Laman Utama

22 September, 2013

[7378] Balik ler Mekomer

Mekomer yang udah lamer tak balik Kualer tu…. pakat2 ler balik kampong halaman…

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Kehidupan Dagang

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Musafir Hamba Mengkuang Layu.

Untung sabut timbul. 
Untung Batu tenggelam.

Permulaan Jalan yang panjang, mahukan fokus pada tujuan asal perjalanan, ada yang OGS, hanya 14 hari, atau dikenali sebagai Haji Korporat, namun privilege seperti itu, bagi yang. Golongan terpileh, yang ada kedudukan, dan berwang jenuh, tapi bagi yang melalui Jalan yang disalurkan, tiada banyak pilihan, muassasah dengan senarai menunggu, sepanjang 30 tahun. Bagi yang ada luang dan ruang, daftarlah ke barisan menunggu itu, 

Permulaan jalanan kali ini dimulai semalam jam 10 15 malam, sampai di Hentian Duta Seawal 5 15 pagi tadi, lantas ke Pondok yang disarankan, sambil menunggu hari esok.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

12 September, 2013

[7378] Petang Yang Hening... yang baik sebagai Ingatan, yang buruk jadikan Sempadan.

Ketika burung  meraikan siang
melantunkan madah ceria
memanjangkan khabar dan salam
yang hijau masih berkilau
tinggalan sentuhan dinihari

ketika inilah ku memerhati
meruntun kalimah yang berdegupan
perasaan menawarkan ilham
menyusun rentak agar sesuai
irama dan pesan-pesan

maka kesyukuran yang tidak terhingga
dilepaskan ke jauh sana
hingga ke tinggi awan
dengan setapak tangan
memohon berkat dan iman

sesungguhnya kita ini selalu alpa
hati berkelana tanpa rasa
sekejap datang dengan iman
sekejap hilang dari pandangan

maka yang kurang jangan dihilangkan
jangan direndahkan atau dibuang selalu
ada baiknya kalau dibersih dan dipulih
kerana kita sebagai insan mudah khilaf sendiri

perjalanan kehidupan hampir ke senja
 dengan kata dan cerita nan bertaburan dan berbeza
langit tidak selalu cerah bersayupan
terkadang gelap balam menuruni hujan

halnya kita ini sama sahaja, hanya yang
membeza adalah rupa dan aura iman
yang berbolak-balik perlu dijaga
agar tidak terkandas kelas menderita

kerana cahaya hidayah itu limpahan kasih-Nya
tatanglah ia bagai menerima amanah sebaiknya
memelihara yang wajib hendaklah diutama
jangan sampai hilang sekejap sahaja meribanya

tunggak iman itu amalan tidak sebentar cuma
dilapik baik dengan ilmu pengetahuan
dari masa siang sampailah ke malam
hendaklah ilmu dituntun tiada berhenti

sekadar ini sahaja risalah  yang terawal
berkongsi apa yang terfikir di kalbu 
tulisan yang baik diambil peringatan
lintasan yang buruk dijadikan sempadan

 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

11 September, 2013

Re: [7378] Keheningan Awal Pagi...

Salam Pagi
bersama secangkir teh panas
kepul asap meresap rongga hidung
rembas hujan penyebab hingus meleleh
menambah lemak berkrim teh ini

menyalut roti dengan peanut skippy
menjalar minda pada siri 'Skippy The bush kanggaroo"
memerhati pelajar resah dipintu pagar
UPSR hari kedua
ahhhhh...dulu aku tak kisahpun!!!!!

Yasin Ismail

[7378] Keheningan Awal Pagi...

Barangkali masih terlalu pagi

Untuk minum secawan kopi

Sekadar menemani mata yang enggan terpejam

Untuk alasan yang rasanya enggan ku fikirkan

Atau barangkali segalanya tak mesti harus sesuai aturan 

Melampaui batas kebiasaan

menepikan kelaziman 


Secawan kopi di meja kayu

Ku singkap keceriaan haruman berirama rindu

Menayangkan satu demi satu slide pertemuan kita yang lalu.

Berputar-putar saja dalam benakku

Esok mungkin tak pernah sama seperti kelmarin

bahkan tak sama pula seperti hari ini

Tapi aku masih di dunia yang sama

Menantimu bersama hujan di beranda.

melolong di pagi buta…..

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

08 September, 2013

[7378] Re: Sorotan Perjalanan Utara- Tengah

Dunia "compliance" sudah menjadi suatu keperluan buat masa ini, menjadi practitioner kini memerlukan "up to date information", lebih lebih lagi di kala "information age", menjadi lebih mudah dan kompleks, diperkenalkan dalam administrasi Akta berkaitan dengan "data protection act", dan juga akta "competition" dengan adanya suruhanjaya yang mengawalselia, lambat laun, ianya akan menjadi hari yang penuh igauan jika tersangkut dengan kedua dua akta ini, denda yang melibatkan jutaan ringgit, kes terbaru melibatkan Air Asia dan MAS, dibawah Akta Persaingan ini. 

Banyak perkara yang bakal berubah dengan dunia dagang yang makin kompleks. Dalam mengejar sukses dan survival dalam dunia dagang, tidak semudah dahulu, dan mencari emas dan perak, sudah banyak halangan dan tidak sebebas dahulu. Bebas dan pergerakan tanpa kawalan, merupakan hari kelmarin.

Begitulah transformasi menuju negara masa hadapan, law and order, menjadi keperluan, laksana cerita terpapar di television, ianya sudah menjadi budaya baru dalam dunia dagang, yang dulunya kes kes sebegini adalah kes yang terpinggir. Kini sudah menjadi budaya baru, dibumi yang disanjung peradabannya. Begitulan sketsa dunia globalisasi, kompleksitinya begitu terasa kini.

06 September, 2013

[7378] Sorotan Perjalanan Utara- Tengah

Bila dah separa abad, segala kerja buatpun sudah kelupaan, tinggal yang tepi, mula ditengah, dihujungnya terbungkam. Sejarah kemelesetan ini, sepengingat diingatan, 1971, suasana itu, getah asap berbunga, 25 sen sekati, beras RM 1.60 segantang, gula 25 sen sekati. Berbekal RM 30.00 mampu menampung 6 mulut untuk sebulan. Namun membanting tulang empat kerat, mendapatkan RM 30.00 ketika itu, dengan 120 kati getah asap berbunga no 5, disamakan persamaannya.

Mengenang kemelut itu, apa lagi untuk mengumpul dana mengerjakan Haji, ketika itu dengan RM 5000, menaiki kapal laut selama 15 hari dan perjalanan kembali 15 hari.

Yang benar benar mampu, ketika itu, adalah pemakan gaji, dengan terbitnya tunggakan gaji, dimasa Benham Report, Suffian Report dan sebagainya. Ada yang menjarah durian runtuh, belasan ribu ringgit, yang membolehkan dibuat bungalow ditanah sendiri.

Perubahan struktur pembangunan, antara sektor, menampakkan jurang yang amat ketara, sebahagian besar isi rumah masih dibawah garis kemampuan menguruskan kehidupan. Lebih lebih lagi di darsawarsa kini, anak yang masih di IPT, bebanan sarahidup yang tinggi, bergolok bergadai dengan mengadakan pembiayaan.

Era 1990 an, sebelum kebangkitan Vietnam, China, Thai, Indonesia, negara Malaysia, dikenali dengan kepelbagaian insentif di Trade Zone nya, dengan 5 tahun pioneer status, menggarap pelabur luar melabur di dalamnya. Ditahun tahun itu juga penyetabilan antara imbangan pembayaran dan pendapatan adalah berimbang. 

Setelah kebangkitan Vietnam, China, Indonesia, pelabur beralih arah kesitu, dan arah kegiatan ekonomi, dari pengeluar, beransur arah menjadi perdagangan am, pengeluaran hasil pertanian utama, getah telah menurun, dan kini diambilalih oleh Thailand.

Sejajar dengan asas itu, maka masa depan untuk stabil dipasaran bersaing, sektor perkhidmatan mengambil tempat. Tapi yang banyak menjarah keringat, sehingga kehilangan dana bermillion, dan billion ini, dengan wujudnya elemen "ponzi" dalam skima pasaran. Mengakibatkan kehilangan dana yang terjun menurut derasnya arus, sehinggakan kantung kekeringan.

Mahunya, dicari dimana, barangan yang hilang, matinya tanpa bekas dan kubur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] secalit madat sekudap rasa xv

Sebelum ini ada diperkatakan tentang harga, ya, mungkin pada masa itu yang disentuh hanya harga ayam dam daging, tetapi sebenarnya isu yang ingin ditimbulkan dan lebih kritikal adalah harga barangan yang sentiasa naik di negara ini. Beberapa hari lalu harga minyak Ron 95 dan Diesel telah dinaikkan 20 sen. Alasan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah untuk mengurangkan subsidi dan hal ini akan menjimatkan kewangan negara, 1.3 bilion kata PM.

Reaksi orang ramai pelbagai, yang jelas majoritnya rasa tidak berpuas hati,  biasalah apa jua harga yang naik tidak akan disambut dengan baik. Semasa harga rokok naik pun macam tu juga tetapi pembeli rokok makin bertambah. Dalam pada itu ada yang menyokong subsidi ini dipotong kerana inginkan rakyat negara ini jangan dimanjakan dengan subsidi. Dalam keadaan begini sikap meminta-minta rakyat perlu diketepikan, itu kata mereka tetapi tidaklah salah pula untuk meminta-minta undi mereka semasa PRU. Tidaklah ingin mengulas kewajaran memotong subsidi minyak, kerana ini semua di tangan kerajaan. Negara ini memang banyak memberi subsidi kepada rakyatnya, cuma rakyat tidak sedar hinggakan setiap barang diberikan subsidi tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Rasanya itu salah satu tanggungjawab kerajaan?

Yang klise, apabila dinaikkan harga minyak mulalah dibuat perbandingan harga dengan negara lain. Tujuannya jelas untuk mewajarkan kenaikan itu. Minyak di negara ini lebih murah daripada negara-negara tertentu malah dikatakan kelapan termurah di dunia.  Betulkah harga  minyak di negara ini berkedudukan demikian? Disenaraikan tujuh negara di atas negara ini, tetapi rasanya ada lagi negara-negara yang harga minyaknya lebih murah daripada negara ini, yang terasa, harga minyak di Brunei itu pasti lebih murah daripada negara ini sekalipun dikirakan pertukaran matawang. Dalam senarai itu kita mengatasi Brunei!

Kebiasaannya, harga minyak naik akan turut naik sama harga barangan. Hal ini tidak boleh dinafikan, kenyataan menteri juga mengesahkannya dan akan bertindak ke atas sesiapa yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Klise juga kenyataan ini sebenarnya, boleh rasa mual dibuatnya kerana tiada yang beza sebelum ini apabila harga minyak dinaikkan. Ada waktunya seperti menguji keintelektualan kita. Ya, suara kita ini tidak ke mana? Bagai anjing menyalak bukit, tetapi kalau dipendam tidaklah elok juga, binasa nanti. Cuma ia luahan rasa, tak salahkan?

Rasanya kita telah melalui fasa  seperti ini (harga minyak naik)  berulang kali, benar kita berjaya menempuhinya.Cara dan gaya hidup kita pun berubah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ada yang berusaha keras dalam urusan mencari nafkah hidupnya untuk mencapai keseimbangan dengan kos  yang meningkat tetapi tidak semua berada dalam kesempatan dan peluang yang sama. Akibatnya, kos yang meningkat ini akan menyempitkan kehidupan mereka. Rasanya keberadaan itu menjadi penentu dalam ruang yang kian menyesakkan ini.


Amir Md Akhir
Putrajaya








-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

01 September, 2013

[7378] Selamat Malam & Semoga Mimpi Indah

Sebelum mata terlelap dan terpejam

Sebelum langit merubah menjadi kelam

Malam ini kan kukongsi lisan menjadi tulisan

Agar engkau disana tidur dengan hati yang tenang

 

Sebenarnya banyak yang ingin ku ucapkan

Namun biarlah sekadar ungkapan tanda ingatan

Bersama iringan doa untuk mengharungi lautan mimpi

Aku selalu berharap kita akan bersua kembali

Dengan lantunan kabar suka mau pun duka

 

Selamat malam buat semua sahabat hatiku

Moga Malaikat mengirim mimpi indah buatmu!

 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.