Laman Utama

28 Mac, 2011

Kita pulang dan pulang dengan rasa baru

Sent: Tue, 15 March, 2011 11:45:46

    Dalam perjalanan pulang ke SP, singgah sebentar di Kuale. Pertamanya menziarahi pusara ibubapaku. Tanpa mereka aku tiada di sini.
    Kemudian meneruskan perjalanan ke Kampung Kubang Halban untuk menyelesaikan sedikit urusan tanah pusaka ibu. Bersama kenalan kami bermotosikal merentas jalan mini tar, tanah merah dan meredah denai untuk sampai ke kebun yang terbiar di Ribu. Terusik hati melihat keadaan tanah yang suatu masa dahulu diuruskan oleh datuk, sekarang terbiar. Kenalan mempelawa meninjau pula lain-lain tanah yang aku hanya tahu dari geran tentang kewujudan tetapi tidak pernah kunjungi. Aku menolak pelawaan. Amat sukar pada pengamatan aku untuk sampai ke tempat ini, apatah lagi ke kawasan yang lain. Rasa kagum aku dengan usaha orang kampung termasuk datuk-nenek kita dahulu berjalan kaki untuk sampai ke kebun.
    Kemudian menuju ke Kuale untuk urusan bayaran kebun kelapa sawit ibu. Bertemu dengan salah sorang jawatan kuasa persatuan ladang kelapa sawit Bukit Merawan, lulusan dari US dan pernah berkhidmat dengan City Bank. Bila aku bertanya mengapa berhenti kerja, jawapannya amat mudah, "saya nak usaha tanah pusaka bapa dan saya amat pasti dengan hasilnya". Bernama Rashidi. Aku perhati beliau ini amat efficient kerjabuatnya.
    Man: just giving suggestion. Kalo miker rasa sukar untuk uruskan kebun pusaka miker, ini alternativenya.
    Masa terluang, aku susuri jalan lembah yang amat  aku minati waktu kecil dahulu. Ini kawasan favourite, Kedai Swami, Kangsar Store, kedai barang mainan dengan pistol Lone ranger, dengan comic Marvelnya dan terus ke tebing sungai Perak.
    Zizul: Setiap kita ada kenangan zaman indah kita. Tidaklah menjadi sensitive dan dibuai lamunan jika kita "walking down the memory lane...!" Ia adalah sebahagian dari our growing-up..!
    Menghela nafas panjang penuh kepuasan, hilang resah yang mengabur kehidupan. Dengan penuh rasa puas dan lega, aku memandu pulang ke SP dengan "rasa baru" bersama irama "Kenangan Lalu' alunan Fredo.
 
Gunsmoke
Yasin Ismail

Musim Cuti Sekolah (...posted by Sham)

Sent: Mon, 14 March, 2011 14:19:37
Subject: [7378] Re: Musim Cuti Sekolah (2)

Seni memindahkan dana dari poket orang lain ke poket empunya pengumpul dana, adalah seni yang tidak pernah diajar secara langsung di institusi sekolah mahupun universiti, kita diajar dengan ilmu ilmu yang pelbagai sebagai bekal mengukur dan mengesahkan tindakan selaku pemutus dana, yang diperlukan.

Lihat saja, survival menentukan keberlangsungan kehidupan yang kompleks, lebih lebih lagi pada dunia yang berubah, meruwetkan keadaan si aktor aktor yang menjadi pelaku dan pemutus sesuatu keputusan.

Dalam menentukan rezeki, kita selaku aktor, hanya mampu berusaha menggilap dan berusaha kearah itu, mampu peroleh laba dan sebaliknya, hanya keadaan saja yang menentukan.

Kejadian tsunami melanda Jepun, beberapa hari yang lalu, dapat dilihat akan kesengsaraan yang melanda, semuanya adalah ujian yang menimpa ummat disitu, agar yang disekelilingnya mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku, agar kita mengingati, bahawa kewujudan kita semata mata adalah selaku aktor yang diberi tanggongjawap melaksanakan pelan pelan yang dijanjikan Pencipta aktor berkenaan.

Kita hanya mampu berusaha, ketentuan bulan dari kita yang bersifat kerdil.

Selamat berusaha rakan rakan. Esok tidak pasti apa yang berlaku.

------Original Message------
Subject: Musim Cuti Sekolah (1)
Sent: Mar 14, 2011 7:35 AM

Sepanjang perjalanan dari Kangar ke Kuala Lumpur semalam, persinggahan pertama, di Kg Bikan, berhampiran Merbau Pulas, di kawasan Parlimen Padang Serai, singgah sebentar meraikan rakan sekenderaan menziarahi ayahnya disitu. Diselit dengan hadiri kenduri kahwin disitu, observation dari situ, diraikan 3 mempelai disatukan di salah sebuah rumah sepupu sepapat Roslan, khenduri diurus secara berderau, dilaksanakan seperti 30 tahun silam di daerah Kuala Kangsar, suatu perkara yang menarik dilihat, lebih lebih lagi keadaan persekitaran ekonomi yang mencabar dewasa ini, suasana kampongan, yang kebanyakannya memburuh menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.

Bagi generasi terkemudiannya, membanting tulang dibandar bandar berhampiran, bekerja di sektor perkilangan di kawasan Kulim High Tech. Keadaan kehidupan seperti ini, yang simplistik, jauh berbeza di Lembah Kelang, yang rata ratanya di diami aristokrat dan kelas menengah, yang beroperasi selaku mediator dalam membangun struktur ekonomi negara. Disana sini kedapatan generasi baru, dengan dimensi baru, berkomunikasi di warung warung kopi berinternet, yang rata ratanya diberikan wifi access, untuk melamakan duduk bersembang, sambil menikmati hidangan di kedai yang menjual makanan ruji Malaysia, terdiri dari roti canai, mee goreng, dan seadanya untuk alas perut menarik gebar di sepanjang malam.

Sinonim cuti persekolahan, kenderaan bersusur galur, hilir mudik, merentasi lebuhraya dari Taiping ke Kuala Lumpur, disepanjang kawasan Rehat dan Rehat dipenuhi kenderaan di parking bay, yang memustahilkan untuk singgah menarik nafas.

Asalnya dirangka program untuk hadirkan diri menghadiri mesyuarat di Shah Alam, tidak kesampaian, jam 10 malam baru sampai di Kuala Lumpur, keletihan menyelubungi malam yang panjang dengan mimpi mimpi yang panjang, mainan tidur, sama ada diimpikan yang lunak lunak, dan yang mencabar untuk diputuskan tindakan terbaik.

Hari ini, diprogram semula dengan aktiviti mencari ruang dan luang seharusnya untuk kelangsungan kehidupan.


Kenangan 1994-1997 (Chapter 4&5 ...posted by Sham)

Sent: Sat, 12 March, 2011 18:45:23
Subject: [7378] Re: Kenangan 1994-1997 (5)

Kemanisan madu, bisa menjadi ubat, kenangan bisa terubat dengan kesukaran kesukaran silam, tapi sketsa kehidupan terus berjalan dengan kebejurusan silam, bisa mengubah jatidiri menjadi insan yang survival keatas laluan kehidupan. Kehidupan diteruskan selagi hayat masih ada, rezeki terbuka luas, menjadikan dunia tanpa sempadan, untuk direbut peluang yang sentiasa terbuka.


------Original Message------
Subject: Re: Kenangan 1994-1997 (4)
Sent: Mar 10, 2011 10:12 PM

Kesekian lamanya kenangan silam, bermain di fikiran, sesedarnya sudah 15 tahun berlalu, aku sudah melalui saat saat getir, bergelut dengan kehidupan, membina kerjaya, agar membesarkan generasi terkemudian , dengan keadaan yang berbeza, dunia maklumat, semuanya dihujung jari, yang difikirkan mustahil berlaku pada tahun tahun terkemudian, pengalaman silam banyak mengemudi olahan tindakan, agar bersesuaian untuk menjadi relevan diabad kini, masa kini, dimana tiada sempadan maklumat yang tidak dicerebos, lebih lebih lagi kecanggihan sistem maklumat kini, hampir mustahil, kita boleh berundur ke alam sebelumnya, melakukan kerja dengan secara manual, sebelum komputer diapplikasikan dalam bentuk maklumat dihujung jari.

