Laman Utama

25 Ogos, 2011

RAMADHAN YANG HAMPIR BERLALU PERGI..... by CPO

Sent: Tuesday, 23 August 2011, 1:06
 
Ya ALLAH,
 
Seringku terdengar,
Tentang kebesaran bulan Ramadhan,
Di dalam Al-Quran dan Sabda Junjungan,
Hanya aku yang sering lupa...
 
Di bulan yang mulia ini,
Laut pengampunan Mu tiada bertepi,
Ramadhan nikmatmu tiada terbilang,
Syurga terbuka dengan seluas-luasnya...
 
Ya ALLAH,
 
Ku sedari kelemahan diri ini,
Yang tidak istiqamah dalam ibadat,
Ramadhan berlalu,
Ibadat pun berkurangan,
Begitulah diriku,
Yang sering lalai.....
 
Sesungguhnya Ramadhan kali ini,
Telahku perbaiki kelemahan diri,
Kearah mendidik nafsuku,
Utuh subur kehambaanku terhadapMu...
 
Bimbinglah aku menuju jalanMu,
Tingkatkan iman dan ketakwaanku,
Agar baktiku tetap padaMu,
Biarpun Ramadhan hampir berlalu pergi..............
 
Salam Ramadhan buat semua
Rakan-rakan dan taulan
Semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir buat kita....
 
INSYALLAH…….
 
 


15 Ogos, 2011

Telah separuh perjalanan

Sent: Monday, 15 August 2011, 8:38

Salam Ramadhan yang Ceria

Telah menjengah Ramadhan ke15 di pagi gerimis ini. Semakin hampir Ramadhan kali ini akan meninggalkan kita. Semakin berlalu hari, semakin pula terpangil untuk mengimbau ketika di alam kanak-kanak kita menyambut Ramadhan dan seronoknya menjelang Syawal.

Di usia ini, aku kurang mengenang sambutan syawal. memang tahu 1 syawal adalah meraikan kemenangan kita menggalang nafsu serakah. tetapi di usia ini, banyak aku muhasabah, apakah aku hanya sekadar menahan 'lapar dan dahaga', tiada lain dari itu?

Tertanya pula apakah ada kesempatan untuk aku menjengah Ramadhan pada tahun seterusnya dan tahun-tahun seterusnya. Masih adakah kekuatan nanti seperti sekarang untuk aku berpuasa lagi jika diberi keizinanNya.

Telah separuh perjalanan puasa dan separuh juga juga usiaku. Allahuakhbar.

Salam Hormat
Yasin Ismail


10 Ogos, 2011

TENTANG KITA

Sent: Wednesday, 10 August 2011, 1:18

Andainya kau memahamiku
Dan seandainya kau mengerti
Semua isi hatiku ini
Mungkin kau akan temukan
Sebuah kisah dilubuk hatiku
Kisah yang tak mudah dilupai
Iaitu kisah tentang kita
Beribu pulau telah kulalui
Bermacam orang telah kutemui
Berbagai kota telah ku singgahi
Namun tiada tolok bandingnya kisah ini
Kisah tentang persahabatan kita
Yang pernah singgah walau sementara
Namun sampai kini masih tersimpan utuh
Dan tak mungkin akan pudar
Dari relung dan sanubariku
Walau engkau tak pernah tau
Namun ku ingin kisah itu selalu ada
Walau hanya sebagai kenangan
Tapi yang pasti
Semua tentang kita adalah
memori indah liku-liku bersama
 
CPO



08 Ogos, 2011

Coretan Ramadhan Diusia 50 YOP

From: "hishamudin.alli
Sent: Sunday, 7 August 2011, 20:44

Setelah 7 hari, Ramadhan berlalu dan bakal dimasuki dengan fasa kedua dalam tingkatan Ramadhan, suasana ini mengajar dan terus memberi pengajaran kepada sifat kemanusiaan, agar merasa sama dengan yang melarat kelaparan, yang tahapnya hampir sama dengan kategori kehidupan difasa fasa lapar dan dahaga, bagi yang tidak berbumbung, dan rumah rumahnya beratapkan bulan dan bintang, dilorongan itu terbaring bergelimpangan yang saban hari mencari kehidupan dan kelangsungan peri kehidupan seharian, tatkala fajar hampir menyingsing, berkeliaran mencari kehidupan untuk meneruskan kehidupan dihari hari mendatang (dilorong lorong kecil dan berhampiran stesen keretapi di sebuah pekan di Mumbai, India).

Yang berada singgahsananya laksana mahligai, yang merempat laksana kelkatu hilang sarangnya, mencari dan tercari tempat persinggahan baru. Kelmarin dikejutkan kita dengan berita berita, ada institusi menggempur rumah rumah ibadat, atas adanya program "fundraising", dimana hari ini digemparkan pula peranan institusi dalam menguruskan dana dana awam, kemana dilonggokkan.

Kita terasa terhimpit dengan pergerakan ekonomi yang tidak menentu arah, dan terus mencari halatuju, dimana pelabuhan yang bakal disinggahi.

Peranan Ramadhan, seharusnya membawa kesedaran ini, kita sebahagian masyarakat, seharusnya peka dalam kehidupan masyarakat sekitar, yang memerlukan perihatinnya masyarakat sekitarnya.

Esok masih belum pasti, apakah hari harinya berlalu seperti hari hari kelmarin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Uniknya Ramadhan dan Syawal

Sent: Monday, 8 August 2011, 10:00

    Setaip kali tibanya Ramadhan, siaran tv akan dipenuhi dengan rancangan memasak, Apakah Ramadhan itu, bulan dimana kita dituntut untuk berpuasa dan kemudiannya merancang untuk membalas dendam menahan lapar/dahaga dengan memakan segala jenis lauk-pauh dan juadah sepuas hati.
        Begitulah lazimnya Ramadhan disambut. Para suri mengadap tv melihat segala bentuk chefs dengan inovasi masakan. Para bapa pula merancangan untuk mengheret mesra anak-anak pada petang untuk mencari makanan yang dihajati. Lantas anak kita dewasa dengan definasi puasa untuk kita beramai ke Pasar Ramadhan dan meminta apa sahaja yang ingin dipenuhi nafsu.
    Awal Ramadhan, berduyunglah kita memenuhi setiap ruang masjid dan surau  berjemaah sunat mu'akaq terawikh. Perkara yang sama berulang semula walaupun pertengahan Ramadhan agak kurang jemaah. Jemaah kembali memenuhi ruang dan setiap penjuru kosong untuk bersama-sama berjemaah di bazar Ramadhan dan pusat beli-belah.
    Begitulah uniknya kita menyambut Ramadhan, lebih unik lagi lagi pada 1 Syawal. Anak-anak kini lebih mesra pulang kampung bertemu sanak-saudara di kaca TV dengan segala hiburan Syawal, "Riang-Ria Syawal, Konsert Syawal, akademi Syawal mahupun Jenaka Syawal ".
    Siratulrahim hanyalah dendangan Bumuputera Rockers, bukan lagi milik itu!!!!

Salam Hormat
Yasin Ismail