Laman Utama

17 Disember, 2013

[7378] Secalit Madat Sekudap Rasa XVIII

Rasa nak menulis di ruang ini dari saban hari, asyik tertangguh, tapi hari ini dikuatkan hati dan semangat dapatlah juga menukil beberapa patah ayat. Entahlah, bagaimana pengembangan idea untuk tulisan ini, kerana menulis di waktu rehat pejabat ini terlalu banyak gangguan dan hambatan. Kerja yang ditangani bukan sahaja yang telah dirancang tetapi juga banyak yang adhoc, ni yang bikin kepala pusing...

Rasanya kalau tak menulis sikit pun macam ada kurang atau yang tertinggal, hal ini yang mendorong untuk menulis.  Manuskrip novel "Cinta Irana" sudah sampai ke penghujungnya, rasanya sudah habis idea dan buah fikiran dicurahkan kepada novel yang bergenre cinta, wanita, lelaki dan poligami ini. Kini cuma di peringkat membaca pruf yang dilakukan sendiri. Jika ditanya orang, adakah novel ini akan dicetak? Jawabnya mana penulis yang tidak inginkan karyanya dicetak dan diterbitkan? Namun jika tidak diterbitkan pun tak menjadi hal kerana kepuasan menulis telah tercapai. Idea untuk menulis novel ini datang semasa menjadi penghuni Sg. Buloh, malah manuskrip asalnya lahir di sana. Begitu juga penulisan yang sedang "hidup" ini, kisah manusia yang dikurung oleh penguasa, menjalani kosa-kosa kehidupan yang mempersoalkan nilai-nilai kemanusiaan. Ringkasan idea untuk novel kedua, tajuk belum ada lagi, ilhamnya masih jauh untuk mengepalai penulisan yang lahir daripada pemerhatian sekitar dan pengalaman yang diharungi.

Minggu ini agak ceria dengan prestasi pasukan  Liverpool, menang besar di dua perlawanan tetapi malang bagi sebuah lagi pasukan yang juga disokong sejak remaja, Arsenal pula tewas di padang lawan, mungkin terkucil je tu. Yang menarik ada sahabat yang komen pasukan lain itu kalah atau menang, akan sentiasa kurang positif tetapi dia tidak pernah menyatakan pasukan mana yang menjadi pilihan cuma menyentuh pasukan lain, bak melukut di tepi gantang, hairan dan pelik juga. Biarlah dia, mungkin itu kesukaannya.

Tidak lupa juga menonton catatan harian Sukan SEA di Myanmar 2013, yang benar-benar menarik perhatian kejayaan atlet olahraga dalam acara lempar cakera, Mohd Irfan Shamsuddin. Acara ini sudah bertahun tidak dimenangi oleh atlet negara, kejayaan beliau juga memecah rekod kebangsaan malah prestasinya dalam acara itu di Myanmar pada setiap lemparan terus meningkat dari satu lemparan ke satu lemparan berikutnya, jarang berlaku prestasi seperti ini. 

Rasa peka juga timbul apabila ada sahabat yang posting di fb, yang menyentuh tentang harga barangan dan perkhidmatan yang akan naik pada tahun depan. Isu ini bukan baru dan pernah disentuh oleh penulis dalam siri SMSR. Sebagai rakyat negara ini harung je la, tiada apa yang boleh dibuat lagi, cuma berdegor-degor semasa ini dengan segala bantahan dan bangkangan serta tak puas hati akan keputusan kerajaan itu, keputusan kerajaan tak mugkin diubah. Sedangkan semasa kuasa di tangan rakyat tetapi masih tidak tahu menggunakan kuasa itu. Apa yang hendak dibisingkan lagi? Jangan lupa, kini sudah menjadi bak anjing menyalak bukit!

Tidaklah penulis menyekat hak sesiapa untuk bercakap, mengeluarkan idea atau apa saja yang menjadi hak individu, rasanya tak perlulah diperdalamkan hal ini. Cuma  kita masing-masing boleh dan perlu  memiliki pandangan dan perspektif sendiri begitu juga kecenderungan politik kita. Tidaklah juga usaha untuk mempengaruhi sesiapa dengan kejayaan atau kelemahan/keburukan mana-mana pihak. Adakah kita memiliki kesempurnaan?

Minggu lepas telah berhimpunlah pihak yang digahkan mewakili orang Melayu, memperjuangkan agama orang Melayu dan apa jua yang berkaitan orang Melayu - banyak sangat kalau disenaraikan jenuh nak menulisnya, bak kata orang, berkajang jadinya. Perwakilan bersidang dan berhujah soal politik survival, eradikasi moral dan apa jua yang Melayu centric. Hal ini semua di "highlight" oleh media tetapi penulis merasakan yang tertinggal soal survival menangani kos kehidupan yang tinggi pada hari ini dan mendatang (dilaporkan KJ akan membawanya ke mesyuarat kabinet esok). Maaf ada kala terpaksa sentuh hal sebegini kerana itulah kepekaan dalam menyoroti himpunan terbesar orang Melayu yang bersidang saban tahun. 

Apa lagi yang kita hendak katakan apabila harga segala macam telah naik, tak kiralah yang makan gaji ke, yang bekerja sendiri ke, yang bergaji besar ke yang bergaji kecil ke.. semua terkena. Ya, kita mengeluh saje, akal kita juga akan berfikir apa cara nak berbelanja dalam keadaan begini. Kita akan memikirkan  cara untuk berjimat tetapi menjadikah usaha berjimat tu. Seringnya, dalam perbelanjaan harian yang dirancang dan ada juga yang di luar jangka, nak berjimat langsung hilang. Silap-silap berhutang jadinya.

Keadaan seumpama ini mungkin tak semua merasanya kerana rezeki tak sama tetapi tanyalah pada diri masing-masing susah jerih untuk melangsungkan sisa-sia hidup diri dan keluarga dalam keadaan begini. Sejujurnya, tidaklah diinginkan berada dalam keadaan yang kian tertekan akibat kos sara hidup yang saban masa meningkat. Namun persoalannya bagaimana  kita di usia setengah abad ini  melaluinya dengan kudrat  yang tidak sekuat seperti sebelumnya? Jawapannya.....rasanya, terserah.....

Amir Md Akhir
Putrajaya
17/12/13

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

07 Disember, 2013

[7378] Re: Di Suatu Ketika.

Di semester kedua, diawal awalnya, anak ke 3 lahir pada 2hb Jan 1991, waktu Iraq melanda Kuwait. Sparing partnerku, Abdullah Daud, dia dari Bank Pertanian Malaysia, isterinya, ke Miami University, yang sepatutnya, mereka pergi bersama, oleh kerana ada permasalahan anak anak yang tinggal, Abdullah mengambil keputusan, menyambung di ITM jua. Sebulan sekali, aku balik ke Kangar dan Abdullah balik ke Dungun, ziarah anak anaknya, tinggal bersama Tok Wan.

Lain kisahnya dengan Shahrir dari Politeknik, dari Alor Setar, dan Abdul Ghani (former LLN) dan Muzeni (BSN) dari Ipoh, mereka berdua, tiap tiap minggu balik ke pengkalan, rakan rakan situa menggelar, "Pemburu Setia", Zulkepili Kamarudin menetap di Shah Alam, sekarang sebagai Pensyarah di ITM Shah Alam, Mohd Zin Udin juga membawa keluarga, malam malam part time cari duit belanja anak dan bini, semuanya kreatif demi untuk survive.

Sesekali, bila awal semester, pinjaman di imburse masuk ke akaun, pakat jadi "katak betung", gembira hujan turun. Untuk released tension dan stress, kami ke PD dan Melaka, Wan (bujang Penang) dan kini sudah terputus hubungan sejak beberapa tahun ini setelah dia mengalami kencing manis kronik, dan dipotong kaki kanannya, nombor telefon yang selalu dihubungi, sudah dijual Digi kepada pengguna lain, entah masih hidup, tiada pula perkhabarannya. Hanya Tuhan Yang Maha Tahu.

Kami sekereta, Zul, Abdullah, Wan dan aku, sering bersama sama dengan group situa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 23:56:03 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Satu satunya IPT, yang khusus untuk Bumiputera, semasa itu masih di subsidised, yuran pengajian hanya RM 200 se semester, hostel berkawan dengan adik adik yang berumur 10 tahun muda dari usia kita, hostel ni tempat letak kepala sahaja, seawal pagi sudah keluar ke Business School, dengan kuda C70, padan la, cuti tak bergaji, segalanya pun kena cuti juga, berbekalkan pinjaman dari majikan, RM 3500 setahun. Duit itulah untuk survive, yuran, buku, sana sini dengan research project, latihan industri sehinggalah tamat pengajian. 

Nafkah anak anak dan keluarga, dikompromi dengan isteri, kalaulah ini buat hal, tak kemanalah urusan ini. Tok Wan dan Tok anak anak jua, punyai peranan penting dalam tempoh pengajian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 12:30:21 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Anak keduaku lahir 25 Ogos, 1989, sudah bertambah pula ahli dalam keluarga. Selepas Diploma, setahun sudah berlapangan dari kelam kabut menghambat kelas dan wacana. 

Sesuatu mesti dilakukan untuk mengubah minda, ku cuba mencari tempat di Fakulti Undang Undang, tetapi tempat amat terhad, dan usia pelan meningkat, untuk itu sahaja memerlukan 4 tahun untuk dihabiskan. Jika di ITM, dengan kursus pengurusan perniagaan, cuma memerlukan 3 semester dan 1 semester industrial attachment.

Aku berkeputusan untuk yang kurang masanya, yang 2 tahun sahaja. Lantas aku masuk semula sebagai pelajar sepenuh masa, di ITM Shah Alam dalam jurusan Pemasaran, ADBS (Marketing), memulakan sessi 1990/1992, pada July, 1990.

Isteri dan anak anak, dipindahkan berhampiran dirumah bapa mertua di Behor Mali, Perlis, setelah Cuti Tanpa Gaji dari Felda.

Disitulah, minda kena kreatif, macam mana nak survive!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 12:17:11 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Anak sulung ku lahir, 23 Jan 1988, pelbagai pelajaran dan pengalaman mengurus kehidupan berkeluarga dipelajari dan dihayati. Dalam masa yang sama, peringkat akhir pengajian diluar kampus sudah hampir tamat pada Mei, 1988. 

Kebiasaan bagi "slow learner, alway average in result", kecuali yang "fast learner", suruh satu buat 10. Keterbalikannya, "slow learner, suruh 1 buat diminit akhir". Inilah akibat, bila jadi "late starter".

Tahun 1988, abang sepupuku, Bolia Bakar, dipanggil pulang kerahmatullah, sebak dan hampir pitam, pabila mengadap jasad kakunya di Tanjong Rambutan, ibu saudara, Fatimah, pengasuhku dari kecil, menemui panggilan Ilahi sebaik 40 hari berselang dengan abang pupuku, Bolia Bakar.

Tempat meluah cerita telah pulang mengadap Ilahi, 

Dan penutup 1988, konvokesyen pertamaku di Dewan Sri Budiman, ITM Shah Alam, merenung jauh, kemana pulak geranganku harus pergi.

Untuk memperkasakan minda dan perubahan, perlu ada pengorbanan dalam menggali ilmu ilmu. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 05:16:41 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Selalunya, orang selepas walimah, berbulan madu dimana mana, tapi apakan dayaku, sibuk dengan kerja kursus pengajian, dan dalam masa yang sama kerja kerja penyeliaan, tugas hakiki.

Yang sebanarnya, kerja, mengaji luar kampus, benar benar menyibukkan keadaan. Sejak ikuti pengajian luar kampus, kekerapan balik ke Kuala Kangsar, sudah berkurangan, kecuali cuti pertengahan semester.

Yang berpeluang meneruskan pengajian ekspress tanpa henti, punyai pengalaman tersendiri, bagaimana menghabiskan kursus dengan cemerlang, ataupun tanpa titik bengik susah payah bergelut dengan perkara lain dalam masa yang sama.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Tue, 3 Dec 2013 02:24:48 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Meneliti makalah dan kitab kitab muktabar, dan bergaul dengan rakan rakan yang mampu mendidek hati, banyak mengajak jiwa kepada jalan tenang, tak perlu gusar, gundah gelana dalam realiti dan kemelut hidup. 

Lantaran altermatum dari rakan rakan, mereka lebih maklum akan persekitaran kita, "anta kena walimah, ya akhi," tersentak juga manalah nak dihantar mahar, belanja dan sebagainya.., apa lagi, gaji kecil, pengajian belum selesai..dan itulah alasanku pada rakan rakan. Lantas akupun dah tak tahu mana, jual sajalah volkswagen beetle, yang membawa kemana saja, selepas kena accident. Itulah harta yang aku ada, duit itulah kuserahkan hantaran mahar, dan selebihnya sedikit untuk urusan hilir mudik, Kangar- Kuala Kangsar-Kangar.

Rakan seperguruan, mengusik kata, " untung lah hang, tikus jatuh ke beras"...itu kata mereka. Yang sebenarnya, kitalah yang mengemudi kehidupan berkeluarga.

Tarikh keramat, menamatkan zaman bujang , 7 Ogos, 1986. Aku terima nikahnya, lantas tok imam tu, kata, tak berapa nak di dengar, mungkin telinganya dah kurang, tapi yang menyaksikan majlis, ada nya Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, sah katanya. Maka hilanglah "loyar buruk"nya. Aku menarik nafas lega.

Petang itu, kubawa isteri yang baru dinikahi, atas pengenalan dalam tempoh sebulan, berteman ayah, dan memang adat orang Perlis, ibu ayah sebelah perempuan tidak ikut serta, cuma dihantar wakil wakil dari mereka.

Lain padang lain belalang. Begitulah kisah kisah silam, dan dijadikan dan disimpan dalam lipatan sejarah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Mon, 2 Dec 2013 23:20:14 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Abang pupuku, Bolia Abu Bakar, dialah teman ulang alik ke HBAS, 2 minggu sekali, mengimbas kemajuan, tulang yang patah tebu, Dr Azmi, allahyarham Dr Azmi, doktor yang bertugas meneliti kemajuan tulang, bersama Dr. Doorai, pakar otopedik dari India, berpuashati dengan kemajuan tulang yang patah. 

Dr. Azmi menemui kemalangan di Highway Plus, Gurun, tahun 1985, innalilahi wainna ilaihi rajiun, seorang yang penyabar, selalu senyum, bila berhadapan dengan patientnya. Ciri ciri ini sahaja, beliau banyak menenangkan pesakit otopedik, mahupun , telatah pesakit otopedik, bukan sahaja berbulan bulan di hospital, malahan ada yang bertahun tahun, macam rakan sebilik, Ismail, dari Senoi Praq.

Disamping itu, kakitangan yang berdedikasi, seperti staff nurse, Che Pok, dan yang lain lain, ada yang jenis kelembutan, membelai anak kecil, dan ada yang kasar, ini yang memenatkan, pabila dicucinya luka di pelipat kepala lutut yang luka.

Aku terhibur dengan saban hari, ada cerita cerita dari alam luar bilek wad, almaklum , sakit seperti itu, hanya duduk atas katil, siang malam pagi petang. Dari situ, baru kita menghargai sihatnya badan anugerah Ilahi. Memahami erti rakan sejati, susah senang dilalui bersama.

Jiranku semasa bertugas di Felda Batu Lapan, Shahroni, sama sama menjaga pembangunan tanah, kami saling sabar menyabar, sejak zaman itu hingga kini, hatta, apa apa perkembangan, diikuti.

Semasa itu, dia sedang beranak kecil 2 - 3 orang, dialah yang selalu menjenguk, tatkala, aku sedang melayani kisah silam, "sabar sahajalah, Din", sapa Shahroni.

Setiap yang pergi, bakal diganti, dan doa inilah yang sering aku baca, "allahumma aujurni fi musibati, waqhlufli, qairan minha". Hati ini terawat, agar tidak melayani tindakan negatif, Tenggelamnya Kapal van der Wijck, karya Pak Hamka, kuhayati jalan ceritanya, rupanya, perjalanan kehidupan, masing masing punyai pengalaman, seakan sama, dan diambil iktibar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Sorotan masa berlalu

Terlintas di hati selepas membaca nukilan Sham akan peristiwa peristiwa yang telah berlalu. Berapa peristiwa tersebut mengajar kita akan dunia kehidupan. Berapa peristiwa tersebut menjadi benteng atau garisan dalam menjalani kehidupan.

Buat diri sendiri, mula merantau ke Kuala Kangsar apabila mengikut ayah dan ibu balik kampung setiap hari Raya, baik Hari Raya Aidil Fitri mahupun Hari Raya Aidil Adha.

Menjadi tradisi ayah dan bonda akan membawa kami adik beradik balik ke Parit setiap musim cuti. Kata ayah, untuk mengingatkan dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.

Asal usul kami memang dari Parit. Ayah dari Kg Blanja Kiri manakala ibu dari Bukit Chupak, Merua. Masing masing bertemu di Sekolah Iskandar Shah Parit.

Kedua dua aktif dalam sukan. Ayah ku ketua pegakap manakala ibu cergas dalam arena badminton, dan pernah dilarang oleh Atok mengikuti pertandingan badminton peringkat Negeri Perak. Hasrat ibu untuk melanjutkan pelajaran dihalang oleh Atok dan setelah tamat Senior Cambridge dipinang oleh Hj Abdul Wahab untuk anaknya Sulaiman atas desakan ayahku Sulaiman.

Ketika itu ayah ku mendapat kerja di Parlimen Malaysia sebagai Malay Translator. Almaklumlah pada ketika itu Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi Persekutuan dan perbahasan di Parlimen memerlukan penterjemah.

Namun setelah 3 tahun di Parlimen, ayah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Melbourne Australia dalam bidang Braille Studies. Bertujuan untuk menjadi penterjemah buku buku tulisan Braille Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia.

Di Kg Datuk Keramat kami berumah ketika itu dengan gaji ayah sebanyak Malayan Dollar Delapan untuk menyara diri dan keluarga kami. Rumah usang di Kg Datuk Keramat kini telah diganti dengan bangunan mencakar langit pangsapuri mewah. Namun aku dan kakak aku tiada kesempitan dari segi keperluan sekeluarga.

Ibu ku telah mula memasuk kelas anjuran British High Commission dalam bidang bahasa komputer. Bukan seperti sekarang dengan COBOL WSYWYG dan sebagainya telah dengan mempelajari 1010101010. Binary code sehingga dengan sebidang kad beliau dapat memahami k0d perisian komputer dengan hanya melihat tebokan lubang di chit yang dibekalkan.

-- 
Aiznin Sairi bin Sulaiman 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Re: Di Suatu Ketika.

Rutin aku dihospital, membaca buku buku berkaitan dengan Pentadbiran dan Perundangan, dibaca dan diambil manafaat dari isterehat yang lama. Antara rakan rakan Norizan yang kerap menziarahi, Noraziah yang punyai kemahiran menggunting rambutku yang sudah mulai panjang, Jesma juga begitu. Yang lain lainnya, tidak teringat nama nama itu.

Aku berinteraksi dengan Abdullah, rakan sepelatih Felda, tetapi menyambung pengajian ekonomi di UKM, menjadi Guru Kanan ketika ini, agar mengikat tali perkahwinan dengan Norizan. Abdullah bersetuju, begitu juga Pak Shuib dan ibunya Abdullah bersetuju.

Acara rombongan membuka tirai ini, sama sama dibuat, tatkala aku discaj dari HBAS dan Abdullah mengatur kenderaan menghantar aku pulang ke Kuala Kangsar, dipersimpangan jalan, rombongan kami singgah di Sungai Kob, melangsungkan upacara beradat dan beradab memohon restu ibu dan keluarga Norizan, aku menjadi jurucakapnya, dan itulah hasrat hatiku.

Sepanjang aku dikampong, setelah discaj, lebih kurang sebulan, cuma melayani perasaan, almaklum, bagaimana? Macam mana? Dan ianya berlanjutan murung setelah aku kembali semula bertugas. 