Diimbau, pengalaman mengkaji zaman 15 tahun terkebelakang, dan jika inilah amalan pada masa kini, hampir mustahil rasanya untuk mengkaji dan menjadi pengkaji yang bermaklumat, yang diperlukan adalah gadget teknologi maklumat, disambungkan dengan internet, dan fizikalnya bergolek gelandangan dirumah mahupun dipejabat, dengan kata kekunci, apa yang nak dicari, aku terus mengkaji.

Lagi diselam, semakin dalam dasarnya, semakin kerdil jadinya, itulah sketsa kehidupan baru, yang dikaji dan terus mengkaji, tidak diketahui hujungnya, kemana gerangan. Namun kayuhnya diteruskan, tanpa memberhentikan perjalanan, yang bakal jatuh, jika kayuhannya terhenti.

Moga kesempatan dan sisa umur yang ada, dilalui dengan jalanan yang ada sedikit manafaat, kepada manusia dan keseluruhan alam sejagat.

Kenangan 1994-1997 (Chapter 1,2 & 3 ...posted by Sham)

Sent: Mon, 7 March, 2011 8:19:24 (3)

Langkah Bermula dengan adanya pengalaman pengalaman lepas, yang diambil dari kesilapan langkah langkah yang mengundang kesilapan, boleh diambil iktibar dalam hal hal kehidupan, yang saban getirnya mengundang kekeliruan dalam tindakan, kita sering di lonjakkan dengan janji janji manis dari persekitaran, yang sama sama mencari ruang untuk hidup senang, tapi itu semua adalah janji yang tinggal janji, keadaan persekitaran kehidupan selaku pedagang, mengundang persekitaran dalaman yang boleh kita kawal dan persekitaran luaran yang tiada batasan kawalan keatas diri dan pelaku dalam aktor perniagaan, kita biasa dengan perancangan strategik yang terbaik untuk kita menunggu laba untuk persediaan dalam kehidupan yang panjang.

Kita dengan keputusan, yang nampaknya macam baik untuk kehidupan, tetapi apa yang tersirat dalam hati budi, tidak kita mengerti, selalunya, sudah terantuk baru tenggadah, kehidupan dan seluruh isinya adalah ujian yang panjang, dan syukur kita yang masih ada kini yang berada di landasan yang betul, dan dapat mengemudi kehidupan seadanya, dengan survival yang tidak meruntun meminta minta pada sekeliling yang dikeliling aktor aktor antoganis dan protoganis.

Hati hati kawan kawan, jerat tidak pernah lupa pada pelanduk.

------Original Message------
Subject: Re: Kenangan 1994-1997 (2)
Sent: Mar 5, 2011 7:15 AM

Kesukaran mencari "partner" dalam perniagaan adalah suatu perkara yang amat sukar, lebih lebih lagi masa memulakan perniagaan, selaku pekerja yang baru sahaja menamatkan alam kerjaya, apalah sangat modal yang ada, yang ada cuma berbekalkan pengalaman dan pengajaran pengajaran terdahulu, modal asas untuk memasuki gerbang perniagaan di kumpul, di ikat perut, di ikat keinginan, demi anjakan paradigma, dari serba ketiadaan, demi mencari medan baru dalam menggarap rezeki. Berbekalkan inilah, aku menjaja perkhidmatan yang kesinambungan kenalan di Shah Alam, banyak membantu perlaksanaan karier baru membuka pasaran.

Biasa dengan keadaan susah, banyak membantu mengatasi asam garam dunia dagang, alunannya bagai ditengah lautan biru, tidak pasti, bila akan jumpanya daratan.

Keikhlasan dalam tindakan, rupa rupanya diambil kesempatan manipulator, memusingkan keadaan, dari tiada hutang, sudah terhutang pulak menjaga perniagaan.


------Original Message------
Subject: Kenangan 1994-1997 (1)
Sent: Mar 3, 2011 4:36 PM

Sejurus tamat di ITM pada Jun 1992, aku menyambung tugas di tempatkan semula di penempatan di Felda Sungai Tiang, 15km dari pekan Pendang, dan dari rumah isteri dan anak anak 38 km dari Alor Setar, kemampuanku berulang alik sudah tidak terdaya di badan, dengan Honda 100 cc, sejauh 120 km sehala, biasa kebas punggung dan tangan dengan gegaran dan hentakan jalan yang berombak alun, hampir setahun aku ulang alik ke Felda Sungai Tiang, hujung minggu baru kepulangan kepangkuan keluarga, "weekend husband" kata deme.

Buat kerja yang sama, tengok dan lapor, lapor dan tengok semula, suatu gerakan mengubah minda di perlukan ditahap kritikal, nak ubah paradigma pemikiran, memerlukan jiwa besar, untuk melampiaskan apa yang ada, untuk penambah baikan apa yang ada ketika itu.

Penerusan pembelajaran lebih lebih lagi diusia yang agak dewasa, sebanding dengan rakan sekuliah, yang jauhnya rata rata 10 tahun terkedepan, lantaran semangat untuk berubah, aku hanya bertahan setahun sahaja di Felda Sungai Tiang, dan mengambil semula cuti tanpa gaji untuk setahun, untuk membangunkan perniagaan sendiri, mula mula tu, buat kerja kerja pengurusan syarikat milek bapa mertua, dalam sektor pengilangan padi di Perlis. Hampir 6 bulan, aku terlantar disini, menunggu lesen selaku pemborong beras, tapi itulah kehidupan, apa yang dihajati, rintangannya bagai melalui lautan api, dan sekali ku hunuskan lakaran kedepan, berpantang arang untuk berpatah balik......
(Bersambung)


Kesepian Seorang Tua. (...posted by Sham)

Sent: Sat, 26 February, 2011 2:04:04

Rata rata rakan rakan yang telahpun mencapai usia emas, telah 50 tahun masehi, kita lalui dengan nada rasa mahu atau tidak, ianya pasti dilalui dengan perasaan yang serba serbi dan pelbagai, kenangan manis nun jauh dilubuk hati, tersenyum sendirian mengenangkan kisah kisah silam, yang mana tidak mungkin ada peluang untuk melawan arus, setapak usia dilalui, serasa kesepian dalam lubuk hati, kemana gerangan kita untuk ke semudera kehidupan yang melalui hujung usia, tidak ketahui, bila bakalnya pulang menemui Tuhan Penciptanya. Kenangan pahit disimpan dilubuk hati untuk disimpan dalam bentuk guntingan epik dan sastera, bagaimana kepahitan itu dicernakan selaku ubat dalam melegakan tindakan dan halatuju kehidupan.

Kita telah lalui bait bait kehidupan ini dengan pelbagai rasa dan pengalaman, ada yang melangkaui batasan dan ada yang diatas garisan, sisipannya jua ada yang berpeluang, dan keterlanjuran itu digenangi rasa kesal dan tidak diulangi lagi kesilapan lalu.

Roda roda kehidupan diselubungi dengan kerahsiaan, yang tidak dilampiaskan pada sesiapa, digenangi dengan laluan kesepian seorang tua, yang dikongsi dengan rakan rakan seangkatan, agar ianya menjadi pagar pagar kehidupan, dikongsi pengalaman silam, untuk tidak diulangi di akhir usia, yang bakal dipersoalkan dihari kemudian.

Kesepian Seorang Tua, hanya terubat dengan diceritakan laluan kehidupannya untuk dinukilkan, agar ianya dihambur dari lubuk hati, demi dilampiaskan dari kotak kotak yang biasa merobek hati, jika bersarang disudut hati.

Agar kita yang sama sama melalui sketsa kehidupan seorang tua, yang jitu pengalaman silam, biasa tenang dengan laluan laluan kehidupan yang melankoliknya selaku ombak deras membaham pantai. Sentiasa iltizamkan diri, agar kita biasa tenang dihari akhir usia.

Apa khabar sahabat?

