCH UP, TO TALK ABOUT, TO REMINISCE…. YOU'LL NEVER REALISED THINGS AND MOMENTS THAT YOU'VE MISSED ONCE YOU'RE THERE YOURSELF TO SHARE AGAIN TOGETHER & EXPERIENCED IT!

 

SEE ALL OF YOU SOON!

 

From: hasni.ahmad
Sent: Thursday, September 02, 2010 3:21 PM

 

SALAM KENGKAWAN 6TH FORMERS 79/80, MEKOMER SEMUE JUGAK DIJEMPUT HADIR RAYA OPEN HOUSE  DI KUALE PADA TARIKH & MASA YANG TERTERA DIBAWAH…

 

DATANG LE MEKOMER….!

 

From: hasni.ahmad
Sent: Thursday, September 02, 2010 1:43 AM
 

KENGKAWAN SEMUE, SILA AMBIK PERHATIAN!

 

SETELAH DIBINCANG DENGAN HOST YB ADUN VP CHOMEI, DIPERSETUJUI OLEH TUAN RESTOREN YB ADUN SELI DAN SETELAH DIAMBIL KIRA MASA YANG PERLU DILUANGKAN MASA CUTI RAYA BERSAMA KELUARGA, ISTERI ATOR/DAN ISTERI2 DAN MERTUA/S MASING2, DENGAN INI TEMAN INGIN MENGUMUMKAN DAN MENGISTIHAR BAHAWA OPEN HOUSE RAYA YANG AKAN DIHOSTKAN OLEH YB ADUN VP KITE AZLIN CHOMEI AKAN BERLANGSUNG SEPERTI YANG TERTERA DIBAWAH :-

 

SUBJECT MATTER             :           NOSTALGIA BERAYA BERSAMA KENGKAWAN

 

TARIKH/MASA                    :           HARI RAYA KE 3, AHAD 12HB SEPTEMBER 2010 BERMULA JAM 8.45PM/2045HRS ONWARDS.

 

LOKASI/TEMPAT                :           RESTOREN SELI, BELAKANG KEDEI TM MENGADAP KPG PISANG(MASA ZAMAN BEBUDAK LER, SEKARANG DAH TAKDE), RESTOREN HUJUNG SEKALI (KALU YANG TAK PORNAH SAMPEI DAN TAK TAHU NAK CARI, MEMANG NAK KENA TEMBII…!)

 

MENU                                   :           LAKSA & BIHUN GORENG, NASI IMPIT KUAH KACANG, LEMANG DAN RENDANG AYAM, AYOUR PANEH DAN SEJUK, BERMACAM JUADAH YANG LAIN, CURUT DI IMPOT DARI JAKARTA OLEH BAPAK AMIR DENGAN BERSAKSIKAN BULAN DAN BINTANG(KALU TAK HUJAN LER MALAM TU…) MEKOMER SEMUE DIGALAKKAN JUGAK BAWAK KUEH2 RAYA BARANG SATU BALANG/BEKEH PLASTIK KECIK UNTUK KENGKAWAN.

 

UNDANGAN                         :           SEMUA WARGA CLIFFORDIAN BATCH 73/78 DAN BATCH 79/80 DIJEMPUT HADIR, MUSLIMS & NON MUSLIMS

 

DRESS CODE                       :           PAKAIAN BAJU MELAYU DAN BERSAMPIN DIGALAKKAN TAPI BUKAN WAJIB, NANTI JENUH YONG-YONG NANYA NAK KEMANA…MACAM NAK PEGI BERNIKAH PULAK..! DATANG TU JANGAN LER PULAK BERSELUAR PENDEK ATOR YENGKI… SEDOR SIKIT MEKOMER DAH NAK BERUMUR SETENGAH ABAD…  BAGI KAUM2 HAWA PULAK(6TH FORMERS), TAK PAYAH LER TEMAN CAKAP MEKOMER KENA PAKEI APA…

 

HARAP MAKLUM, JUMPA DIKUALE MALAM RAYA KE3, TANAH TUMPAH ZAMAN BEBUDAK DULU!!

 

HASNI

 



Beraye di Kuale: Ajak Anak Kite

Sent: Fri, 3 September, 2010 12:45:57

Beraye di Kuale: Ajak Anak Kite

Yeeeee...raye dah dekat
ajak anak balik kuale
mase kecik diajak, deme rapat
dah beso diajak, kite jenuh pusing kepale

bukan pase Aidil Fitri
tapi yang kuat kenangan abadi
anak kite tidak mengerti
Kuale lansung takde di hati

Deme genarasi baru
tak kisah baju raye
bila-bila mase hendek baju, beritau
bukan zama kita, baju baru mase tu le

Sibuk kite beli songkok
deme nak topi reggea
kita yang terbongkok
nerei untuk deme wehhh

balik juge le ke kuale
dalam kerete sarat barang
yang banyak bukan kueh
tapi play station...adoi hai

Yasin Ismail


We dreamers

Sent: Fri, 3 September, 2010 0:20:08

We dreamers have our ways
Of facing rainy days
And somehow we survive

We keep the feelings warm
Protect them from the storm
Until our time arrives

Then one day the sun appears
And we come shining through those lonely years

I made it through the rain
I kept my world protected
I made it throught the rain
I kept my point of view
I made it through the rain
And found myself respected
By the others who
Got rained on too
And made it through

When friends are hard to find
And life seems so unkind
Sometimes you feel so afraid

Just aim beyond the clouds
And rise above the crowds
And start your own parade

'Cause when I chased my fears away
That's when I knew that I could finally say

I made it through the rain
I kept my world protected
I made it throught the rain
I kept my point of view
I made it through the rain
And found myself respected
By the others who
Got rained on too
And made it through

SA Sulaiman


MOH TEROJAH PORT DICKSON - MTPD

Sent: Wed, 1 September, 2010 15:40:41

MEKOMER SEMUE, SILA AMBIK PERHATIAN DAN BERI INPUTS!!

 

 

SUBJECT  :               ULANGTAHUN PERTAMA PERTEMUAN KEMBALI BATCH CLIFFORDIAN 73/78

                                                                        MOH TEROJAH PORT DICKSON

 

TARIKH YANG DICADANGKAN          :  OPTION 1 - 2 & 3 HB OKTOBER 2010

                                                                        OPTION 2 – 30 & 31 HB OKTOBER 2010

                                                                        (HARI SABTU DAN AHAD FOR BOTH OPTIONS)

                                                                        BERMALAM 1 MALAM DI LOKASI YANG DICADANGKAN

                                                                        DUA OPTIONS KOT-KOT 2 & 3HB TU SUNTUK SANGAT (1 MONTH FROM TODAY)

 

LOKASI YANG DICADANGKAN              : ROYAL PD GOLF & COUNTRY CLUB (KENGKAWAN ARMY BOLEH DAPAT CORPORATE DISCOUNT)

 

ORGANIZING COMMITTEE                      : RIDZUAN OMAR

                                                                            NORDIN LAPOK

                                                                            AZIZ BROJIN

 

AGENDA YANG DICADANGKAN

 

1200 - 1500HRS 02OKT '10   :         CHECK IN & PENDAFTARAN KENGKAWAN DR UTARA, TENGAH, TIMUR & SELATAN

 

1400 – 1830HRS 02OKT '10   :        TEE OFF KAKI-KAKI NEBEH (BAGI TAU AWEI2 SAPA2 YANGNAK MENEBEH HARI SABTU TU.

YANG TAK NEBEH, FREE & EASY, MELEPAK, NYEMBANG, PEKENA GORENG PISANG DAN APA2 YANG SEWAKTU DENGANNYE.

 

2030 – AWEI PAGI                  :        BBQ DINNER  & KARAOKE (KARAOKE KALU ARRANGE COMPETITION LAGI BAGUIH)

 

0800 – 1030HRS 03OKT '10   :        BUFFET BREAKFAST

 

1200 HRS 03OKT '10              :        CHECK OUT & BERSURAI

 

 

ORGANIZING COMMITTEE KENA CEROYER DAN BOOK AWEI2 NGAN PD GOLF CLUB TU KALU TARIKH DI PERSETUJUI OLEH MAJORITI MEKOMER. OC KENA JUGAK CHECK BERAPA SE–KEPALA KENA BAYOR UNTUK ACCOMMONDATION/DINNER & BREAKFAST/KARAOKE MINUS GOLF/NEBEH.

YANG NAK BAWAK YONG & ANAK2 LAIN ARRANGEMENT.

 

TENTATIVELY DATE YANG TEMAN CADANGKAN TU KIRE ON!

 

PANDANGAN DAN CADANGAN DIBUKA… SESUER KE TARIKH…?! BERAPA BUDGET MEKOMER…?! PADAT SANGAT KE AGENDA NYE….?! AGAK2 KOMER BOLEH INDICATE BOLEH DATANG KER…?!

