Laman Utama

15 Ogos, 2011

Telah separuh perjalanan

Sent: Monday, 15 August 2011, 8:38

Salam Ramadhan yang Ceria

Telah menjengah Ramadhan ke15 di pagi gerimis ini. Semakin hampir Ramadhan kali ini akan meninggalkan kita. Semakin berlalu hari, semakin pula terpangil untuk mengimbau ketika di alam kanak-kanak kita menyambut Ramadhan dan seronoknya menjelang Syawal.

Di usia ini, aku kurang mengenang sambutan syawal. memang tahu 1 syawal adalah meraikan kemenangan kita menggalang nafsu serakah. tetapi di usia ini, banyak aku muhasabah, apakah aku hanya sekadar menahan 'lapar dan dahaga', tiada lain dari itu?

Tertanya pula apakah ada kesempatan untuk aku menjengah Ramadhan pada tahun seterusnya dan tahun-tahun seterusnya. Masih adakah kekuatan nanti seperti sekarang untuk aku berpuasa lagi jika diberi keizinanNya.

Telah separuh perjalanan puasa dan separuh juga juga usiaku. Allahuakhbar.

Salam Hormat
Yasin Ismail


Tiada ulasan:

Catat Ulasan