Laman Utama

28 Mac, 2011

Apa khabar sahabat?

Sent: Thu, 24 February, 2011 23:09:10

Salam Cliffordian 73/78

    Lewat waktu ini mencari ruang yang amat terhad untuk bersama berwacana dengan rakan-rakan. Terasa suatu kekosongan dalam diri jika tidak menyertai diskusi di ruang ini walau jika ada yang beranggapan ia waktu sudut diskusi picisan.
    Setiap waktu yang terluang cuba mengikuti bicara dan benarlah ia memberi suatu hiburan yang maksimum bagi diri, hilang rasa penat dan hela nafas sewaktu membaca memberi kesegaran yang hanya diri ini dapat menggambarkan. Terima kasih.
     Salam ikhlas untuk CPO yang bertanya khabar sebentar tadi. Sebaik sahaja berbual, terus mencari waktu untuk bersama mengadap PC, melihat khabaran rakan-rakan selepas pulang mengambil anak dati tuition sebentar tadi.
    Waktu dan tuntutan kerja amat menuntut tenaga. Tenaga kita sebenarnya diambang kikisan akhir. Jika dahulu to be on the field was the most enjoyment moment, but recently what I am doing right now is very taxing and at time I could feel I am pushing to the limit. Wow...!, now I understand why my late mum was gasping to the last breath to complete the task. We or rather me, is now at the "edge of the cliff".
    Pada rakan yang setia di GG dan yang ramai setia mengikuti walau tanpa menyelit diri dalam diskusi, jaga kesihatan kita. Kita bukan lagi di era remaja yang mampu berlari dan terus berlari tanpa berhenti sejenak mengambil nafas. Pada rakan-rakan, serinlah bertanya khabar kerana khabar itu banyak ketika menyegarkankan kembali kita pada erti persahabatan. Kita dari satu 'lubuk' yang sama. Kuala Kangsar membuka mata kita kepada dunia, kepada cita-cita, kepada harapan. Ramai kita telah menempuh perjalanan yang jauh selama 32 tahun. Sesekali mengenang itu adalah indah. Sesekali bertanya khabar dan bersampai salam adalah amat menggembirakan.
    Jaga keluarga kita dengan sebaik mungkin kerana itu generasi yang kita bentuk, yang bermula dari Kuala Kangsar.
    Sesekali pulang dan membasuh muka di air yang pernah kita teguk dahulu menyegarkan ingatan antara kita.

Salam Hormat
Yasin Ismail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan