Laman Utama

22 April, 2011

Pantun untuk ALK KOSEC

Sent: Thu, 21 April, 2011 19:22:26

PANTUN BUAT ALK KOSEC

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri

--
yg bebenor,
abdlatifesalleh
0143061850 / 0142404557




...dari Kamar sekolah

Sent: Wed, 20 April, 2011 12:38:56

Salam

 

    Pagi ini kembali ke sekolah. Melangkah dengan penuh yakin dan ceria, punch dan masuk ke bilik. Duduk selesa di kerusi sambil menghela nafas panjang...lega dan puas dapat kembali ke sekolah. Kulit tangan telah amat gelap dibaluti silau mentari yang melekat pekat. Sambil mendengar lagu berkumandang di radiao, "Light FM", hati terasa segar kembali dan melabuh punggung berehat....

     Di waktu begini aku tersenyum sendirian. Jika guru lain mengeluh untuk hadirke sekolah dan ke kelas untuk mengajar, berlainan dengan aku pula. aku merasa amat lega berada di sekolah. Pada aku melangkah ke kelas untu perlu santai dan teruju untuk berhadapan dengan pelajar. Wajah perlu ceria, penuh dengan perasaan terju. mesti sentiasa kemas dan fokus. Melangkah perlu santai. Wjah jangan berkerut seribu, senyum tetapi dengan tegas dan kita perlu dominant.

    Pelajar kini mahukan guru yang tegas dan pasti dengan apa untuk dikongsi. Zaman ini bukan beristilah mengajar tetapi berkongsi dan kita adalah fasilitator. Kelas perlu 'hidup' dan pelajar bersama contrbute to the lesson.

    Tetapi apa yang lebih perlu dan penting, sekolah adalah tempat "rehat" aku. Berminggu di padang menagih banyak tenaga dan aku di dalam bilik recharge tenaga kembali untuk semula di padang bermula Jumaat ini hingga minggu depan. In between ada "ceramah PMR" dan perkhemahan unit uniform yang bermula pada 28 - 30 April.

    Perjalanan pendidik yang perlu di tempuhi..... selaras dan selari dengan zaman

 

A mediocre teacher tells

A good teacher teaches

A great teacher motivates

A superior teacher inspires

 

Gunsmoke

Yasin Ismail

 
 
 
 
 
 
 


SAHABAT (...posted by Hasni)

Sent: Fri, 15 April, 2011 10:19:33

Pekan Karei deroyan dah berlambak

Kundeh hidangan diwaktu petang

Teman terharu bercampur sebak

Luahan miker jadi perangsang

 

Pagi Ahad Nonie ke merket

Tak peronah tertinggei spek hitam

Suka duka, sihat dan sakit

Saling berkabor jangan ler diam

 

Seli sibuk kehulu kehilior

Duan Nasib berulang alik

Satu May kite ke Enggor

Makan nasi minyak ngan apam balik…. (udah habih moder…..)

 

17 April, 2011

SAHABAT

Sent: Fri, 15 April, 2011 3:03:23

Sahabat..............


Mengintai kejora dimalam hari

Hanya kelihatan menjelang pagi

Terimakasih sahabat kerana memahami

Segala kelemahan diriku ini


Anak haruan mati terperangkap

Jangan keli dikatakan sepat

Padamu sahabat daku berharap

Di sudut hatimu namaku terpahat


Merenung langit di kala senja

Mengharap fajar akan menjelma

Padamu Tuhan kupanjatkan doa

Persahabatan ini subur selamanya........................................insyaallah.............


--
yg bebenor,
abdlatifesalleh











Pantun

----- Forwarded Message ----
From: latife salleh <suptulang.salak@gmail.com>
Sent: Sun, 10 April, 2011 20:54:56

Zam.....

    Sirih berlipat sirih pinang
    Sirih dari Pulau Mutiara
    Pemanis kata selamat datang
    Awal Bismillah pembuka bicara

    Laksamana berempat di atas pentas
    Cukup berlima dengan gurunya
    Bagaikan dakwat dengan kertas
    Anak sudah jumpa  jodohnya

    Tetak buluh panjang suluh
    Mari jolok sarang penyengat
    Angkat doa jari sepuluh
    Doa minta biar selamat


    Amin........

Malaysian medal parade

----- Forwarded Message ----
From: latife salleh <suptulang.salak@gmail.com>
Sent: Sat, 9 April, 2011 19:45:26

    Ayam hutan terbang ke hutan
    Tali tersangkut pagar berkawad
    Adik bukan saudara bukan
    Hati tersangkut kerana sahabat

    Ayam rintik di pinggir hutan
    Nampak dari tepi telaga
    Nama yang baik jadi ingatan
    Seribu tahun terkenang juga

    Burung Serindit terbang melayang
    Mari hinggap di ranting sisi
    Bukan ringgit dipandang orang
    Budi bahasa ketika berkomunikasi



On 4/9/11, Nadim <aiznin@gmail.com> wrote:

Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
Kini sudah milik orang
Jangan dicemuh jangan dicaci

Buah jambu buah delima
Baik sekali isinya
Jangan cemburu membabi buta
Berkomunikasi hendaknya

SA Sulaiman

Sepetang Di Hujung Minggu (...posted by Sham)

Sent: Sat, 9 April, 2011 17:20:19

Sambil mengakses online library, sempat juga bertanya khabar akan rakan kita, Yasin yang masih di padang dengan acara balapan, dengan bunyi das pistol, tanda melepaskan permulaan acara sukan di padang.

Maaf Zam, walaupun telah dijadualkan untuk ke kenduri menyambut pernikahan anaknya, tetapi teman masih disisi komputer, mencari maklumat dan penemuan baru untuk dilapurkan dalam kajian kerja yang perlu dikemukakan, hampir sangat harinya.

Begitulah menyelidek sambil menemui penemuan lama, untuk dileraturkan dalam lapuran, sambil mengikuti perkembangan rakan rakan disana sini, hari ini, serasa sunyi dengan email yang masuk, ada agenda besar yang dilalui, sama ada tugas hakiki, bersama keluarga, dan juga pelbagai acara, aktiviti luar jangka, ada yang melancong ke luar negara, setelah lama memburu sasaran, dilampiaskan lelah itu dengan penajaan, agar kita bisa terhibur dengan lelah berkarya, kata orang seberang.

Apa sahaja dilakukan adalah untuk penyempurnaan tanggongjawab berkeluarga, agar kita bertanggongjawab pada yang dibawah jagaan.

Hakikat kehidupan yang menjurus kepada matlamat akhirnya, menjana kejayaan, dan ada dikalangan kita masih terus berkarya mencari kesempurnaan kehidupan, lagi dicari, makin ianya pergi, dan aktiviti mencari diteruskan, hinggalah panggilan wisel penamatnya ditiupkan.

Agar kita terus mencari kedamaian itu.

Selingkar Kehidupan. Renungan....

Sent: Sun, 3 April, 2011 10:47:08

Salam Pagi Ahad
 
    Bagi yang berehat, ambil kesempatan yang diberi untuk bersama keluarga atau menyelesaikan urusan yang tertangguh dan terbengkalai. usah bertangguh lagi, kerana banyak urusan yang perlu kita laksanakan, sebaliknya tidak tangguhkan. kita dengan alasan, "nantilah dulu" atau "esuklah". Akhirnya kita dalam kekalutan merencakan sebuah kehidupan.....Dan terus pula mencari alasan mengapa urusan itu tidak terlunas.
    Rakan-rakan di Kedah dan Terengganu (adakah rakan kita di Kelantan) telah mula melangkah sehari lagi, hari minggu yang baru meneruskan tugasan kehidupan yang diamanahkan.
    Cuaca ceria pagi ini, tidak kelihatan akan hujan sebagaimana hari-hari terdahulu. Baru-baru ini kita disedarkan lagi dengan bencana alam di negara kita. Tidak perlulah perlu meninjau jauh tentang bencana alam. Di negara kitapun sedang kita lalui. banjir melanda. Ujian dari Yang Maha Esa. Mengeluhlah kita tentang perparitan, tentang struktur bumi dan pelbagai teori mahupun penyelidikan dan kita lupa tentang ...ia adalah peringatan dari Yang Maha Pencipta tentang kerakusan kita.
    6 April,  dengan kerjasama Radio Kedah, frekuensi 97.5 bersiaran secara lansung pertandingan "Spelling Competition". Sebentar tadi memberi talkimat pada semua guru, khusus guru Bah. Inggeris tentang pertandingan ini dan susun-atur pada hari tersebut. Ia akan dijalankan serentak untuk seluruh Kedah bertujuan mencatatkan nama dalam Malaysian Book of Records kemampuan Jabatan Pelajaran Kedah menganjurkannya seluruh  Kedah dan semua sekolah. Kelam-kabutlah sekolah menyediakan bateri untuk 16 radio, takut berlaku hilan punca letrik on that very moment.
    Yang mencoret ini pula tidak akan berada di sekolah pada tarikh tersebut kerana terlibat sepenuh sebagai Marshal Kejohanan Balapan dan Padang MSSK di Alor Setar selama 4 hari berturut. Dahulu, zaman kita di bangku persekolahan, ia dikenali Kejohanan Olahraga. Apa ada pada nama?
    Cif kita sehari dua ini diganggu oleh aunties of sixth former minta belanja sempena kejayaan pelancaran Galeri Chandan. jawapan Cif bersahaja, but the aunties, I think couldn't decide the time and date.
    Aku pula hari ini di dalam bilik merenung jauh dari jendela. Merenung pelajar, reminiscing those days, merenung beyond the eyes can see, charting my  life. Hidup ini terus memerlukan berfikir dan take time to ponder about our future and what's next....!
 
Salam Hormat
Yasin Ismail

HIDUP SEPI DIZAMAN DARURAT (...posted by Sham)

Sent: Fri, 1 April, 2011 9:49:52

Dizaman serba canggih dan moden ini, apabila berlaku sesuatu bencana, membuatkan kita terhalang serba serbi berurus niaga seperti biasa, urusan perbankan tergendala, urusan hutang piutang, keluar masuk wang, dan seadanya membuatkan kita berasa kelu seribu bahasa, apabila wang untuk dikeluarkan mahupun untuk dimasukkan mengendalakan seluruh kegiatan. Yang ada duit berguni dibank, bank tidak beroperasi tidak membolehkan kegiatan apa jua dilakukan. Maka hiruk pikuk lah, sipemiutang mendering memalu gong, hei .....mamat bila mahu bayar instalment, dan macam macam panggilan dan ingatan berlaku.

Entahlah........, bila lah nak surutnya air.................., aku termanggu melihat air ibarat lautan di atas jalan jalanraya, merentasi Jalan Persiaran Kangar menuju Arau, ditenggelami air, melumpuhkan kegiatan ekonomi seharian di pekan ini. Ku kayuh basikal, meredah air setinggi lutut untuk melihat lihat dipersekitaran pejabat, masih digenangi air, kalau yang 4 bulan lalu, mahulah tutup operasi 10 hari, tergugat jua aliran tunai dan operasi perkhidmatan kepada pelanggan dan yang berurusan dengan Suruhanjaya Syarikat tergendala.

Wallahu Alam

12 April, 2011

Pantun Nakhoda - Berserinya Kasih Mesranya Sayang

Sent: Thu, 31 March, 2011 16:51:05

Kalau cinta sudah bersemi
Nikah sighah menjadi resmi
Hidup diri bersuami isteri
Mati bergelar bijak bistari

Tongkat Nakhoda nama diberi
Menyusun seloka seisi negeri
Masyarakat sihat wajah berseri
Istana bahagia petang dan pagi

Kalu dulu orang berkata
Kasih cinta lambang setia
Apakah diri sudah sedia
Memberi cinta indah laksana

Suami isteri pengantin bahagia
Meniti tua membawa muda
Jiwa gembira raga perkasa
Tongkat Nakhoda memberi petua

Berserinya kasih mesranya sayang
Suami isteri senyum memandang
Sihatnya jiwa malam dan siang
Bahagia dirasa hati pun riang

Rumahtangga syurga dunia
Kebun akhirat zuriat cemerlang
Sihatnya tubuh memberi cinta
RIndunya jiwa terkenang-kenang

Bukan sihat semata perkasa
Bukan gagah dan tahan lama
Jiwa semangat jiwa satria
Membela bangsa gemilang cahaya

Tongkat Nakhoda layar bahtera
Pantai bahagia dambaan semua
Agama dijunjung adat dibela
Tidak Melayu hilang didunia

Andai sihatmy diambil mudah
Sakitmu datang amatlah payah
Masa muda berahi bercambah
Agar tua kasihmu bertambah

Berserinya kasih mesranya sayang
Tenaga batin jangan dibuang
Padanya hikmah semangat juang
Bina agama bangsa gemilang

Bangsa maju bangsa berusaha
Kasih di kamar punya rahsia
Bukan nafsu menjadi ketua
Akal diguna bijak laksana

Gemilang hidup asalnya batin
Sejahtera hidup asalnya rajin
WIbawa jasa masyarakat dipimpin
Tidak mengira kaya dan miskin

Andai hidup sihat sejahtera
Tanggungjawab jaya semua
Zuriat dibela gemilang usia
Menjadi contoh boleh dibangga

Bukan untuk melayan nafsu
Tongkat ini senjata bagimu
Guna dicapai matlamat yang satu
RedhaNya cahaya bahagia kalbu.

--
Aiznin Sairi bin Sulaiman

Fenomena Kejadian Alam Untuk Kita Berfikir... (posted by Sham)

Sent: Thu, 31 March, 2011 7:08:38

Baru sekitar 3 minggu yang lalu, kita digegarkan dengan berita tsunami melanda Jepun, maka banyaklah kemusnahan hartabenda dan nyawa melayang sekelip mata. Dari timbunan harta yang menimbun, kemusnahannya digarap sebentar cuma, walaupun ada pendapat pendapat dari rangkaian blog linkedin, Business In Japan, Jepun bakal bangun semula, dengan membawa semula pulang pelaburan pelaburan dari luar negara untuk dibangunkan semula, kehidupan yang dirancang dan bagaimana yang diinginkan. Jika ditinjau dari sudut yang lain,  yang kaya, adalah golongan golongan pemodal, aristokrat dan borjuis, namun rata rata masyarakat adalah teramainya adalah masyarakat pengguna dan dari kelas menengah yang bekerja untuk kehidupan. Merenung apa yang telah hilang, adalah untuk kita menghitung, apakah kesilapan lalu boleh diperbaiki, apa yang kita rancang untuk masa depan, boleh dibaiki pendekatan untuk kebaikan keseluruhan alam sekeliling dan sejagat.

Cerita di Perlis, lain pula kisahnya, begitu juga di Terengganu, banjir melanda sekali lagi selepas tempoh 4 bulan, maka dipindahkan segala kenderaan ditempat tinggi, dan mengayuh basikal menjelajah tempat tempat yang perlu dilihat, almaklum, kerja naik basikal ini adalah suatu kerja lama, yang ditinggalkan sejak 1978 lagi. Sementelahan hujan tanpa henti beberapa hari yang lalu, dan 2 hari yang lepas, sambil bersembang sembang dengan Penyelia Program PhD, lantaran dia menyatakan bahawa di Hadyai telah mulai banjir diketika sembang 2 hari yang lalu, terbetik dihati, ianya bakal jadi kali kedua di Utara Semenanjung, namun keadaan ini, hanya dilihat selaku rutin harian, pergi kerja balik kerja, semalam, sambil melakukan kerja Lapuran untuk dihantar ke Suruhanjaya Syarikat, baru 2 jam melabuh dikerusi, lantaran dilihat dibawah diruang letak kereta, air telah mula masuk ke permukaan jalan, lantas, menyuruh beberapa internship dan staff meninggalkan pejabat, balik ke destinasi masing masing, sehinggalah keadaan surut semula, kebiasaan yang lalu, sekitar 10 hari baru boleh air dijalanan benar benar pergi meninggalkan permukaan jalan.

Jadual perjalanan ke Banjarmasin, telah dibatalkan, untuk ke Lapangan Terbang Kepala Batas, beberapa jalan telah putus. Begitulah sketsa kehidupan. Lali dengan keadaan, disamping memikir akan keEsaan Tuhan Rabbul Jalil, yang Maha Mengetahui Segala Perancangan dan Penyusunan.

Coretan Selasa

Sent: Tue, 29 March, 2011 11:42:01

Hujan renyai pagi ini. dari awal pagi lagi hujan telah turun...mendayu. Aku mengadap PC sambil tersenyum sendirian membaca celoteh rakan-rakan. Sambil mengadap Pc juga pandangan mata tertumpu pada cermin jendela, melihat gelagat murid di dalam kelas. Pelajar di sini jika ternampak kelibat aku, pasti senyap sunyi dan tunduk seolah-olah membaca sesuatu, walau atas meja kosong. Kata beberapa orang guru, mereka terlalu taku pada aku. Yang pasti, pada waktu pagi jika aku ada di tapak perhimpunan, pasti senyap dan tenang keadaan sekitar.

 

Entahlah....akupun tidak tahu mengapa aku sangat tegas. Yang pasti, aku sentiasa tanam dalam diri, "disicpline in the most important factor in one's life as a student". Ada ketika sambil mengadap pc dan merenung di jendela,  terkenang kembali zaman di Clifford Primary and Secondary schools" Segarnya masih segar. Indahnya waktu yang kita bentuk bersama....Dan kini tidak kembali dapat mengenali hati budi masing-masing. Moga ingatan antara kita and our friendship akan kekal eternity.

 

Sebentar tadi anak telifon, minta diambil awal dari sekolah. Hari ini ada aktiviti 1M1S (1 Murid 1 Sukan). Excited nampaknya dia untuk bermain tenis. Waktu kecilnya, selalu aku bawak anak yang ini pada petang waktu aku bermain tenis. Aaaaahhh...lama dah aku tinggalkan permainan ini,.....aku...ooohhhh "Jack of all trades, master of none".

 

Sekadar coretan pagi ini. entah sampai bila aku dapat mencoret di ruang ini. Waktu kita semakin singkat. Our days are numbered.

 

Salam Hormat

Yasin Ismail

Sepetang Bersama Keluarga (...posted by Sham)

Sent: Sat, 26 March, 2011 19:04:30

Seharian dihari ini hujan dari semalam hinggalah ke petang, sebaik hujan berhenti, maka berkeliaran keluar mencari pasar malam untuk mencari kudapan untuk santapan di dinihari. Sementelahan longgokan dan lambakan durian dari Perak membanjiri pasar malam di Perlis dengan kelas RM 3, 4 dan 5 sekilo, dicarilah buah yang bersaiz kecil dan ringan dan harga yang tertinggi untuk pilihan yang terbaik dan rasa yang enak.

Semalaman menyusun semula susunan dan bait bait dalam penulisan untuk kemajuan penyelidekan, dipersembahkan pula pada Penyelia yang bertanggongjawab untuk dianalisa dan dikomentar.

Disambung pula disebelah malam ini untuk tambahan apa yang terkurang, dibaca lebaran lebaran dalam makalah makalah, jurnal jurnal dan buku buku untuk memahami sesuatu konsep, dan perjalanan sesuatu permasalahan.

Beginilah keadaan perjalanan pengkaji, dikaji dan terus mengkaji, dihamburkan dalam lapuran dan penemuan untuk dijadi bahan bahan huraian literature.

Selagi sisa sisa yang masih ada, selagi ada hayat dikandung badan, selagi itulah usaha pencerahan dan kajian sesuatu tahap ilmu perlu dilihat, disingkap keakar umbi untuk diperincikan, untuk disebarluaskan kepada masyarakat. Jadilah Tok Selampit dengan audiennya.

Perjalanan Yang Panjang... (posted by Sham)

Sent: Wed, 16 March, 2011 8:32:19

Selagi ada kehidupan, aktiviti kelangsungan kehidupan, hidup laksana roda roda impian, sentiasa berputar mencari kehidupan dan kelangsungannya, terhenti pusingannya, apabila tercerai nyawa dari badan.

Yang sihat, lawannya sakit, yang sakit diziarahi, agar ianya menjadi pengajaran, alam sekeliling kita menjadi guru yang tidak jemu mengajar hakikat kehidupan. Ada kala kita bersuka ria, ada kala kita bermenung panjang dan bermuram durja.

Esok, tanpa sempadan, merungkai banyak istilah dalam perbendaharaan keilmuan, mencungkil dan digali tentang juzuk juzuk ilmu berkaitan kehidupan, jangan berhenti menggali, selagi kesampaiannya masih belum dipertemukan.

Roda roda kehidupan, berputar dilingkungan paksinya, jika terkeluar dari landasannya meruwetkan perlaksanaan dan keberlansungan kehidupan.

Lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, hidup sebelum mati.