 

HASNI

           


Kita dan Kebiasaan II (...posted by Sham)

Sent: Wed, 1 September, 2010 23:34:44

Ramadhan al Mubarak tahun ini mencernakan sifat sifat kematangan dalam tindakan, lebih lebih lagi diusia emas yang bakal menjelma. Apakah di tahun hadapan, biasa melewatinya mungkin, atau inikah Ramadhan yang pengakhirannya.

Kita diajar agar melaksanakan tuntutan seolah olah kita bakal pergi keesokannya, dan bekerjalah seolah olah dikau biasa hidup seribu tahun lagi. Namun pengalaman silam, dapat mengukur diri, sama ada kita dilandasan yang betul dalam tindakan.

Muhasabah, menghitung diri adalah sesuatu yang dianjurkan, agar kita mengkoreksi diri, memperbaikinya dan bermuamalat kejalanNya dengan tuntutan yang hakiki.

Rebutlah peluang ini, hanya sekadar beberapa malam yang masih ada, untuk menuju kehidupan yang redha meredhai, agar kita lebih pasrah atas ketentuanNya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: Megat Ahmad Fuzy Megat <megatafuzy@gmail.com>
Date: Tue, 31 Aug 2010 22:43:15 +0800

Kini komputer mengambil tempat segala permainan yang disebutkan......bayangkan sekarang ini dengan adanya komputer game PES 2010...tidak perlu lagi keluar rumah akibatnya ! Minda kreatif mungkin terus diuji akan tetapi fisikal kreatif kurang sekali....

2010/8/31 <alli.hishamudin@gmail.com>
Tatkala malam malam ramadhan yang akhir, jika dihimbau dari sudut perlaksanaan ritual, masa kita di alam persekolahan rendah dan menengah, iaitu kira 30 hingga 40 tahun yang silam, kita sering dihidangkan acara acara ampuh ketika itu, pertandingan panjut, bermain ngantor, itu disebelah malamnya, manakala disiangnya ramadhan, yang siterunanya bermain gasing dan berlawan pulak antara kampong dan untuk ditentukan jagoannya. Manakala bagi yang agak kecil antara sekolah rendah ini, bermain buluh bedil dikalangan rakan rakan mereka. Ada ketikanya, berrmain "nyatu", dengan kotak rokok ketika itu mempunyai nilai nilai tertentu, Gold Leaf nilaian 10 , manakala Camel dinilai 1000.

Kreativiti dikalangan rakan seangkatan ketika itu, menjana pemikiran yang kreatif, apa yang menjadi nilai ketika itu, membuahkan hasil yang kreatif dikalangan rakan rakan. Beginilah suasana kita dibesarkan.

Suasana bermain dikalangan rakan rakan sebaya, disusuli dengan gelak ketawa riang, seolah olah tiada apa yang menghalang perjalanan kehidupan mereka ketika itu.

Selaku sebahagian dari suasana pembesaran, pengalaman silam masih teringat akan peristiwa peristiwa , dengan rakan sebaya dan juga rakan seangkatan dalam masa pembesaran.

Begitulah sebahagian nostalgia lama, suasana dibulan Ramadhan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Yeee!!!! Yeeeeee!!!! Hari Raye dah dekat!

Sent: Mon, 30 August, 2010 7:31:07

Salam Ramadhan yang mulia

    Kita sudah berpuasa 20 hari. Insyaallah lagi 10 hari hadirlah Syawal yang dinanti. Bahangnya semakin terasa, bahang raya melanda tidak kira tua atau muda. Yang kecil seronok untuk balik kampung bertemu datuk dan nenek, berjumpa saudara-mara. Yang tua dan sebaya pula seronoknya sebab puasa dah nak habis. sakit gastrik yang melanda rasa semakin reda.
    Kita lihat fenomena bulan puasa, semakin hampir raya, semakin manusia, kita juga lupa di masjid dan surau ada sembahyang terawih. Benarlah, kita bukan tidak berjemaah terawih. 10 malam pertama, kita ada di masjid dan surau, mengimarahkan rumah Allah SWT, 10 malam kedua, kita redakan suasana dengan ke masjid sekali-sekala. 10 malam ketiga, kita kembali berjemaah, ....tetapi bukan di masjid atau surau, kita lebih rajin hingga berbuka puasa dan berjemaah pun kita cari tempat selesa.......di Pusat Membeli-Belah. Adillah kita pada diri
     Tetapi semakin hampir raya, semakin sesak di dada, bukan sebab kampung mana dahulu. itu sudah aku paparkan dalam nukilan yang lalu. Sakit dada memikir poket yang akan kering. Isteri sudah beritau berapa jumlah perlu dikeluarkan untuk kueh raya "tunjuk"
    Dengan kehadiran fajar Syawal nanti akan berkumandanglah lagu-lagu raya nyanyian P. Ramlee, saloma, ahmad jais, sudirman, D.J. Dave dan banyak lagi yang seangkatan dengannya. Lagu ini pasti mengusik kenangan kita. Terpapar kembali keindahan kampung kita. Kuale semakin dekat di hati. Sek. Clifford bermain di mata. Kita mencari sesuatu yang "lama" untuk menyegarkan ingatan kita kepada sahabat sekolah yang masih tidak muncul, walau berapa kali dijemput, dicari, tetap dan terus mereka bersembunyi.
    Mungkin ini berlaku kerana kerinduan kita pada masa silam, suatu ketika di mana kehidupan kita adalah lebih mudah dan tidak memeningkan kepala. Tidak perlu fikir minyak petrol yang terus naik dan naik kerana kita berbasikal ke sekolah dan kalau beli minyak pun sekadar "minyak tanah" pada malam 27 puasa untuk pasang panjut. Tidak ledakan ekonomi, kalau meledakpun hanya mercun yang kita baling pada malam 27 puasa. Tiada kesesakan jalanraya untuk ke tempat kerja, kalau sesakpun hanya Kota Lama Kiri pada malam 27 puasa.
    Kita rindukan zaman di mana kita boleh pergi dari rumah ke rumah mengutip duit raya. atau menonton wayang pada raya kedua di mana panggong Rex, Cathay mahupun Kapitol sesak. Tak dapat raya kedua, pagi raya ketiga, kita dah tunggu untuk "advance booking". Tiket 65 sen atau 1.00 sahaja.
    Tidak salah kita menjenguk memori sekali-sekala terutama pabila Hari Raya tiba. Ia akan mengingatkan kita di mana kita pernah berada dan arah mana yang perlu kita tuju selepas ini.

dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
bergema takbir raya
mengalir airmata
terkenang permai desa

rindu hati ini
inginku kembali
pada ayah bonda dan keluarga

Salam Kerinduan
Yasin Ismail

03 September, 2010

Pulanglah Perantau

Sent: Wed, 25 August, 2010 22:49:32

Salam
     Kita telah menempuh separuh perjalanan Ramadhan...bulan yang dipenuhi dengan Kerahmatan, Keampunan dan Keberkatan. Renung diri dan jangan terlalu teruja untuk menyambut Aidil Fitri hingga kita lupa maksud sebenar. Biarlah anak-anak kita yang riang gembira...biarkan dan pada waktu yang sama berkongsi bicara dengan mereka pengertian Aidil Fitri yang akan menjelang tiba. Kita penuhi malam-malam akhir dan penghujung ini dengan melebihkan amal ibadah kerana kita sendiri tidak pasti apakah kita akan bertemu Awal Ramadhan lagi pada tahun-tahun mendatang.
     Biarkan dengan nostalgia zaman kanak-kanak, kita menyambut Ramadhan. Zaman itu tidak akan datang lagi kerana tuntutan arus perubahan yang melanda kehidupan. Tetapi kita perlu simpan rapi nostalgia suatu waktu dahulu betapa indahnya bulan puasa di zaman kita. Ada masa, kita himpunkan cerita indah itu, abadikan bersama anak-anak kita, biar mereka pula mengutip indahnya Ramadhan di usia mereka, agar kekal budaya bangsa kita selagi tidak bertentangan dengan agama.
     Mari kita kembali meniti indahnya Ramadhan itu dengan pulang ke pangkuan ibunda pada 28 Ogos ini. Kita sama-sama kongsi kenangan itu. Biar segar, biar siratulrahim kita abadi hingga akhir hayat kita. Kita sentiasa berlari dan jatuh. Itu adat sebuah kehidupan. Jika tidak jatuh , luka dan berparut, maka tiada kenangan pahit untuk kita paparkan. Yang pahit itu adalah ubat kehidupan kerana kehidupan tidak menanti mereka yang mengeluh merintih mengenang dan tidak berusaha untuk bangun semula. Sedarlah kita, kehidupan tidak datang kepada mereka yang menadah.
     Sebenarnya masih banyak yang kita simpan untuk dikongsi bersama. Pulanglah perantau, Ibunda kita, Kuala Kangsar sentiasa tersenyum menanti kepulangan kita kerana di situ kita bermula. Kita penuhi ruang Kuale pada 28 ogos, insyaallah.

     Tadi pulang dari terawih, menenguk secangkir air SIREN (sirap t oren) hua...hua...hua...hik (cekik siren)

Gunsmoke non-stop
Yasin Ismail