Laman Utama

30 Januari, 2013

[7378] Pemerhatian hati

Halatuju kini berubah dari kesenangan dan makan gaji kepada usahawan dibidang Undang Undang. Pengamal Undang2 satu misnomer yang dipakai oleh masyarakat. Kita semua pengamal Undang2. Dengan mematuhi undang2 tidak kira samaada undang2 sivil atau syariah kita mengamalkannya. 

Jika dahulu berpaksikan gaji masuk setiap bulan kini berpaksi kepada meraih pembayaran dari anakguam. Persefahaman dan persetujuan secara lisan secara bainah tidak berapa teguh sebagaimana dahulu. Sering dilupai maka berkeras hati dan berkering hati menyatakan fi dan pembayaran hendaklah mengikut kalam yang tertera dan ditandatangani. Namun itu usaha belaka kerana Allah Maha Pemberi. Jika ia kata Allah tiada siapa dapat menghalang. Jika tidak kata Allah maka tiada sesiapa dapat menjalankannya. 

Kerenah manusia memang sebegitu. Tat kala berkeperluan bertabur janji manis dan tat kala mendapat sepi seribu bahasa. Namun kepada Allah kita memohon dan kepada Allah jua segala pujian. 

Genap setahun firma secara rasmi beroperasi esok dengan pengeluaran surat dari Majlis Peguam setahun yang lalu. Anak guam pertama Sham Pak Aji walaupun sebelum itu khidmat nasehat diberi semasa bertuankan majikan. 

Alhamdullilah dari keluar dompet sendiri kini kemajuan dimana fi yang dikutip dapat menampung keperluan pejabat yang masih tiada pembantu dan penolong perkeranian. Segalanya dilakukan sendirian. Akulah Peguam akulah kerani menaip dan akulah penghantar saman dan surat. Alhamdullilah aku ucapkan.

InsyaAllah Ya Allah majukanlah firma guaman ku agar dapat menampong diriku pejabatku dan keluargaku. 

Ni nunggu klien nak bayo ler ni. 


SA Sulaiman
Yesterday was the easier day
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-- 



-------- Original Message --------
Subject: Re: [7378] Pemerhatian hati
From: bakarj@live.com
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:



29 Januari, 2013

[7378] Hening Malam

Sambil berkeliaran dengan scooter, dipekan Kangar, menjejak dari satu bank ke satu bank, membayar apa yang patut, bagi menepati kehendak sang batu berdiri, merekonsilasi segenap hutang piutang, yang lambat laun sang batu berdiri, melalak dengan nada dering, mahupun melalui sms alert.

Cash flow amat getir, sepanjang tahun lalu, menunjuk aras, kegawatan melanda dikalangan SMEs, banyak perniagaan beralih tuan, mahupun kebanyakan syarikat syarikat ditutup operasi dari yang mencuba menongkah arus, memulakan perniagaan.

Lantas, ditahun ini adalah merupakan tahun pilihanraya umum, kepelbagaian isu isu setempat, mempelbagaikan acara acara meraih kesepakatan meraih sokongan, serta pengekalan kuasa, ironisnya, pilihanraya umum ke 13, adalah piliharaya golongan anak muda, dunia ini mereka yang punya, dunia milek anak muda, yang tua, hanya menunggu dan lihat, hatta merenung sejauh mana perkara yang lalu, boleh dimartabatkan.

Ada kala, " kacang melupakan kulit", kacang telah kunyah dan dimamah lahap, meninggalkan kulit dikesampingkan terasing, dibakul sampahkan.

Dunia ekonomi dibincangkan di World Economic Forum, merumuskan, keanjalan pertumbuhan  ekonomi, bergerak perlahan. Keadaan perlahan ini, banyak meninggalkan kesan pergerakan dan penuntasan yang malap, dan perancangan yang sukar digarap pada tahap kelancaran yang jitu.

Susah senang adalah asam garam kehidupan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 

28 Januari, 2013

[7378] Sepinya Malam Ini....

 

Sepinya malam ini……

dingin menyapu udara…
angin membisikkan keheningan…
pepohonan diam, terkadang melambai…
embun memeluk rerumputan….
dan bulan tersenyum entah kepada siapa….

Ahhh.. malam ini sepi…..

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
To unsubscribe from this group, send email to cliffordian7378+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
 
  

19 Januari, 2013

Re: [7378] Suasana Kompetitif

'True Economy' semakin hampir.....ianya akan berlaku dengan ledakkan dan ketika itu tiada pilihan lagi.....hanya yang rajin,kreatif dan jujur akan berjaya.InsyaAllah.

On Jan 19, 2013 10:42 AM, <hishamudin.alli@live.com.my> wrote:
Dunia pemasaran telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu. Zaman penggunaan teknologi berubah cepat dengan kebanjiran pelbagai media.

Sektor pemasaran yang sofistikated, jika dahulunya, bagi agensi agensi pengiklanan, corak bekerja, banyak menggunakan manual, dari copywriter, accounts manager, terutama disekitar awal 90 an, pergerakan dari suatu destinasi ke destinasi masih terikat dengan "meeting the agenda" di insitu.

Perubahan masa 20 tahun silam, akibat ledakan teknologi dihujung jari, merubah keadaan, mutaakhir dengan teknologi facebook, twitter, memenuhi ruang alam maya, siapa boleh ikut siapa, siapa boleh komen sesiapa, dan agenda sulit telah jadi terbuka luas diaktiviti media sosial.

Seketika dahulu, nak jumpa kawan, memburu waktu, ada mesyuarat yang perlu ditemui bersemuka, aliran waktu kini, memadai dengan beberapa panggilan talipon boleh menyelesaikan keadaan.

Cuma apabila menuntut bayaran, masih memerlukan "the man in physical" dikebanyakan tempat, kecuali beberapa agensi pengurusan kerajaan , memindahkan bayaran melalui sistem online, rentas dan pelbagai.

Perubahan tetap berlaku, yang dulunya muda belia, kini dah jadi datuk pada cucunya. Masihkah kau ingat, dendangan Kopratasa, bernostalgia akan perihal duluan, dulu sekupang, kini dah seringgit, duit seduit udah tak kelihatan, semuanya di "rounding effect".

Mahu tidak mahu perubahan tetap berlaku, kita hanya mampu melihat perubahan itu. Untuk mempertahankan yang tersisih, membawa diri tidak terurus kecapaian.

Apakan daya tangan tak capai, menurut bait bait dalam lirik lagu S M Salim.

Seketika dulu slogan "To Know Malaysia, Is To Love Malaysia", dalam banyak slogan, kekeliruan banyak kedapatan disana sini, seketika, diberitahu, kita masyarakat peramah dan mudah mesra, tapi, kehidupan yang menghimpit, membuat peradaban kurang ajar menular.

Budaya meragut dan snatch thief, sudah jadi suatu igauan di sekitar Bukit Bintang, dan juga disekitarnya. Lama kelamaan, suasana kompetitif yang ditawarkan, mungkin bakal tidak kompetitif lagi dimasa hadapan, jika aspek keselamatan ini tidak dirungkai dan dibenteras.

Sukar menilai suasana berubah, perubahan tetap berlaku.

Hishamudin Alli
Kuala Lumpur

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[7378] Sepetang Di Kuala Lumpur

Sementara menunggu temujanji ditengahari esoknya, hari ini, sejak pagi, menguruskan urusan kendiri di Jalan Perumahan Gurney, urusan perbankan, Pengurusnya adalah rakan lama, rakan sepermainan sejak sebelum memasuki alam persekolahan, membesar di Grik, Perak, sambil merancang beberapa urusan perbankan. Kiri kanan, sudah ada rakan seangkatan memegang portfolio urusan kehidupan, yang serba sedikit memudahkan kelancaran proses dan kelicinan urusan dan keperluan menurut. kehendak semasa. Tengaharinya menyelinap di sekitar KLCC mencari beberapa bahan bacaan terkini untuk bekalan pembacaan dan pengetahuan umum yang seharusnya diketahui. 

Sukar dibicarakan diatas kemelut kehidupan dibandaraya besar, ibukota, yang meruntun penghuninya terkial kial dengan aktiviti kehidupan sepanjang zaman. Acapkali, sekerap sebulan 2 hingga 3 malam, disini melihat dan meneliti ragam kehidupan yang sentiasa mencabar dan tercabar. Siapa peduli, dan tiada siapa yang ambil kisah, masing masing ada adab tersendiri, itulah budaya kotaraya besar, yang menyelinap kepelbagaian kerenah dan mehnah.

Petangnya, menghabiskan sisa waktu hingga kelibat malam, bersama sama rakan rakan sepersekolahan di rimbunan batu batan, di pinggir Kuala Lumpur, bercerita kisah kisah kehidupan, keluarga dan ragam anak anak yang membesar. Masing masing dengan pendekatan dan interaksi, kepelbagaian asam garam laluan pengalaman dan menyelubungi kehidupan pra pencen.

Begitu cepat generasi itu berlalu, kita telah separuh usia, meniti liku liku penghujung usia. Malam tetap berlalu, menunggu siang, dengan aktiviti kehidupan, lagi ada kudrat dan tenaga bersisa, kita dengan kisah kisah kehidupan.

Hishamudin Alli
Kuala Lumpur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 Januari, 2013

[7378] Suram Dan Mendung

Walaupun suasana pagi ini di Kuala Lumpur, mentari mengeluarkan sinarnya, berduyun duyun kenderaan memenuhi jalanan, kegiatan aktiviti kehidupan dengan kesibukan pelbagai.

Aku tidak terlepas dari unit unit masyarakat, menghambat kesekian lama, atas titik tolak yang dinamakan "compliance", tapi yang jelasnya, "working through last minute" ini telah menjadi kultur pula dalam ragam kehidupan, nak terberak baru nak cari lubang. Ini adalah budaya pada ragam kehidupan. 

Apa keperluan untuk meneruskan lanjutan kehidupan, "last minute decision", merupakan budaya sejak aku kenal erti kehidupan.

Sediakan payung sebelum hujan, bidalan ini adakalanya terlepas pandang, ataupun keutamaan pada yang lebih menurut turutan, mana yang di dahulu, di dahulukan, "namun" yang terkena menjadi mangsa keadaan.

Terlalu banyak agensi yang menguatkuasakan peruntukan, siapa terkena "merana badan".

Apa nak dikato, hari hujan, motong getah tak kesampaian.

Hishamudin Alli
Kuala Lumpur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[7378] Kita Adalah Agen Perubahan

Teringat di suatu kuliah di kelas Program Diploma Pentadbiran Awam, pada 1984 yang lalu, dalam subjek Pengurusan Organisasi, dibentangkan falsafah Pengurusan Organisasi, intipatinya, menggerakkan perkataan "Change", sesuatu perubahan dari tiada kepada ada, merupakan lumrah, memindahkan minda dari kelas tercorot ke minda yang berubah, dari ketidakmampuan meraih kehidupan, kepada mampu berkendiri menjana hidup, dari menadah meminta minta kepada budaya berusaha, bersiap siaga.

Perubahan adalah titik tolaknya kepada langkah jitu kepada pembangunan kendiri, persekitaran dan menjadi pembudayaan dalam status sains sosial.

Perubahan juga melibatkan jangka masa panjang, satu generasi , melihat perkembangan perubahan, baik buruknya, masing masing punyai nilai angkubah, namun pada sikap yang tidak mampu menongkah arus, maka nostalgia sahaja yang mampu melihat kebelakang, rindu akan kedamaian se genre yang silam.

Perubahan, ada yang berbentuk pemikiran, berbentuk kebendaan, spiritual, fizikal, infrastruktur, yang lambat laun diadaptasikan dalam kehidupan dalam suasana yang berubah.

Yang pasti, angin angin perubahan menerjah bumi yang kelihatan suram beberapa ketika, lingkaran kekayaan negara berputar pada yang berada dengan konco konconya, menjadi yang kaya bertambah kaya, yang papa jadi kedana.

Yang pastinya, perubahan tetap datang, adakalanya dalam bentuk tsunami menggodam pantai, merubah struktur geografi dan persekitarannya.

Apa saja yang mampu pada diri, hanya berikhtiar dan keizinan Tuhan agar kita terlepas dari perubahan perubahan yang mendatang. Perubahan dari ada pada tiada, muda jadi tua, ianya tetap datang, tanpa diundang kehadirannya.

Hishamudin Alli
Kuala Lumpur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 Januari, 2013

[7378] Bangau Oh Bangau, Kenapa Engkau Panggil Hujan?

Cerita cerita rakyat, tidak terlepas dari kiasan dan bidalan. Secara halus, dan bersahaja, dinukilkan para para Tok Selampit, dam kisah kisah masyarakat, yang bersimpang siur.

Senario ini dilihat dari kehidupan seharian, yang berniaga, melihat laba yang diidamkan, yang bekerja, melihat laba pulangan gaji, berapa bakal diperolehi. Namun itu semua bergantung pada persekitaran ekonomi yang mendatar, harap harap, ceteris paribus, lain lain faktor tidak berubah.

Mana mungkin ini berlaku, 7 tahun memunggah hasil mahsul, 7 tahun lagi bertahan, bekalan 7 tahun terdahulu digunakan, dan 7 tahun terkehadapan, meniti hari hari sama ada mendung, hujan tak jadi, walhasil, ceteris paribus, dianggapkan ianya tidak berubah, tersungkur dibumi, menongkah arus kegusaran.

Kebobrokan nilai kehidupan, diatas kesilapan silam, menggusarkan keadaan. 
Dimana bakal dicari ganti, kehidupan yang hilang, menerajui ketandusan demi ketandusan, melihat fatamorgana di padang pasir, lagi dicari, digali dan digarap, kekosongan dan keheningan sepanjang zaman.


Bangau dengan alasannya, begitu juga alam sekeliling dengan permasalahannya.


Hishamudin Alli
Kangar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Januari, 2013

[7378] Khenduri Oh Khenduri

Dewasa ini, hari hari minggu merupakan ada upacara pelbagai, khenduri kesyukuran, khenduri walimatul urus, dan juga majlis majlis keramaian pelbagai.

Sejak dasar hari bekerja 5 hari seminggu diperkenalkan, senario hujung minggu bertukar ragam, di lebuhraya, kenderaan berkelibat diatasnya. 

Sejak jam 11 pagi tadi menuju ke Padang Besar (U), Perlis, menyempurnakan hajat client, menyempurnakan khenduri walimatul urus anaknya, lantas terus ke Alor Setar menghadirkan diri untuk Majlis Kesyukuran, dan destinasi terakhir di Sungai Petani,

Ketiga tiga ini adalah urusan kenduri client, tak dapat tidak, kena juga sempurnakan hajat hajat mereka.

Gendang gendut, tali kecapi,
Kenyang perut, susah hati.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

05 Januari, 2013

Re: [7378] Fasa Fasa Kehidupan.

Yop Sham,
kat footer tu bubuh ler nama or ID... senang teman publish kat Blog...
atau pun, lain kali try Cc terus ke Blog Clifford... tengok boleh lepas atau tak



:-) S G T 10.1



hishamudin.alli@live.com.my wrote:


Dalam era pra persaraan, yang seharusnya diusia ini, tidak banyak lagi komitmen komitmen yang perlu diagih agihkan. Terutama yang melibatkan liabiliti jangkapanjang, seperti hutang perumahan, yang mana ada yang berjangka 10 tahun, 15 tahun , 20 tahun, dan 25 tahun.

Bagi yang berkerjaya, dengan pertumbuhan yang mapan, serta stabil pendapatan, menjadualkan sedemikian rupa, apa yang seharusnya ada dalam pemikiran mereka, keinginan berumah besar, kelihatan cantik dan anggun, adalah keinginan aksesori kepada kehidupan, keselesaan, dan seadanya.

Dikalangan kehidupan kita, ada yang "sole bread winner", ada yang kedua duanya, berkarier, punyai pendapatan sendiri sendiri, menampung kehidupan serta runtunan melankoliknya kehendak dan impian.

Sukar menginterpretasikan, kehendak dan impian, kehendaknya memeluk gunung, namun keberdayaan tangan tidak kecapaian.

Semasa bekerja dengan sektor awam, tatkala diawal 20 an hingga permulaan 30 an, perspektif dan visi, adalah terbatas pada apa yang ada dipersekitaran, namun apalah cita cita dan angan angan, yang mampu hanya motorsikal kapcai, berulang alik 100 km ke tempat pekerjaan.

Rentetan pengalaman menempuh cabaran kehidupan, dengan gaya bahasa peniaga picisan, semuanya menurut resam rukun permintaan dan penawaran, laksana kitaran hayat , "product life cycle", gaya seorang yang "risk taker", keputusannya adalah insitu, tanpa melengah waktu, bertindak menurut keadaan semasa, manakala dalam ilmu kewangan, didedahkan dengan , analisa aliran tunai, unjuran perolehan, asasnya, perspektif persekitaran semasa, faktor penawaran dan permintaan, diambil kira.

Setiap langkah dan keputusan, ada berskala pendek, sederhana dan jangka panjang. Dan setiap fasa itu, punyai keruwetan dan rintangan terumbu perolehan. Laksana lancang kuning belayar malam, meredah kegelapan, mencari cahaya dihujung jalan.

Nak senang susah, nak susah senang, itulah pesan arwah bapaku, semasa mengimputkan kata kata ransangan, menjalani kehidupan, menurut fasa fasa serta proses yang perlu dilalui.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

04 Januari, 2013

[7378] Cetusan Minda Di Usia Senja (Sham)

Tahun Gregorian 2013, dilalui dengan pelbagai acara, tidak terkecuali siapa saja yang punyai cita cita dan harapan. Disingkap pada diari diari kehidupan, tahun yang lalu, kemana gerangan dan capaian apa yang tercapai.

Jika dalam "muka buku", facebook, abad kini, kita didedahkan dengan kepelbagaian ledakan, tuntas dari sketsa kehidupan silam, merungkai memori lama, dimana gerangan, kemana tujuan, dan halatuju seterusnya. Yang pergi tidak kembali, yang masih bersisa, berjuang dengan acara kehidupan, yang beraneka ragam, dan masih setia bersama, dengan pasca kehidupan, selepas alam keanakan, remaja, dewasa, dan tatkala kini, menjadi tua, menanti suatu penantian yang pasti.

Masa berjalan begitu pantas, tuntas kecepatan waktu, terpinga pinga dengan kesesakan, minda dan fizikal yang tua.

Hari ini, kepelbagaian, rekonsilasi apa yang tertunggak, di kemaskinikan, sementara, usia masih ada. Menanti detik, yang pastinya melalui pengakhiran.

Esok, masih menanti, tanpa kepastian yang pasti, apakah ruang waktu terluang, mampu dilalui dengan kemampuan yang ada, atau, yang pastinya, kita tersorot dengan kekalutan, atas perancangan dan matlamat tidak kesampaian.

Detik demi masa, ianya berjalan melintas sempadan dan ruang waktu tersisa, apakah kita masih mampu dengan cita cita yang masih tidak kecapaian.

Hanya Tuhan Yang Maha Tahu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Januari, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa VI

Sayang sekali yang dicita bukan hanya milik seorang tetapi ramai yang inginkannya, malah menjadi rebutan. Namun benarkah ada saingan atau cuma kata-kata yang menghangatkan suasana saja. Asal usulnya masih menjadi tanda tanya, cuma ingatan kepada yang berhajat kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai, itu kata orang-orang dulu. Ungkapan ini masih terpakai dan tidak lekang dek zaman.

Kreativiti untuk menulis sememangnya terletak pada rasa penulis itu sendiri, bahan nukilannya terhasil daripada daya cipta akalnya yang sentiasa hidup dan aktif. Tema dan isi penulisannya bebas untuk beliau luahkan, pembaca hanya menikmati dan menilai penulisan itu. Soal ia tidak sehaluan dan bersependapat itu terserah pada pembaca,sama ada ingin meneruskan pembacaan atau pun tidak. Ulasan juga bebas, mau pun rasa yang positif atau negatif -  kebebasan menulis dan membaca. Semua ini adalah santapan minda kita, kita punya rasa.(Mengulas kata-kata Belalang tempoh hari).

Minggu-minggu terakhir tahun 2012 memang melelahkan, banyak urusan di pejabat dan anak-anak perlu ditangani, rencana percutian terbatal langsung, bukan rezeki. Lama juga tidak menjenguk grup mail, bilangan postings kian bertambah, meletihkan bersama keceriaan membaca postings itu semua, tetapi tidaklah dapat menigukutinya satu persatu - ngelat lah tu. Namun hal-hal utama tetap diamati hingga tersenyum sendiri dan  terbit ketawa kecil, masakan dapat dipisahkan rasa fenomena ini.

Tahun yang baru sering mencetuskan azam baru - klise lah. Benarkan.....muhasabahlah - azam itu sentiasa ada dalam diri kita bagaikan aliran sungai yang sentiasa mengalir, melewati jeram dan lubuk, perubahan aliran berlaku apabila terjadinya bah atau kemarau, aliran itu pun turut berubah, begitulah azam kita mungkin akan menyimpang dan mungkin juga akan tercapai. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku, siapa yang tahu apa akan terjadi pada esoknya. Nah...Cukuplah mengobrol "azam" tahun baru ini.

Begitulah rasa, begitulah kata, yang tertulis luahan rasa yang tiada halangan dan tiada sekatan, cuma masa dan ruang ada kala menjadi rintangan  dan hambatan. Kejituan rasa mengorak azam untuk terus menulis sepatah dua.


Amir Md. Akhir

Putrajaya

2 Jan 2013

01 Januari, 2013

[7378] Coretan

Berbagai coretan kita nukilan disini. 

Dari cerita 18sx (dari saya) dan cerita lucah (juga dari saya) 

Cerita seharian membesarkan anak menghitung hari merindu bulan dan menunggu masa berjumpa dengan kekasih dan sahabat. 

Hatta cerita cerita saya adalah luahan diri saya. Mengenang masa jahilliyah dan menginsafi perbuatan jahilliyah. Sekiranya kurang selesa saya hanya mampu menyusun jari jemari dan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. 

Itulah saya dan begitulah cara saya melepaskan. Kalau dibukukan dihati kelak menjadi kanser memakan diri. 

Aku tetap aku dan aku tidak memohon maaf atas pendirian aku. Namun sekiranya ianya menguris hati dan perasaan sahabat saya mohon ampun dan maaf. Bukan itu niat saya. 

Ruangan ini memang tempat yang diikuti seharian. Selepas mahkamah bersidang atau mesyuarat berakhir, kesini jua tumpuan saya, sekadar menjengah sahabat sahabat. Memang kadang kadang tajuk berlainan isi namun ianya menghiburkan saya. 

Saya hanya manusia yang telah 35 tahun lebih merantau dan penghujung jalan insya Allah pada umor 63 nanti. Namun menanti berita sahabat saya tunggui dan hargai. Setidak tidak saya tahu sahabat ada sedia menanti diruangan ini. 

Teruskan sahabat berkarya mengonar mengileh menepih dan bergulin. Saya amat hargai dan sanjungi sahabat. 

Sekiranya saya bercerita lucah atau klasifiasi 18sx dan sahabat tidak suka maka padamlah kerana kita mempunyai pilihan dan saya menyiarkan tajuk sebegitu sebagai tanda awal. Tiada paksaan dalam memilih untuk membaca tapi yang pasti saya tidak mencerca mencaci menghina sahabat terkadang kala maksud yang tersirat amat pedas sehingga kita gelak tanpa sedar bahawa khilaf itu dari kita sendiri. 

Sehalus bahasa Arab saya cuba untuk menyindir agar kita perbaiki diri kita. 

Wallahualam. 

Belalang di tahun 2013


SA Sulaiman
Yesterday was the easier day
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SELAMAT TAHUN BARU 2013 dari AzR

Kita kini dipenghujung tahun 2012. Pelbagai perkara telah berlaku, beribu posting telah teman hantar dan puluhan ribu pula yang telah dibaca, dan sememangnya ruangan GG Cliffordian inilah yang menjadi tatapan harian, tempat kita bertukar cerita, menyampaikan khabar berita,  dan bergurau senda.

Tetapi, bila memperkatakan mengenai gurau senda atau berkelakar itu adalah perencah dalam komunikasi seharian, menjadikan suasana menjadi semakin akrab, menghilangkan rasa bosan dan boleh meredakan marah. Namun begitu, ia telah melalaikan kita. 

Dan sesungguhnya bergurau adalah sunnah bagi yang dapat melakukan sesuai dengan tuntutan. (Dari Sufyan bin Uyanah). 

Untuk mewujudkan suasana kelakar hendaknya seseorang menjauhi perbuatan yang tidak terpuji, antaranya mengungkapkan perkataan kotor, dusta, berolok-olok dan merendah-rendahkan orang lain hanya demi menjadikan suasana kelakar dan orang lain tertawa. Nabi SAW bersabda,"Celakalah orang yang bercakap lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa." (HR Abu Dawud).

Selain perbuatan tersebut mengandungi cela dan dosa, Rasulullah sendiri tidak berkelakar dengan para sahabat, kecuali di dalamnya mengandungi kebenaran dan fakta. Hal tersebut dapat kita temui dalam hadis Abu Hurairah RA bahawa para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,sesungguhnya engkau telah bergurau dengan kami."Rasulullah SAW menjawab,"Sesungguhnya tidakhlah aku berbicara, kecuali yang benar." (HR Tirmidzi).

Contohilah Rasul kita bila bergurau, berkatalah yang benar dan bila perlu. 

Disepanjang 2012, marilah kita semak kembali dalam beribu2 emel yang kita hantar, berapakah yang telah memberi menafaat, yang benar2 kelakar dan menyegarkan, dan berapa pula yang menyemakkan minda, mencetuskan kemarahan dan menimbulkan pertelagahan sesama kita? Tidak semua rakan2 kita mempunyai banyak masa untuk membaca emel. Saya adalah seorang daripadanya. Berita dinanti melalui emel tetapi yang masuk adalah emel2 yang sukar difaham mesejnya. Adakah ini menghiburkan? 

Maaf jika cetusan hati ini tidak menyenangkan rakan2 tertentu. Telah banyak masa dihabiskan kerana mengadap PC, Tablet... sedangkan masa tersebut sepatutnya saya gunakan untuk perkara2 yang lebih produktif. 

Untuk tahun 2013 yang akan menjelang tiba, saya berazam untuk membuat sedikit perubahan ke atas rutin harian saya ini... dan dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sahabat handai kerana disepanjang kita berposting, saya telah banyak mempertikaikan dan menegur posting2 sahabat semua, terutama yang telah banyak berposting maka banyaklah tegurannya. Semoga keakraban kita lebih mesra diluar dari apa yang terjalin di ruangan ini. Sekian.

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2013 kepada semua.

Wassalam.
Azizul Rahman

Hp: 013-5211552/013-4545484
Emel: arbaa_99@yahoo.com