Sent: Thu, 24 February, 2011 23:09:10

Salam Cliffordian 73/78

    Lewat waktu ini mencari ruang yang amat terhad untuk bersama berwacana dengan rakan-rakan. Terasa suatu kekosongan dalam diri jika tidak menyertai diskusi di ruang ini walau jika ada yang beranggapan ia waktu sudut diskusi picisan.
    Setiap waktu yang terluang cuba mengikuti bicara dan benarlah ia memberi suatu hiburan yang maksimum bagi diri, hilang rasa penat dan hela nafas sewaktu membaca memberi kesegaran yang hanya diri ini dapat menggambarkan. Terima kasih.
     Salam ikhlas untuk CPO yang bertanya khabar sebentar tadi. Sebaik sahaja berbual, terus mencari waktu untuk bersama mengadap PC, melihat khabaran rakan-rakan selepas pulang mengambil anak dati tuition sebentar tadi.
    Waktu dan tuntutan kerja amat menuntut tenaga. Tenaga kita sebenarnya diambang kikisan akhir. Jika dahulu to be on the field was the most enjoyment moment, but recently what I am doing right now is very taxing and at time I could feel I am pushing to the limit. Wow...!, now I understand why my late mum was gasping to the last breath to complete the task. We or rather me, is now at the "edge of the cliff".
    Pada rakan yang setia di GG dan yang ramai setia mengikuti walau tanpa menyelit diri dalam diskusi, jaga kesihatan kita. Kita bukan lagi di era remaja yang mampu berlari dan terus berlari tanpa berhenti sejenak mengambil nafas. Pada rakan-rakan, serinlah bertanya khabar kerana khabar itu banyak ketika menyegarkankan kembali kita pada erti persahabatan. Kita dari satu 'lubuk' yang sama. Kuala Kangsar membuka mata kita kepada dunia, kepada cita-cita, kepada harapan. Ramai kita telah menempuh perjalanan yang jauh selama 32 tahun. Sesekali mengenang itu adalah indah. Sesekali bertanya khabar dan bersampai salam adalah amat menggembirakan.
    Jaga keluarga kita dengan sebaik mungkin kerana itu generasi yang kita bentuk, yang bermula dari Kuala Kangsar.
    Sesekali pulang dan membasuh muka di air yang pernah kita teguk dahulu menyegarkan ingatan antara kita.

Salam Hormat
Yasin Ismail

Renungan Di Usia Senja. (...posted by Sham)

Sent: Thu, 17 February, 2011 21:33:08

Ada terdapat 3 perkara dalam alam kehidupan kita, iaitu kedudukan, wanita dan harta. Dan ketiga tiga itu adalah ujian yang amat besar yang dilalui saban hari, dan saban tahun disepanjang kehidupan dunia. Calang calang bekalan dan runtunan hawa yang tidak terkawal, biasa menjerumuskan ahli abid, yang sepanjang hidupnya beribadah sentiasa, pemantapan ilmu, memerlukan pengorbadanan yang mempertaruhkan harta yang ada untuk dipelajari, difahami dan diamalkan.

Ilmu tanpa amal, menjerumuskan segalanya, amal tanpa ilmu, merosakkan. Untuk selamat serba serbi, ilmu, faham dan amalkan apa jua ilmu, yang biasa diketengahkan di permukaan keadilan, yang mana mulut tidak akan boleh berkata-kata, hanya amalan yang baik, yang bakal membela di hari kemudian.

Sementara umur masih ada, masih ada hayat dikandung badan. Biarlah kehidupan ini menjadi landasan dan jambatan untuk dijadikan kehidupan dialam tinggi.

Ujian demi ujian, adalah untuk mengukuhkan, keberadaan kita di kehidupan sementara. Sebelum sakit, sebelum miskin, laksanakan apa yang dituntut untuk kita lakukan.

Selamat berjuang kawan kawan, melalui sisa sisa umur yang ada.


10 Mac, 2011

You have friends in us.. (...posted by Yasin)

Sent: Tue, 15 February, 2011 2:12:50
Subject: Re: [7378] You have friends in us

For Zizul & Man

He was happy to be by himself
but he also enjoy
meeting friends
from time to time

Nor will he runs away whenever
friends go near him
that's my friends
Zizul and Man

Gunsmoke
Yasin Ismail


Kita dan Kenangan: Sebenarn (...posted by Yasin)

Sent: Sat, 5 February, 2011 11:11:29

 Untuk yang mengikuti dari tadi dinihari

......dan ia mengerakkan kita ke hadapan. Aku dapat merasakannya. Aku berusaha dan mengawal perjalanan hidup aku adalah kerana rentetan insiden dalam hidup. Alhamdulillah, aku beroleh beberapa kejayaan setakat kemampuan aku....dan ia bertitik-tolak dari kenangan itu suatu ketika dahulu....!
 ....... yang melamun kerana kenangan itu, adalah mereka yang "terbantut" kerana gagal menerajui perjalanan hidup.

    ....sesekali kita singkap, untuk lebih "sedar diri". Apakah aku harus lupakan "kenangan bersama ibuku"...contohnya...
     Benarlah Man, CPO, Nin, Zam, dan yang membaca, "separuh jiwa aku tertimbus sewaktu tanah-tanah itu menutup tubuh kaku ibu aku. Aku anak yang terakhir keluar dari liang lahad,.... DAN aku simpan amanatnya.  Aku jadi pedoman dan panduan serta azimat untuk terus hidup, melangkah dan dalam waktu yang sama aku sentiasa bersama kenangan.
    Tidak aku menkadi "pengeluh takdir"!!

Salam Hormat
Yasin Ismail




Thanks for the comforting..... posted by Yasin & AizNin

Sent: Sat, 5 February, 2011 10:51:48
Subject: Re: [7378] Thanks for the comforting.....

Dear Aiznin, CPO and all my friends
Cliffordian 73/78

I read
I comprehend
and I take these words
as enrichment of life

I see the truth
no one can lie
the truth remains
and never die

I trust in you
even if you are not a scholar
but never you a swindler
cos you speak your mind
even never sound a rhyme
but it  is a hymm
to my soul and mind

Thank you
my dear friends
keep on pen
and I will tend
to your every line

Gunsmoke
Yasin Ismail


Sent: Saturday, 5 February 2011 10:34:42
Subject: Re: [7378] speaking French ...

Never asked for rose garden
Never did asked for undying love
What is gone is never mine
What is never mine is gone

SA Sulaiman ACIS
For God King and Country

On 05/02/2011, at 10:23 AM, Mohd Yasin Ismail <imohdyasin@yahoo.com> wrote:

Time to wave the day goodbye
I don't want to hear any lullaby
cos no one takes its cue
and the day is blues

Gunsmoke
Yasin Ismail


Sent: Saturday, 5 February 2011 10:12:47
Subject: Re: [7378] speaking French ...

Somewhere over the rainbow
Blue birds fly
There's a place I dreamed off
Once in a lullaby

SA Sulaiman ACIS
For God King and Country



Puisi dari AizNin dan Yasin

Sent: Sat, 5 February, 2011 2:14:53

Sepi menyendiri
Bicara tanpa kata
Namun rahsia hati
Yang mula bertahta
Namun tidak dibicarakan

Detik mula merantau
Kembali mencari seisi hati
Tak terpantau
Namun hilang mata mencari

Tidak dilafaz
Apa dikesalkan
Hanya nafas
Membawa tangisan

SA Sulaiman PPA ACIS 


Date: Sat, 5 Feb 2011 02:02:11 +0800 (SGT)
Subject: Re: [7378] Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.

sepi menyendiri
rindu menyapa
hasrat dipendam
kata-kata cinta lewat ku ucap
dan pula ku diutus di puput bayu

mengertilah aku
engkau tercipta sekadar untuk hiasan mataku
bukan untuk bertahta dihati
melangkah kini tidak seiring
terminal ini menjadi saksi
waktu engkau melangkah pergi
salam mu, bagai pisau menghiris aku

Gunsmoke
Yasin Ismail


03 Mac, 2011

Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.

Sent: Sat, 5 February, 2011 2:02:11

sepi menyendiri
rindu menyapa
hasrat dipendam
kata-kata cinta lewat ku ucap
dan pula ku diutus di puput bayu

mengertilah aku
engkau tercipta sekadar untuk hiasan mataku
bukan untuk bertahta dihati
melangkah kini tidak seiring
terminal ini menjadi saksi
waktu engkau melangkah pergi
salam mu, bagai pisau menghiris aku

Gunsmoke
Yasin Ismail