Keadaan ini dilegakan sedikit dengan suasana kesibukan kerja kursus di Semester 2, 3, 4, 5 dan 6, sehinggakan sudah hampir 3 tahun masih terbawa bawa, teringatkan kejadian, tambahan pula, aku telah diberi altermatum oleh rakan rakan sepengajian, mereka yang aturkan, aku hanya akur, selaku ayam berak kapur...

Tiada jodohku dengan Noraini. Dan aku tidak pernah berjumpa dengan Noraini, lantas ditugaskan di negeri dibawah bayu bersama suaminya, rakan seperguruan. Masing masing punyai pilihan. 

Hanya melihat kelibat dia dengan anak anaknya bersama suaminya di khenduri perkahwinan anak Ghuzlan pada tahun lalu (2012). Begitulah masa dan keadaan, hampir 3 dekad, ianya menjadi memori dan nostalgia silam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 1 Dec 2013 19:31:35 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Suratan takdir, tiada siapa yang dapat menghalang, aku menumpang motor Abdullah Suid, kami nak ke Chuping, dari Felda Guar Napai, tak semena mena, aku dan Abdullah menemui kemalangan di selekoh tajam di Guar Napai, kereta arah berlawanan makan jalan, penunggang dan pembonceng brek dan dihentam secara head on collision, peha kiriku patah, dan dikejarkan ke HBAS untuk rawatan.

Berkampunglah aku di HBAS untuk 5 bulan, dengan kaki tergantung diatas katil. Mandi, makan, minum, kencing, berak, semuanya diatas katil. Norizan yang berasal dari Sg Kob, Karangan, Kedah, jiran semasa aku menyewa disebelah rumahnya, menjalani latihan Pembantu Nurse di Alor Setar, sebaik aku terlantar, aku minta Abdullah berjumpa Norizan, dan memaklumkan keadaan, maka ramailah kawan kawannya, membelek menjaga kebajikanku, sepanjang berada di wad, rakan sebilik, Ismail dari Senoi Praq, terlebih dahulu menghuni bilik. Tatkala aku sudah discharge, Ismail masih menjalani rawatan otopedik.

Pengajian Luar Kampus, tertangguh satu semester. 

Noraini dan Emak Hawa(ibu Noraini) datang menjenguk di wad, dan aku juga tidak merasakan apa apa yang pelek berlaku. Namun hati ini menjadi gundah dan tertanya apabila, Noraini datang semula ke wad dihari yang lain dengan rakan sekuliah lelakinya. Aku kebingungan selepas itu. Itulah titik tolak, aku telah ditinggalkan. Almaklum aku sedang terlantar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 1 Dec 2013 16:18:01 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Apabila dah bersendirian membujang di projek ladang Felda, dan kebetulan pula posting pertama di Gunong Bongsu di Mahang, Kedah mulai Oktober, 1980, petang Khamis memecut Honda C70 balik Kuala Kangsar, dan pagi Sabtu selepas Subuh, balik semula ke Mahang. Aku rapat dengan keluarga Suhaimi, Ghuzlan dan Noraini serta adik adiknya. Entah macam mana, tertarik hati pula dengan Noraini, dia ni di SMBM ketika persekolahannya.Begitulah rutin sehingga Nov 1982, dan ditukarkan ke Padang Besar, menyelia projek di persempadanan Msia Thai. Hanya balik sebulan sekali sehingga July, 1984. Setelah itu aku terlibat dengan Pengajian Luar Kampus, 4 hari seminggu, berulang alik dari Padang Besar ke ITM Cawangan Arau. Noraini pula masuk Maktab Perguruan Perseketuan, Minden, Pulau Pinang, ada ketika aku lawatinya di situ sesekali. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 1 Dec 2013 14:21:33 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Menjadi pencari kerja aktif, sebaik keputusan MCE dikeluarkan, kebetulan ketika itu, operasi isi penuh, pernah juga menghadiri pemilehan Pegawai Kadet di PLAW, Ipoh, tetapi sangkut di medical, dan juga dikolum kecil akhbar, pelatih Felda diperlukan, lantas aku pohon dan dipanggil hadiri suatu peperiksaan. Kuhadirinya, dijawap dan pada oktober 1979 dipanggil hadir temuduga, dan ditawarkan ke latihan Pelatih Penyelia Felda.

Rakan rakan lain, ke HSC dan sebahagianya ke Institut Sofar, HMS Ipoh, dan aku terpelanting di Tekam, Jerantut, Pahang.

1980 adalah tahun mengenal erti kehidupan. Hanya yang mengerti antara kaca dan permata.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 1 Dec 2013 14:09:29 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Diperingkat Sekolah Menengah terdapat 2 peperiksaan besar, LCE di Tingkatan 3, yang lulus dengan gred baik, ada yang ke Sekolah Sains, dan yang ke TI, ada yang ke RMC, yang tinggal adalah hardcore cara Clifford, selepas LCE, ke aliran sastera, yang baik dengan matematik dan sains, dialiran sains. 

Ketika itu, tiada cita cita besar, apa yang nak dilakukan untuk tujuan bekerjaya, cukup sekadar menjadi orang kebanyakan dalam strata dan status. Asal saja boleh cari makan.

Dialiran sastera, penekanan kepada sastera adalah amat dititikberatkan, warisan prosa klasik, dan pulanglah perantau, adalah tekstual, dikaji dan dihadam. 

Subjek subjek lain, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Matematik Moden, General Science, diajar menurut kemampuan penerimaan.

Sehinggalah tamat MCE, sudah tergantung pulak keputusan, nak keataspun tak boleh, nak kebawah pun tak terlintas.

Setakat itu aku mengundur diri, dan aktif memohon kerja apa yang setara MCE. Itulah suratan, memulakan kerjaya dengan Felda, di tahun 1980.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 1 Dec 2013 10:58:16 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Semasa di Sekolah Menengah, aku sudah ambil keputusan, tidak mengambil bahagian dalam acara permainan padang, terutamanya hoki. Rugbi pula, tidak ada Semasa darjah 6, kena penyakit bisul (behei) di kaki kiri, agak teruk juga, dan cuma melibatkan acara olahraga, dalam acara lontar peluru wakil sekolah bersama Wak Sham, abang Azmi. Ke peringkat daerah Kuala Kangsar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sun, 1 Dec 2013 06:02:32 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Kanak kanak dizaman 60 an dan 70 an, adalah generasi kreatif, mencipta kerangka liburan secara tidak memerlukan ringgit dan sen untuk dibeli alatannya, ingin nak bergasing, carilah batang petai, tarah dibuat gasing, takpun batang kopi, "ngamuk Pak Mendut", pokok kopinya kena tarah.

Nak main 3 angkong, sandarannya kotak rokok, yang punyai nilai mata, camel bernilai 1000 mata, gold leaf 10, dan penilaian mata adalah menurut persetujuan rakan yang bermain sekali, jika tidak dengan terup, main dengan kasut slipper, dilempar ke hala rimbunan kotak rokok, ada yang bertaruh, sambil bermain "seremban", rakan yang kalah bertaruh, hilang pertaruhan, yang lebih teruk lagi, kepala lutut di ketuk dengan terompak. Yang ini agak ekstrim, selalunya yang senior yang bermain cara ini.

Main perang perang, dengan letup letup batang buluh, disumpit dengan peluru buah terung belanda liar.

Zaman itu, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. 

Zaman segenerasi kemudian, pabila dikisahkan yang ini, disenyum sinis. Itu zaman purba.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 30 Nov 2013 18:20:13 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Rakan sepermainan dikala kecil, Nasarudin, Abdul Rahim, Saidah, Kama, Badrul Hisham, Fauziah, suasana membesar selepas merdeka, ada yang masih dihubungi, ada yang tidak diketahui, mana haluan kehidupan, Abdul Rahim masih dikampong, setelah pencen dari Navy, Saidah masih dengan MAS, Kama telah bekerjaya sendiri, setelah pencen dari askar, Badrul Hisham khabarnya menjadi polis di daerah Yan, masing masing masing membawa haluan.

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, masing masing masih punyai agenda dan kehidupan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 30 Nov 2013 11:44:11 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Merekodkan ingatan silam memerlukan peristiwa itu dikenang dan diabadikan. Kebiasaannya peristiwa hitam dan masih berkesan diparut ingatan. Itulah peristiwa, sering mengajar kita, cuba mengingatkan rakan dan beritahu apa yang tersurat, siapa pelaku yang melakukan, akhirnya yang menjadi posmen yang kena rembat, dipersalahkan oleh guru kelas. Akibat pukulan batang kopi, aku kebentanan akibat pukulan deras, singgah dibetis kiri, hampir 2 minggu aku dirumah, sementara menanti bentan itu surut dan keluar nanah.

Tapi itulah titik sejarah hitam di Darjah 1, Mazlan menggamit memori, Cikgu Noriah dalam ingatan, dan biarlah ianya berlalu, dijadikan ukuran dan sempadan kehidupan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 30 Nov 2013 06:38:26 
To: clifford7378<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Di Suatu Ketika.

Pulau Pinang, semasa bertaraf pelabuhan bebas, semacam Langkawi kini, sebelum adanya Jambatan Pulau Pinang, merupakan suatu destinasi yang menjadi kegemaran, sama ada yang dalam negeri mahupun luar negeri.

Semasa usia diawal belasan tahun, mengikuti rombongan ke Pulau Pinang adalah acara tahunan yang dianjurkan pimpinan belia kampong. Yang selalu menjadi angkutan resmi adalah van BMC Pak Mad, ayah Seli.  Selalunya dibuat pada akhir tahun, dimana adanya Pesta Pulau Pinang, yang ketika itu menjadi tempat mempamerkan inovasi produk terbaru yang bakal dikomersialkan, ianya berfungsi sebagai tempat "trade show" yang besar dalam negara.

