Laman Utama

28 Mac, 2011

Kenangan 1994-1997 (Chapter 1,2 & 3 ...posted by Sham)

Sent: Mon, 7 March, 2011 8:19:24 (3)

Langkah Bermula dengan adanya pengalaman pengalaman lepas, yang diambil dari kesilapan langkah langkah yang mengundang kesilapan, boleh diambil iktibar dalam hal hal kehidupan, yang saban getirnya mengundang kekeliruan dalam tindakan, kita sering di lonjakkan dengan janji janji manis dari persekitaran, yang sama sama mencari ruang untuk hidup senang, tapi itu semua adalah janji yang tinggal janji, keadaan persekitaran kehidupan selaku pedagang, mengundang persekitaran dalaman yang boleh kita kawal dan persekitaran luaran yang tiada batasan kawalan keatas diri dan pelaku dalam aktor perniagaan, kita biasa dengan perancangan strategik yang terbaik untuk kita menunggu laba untuk persediaan dalam kehidupan yang panjang.

Kita dengan keputusan, yang nampaknya macam baik untuk kehidupan, tetapi apa yang tersirat dalam hati budi, tidak kita mengerti, selalunya, sudah terantuk baru tenggadah, kehidupan dan seluruh isinya adalah ujian yang panjang, dan syukur kita yang masih ada kini yang berada di landasan yang betul, dan dapat mengemudi kehidupan seadanya, dengan survival yang tidak meruntun meminta minta pada sekeliling yang dikeliling aktor aktor antoganis dan protoganis.

Hati hati kawan kawan, jerat tidak pernah lupa pada pelanduk.

------Original Message------
Subject: Re: Kenangan 1994-1997 (2)
Sent: Mar 5, 2011 7:15 AM

Kesukaran mencari "partner" dalam perniagaan adalah suatu perkara yang amat sukar, lebih lebih lagi masa memulakan perniagaan, selaku pekerja yang baru sahaja menamatkan alam kerjaya, apalah sangat modal yang ada, yang ada cuma berbekalkan pengalaman dan pengajaran pengajaran terdahulu, modal asas untuk memasuki gerbang perniagaan di kumpul, di ikat perut, di ikat keinginan, demi anjakan paradigma, dari serba ketiadaan, demi mencari medan baru dalam menggarap rezeki. Berbekalkan inilah, aku menjaja perkhidmatan yang kesinambungan kenalan di Shah Alam, banyak membantu perlaksanaan karier baru membuka pasaran.

Biasa dengan keadaan susah, banyak membantu mengatasi asam garam dunia dagang, alunannya bagai ditengah lautan biru, tidak pasti, bila akan jumpanya daratan.

Keikhlasan dalam tindakan, rupa rupanya diambil kesempatan manipulator, memusingkan keadaan, dari tiada hutang, sudah terhutang pulak menjaga perniagaan.


------Original Message------
Subject: Kenangan 1994-1997 (1)
Sent: Mar 3, 2011 4:36 PM

Sejurus tamat di ITM pada Jun 1992, aku menyambung tugas di tempatkan semula di penempatan di Felda Sungai Tiang, 15km dari pekan Pendang, dan dari rumah isteri dan anak anak 38 km dari Alor Setar, kemampuanku berulang alik sudah tidak terdaya di badan, dengan Honda 100 cc, sejauh 120 km sehala, biasa kebas punggung dan tangan dengan gegaran dan hentakan jalan yang berombak alun, hampir setahun aku ulang alik ke Felda Sungai Tiang, hujung minggu baru kepulangan kepangkuan keluarga, "weekend husband" kata deme.

Buat kerja yang sama, tengok dan lapor, lapor dan tengok semula, suatu gerakan mengubah minda di perlukan ditahap kritikal, nak ubah paradigma pemikiran, memerlukan jiwa besar, untuk melampiaskan apa yang ada, untuk penambah baikan apa yang ada ketika itu.

Penerusan pembelajaran lebih lebih lagi diusia yang agak dewasa, sebanding dengan rakan sekuliah, yang jauhnya rata rata 10 tahun terkedepan, lantaran semangat untuk berubah, aku hanya bertahan setahun sahaja di Felda Sungai Tiang, dan mengambil semula cuti tanpa gaji untuk setahun, untuk membangunkan perniagaan sendiri, mula mula tu, buat kerja kerja pengurusan syarikat milek bapa mertua, dalam sektor pengilangan padi di Perlis. Hampir 6 bulan, aku terlantar disini, menunggu lesen selaku pemborong beras, tapi itulah kehidupan, apa yang dihajati, rintangannya bagai melalui lautan api, dan sekali ku hunuskan lakaran kedepan, berpantang arang untuk berpatah balik......
(Bersambung)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan