Laman Utama

30 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan IV & V (...posted by Sham)

Sent: Sat, 10 July, 2010 11:41:03

Tidak sahaja ekonomi yang gawat, turut terjejas adalah gawat politik. Suharto jatuh ketika ini, dengan kebanjiran mahasiswa mengelilingi istana Presiden, yang mengecutkan pemerintah, dan di Malaysia juga dengan pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku TPM, Timbalan Presiden UMNO, Perhubungan Negeri Pulau Pinang dan juga Permatang Pauh, kita menyaksikan strategi Hitler, dengan propagandanya, dapat mempengaruhi sebahagian besar pemikiran masyarakat ketika itu. Dituduh bersalah sebelum dibawa ke Mahkamah, Konsep Tertuduh Tidak Bersalah Kecuali Dibuktikan Di Mahkamah, tidak terpakai untuk kes ini, dikurung dengan ISA, ditumbuk lebam, dan seumpamanya.

Keadaan ini, sebagai mana yang telah diperincikan dalam Undang Undang Pentadbiran, diajar mengenai asas asas perundangan, telah tersasar jauh dari apa yang dipelajari, dan dengan apa yang terjadi. Kebingungan ini terlantar dengan berbagai kebocoran maklumat maklumat pengurusan negara, melalui website website reformasi dan seumpamanya.

Selaku sebahagian dari masyarakat kebingungan dengan senario seperti ini. Labun di kedai kopi, di serata tempat berkumpul, di tempat tempat awam, membingungkan keadaan, selaku peniaga yang mengharapkan laba dalam perniagaan, sudah banyak terlena dengan melakukan kerja perniagaan. Aktiviti perniagaan jadi suram, gawat segawatnya. Bayaran kemajuan pejabat elok sekadar tahun pertama sahaja, tahun tahun berikutnya sudah tidak terurus. "The survivor will always the fittest", tercari carilah peluang peluang lain untuk kelangsungan kehidupan, untuk makan dan pakai serta perbelanjaan membesarkan anak anak.

Hampir hampir sahaja mintak jadi Pensyarah sajalah dimana mana IPT, tetapi keadaan berbolak balik dengan kerja buat yang dilakukan, tidak terbuat dengan 2 kerja dalam suatu masa, yang dikedong berciciran sudahnya.

Tahun tahun gawat ini, kena pulak nak Pilihanraya Umum, 1999, aktiviti perniagaan dah banyak terlena dari terjaga, sebagai mengisi masa terluang, melibatkan diri dengan kerja kerja NGO dibawah fokus Free and Fair Elections, penglibatan ini berlarutan dari 1999 hingga 2002.

V. (Sent: Sat, 10 July, 2010 14:52:49)

Penglibatan dalam NGO ini lebih kepada kerja kerja penyelidekan dan latihan, maka yang tersohor dalam bab bab ini adalah dinegara negara seperti US, Europe dan Eastern Europe, maka teman dalam hal hal penyelidekan dan latihan ini, kenelah terjah ke tempat tempat ini. Selama 40 tahun hidup sebelumnya, bukan pernah keluar negara, kecuali Umrah di Saudi sahaja.

Destinasi pertama adalah New York, bayangkanlah , rupa rusa masuk kampong, sesampai di lapangan terbang JFK New York, tercari cari mana lah teksi kepala kuning, macam kita selalu tengok dalam movie, boleh idak jumpa stesennya, rupa rupanya di Tingkat Bawah, itupun setelah kali ke 2, teman kesana. Maklumlah pemergian tu sorang sorang diri, sementara nunggu rakan lain yang telah sampai terlebih dahulu dan menginap dengan Barbara Welsh di Queens, teman ke Manhattan dipelawa Caribean naik kereta Limo nye, tanpa tanya berapa tambangnya, sampai di Manhattan, habis licor kantung poket, cash untuk belanja harian di NY, yang ada tinggal hanyalah Charge Card Amex jadi pengganti cash, terkejut beruk dengan charge dari JFK airport ke Manhattan sejauh 38 km tu, tambang dia USD 365. Nyerongin le teman sengsorang di Hostel YMCA. 

Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, begitulah kiasan yang dapat diabadikan dalam perjalanan di NY, sementara nunggu kawan yang sama sama di sessi latihan keesokannya, berlaparlah sehingga keesokannya, survive dengan pisang embun dibumi NY.



27 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan III (...posted by Sham)

Sent: Sat, 10 July, 2010 7:33:16

Awal tahun 1998, ofis pengurusan telah berpindah dari Kompleks Mara Kangar ke 23, taman sena indah, hasil joint loan dengan adik ipar untuk memiliki pejabat sendiri, itupun telah berunding dengan Mara, untuk menyewa satu lot lagi utk menempatkan dokumen yang kian bertambah, tapi dah jadi polisi Mara, satu tred hanya satu premis.

Patah hati dengan keputusan Mara ketika itu, lalu diambil keputusan untuk berpindah dari situ, mencari ruang pejabat yang lebih besar demi menampung lambakan dokumen dokumen syarikat yang menggunung. Termeterailah hutang baru dengan institusi perbankan, yang ketika itu BLR nya 11.5 peratus.

Bermulalah era baru dalam perluasan pembangunan perniagaan, dengan komitmen yang terpadan ketika waktu yang memampukan berbuat demikian, bahagian bawahnya disewa bagi menampung bayaran progress bulanan. Sesuatu yang tidak di duga ketika itu, sebaik sahaja dapat kunci pintu, yang tidak dikira belanjawan mengubah suai untuk kegunaan premis pejabat.

Sudah lah sebelum tu, dah habis kira kira RM 50000, bagi deposit 15 peratus pada pemaju dan 85 peratus dibiayai oleh Bank. Serta pendawaian letrik 3 fasa, legal fee untuk dokumentasi pinjaman.

Dah hampir hampir keputusan modal untuk menyudahkan premis baru ini, dibelanja pulak untuk partition, air cond, serta lantai, apa sahaja yang boleh kontra dengan supllier, buat sahajalah, itulah yang termampu untuk dilakukan. "The survivor, The Fittest", inilah slogan dunia perniagaan yang berperang untuk terus meluncurkan perniagaannya.

Tak terduga juga, krisis 1997 ini , banyak menjejaskan perancangan yang tak mungkin tercapai, maka sebahagian besar yang melanda bahana krisis ini tidak bangun bangun dalam perniagaan mereka, bungkus, gulung tikar, dan seumpamanya. Teringat juga ketika itu, bila gawat je, muncullah berbagai dakwaan, kononnya ada fund, Afandi Program Fund, macam macam fund untuk diberikan pada proporsal yang tersusun, setiap syarikat, dikenakan membayar RM 1000 untuk signing MOU di Taman Maluri,

Dan proporsal RM 500. Suatu yang menampakkan ianya adalah scam, company yang shelf juga pergi sign MOU. Hebat Afandi Fund ni, rupa rupanya mereka berjaya memperdayakan lebih kurang 300 syarikat di Selatan Thai, dan 300 lagi di Semenanjung, sign MOU je, dah berjaya kumpul RM 6 juta.



Kita dan Keretapi itu (...posted by Yasin)

Sent: Fri, 9 July, 2010 19:01:34

Jer Man

Mike nengok kretapi lalu kat sekoloh, tapi Meor Helmi dengan Palanivel neke jumloh gerabak. Deme bukan belajo....

Kita dan keretapi itu

Keretapi mengajar kita erti penantian
erti rindu seorang penunggu
landasan mengajar erti sepi hingga tibanya keretapi
Perhentian tetap tabah walau ditelan masa
semboyan keretapi membawa harapan

Kepala tidak pernah berbicara, sentiasa akur dan setia
gerabaknya sarat, ada ketika penuh hilai ketawa
ada masa sesak di dada
pintu pagar sentiasa waspada,
jangan jaganya pula alpa

ada cinta yang tergilis di landasan
ada gadis di penjuru hiba
yang dinanti tidak tiba.

Yasin Ismail


From: Abdul Rahman Rahim <abdulrahman61@ymail.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Friday, 9 July 2010 15:50:07
Subject: Re: [7378] Besday orghang ghretapi...terkenang dulu dulu

memang nostalgia ... teman nengok ketapi hari hari masa jaman sekolah rendah dulu ..
 
Regards,
Abdul Rahman Abdul Rahim

22 Julai, 2010

Besday orghang ghretapi...terkenang dulu dulu (...posted by Zarinzan)

Sent: Fri, 9 July, 2010 11:02:50

Terkenang teman masa naik ketapi dulu.Dulu naik ketapi gi Kolumpo  rega tiket baru nam henggit ke tujoh ke.Sekaghang  jangan labon le,maunya sampe 30 henggit soghang.Kalo naik daghi Kuale ke Ipoh baghule seghenggit smilan kupang.Sekaghang tak dapat.
 
Time ghaye naik sampe impit impit,ada tu sampe dudok dalam bilik ayor.Mana ada apa ke namanya air kond ? Yang ada itu le kipeh dalam ketapi.Heiiii....kalo udoh ghame2 sampe impit2,angat pijor teman,mana angin nak masok?
 
Udoh tu bila nak terberak kena berak masa ketapi jalan.Ada skali tu teman terberakle kat stesen Ipoh.Ate taiknya jatuhle ateh rail ketapi.Ate penyudohnya stesen masta tu nampokle taik ngan ayor kencing terbare ateh rail ketapi.Diamputnya oghang dalam ketapi tu.Teman diam je le.
 
Lagi satu kalo naik ketapi dulu dulu,ada oghang jue koi,mee goreng ke,kacang putih ke..apa apa je le.Oghang yang menjue tu naik ketapi kat stesen Bidor turon kat Tapah.
Dalam ketapi tu dia jerit le karipap,kaaaripap,kaaaripap.
Sekaghang jangan aghap le benda2 macam ada dalam ketapi
 
Sekaghang ni kalo nak makan dalam ketapi kena bawok beke.Kalu tak de beli je le kat kantin dia.Itu aghi teman makan mi gogheng dengan ayo ngat kat kantin dia,kena nam henggit!!!. Idok le teman beli kat kantin tu lagi.Tok sio teman.Mahe beno.
 
heheheh...
  

            Aku Budak Kuale 
 

Masihkah Kau Sahabatku (...posted by Amir)

Sent: Fri, 9 July, 2010 0:14:06

Keceriaan melenakan apa yang kau lalui bersama
canda tawa membius keinginan yang tak pernah surut
membutakan  kesdihan hati yang menjerit
hingga lupa erti  sebuah persahabatan

Kebersamaan tak mesti selalu beriringan
keceriaan tak harus selalu dinikmati bersama
waktu pun tak selamanya mempersatukan kita
semua berjalan menuju takdirnya

Haruskah kecewa dengan apa yang telah terjadi
haruskah marah dengan keadaan yang berubah
haruskah menumpahkah amarah yang egois

Kawan.......

Perasahabatan tak bisa dibeli dengan rasa egois
persahabatan tak bisa dinilai oleh waktu yang sempit
persahabatan tak akan ternoda oleh kemarahan sesaat
persahabatan tak akan terusik oleh perasaan jemu


Amir Md Akhir


Kita Dan Kehidupan - II (...posted by Sham)

Sent: Thu, 8 July, 2010 23:24:26

Teman memulakan langkah "be your own boss", sebaik sahaja menamatkan khidmat dengan Felda, pada 15.11. 1994, iaitu setelah menamatkan cuti tanpa gaji selama setahun, mulai 16.11.1993 hingga 15.11.1994. Tempoh setahun bercuti dari khidmat hakiki dengan Felda, 6 bulan pertama, membantu perniagaan syarikat milik keluarga mertuaku, berasaskan kilang padi di Perlis, pengalaman pertama mengurus enterpris berasaskan dagangan beras, namun "term of reference" nya tak berapa nak menarik, 6 bulan keduanya, teman memohon lesen setiausaha syarikat dengan Pendaftar Syarikat, ditemuduga melalui rekomendasi rakan sekerja perkhidmatan pengurusan di Shah Alam. Langkah awalnya, beli Manual Praktis Setiausaha Syarikat, dihafal dan dihadhamkan isinya, dan mengkaji Akta Syarikat 1965.

Temuduga ini berjaya dilalui dan diluluskan untuk memegang Lesen Setiausaha Syarikat. Surat kelulusan praktis ini diterima pada 14 Nov 1994, iaitu sehari lagi tamat tempoh cuti tanpa gaji, dah diarahkan bertukar melapur diri di Felda Mata Air Padang Besar(U).

Memikirkan dah hampir 13 tahun di Felda, menghambur khidmat, memugar tanah rimba nun jauh dipendalaman, jauh dari arus komunikasi dan kemudahan asas,
Maka atas faktor itulah, nekad meninggalkan perkhidmatan itu dan terus menerajui HDL Management Consultancy Sdn. Bhd., syarikat yang dibuka, masa tu, menghambat pink form MOF, semasa Dato Seri Anwar Ibrahim menerajui MOF, dapatlah 5 lot saham Malaysia Smelting, dibeli 2 ringgit, dijual 6 ringgit, berasaskan jualan itulah dijadikan modal untuk note book pc dan printer hp, semasa itu bernilai RM 9500. Lebihan dari situ digunakan untuk alatan pejabat di Kompleks Mara Kangar, Perlis.

Terbiasa dengan cukup bulan, tekan mesin ATM Kawanku, namun setelah melampiaskan diri dengan dunia dagang, maka berubahlah dimensi kehidupan dengan mengubah hala tuju kehidupan berencana makan gaji kepada gaji makan tuan!

Terlanjur, dah berjinak jinak dengan dunia perundingan dan pengurusan, teman menyambung di peringkat Sarjana Sains  Pengurusan di UUM Sintok mulai Sessi Jul 1994 hingga Disember 1996. Dan dianugerahkan pada 1997.

Namun apa yang kita fikir ketika itu yang muluk muluk dan indah indah segala, namun serangan tsunami ekonomi, dengan serangan kegawatan, meruntuhkan idealisma, yang sebelum ini, sedang rancak mengorak langkah, mengumpul dana untuk di jadikan pelbagai portfolio, terbantut dengan sekelip mata, berhempas pulas menyelamatkan perniagaan dan enterpris yang dibina.



21 Julai, 2010

Kita Dan Kehidupan (...posted by Sham)

Sent: Thu, 8 July, 2010 21:39:14

Sepanjang bulan April hingga Jun, adalah musim yang ketat bagi sesetengah teman teman kita dalam dunia korporat, terutamanya yang melibatkan syarikat syarikat yang menutup akaunnya December, 2009, yang mengenakan adanya Mesyuarat Agong Tahunan bagi syarikat syarikat dibawah seliaan.

Selaku tanggongjawab pada pelanggan ini, tidak terkecuali bagi teman, yang sebahagian dari sistem itu, agak kesibukan dan kesuntukan masa untuk menyumbang akan tulisan tulisan yang mengaitkan realiti kehidupan dan realiti semasa.

Dalam kesibukan dan kebejatan ekonomi yang tak menentu, disamping komitmen terancang yang diatur sendiri, serba sedikit meruntun kedudukan mudah tunai yang merencam suasana dan mengawatkan suasana kehidupan.  Beginilah keadaan sebahagian dari kita yang terlibat dalam dunia niaga. Tidak terlepas jua bagi rakan rakan yang berkerjaya tetap, tetapi dengan tanggongan yang melibatkan pendidikan anak anak , terutama yang menuntut di IPTA dan IPTS.

Waktu di usia ini, sebahagian besarnya, masih lagi menanggong keluarga, yang terdidi dari anak anak yang masih dibangku pengajian. Suasana kita dibesarkan oleh ibu bapa kita dahulu, jauh berbeza dari suasana kita membesarkan anak anak dikalangan kita kini.

Sistem berubah, dulu kebanyakan kita menuntut di IPTA dengan yuran minimum, tapi kini, telah membobrokkan poket kita dengan sebahagian besar pendapatan dicurahkan pada mereka. Beginilah peredaran masa, yang memerlukan kita melangkah lebih jauh, menguruskan dana dana yang terhad kepada perbelanjaan keatas portfolio yang lebih diberi keutamaan. Kita kena bijak mengatur dan mengurusnya secara meminimumkan risiko masa hadapan.

Sekali kita terlanjur silap merancang, keseluruhan sepanjang kehidupan ini terancam dengan permasalahan ini.

Dalam masa 1994 hingga 2010, pengalaman silam mengajar akan erti hakiki kehidupan. Semasa teman menceburkan diri dalam kerja buat ini, tahun pengenalan kepada dunia dagang, 1994 adalah tahap ekonomi, ditahap puncak, sehinggalah akhir 1997 telah merudumnya sistem ekonomi dengan kegawatan yang biasa merubah kehidupan, atau dipanggil tsunami ekonomi.

Diikuti dengan tsunami politik yang menggoncang kestabilan status quo mengurus negara. Sebahagian besar dari kita, yang terlibat dengan dunia niaga, tidak terlepas dari percaturan ini, demi mencari survival kehidupan untuk meneruskan apa yang telah diberi komitmen sebelumnya. Keadaan itu tidak mengupayakan kita mengubah waktu kebelakang, melainkan terus melaluinya dengan jiwa yang penuh mengharap. Apa lagi bagi yang nak baru bertapak dalam mengharungi kehidupan secara "private enterprising, be your own boss."

Bersambong.....



Sekadar Ingatan Mesra- Lumut 30 julai 2010 (...posted by Yasin)

Sent: Thu, 8 July, 2010 10:12:41

Salam Pagi yang indah untuk semua Cliffordians 73/78
 
    Semoga Allah SWT melimpahkan ketenangan kepada kita semua. Semoga semua kekalutan diatasi dengan rahmatNya, semoga semua kebahagiaan dariNya, kita kongsi bersama.
    Salam kepada junjungan Rasulullah S.A.W.  yang membawa cahaya ke alam maya ini.
    Petang semalam berbicara dengan bekas pemain bola Perak Meor Helmi, malam pula berbicara dengan Pa Idrus dan pagi ini kemesraan berlanjutan dengan Sham Perlis. Allah memberi ruang waktu kepada kita bertanya dan berkirim khabar.
    Deman Piala dunia masih hangat membara. kita hanya menumpang berbicara untuk pasukan negara lain. Ini lumrah mencari topik dalam meneruskan kelangsunggan hidup. udara segar pagi ini. La Nina akan kembali, itu kata menteri, tapi yang maha Esa memberi ketentuan putaran alam.
    Seronok menghantar emails. Seronok yang belum pernah kita terokai dalam jangka hayat 30 tahun. berlaku letusan teknologi dan diambil kesempatan oleh sebilangan rakan untuk menjejaki kita yang bertaburan. Kita bertemu sekali pada Januari 9, 2010. kita berusaha lagi atas kerinduan Alma Mater. Sebenarnya rindu itulah yang meneruskan ceria kita kita dan disusuli pertemuan demi pertemuan. kita mencari titik keakhraban pertemuan yang lebih memberi makna. Kita himpukan buah fikiran dan insyaallah pertemuan kita seterusnya lebih bermatlamat dengan penubuhan koperasi dan lain-lain yang direncanakan untuk melihat kebahagian ahli-ahli kita. moga Allah memberkati objektif murni kita.
    Sekadar mengingati rakan-rakan, kita akan bertemu kembali pada Julai 30, 2010 di Lumut. Jawatankuasa ad-hoc, dalam kehangatan Pila Dunia pastinya sedang berkira-kira dan mencari satu venue yang paling sesuai untuk kita bersua-temu pada janji yang dilafazkan.
    Pada yang ada keizinan, pada ramai...kita bersama pada tarikh keramat untuk berbincang hala-tuju. Pada yang tiada kesempatan, salam dikirim di angin Selat Melaka...kami tetap bersama.
    Aku bersama Monaku mengulit rindu, melampias dendam berahi, mengulit rindu sepi...terkenang-kenang pada suatu rindu yang tiada penghujung, menitip  dan memadu kasih...mencari sebuah erti pengorbanan kehidupan......
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


20 Julai, 2010

Usia Emas... kepada siapa kita mengadu? (...posted by Sham)

Sent: Fri, 2 July, 2010 2:25:32

Detik detik kehidupan sebagai insan, adalah kepuncak kejayaan sebagai insan sempurna , yang mencapai tahap tertinggi dalam fakulti kehidupan, sesungguhnya kehidupan yang digarap dari ikhtiar dan usaha semaksimum mungkin, menggarapkan pulangan sama ada laba, mahupun merudum diasak ledakan kebobrokan sistem nilai.

Nilai estetika sosial mengukur kejayaan dari sudut material, apa yang di depan kelibat penglihatan. Nun disana, picisan sebahagian besar masyarakat yang masih meminta minta, keatas apa yang dilihat kelibat sebahagian besar masyarakat menilai. Yang hakikatnya meminta minta sesuatu yang bersifat fatamorgana.

Sukar diterjemahkan insan kini, krisis penilaian yang menjuruskan kepada kebejatan serta keluhuran insan yang bergelar homo sapien ini.

Disekeliling masih terbentang, jurang jurang yang memerlukan perhatian kepada yang memerlukan.

Kepada siapa kita mengadu, mengenai kerukunan sosial yang pincang.



19 Julai, 2010

PENGUMUMAN : JUMAAT 30HB JULAI 2010 IPOH KE LUMUT

Sent: Tue, 29 June, 2010 12:35:20

SALAM & A VERY GOOD AFTERNOON TO ALL,

 

MESYUARAH YB2 MANJUNG YANG DIPENGURUSI OLEH YB JJ DAN SETERUSNYA MESYUARAH LEMBAGA2 PENGARAH CLIFFORDIAN 73/78 YANG BERLANGSUNG DI SRI HARTAMAS MALAM TADI DENGAN SEBULAT SUARA BERSETUJU DAN DILAMPIRKAN TATACARA PERJUMPAAN DAN MESYUARAH YANG BAKAL DIJALANKAN PADA TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN SEPERTI DIATAS.

 

SEMUA YB2 DARI UTARA, SELATAN, TIMUR & TENGAH DIJEMPUT MENGHADIRI PERJUMPAAN DAN PERHIMPUNAN YANG BAKAL MENGGEGARKAN BUMI IPOH & SETERUSNYA TANAH JAJAHAN MANJUNG PADA SEBELAH MALAMNYA.

 

TATACARA PERJUMPAAN CLIFFORDIAN BATCH 73/78 ADALAH SEPERTI BERIKUT. SEBARANG PINDAAN MEMERLUKAN PERSETUJUAN MOHOR BESAR PRESIDENT & VICE PRESIDENT DAN DISAKSIKAN OLEH TEMAN SEBAGAI CPO YANG DILANTIK! ADA PAHAM KOMER……??!!

 

ATURCARA MAJLIS/PERJUMPAAN

 

11.30AM – 12.30AM       :               YB2 ADUN & YB2 PUSAT MELAPURKAN DIRI DAN BERKUMPUL DI ROYAL PERAK GOLF CLUB, IPOH

 

12.45APM                         :               YB2 SEMUA BERGERAK UNTUK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT DI MASJID BERHADAPAN DENGAN POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH

 

2.00 PM – 3.30PM            :               MAKAN TENGAHARI DI RESTORAN TASIK RABAN BERHADAPAN STADIUM PERAK, IPOH

 

4.00PM – 6.00PM             :               MESYUARAH PERTAMA PRO-TEM COMMITTEE KCB(KOPERASI CLIFFORDIAN BERHAD) DI PEJABAT BERDAFTAR KCB, IPOH

(WAJIB HADIR UNTUK MESYUARAH PERTAMA : PRESIDENT, VP, AZNIN, SHAM PERLIS, AZIZ BEROJIN, YASIN, HAROMAINI,                 KAMAL FAZULI, RAHMAN SIFU)

(NOTA : KEPADA 9 PENAMA DIATAS YANG TIDAK DAPAT MENGHADIRKAN DIRI, TOLONG NOTIFY TEMAN SEBAB TEMAN KENA MELANTIK ALTERNATE PRO-TEM MEMBER UNTUK MESYUARAH PERTAMA INI)

   

7.30PM – 8.30PM             :               YB2 ADUN & PUSAT BERGERAK UNTUK PERJUMPAAN DAN TEROJAHAN KE LUMUT PERAK.

 

9.00PM – MIDNIGHT      :               TANAH JAJAHAN MANJUNG DITAKLUK OLEH CLIFFORDIAN BATCH 73/78

 

MIDNIGHT ONWARDS  :               BERSURAI

 

SEKIAN & TERIMAKASIH.

 

HASNI

 

 

From: Azizul Rahman
Sent: Monday, June 28, 2010 7:43 PM
 

Salam semua,

 

Mesyuarat MTL petang tadi telah sebulat suara memutuskan untuk menunda tarikh perjumpaan MTL dari 23hb Julai 2010 kepada 30hb Julai 2010. Perubahan ini adalah kerana masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan.

 

Oleh yang demikian, para peserta MTL dikehendaki mengemaskinikan jadual penyertaan masing-masing dan memaklumkan kepada pihak penganjur akan kehadiran dengan secepat mungkin.

 

Program Moh Terjah Lumut

 

Tarikh: 30hb Julai 2010 (Jumaat).. 

jika ada masalah kepada peserta dari Pusat, kita tukar ker Sabtu, 31hb Julai 2010.

 

Jam: 2030H hingga selesai

 

Tempat: TBD (tertakluk kepada kapasiti penyertaan)

 

Menu: akan ditentukan di Mesyuarat MTL ke-2

 

Sila maklumkan kehadiran pada atau sebelom 10hb Julai 2010


 

Think simple, live simple 
~ azr ~
 


3cajus date 0001 (...posted by Nin)

Sent: Sun, 20 June, 2010 12:25:44

Hari pertama ku kira apabila MegatAF memberi ku tiga paket bahan yang dinamakan trecajus.

Namun tidak ku minom terus. Ku buat kajian. Menelaah literature yang seadanya. Bertanya soalan berkaitan isi kandungannya.

Adakah ianya steriod cocaine atau lain lain jenis yang menghayalkan.

Pabila puas hati ku tanya pula supplier ku MegatAF. Fuyoh endorsement MegatAF 'all dressed up but nowhere to go' amat memberangsangkan. Kendian selepas selesai 'eddah' si MegatAF kata naik kuda sedap Yeop.

Sape lagi punya endorsemen yer. Oh ya! Man ya Man tuuuu Man yang komer kate straight tu yang mase sekolah rendah dengan komer luruih sekarang ni dah pande ngona - yer Man tu lah. (Bukan tulah yer)

Endorsemen dier beri tu kalo on strength of 5/5 dier punya tu teman terima 4.5. Si Megat tu 3.5 (MegatAF ni advertising man - dier terover selalu - teman copywriter dier teman tahu ler)

So endorsmen kekawan dah. Endorsmen Sham tak laku sebab dier penjual. Mana ader penjual kata barang dier tak baik? Tak caya tanya Tip@Padangampang (GG kamu Tip)

(Sambung yerk)


SA Sulaiman


17 Julai, 2010

Malam Masih Awal (...posted by Sham)

Sent: Thu, 24 June, 2010 21:02:05

Untuk mencari penghidupan diera zaman mencabar, memerlukan pencarian jalan keluar untuk terus menghayati kehidupan.
 
Lebih lebih lagi diera ini, anak anak membesar dengan pendidikan yang mereka lalui, memerlukan sumber dan dana kewangan yang cukup besar. Bayangkan yang masih rata ratanya rakan rakan kita yang punyai anak anak di IPTA mahupun di IPTS.

Selaku tunggak dalam keluarga, pendidikan mereka tidak diabaikan, seperti kebanyakan di kalangan kita melalui jalan sukar untuk melalui sistem pembelajaran ini, kecuali sebahagian kecil rakan rakan kita dibiayai dana biasiswa kerajaan tatkala melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Muda, mahupun Diploma.

Era kini, memerlukan dana yang besar untuk pendidikan, sebahagian besar pendapatan dibelanjakan kearah itu.

Selaku tunggak dalam berkeluarga, berbuat apa sahaja untuk kesejahteraan anak anak dibawah tanggongjawab kita.

Beginilah lingkaran hidup yang tidak di dapati sewaktu bapa bapa kita membesarkan kita. Kita terus diburu dilema, antara peredaran sistem dan kesinambungan kehidupan.



Majlis More Bulan Puasa (...posted by Man Karman)

Sent: Wed, 23 June, 2010 13:45:34

Salam Cliffordian,
 
Minta maaf kekawan.. teman lari dari tajuk sekarang... sekadar nak bicara tentang majlis more di masjid Ridzwaniah  Kuale  ..... teman dah  booking tarikh dengan cikgu Mustapa ... tarikhnya ... seperti yang cakap ari tu ..ie..   28 August 2010   ( 18 Ramadhan)  ....  kadar bayaran ,,.... kalau ikut biasa  satu malam ialah lebih kurang RM750.00 .... tapi Cikgu Mustapha cakap biasanya  pada malam minggu .. orang ramai datang kalau group kita datang sama  mungkin tak cukup kadar tu.. dia kata boleh kongsi dengan orang lain ... tapi teman cakap kita nak atas nama Clifffordian 73-78 sahaja ... so cadangan dia kita beri tambahan le ... jadi kadar  bayaran antara  RM1200 -- RM1500 ...
Teman ada bincang dengan Ben .. dia cadangkan tetapkan tarikh akhir untuk kumpul duit dan buat sedikit persiapan...   
Teman masih belum dapat berjumpa dengan Noni ... (walau pun sekampung sekarang ni) ... sibuk beno dia .. kalau boleh ada no akaun nak masukkan duit..
Teman cadangkan
            i.  kita kumpul duit seberapa banyak yang dapat le .... kalau ada lebih boleh kita tempah surah Yassin yang di tulis nama arwah kawan-kawan kita  dan cikgu-cikgu Clifford yang dah  pergi dulu.
            ii. pada malam tu nanti kita akan mintak Ust Jamaluddin buatkan bacaan Yassin dan tahlil untuk mereka
            iii. kalau setuju nanti teman rangkakan jawatan kuasa kerja untuk program ini ..yang terdiri dari rakan Cliffordian yang berada di sekitar Kuale dan Ipoh ..... boleh le jadikan ini program re union jugak selepas perjumpaan di Manjong nanti  .... dan mungkin boleh dibincangkan di sana nanti.

Sekadar untuk  perbincangan dulu .. mintak respon dari kekawan ..
 
Kamaruzaman Murad / Man Karman
 

From: Zaman Kz <zaman_kz46@yahoo.com>
Subject: [7378] Re: Majlis More  Bulan Puasa

Kawan2 Cliffordian khusus yang muslims .. sorry for the non muslim
 
mintak maaf  tumpang lalu .. kona  ke tajuk lain jap ... sekarang ni dah bulan Jamadil Akhir 25 haribulan melayu ... bulan berikutnya bulan rejab dan seterusnya syaaban dan ramadhan ... apa kata bulan ramadhan  nanti group Cliffordian 7378 dan F6 7980 kita  buat more di masjid di kuale .. eg di Masjid Ridzuaniah .. kita boleh buat pada  28 August on saturday .. hari jumaat tu cuti ....  kita kongsi le .. kalu sorang RM 10 pun mungkin dah cukup ... takkan Mr President nak bagi RM 10 koott ..  sementelah bendahari duk kat  kuale boleh le dia ngutip duit .. apa kata Noni ... mungkin pada majlis tu boleh kita buat kan  majlis tahlil .. untuk kawan2 kita yang dah pergi dulu serta juga untuk orang tua kita ...    teman boleh uruskan tempat  di masjid Riduzuaniah .. sementelah Cikgu Mustafa pun setiausaha masjid .. apa responj kawan semua ..
 
Kamaruzaman Murad / Man Karman

3cajus date 0001 (...posted by Nin)

Sent: Sun, 20 June, 2010 12:25:44

Hari pertama ku kira apabila MegatAF memberi ku tiga paket bahan yang dinamakan trecajus.

Namun tidak ku minom terus. Ku buat kajian. Menelaah literature yang seadanya. Bertanya soalan berkaitan isi kandungannya.

Adakah ianya steriod cocaine atau lain lain jenis yang menghayalkan.

Pabila puas hati ku tanya pula supplier ku MegatAF. Fuyoh endorsement MegatAF 'all dressed up but nowhere to go' amat memberangsangkan. Kendian selepas selesai 'eddah' si MegatAF kata naik kuda sedap Yeop.

Sape lagi punya endorsemen yer. Oh ya! Man ya Man tuuuu Man yang komer kate straight tu yang mase sekolah rendah dengan komer luruih sekarang ni dah pande ngona - yer Man tu lah. (Bukan tulah yer)

Endorsemen dier beri tu kalo on strength of 5/5 dier punya tu teman terima 4.5. Si Megat tu 3.5 (MegatAF ni advertising man - dier terover selalu - teman copywriter dier teman tahu ler)

So endorsmen kekawan dah. Endorsmen Sham tak laku sebab dier penjual. Mana ader penjual kata barang dier tak baik? Tak caya tanya Tip@Padangampang (GG kamu Tip)

(Sambung yerk)


SA Sulaiman


On father's day: I have a dream (...posted by Yasin)

Sent: Sun, 20 June, 2010 10:57:09

   Dear Cliffordians 73/78
     Rather somehow, it would be nice to be brought back to my yesteryears....to my early life as a father. It made me think of the joyful mements I had spent with my daughters. It reminded me of the good old times, we'd been through together. Those days, I didn't have much money ( and now still not much saved though, alas!). I used to give  piggy ride for my girl around the playground, taking her from the swing to the see-saw, making fool of myself in the best way I could. It gave me a sense of pride, holding her in my arms, never failed to give joy and comfort.
    During their childhood, I would take her to Taman DR, taught her to ride a tricycle and the third day was the proudest day when she could ride without my help. She was and always a fast-learner. Oh God!...what a joy to be a father.
    The weekend was allocated for her, building lego and washing my only car together (was I happy to have more cars now....) but now driving alone only to be accompanied by the DJ from the radio.
    I then spent my more challenging years bringing-up the second, but to be with her during weekend, riding motorbike with her in the front-basket was so meaningful. We used to be together admiring the nature, whispering to her that I wanted her to grow up to enjoy life to the fullest. The moment she sded tears as we passed by the cemetery when I used to remind her not to forget to recite prayers at my grave when I am no more around. God...how they grow very fast in front of my eyes and gradually we drifted away........
    Life is a sojourn, my dear Cliffordians
 
Salam Hormat
Yasin Ismail


Happy Father's Day (...posted by Sham)

Sent: Sun, 20 June, 2010 8:33:36

Ibu bapa zaman ini, dengan ledakan maklumat dan isu global yang di ketahui sekilas pandang, hanya mampu sebagai pembimbing sahaja, kerana guru persekitaran anak anak lebih berpengaruh dari pembimbingnya. Fenomena ini tidak sekadar memerlukan pendekatan yang dinamik dalam pembentukan anak anak, lebih kepada pendekatan sebagai rakan, kawan dan sahabat pada anak anak.

Zaman kita dahulu lebih kepada autoritatif ibu bapa, tapi persekitaran itu berubah drastik dengan "information age", "global village", dan ledakan maklumat yang overload kepada pembesaran anak anak.

Ibubapa zaman ini, harus lebih peka dengan perkembangan ini, agar bahasa bahasa anak anak dipersekitaran ini, dapat digarap dengan penyelesaian permasalahan yang kompleks dan jitu. Tunjangnya kena kenal pegangan kehidupan ibubapa diera ini.

We are in no position to decide what is next? (...posted by Yasin)

Sent: Fri, 18 June, 2010 12:25:13


We are in no position to decide what is next?
Assalamualaikum
    ....dan selamat pagi kepada semua rakan yang rajin meneruskan kesinambungan sebuah persahabatan dan erti persahabatan. Telah berada di sungai Petani semula. Kepada sahabat yang bersua temu di Absolute Chemistry, thanks fot the meeting. Ahkirnya, bersua juga dengan Palanivel setelah hampir 32 tahun.
    Kita sebenarnya hanya mampu merancang dan merencana sebuah kehidupan dan the journey of our life, but we are in no position to decide whatever we planned to become a reality and nor we in the position to decide what is next in the chapter of our life journey. In the eyes of our Almighty, we are very small and with no ability to say the beautiful days ahead of us. everyone of us dreamt of the most wonderful life ahead and when it is beyond our reach...we shall be telling our failures with a sigh.
    Dear friends, I listened attentively what was being mentioned by our Mr President. I could see and imagined such sweet hopes for the benefit of our group, ..for all of us when the Coop is being formed. Insyaallah, we will be proud with the achievement of our group with the condition that every individual participate. Let not just put the"wait and see attitude". Our contribution is uptmost important to see the vision of our Mr President comes true, mind you ....it is for all of us.
    We didn't work all this while,..... as for me, since the the first phone cal by the CPO somewhere in October 2009 just for gathering, the laughters  and to recall and recollecting of our yesteryears memories in Clifford. If anyone of us just think in such a way, then after we have finish all the chapters, ...this so-called REBONDING will fade as there's nothing more to reminisce.
    Let us work for the betterment of our group, then for the well-being of every Cliffordians 73/78. We want to see our friends to have a successful life inside-out..... physically and mentally.
    Dear friends, our life or not all of us was made from bed of roses. Yes, true indeed, this group has brought cheer to me personally, from a mundane life,...now there is a new thing to look, to hear....every passing days with a broad smile, but there is more than that. We , at this twilight age need security in life... AND lucky indeed a group of our friends is working towards this...but they will come to a Dead-Road without our support and contribution.
     Many a time a bunch of old students who love dearly their Alma Mater failed to materialise the dreamt because the meting was only meant for rejoicing and recalling the schoolday memories. Hopefully, we are not going to end such a way.
    I had and have my bad life and so do the rest, but we are not HERE to mourn to to step ahead. Our Mr President did mentioned about the income and expenditure of such Old Boys Association. ...and this should be put as a lesson that it WILL not happen to our GROUP.
    Shape our life...to some of us and that including ME. Maybe to some, my rendition today sound weird but I'm saying this from my hearts, on a serious note. We can dream - but not dreams our master. I have watch that things that I gave to my life to, ....broken, ...and I stoop and build them up with worn-out tools, still as human I need your support. The group needs our support, so let show our support.....ANd .....not watching what is spoken being twisted.
    Dear cliffordians 73/78, We are in no position to decide what is next but God gives us the opportunity and chance to try and there's always ways to change our life.
Salam Hormat
Yasin Ismail

15 Julai, 2010

PENGALAMAN PERJALANAN KE SAIGON (...posted by Sham)

Sent: Sun, 13 June, 2010 10:38:38

Perjalaman dari Kangar Menuju Ke KLIA bermula dari 8 malam dan singgah di Bukit Mertajam diikuti bersama dengan Kakak Ipar dan Biras, Oleh kerana keletihan sebelumnya, teman mohon biras membawa Inovanye ke KLIA untuk meneruskan perjalanan ke Saigon, sebaik sahaja sampai di KLIA jam 5 pagi, melakukan Check in Procedure dan Solat Subuh, kemudiannya, membeli beberapa buku roti untuk dijadikan bekalan kot kot lapar, almaklum di Saigon agak keterbatasan ketemu makanan ruji yang sesuai dengan tekak. Sementara menunggu [enerbangan jam 9 pagi, kami berempat berehat di Plaza Lounge KLIA , sambil mandi pagi disitu, Access untuk ke Plaza Lounge ni, bawalah apa saha Credit Card Company yang ade umpamanya Citibank, Standard Chartered, Eon Bank, Rhb Bank, Alliance Bank, Platinum Amex Card, mun kalu tak de tu kene lah bayar fee dalam USD 20 per person, fasiliti disitu, boleh le mandi manda, access broadbad  free, business lounge, fax, makan apa sahaja yang terhidang.

Jam 9 kami boarding ke Saigon dengan Malaysia Airlines, dan sampai Saigon dalam 2 jam penerbangan. 

Amir , isternya, Sabariah dan seorang anak lelakinya menaiki penerbangan Air Asia dan kami bertemu beliau semasa mendarat di Lapangan Terbang Saigon dalam jam 10 pagi waktu tempatan. Selepas clearing immigresen dan kastam, kami disambut oleh kenalan Amir di sini, seorang saudagar pengeluar kain dan penyedia perkhidmatan menjual gen set membawa kami ke tempat penginapan A & EM Hotel, rope ropenye, A & EM Hotel ni banyak cawangan nye disekitar Saigon, bagi kengkawan yang terlanjur kemari, lain kali bawa kad alamat Hotel berkenaan jika anda semua bersiar siar di persekitaran, Tidak le rope teman mencoroye dah 5 hotel jenama yang sama, baru jumpe semule, tambang teksi pun dah jadi 5 kali ganda, kerana mencoroye 5 tempat.

Sebaik sahaja check in, kami dibawa makan tengahari di Restoran Tandoori, dan dibawa terus ke Cuchi, terowong tinggalan Perang. Perjalanan kesitu memakan masa lebih kurang 2 jam pergi dan 2  jam balik, Sebaik sampai di tempat penginapan, dah terasa kepenatan, lantaran ketiduran

Keesokan nya, tiada lawatan khusus, cuma kami bersiar siar di kawasan Parkson, disitu terdapat kedai di Tingkat 4 yang mengendalikan makanan halal, beriani, masalla, itu menu tengahari dan ada juga nasi lemak, ade pulak Malaysian Cuisine, tokeh nye orang Melaka. Pada sebelah malamnye, kami kesemuanya Makan Malam di Satey House, dikendalikan oleh Rakyat Malaysia berasal dari Kelang, Selangor

Pagi ni, teman cuma di hadapan PC bilik hotel, update maklumat. .
--
HISHAMUDIN ALLI

Pantun Seloka (... posted by Mior Puaat)

Sent: Fri, 11 June, 2010 15:02:46
Subject: [7378] Pantun

Ke pekan kuala membeli laksa
sayang pesanan terlupa pula
berita dikirim tanpa paksa
kenapa sepi tak da berita
 
burung undan burung kedidi
terbang rendang ke pohon dudur
patut le suasana jadi sepi
mengkomer mengholoh dan berdengkur
 
menahan lukah di air tenang
sambil berdiri di atas perahu
sudah bernikah ingin nak senang
rupa-rupanya bini masak tak tahu


KISAH CINTA MONA (... posted by Amir)

Sent: Fri, 11 June, 2010 2:05:21

Saat aku menyukai Mona aku ingin memilikinya untuk keegoan ku
Saat aku menyayangi Mona aku ingin membuatnya bahagia
Saat aku mencintai Mona aku akan melakukan apapun untuk kebahagiannya

Saat aku menyukai Mona dan berada di sisinya,aku akan bertanya, "bolehkah aku mencium mu?"
Saat aku menyayangi Mona dan berada di sisinya aku akan bertanya, "bolehkah aku memeluk mu?"
Saat aku mencintai Mona dan berada di sisinya aku akan bertanya, "bolehkah aku memegang erat tangan mu?"

SUKA adalah saat Mona menangis, aku akan berkata, "sudahlah jangan menagis"
SAYANG adalah saat Mona menangis dan aku menangis bersamanya
CINTA adalah saat Mona menangis dan membiarkannya menangis sambil di hatiku berkata, "marilah kita selesaikan masalah ini bersama"

SUKA adalah saat kau melihat Mona aku akan berkata, "Mona kamu sangat cantik dan menawan"
SAYANG adalah saat aku melihat Mona dari hati ku dan bukan mata ku
CINTA adalah saat aku melihat Mona dan hati berkata betapa indahnya anugerah di sisi ku ini

Amir
MGFC DH

TODAY I WILL

Sent: Wed, 9 June, 2010 9:56:13

TODAY I WILL GROW IMAN:
I will spend much more time in my prayers to Allah swt.

TODAY I WILL NURTURE MY BODY:
I will eat less; I will eat only what is healthy and I will thank Allah swt  for my health.

TODAY I WILL NOT STRIKE BACK:
If someone is harsh, if someone is impatient, if someone is unkind... I will not respond in a like manner.

TODAY I WILL ASK ALLAH TO BLESS MY "ENEMY":
If I come across someone who treats me harshly or unfairly, I will
quietly ask Allah to bless that individual. I understand the "enemy" could be a family member, neighbour, co-worker or stranger.

TODAY I WILL BE CAREFUL ABOUT WHAT I SAY:
I will carefully choose and guard my words being certain that I do not fall in to fitnah nor gibah.

TODAY I WILL GO THE EXTRA MILE:
I will find ways to help share the burden of another person.

TODAY I WILL FORGIVE:
I will forgive any wrong doings that are put upon me.

TODAY I WILL DO SOMETHING NICE FOR SOMEONE, BUT I WILL DO IT SECRETLY:
I will reach out anonymously and bless the life of another.

TODAY I WILL TREAT OTHERS THE WAY I WISH TO BE TREATED:
I will practice the golden rule - "Do unto others as I would have them do unto me" - with everyone I encounter.

TODAY I WILL RAISE THE SPIRITS OF SOMEONE WHO IS DISCOURAGED:
My smile, my words, my _expression of support, can make the difference to someone who is wrestling with life.


SA Sulaiman


12 Julai, 2010

Langkah Bermula Kehidupan Realiti Sebenar (...posted by Adhoc Sec)

From: "alli.hishamudin@gmail.com" <alli.hishamudin@gmail.com>
Sent: Wed, 9 June, 2010 7:33:37



Kelmarin telah diadakan satu Mesyuarat Cadangan Menubuhkan Koperasi, dan beberapa kerangka kerja telah dibuat untuk beberapa tindakan susulan untuk merealitikan impian setelah kita berinteraksi secara interaktif di dunia teknolologi maklumat.

Kata sepakat dari kalangan yang menghadiri Mesyuarat berkenaan, bersetuju dengan kerangka kerja dan halatuju Koperasi berkenaan. Dikalangan kita yang telah berinteraksi ini, diminta terus menyokong usaha murni dikalangan Group 7378 dan 80 untuk terus mendukung hasrat murni matlamat diwujudkan Koperasi ini.

Kita mampu merancang, dengan sokongan dan dokongan dari rakan rakan dan atas keizinan Tuhan Rabb Sekelian Alam. Saya secara peribadi mohon pada rakan rakan untuk terus bersama dalam Koperasi ini untuk matlamat yang digariskan.

Makluman makluman perkembangan akan dinaklumkan melalui media ini.

Sekian.

Adhoc Secretary

PLEASE READ! OUR FRIENDSHIP CAUSE CONTINUES & MAY BECKONS (...posted by CPO)

Sent: Sat, 5 June, 2010 16:29:05


Dear Friends & SALAM TO ALL,
 
We have come a long way from the moment we started to rekindle back our lost times and friendship once had some 30-35 years ago. From the first gathering of some 15 friends at Tropicana Golf & Country Club on the fateful night of 10th October 2009, the Cliffordian Batch 73/78 Re-bonded Night on 9th January 2010, the MOH BALIK KUALE meet on 27th March 2010 and the many meets & get together as far as Sungai Petani, Ipoh, Sungai Siput, Wangsa Walk to name a few.
 
The last 6 to 7 months to majority and a number of us, there's seem to be some purpose in life and towards this circle. Life have never been the same, our days had been filled with news, carefree poking & jokes amongst us, the birth of Loghatul Kuale initiated by none other our Group Operations Director, Man Sifu with inputs come from as far as Perlis, Kedah & of course friends whom had all their  entire life resides and earn their living in Perak, our birth state.
 
For one, technology had assisted us in so many ways to be in communication and close to each other now. Our Googlegroup forum as of today transmitted amongst us an average of 300 mails per day, irrespective during the day or night. Our days now will be incomplete whether signing in and hearing from friends.
Now we are moving into a bigger AGENDA, a formation of an ESTABLISHMENT solely and mainly for our cause and purpose and more so  towards our generations, God Willing and INSYALLAH.
 
That's the reason why I see this intended meeting called by or evergreen PENGERUSI TETAP, Sham Perlis this coming Tuesday, 8th June 2010 at our PRESIDENT'S OFFICE in Kuala Lumpur is of utmost importance. It's a beginning to shape up  what we envisage and wanted to achieve amongst this GROUP of ours. It's a meeting towards better things to come for all of us and our children in years to come.
 
We intend to put things in a proper and better perspective to enable all of us to reap no matter how small or token benefits of this ESTABLISHMENT as we move forward. We are not getting much younger, in 1-2 years time we're into our 50's, in no time we will make way for others to fill up our shoes in the  working industry that we are in currently.
 
I EXPECT A GOOD TURNOUT FROM ALL OF YOU, if Sham all the way from Perlis can be in KL, if our VP, Azlin Chomei can drive from Ipoh and so I've heard a few from outside KL will come, I sincerely hope you can join in this  meeting. Time indicated is at 4pm but I would expect by 5pm on that day I will be able to see familiar faces and not so familiar faces to be there.
 
If all falls into plan, if the intentions is noble and sincere, if the support garnered from all of you are TOTAL, I can safely say that WE WILL BE THE FIRST GROUP & ALMA MATER OF ITS KIND IN THE COUNTRY TO HAVE AND OWN A KOPERASI.
 
SEE YOU SOON!
 
Kind regards & WASSALLAM
Hasni     

Moh Terjah Seberang Perai (... posted by Aiznin)

Sent: Sat, 5 June, 2010 15:51:58

Maka alkisah tersebar lah berita bahawa Puan Menteri dari Tanah Abang akan berada di Pulau Mutiara pada pemulaan bulan Juni.

Berterbangan burung burung membawa berita akan kerinduan yang dialami oleh Cik Puan Cik Puan di Utara Tengah Malaya akan Puan Menteri.  Almaklum telah tiga dekad jua berpisah diantara mereka.

Sebagaimana hulubalang Kole O berjumpa di kampung seperguruan melepaskan rindu, Penghulu Perai dicadangkan perjumpaan diadakan di Seberang Perai di Tanah Besar.

Maka berutuslah burung burung di merata. Ada di mukabuku dan ada menjangkaui masa.

Dalam pada itu jua Pak Belalang termenung, resah - adakah beliau berkesempatan bertemu dengan wajah wajah ayu itu kembali.

Pada tanggal 20 Feb telah bertemu sebahagian dari mereka. Dayang dayang dan inang inang dari tengah. Namun belum puas kerana masih tidak bertentang mata. Di Sungai Petani masa berlalu terlalu cepat bagi Pak Belalang namun keharuman pantai Merdeka telah melegakan Pak Belalang.


SA Sulaiman
For God King and Country


Pantun - Jangan ditanya bila ....

From: hasni.ahmad
Sent: Fri, 4 June, 2010 11:24:17
Subject: RE: [7378] Jangan ditanya bila .... ....

Dari Nilai ke pokan Seremban
Singgah R & R minum kopi
Kalu teringat renungi bulan
Boleh le berkawan dengan noni.
 
Hang Jebat hulubalang melayu
Hang Tuah setia pada raja
Hang ni Mior buat teman haru
Hang Yasin dah naik nostalgia!



From: Mohd Yasin Ismail
Sent: Fri, 4 June, 2010 11:03 AM
Subject: RE: [7378] Jangan ditanya bila .... ....

Mior

Bulan masih merah
Bukan menangis, bukan merintih
yang telah pergi, kita berserah
kehidupan ini, tak mampu belari, kita bertatih

mari dibawa dulang dan dupa
ku kumpul bunga seroja
yang indah tak mudah dilupa
selalu teringat tak jadi kerja

ingin membeli daun pegaga
ke pekan naik pedati
simpan yang indah didada
simpul rapi dihati

Field in Field out the BLANK
Yasin Ismail  





From: hasni.ahmad
Sent: Friday, 4 June 2010 10:55:24
Subject: RE: [7378] Jangan ditanya bila .... ....

Mior,

Berperahu ke mukim lara
Makan hati berulam jantung
Jangan dikenang yang telah tiada
Perjalanan hidup perlu disambung…..