Setelah taraf pelabuhan bebas ditiadakan, diganti Langkawi, tambahan pula adanya Jambatan Pulau Pinang, perubahan ini membangunkan Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai, walhasil, perubahan drastik ini, menghasilkan jutawan segera penduduk Langkawi yang bertanah, dijual, dan dicagar sebagai pinjaman bank. Rata ratanya, tanah yang di nilai tinggi, nyata menjadi cagaran yang dilelong beberapa kali, tidak diambil dan masih tercagar dengan bank bank. Seketika ini, bank tidak berminat lagi menerima cagaran ini, sebagai gadaian, dan pembangunan Langkawi, menerusi Langkawi Development Authority, diera zaman Dr M.

Segenerasi berlalu, timbul dengan generasi pelapis, mengubah minda dan dimensi melihat peluang dan pembangunan infrastruktur, mengubah wajah Pulau Pinang, yang sudah seakan Hong Kong ditimur jauh.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 26, 2013 6:42 AM

Berita menggemparkan, apabila , Yasin mengalami accident dengan "bas taun", barangkali bas yang dari pekan Kuala Kangsar, menuju ke Sayong, atau, ke Kati. Maka bermacam macam versi cerita, mengenai kemalangan berkenaan, waktu itu, rasa kehilangan jua diatas ketiadaannya melalui sessi latihan, lebih lebih lagi diacara padang, seketika itu sedang sibuk dengan latihan rugbi, pelbagai acara latihan, pusing padang untuk "warming up", Mr Lim dan Mr Leong Khoi Thun, sibuk dengan apa yang perlu dibuat, dalam setiap pergerakan, demi pergerakan. Sesudah puas ke Perak Utara, Tengah dan Selatan, akhirnya, kecundang dengan pasukan Sungai Sumun, pasukan under 12 melawan "under 21", menjadi amalan ketika itu, lambat melapurkan kelahiran anak kepada pendaftaran, lantaran sudah lahir beberapa tahun, ada yang lahir 7 tahun terdahulu, baru dilapurkan, pabila darjah 6, padahal umur mereka sudah 21. 

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 25, 2013 10:32 AM

Entah macam mana, bola yang dilempar ke rakan hadapan, di tekor, melantun pulak kena flask Mr Leong Hor Cheng, pecah bersepai ler kaca dalamnya. Bayour andor ler, kate di demer. Thermos Flask waktu itu 16 ringgit, habis duit di Pejabat Pos kena sebat, gantikan flasknya tadi, Mr Leong Hor Cheng ni, ada beberapa jenis rotan, yang halus, sederhana dan yang besor, diameter lebih 5 cm. Yang selalu nadah tangan, Palanivel. 

Walau takut dan risau , "naik angin"nya, dia gemar bercerita..., ternganga sehingga loceng untuk balik berdering kuat.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 24, 2013 9:41 PM

Seketika, masa di Sekolah Rendah, Yasin dari Terangganu, masuk ke Clifford, sebaik ayahnya pulang kerahmatullah, Yasin punyai keistemewaannya tersendiri, memori pada dia, aku tidak pernah kulupakan, pabila Cikgu Basri naik berang, entahlah, waktu itu, kenakalan hanya untuk tempoh masa yang pendek, mungkin untuk ambil perhatian, tambahan pula, ayah tersayang telah pergi tidak kembali. 

Peristiwa seperti ini, tidak lekang di ingatan, lebih lebih lagi, mengingatkan yang pernah berjasa pada anak bangsa, mendidek dan membentuk agar menjadi manusia berperadaban.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 24, 2013 5:31 PM

Jika dari Karai, Pak Mad dengan van BMCnya, ulang alik mengangkut dari sektor Karai.

Celik mata, mandi, ke sekolah, yang nyata, ragam Geng Sekolah, yang celik awal, selepas Darjah 6, menyusuri Sekolah Berasrama Penuh. Yang tinggal setia, masih meneruskannya di Sekolah Menengah.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 24, 2013 5:24 PM

Period sekolah rendah, ulang alik ke sekolah dengan bas yang berlambangkan GEGS, ada ketika, bas Vulcan berlambang Clifford juga berulang alik di persekitaran, Karai, Kota Lama, Sayong dan akhirnya Bendang Kering, Geng Bas Sekolah, seawal subuh, sudah menanti di tepi jalan untuk menunggu bas, pemandu Pak Din, dan konduktor Puan Siti, setia melayani kerenah Geng Bas Sekolah.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Re: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 23, 2013 7:13 AM

Tahun tahun dipersekolahan rendah dan menengah di Clifford, dari 1968 hingga 1978, adalah period alam remaja, belajar erti kehidupan, sambil bersekolah, sambil mencari ruang ruang kehidupan, aku dibesarkan dalam suasana yang diluar pembesaran kedua ibu dan ayah, jodoh mereka tidak panjang, aku diserahkan penjagaan pada nenda sebelah ayah, dibesarkan bersama abang sepupu dan kakak sepupu di kampong, nasib kami serupa, tidak dibesarkan dengan adanya ibu dan ayah, sekeliling. Abang pupuku, Bolia Bakar, dan kakak pupuku, Noraziah. Tumbesaran kami, disekitar nenda, Noraishah dan ibu saudara, Fatimah. 

Sesekali, pabila cuti persekolahan, adakala, aku berziarah di rumah ibu saudara, Habibah di Grik, bersama, Noraziah dan Bolia.

1971, nenda, pulang kerahmatullah, lantaran itu, aku dan ibu saudara, Bolia serta Noaziah, ditempatkan dirumah ibu saudara, yang baru sahaja membina rumah baru, setelah hampir melalui alam persaraan dari perkhidmatan perguruan.

Setiap fasa kehidupan, punyai pengalaman, dan pastinya, menjadi kenang kenangan abadi disepanjang jalan.

------Original Message------
To: clifford7378
Subject: Di Suatu Ketika.
Sent: Nov 21, 2013 10:24 PM

Tahun 1974, dimasa Tingkatan 1, ditahun itu juga adalah zaman meleset, harga komoditi getah asap berbunga RSS 5, cuma bernilai 2 kupang 5 duit sekati, sama harga dengan gula sekati, beras seringgit enam kupang segantang. 

Semasa cuti penggal persekolahan, aku dan adik adik sebapa, ke Pasir Raja, menebas lorongan lorongan getah, untuk dibersihkan. Yang lelaki menebas, dan yang perempuannya, menyediakan makanan harian untuk santapan. Pagi, dihidang nasi, ikan kering belanak atau cencaru, disisi sambal belacan manis, berulam pucuk ubi. Makan untuk menghamburkan tenaga untuk menebas kebun getah yang sudah semak samun, rimau akar lalu pun payah kelihatan, disuatu ketika, sambil kami berehat rehat, abah terpinga pinga mencapai senapang double barrel bullet, dan dihalakan muncung kearah tanah, berdentum, rupa rupanya ular tedung senduk berkeliaran di kawasan rumah, hampir 10 kaki panjangnya.

Perhubungan dari Kota Lama Kanan ke Pasir Raja, dengan mengayuh basikal menempuhi Jalan Kati, simpang Temong, Chegar Galah, menghala ke Selinsing, dan terus ke Hutan Perang dan menembusi Kuala Kangsar Estate, jalan antara Sauk ke Chenderoh. Hampir 40 kilometer, jarak kayuhan.

Zaman itu, zaman lesu dengan pencarian meraih rezeki, memadai dengan adanya beras, gula, kopi, yang asasi lainnya, disekeliling rumah, pucuk ubi kayu, seketika abah menembak ikan, adakala temboleh di dapati.

Pabila musim durian, selepas subuh, dengan lampu picit berkuasa 6 bateri, menyuluh sekeliling pokok durian yang berbuah, berbakul bakul dihimpun, ada yang dikupas untuk lempuk, ada yang ditempoyakkan, yang baik dijual kepada peraih peraih yang datang. Musim durian, bak kata Os dalam lagunya, "Oh komer, doroyan dah luruh, mula deme sombong, saman boleh bayour." Almaklum hasil musim ada ketika mencecah RM 5 ribu ketika itu, adalah nilai yang besar bagi yang mengusahakan kebun sebagai mata pencarian.

Walau duit sukar dicari, namun barangan keperluan semasa itu, masih ada batas kemampuan memilekinya, cukup sekadar menarik gebar malam, untuk menyambung hidup, keesokan hari.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

01 Disember, 2013

18 November, 2013

[7378] Kuala Kangsar Part 1

Secara ilmiah kuala merupakan pertemuan dua atau lebih anak sungai atau sungai. Titik pertemuan itu dinamakan kuala. Sekiranya tempat pertemuan berlumpur maka Kuala Lumpur lah jadi namanya. Bagi Kuala Kangsar pula, ceritanya Sg Kangsar itu merupakan sungai yang ke 99 dari muara Sg Perak di Telok Mak Intan di Betis Basah. 
Kangsar - membawa maksud kurang seratus. 

Apakah ini bahasa melayu atau bahasa asing? Tidak kita tahu kerana tiada pakar bahasa diantara kita. Apa yang pasti penerimaan masyarakat bahasa Kangsar itu bahasa Melayu!  

Seperti mana istilah kuala mengambarkan penemuan dua sungai atau anak sungai, ianya juga melambangkan penemuan anak anak murid Clifford seantero dunia.

Di Kuala Kangsar kita bertemu dan di Kuala Kangsar kita membesar. Tidak kira samada kita dari tanah bekas jajahan Kerajaan Melayu Siam Patani atau bekas jajahan kerajaan Melayu Kedah atau dari Kerajaan Melayu Kuno Beruas, Dinding, dan Melayu Melaka Tun Isap, kita semua mengaku dari daerah Kuala Kangsar. 

Bersambung.....

(Keh dah nak moler)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

17 November, 2013

[7378] Sekejap di Kualer

    Setiba di Kualer terus  ziarah pusara ibu sebelum pulang untuk makan tengahari.Sempat bersembahyang Jumaat di masjid Kota Lamer dan bertemu dengan Ridzuan Yusuf. Bertanya khabar seketika sahaja kerana Ridzuan agak sibuk mungkin nak nyambung kerojer di Kilang simen. Sambil duduk di masjid dan bertemu dengan bapa Puad yang mengemas sejadah dan menutup semula tirai saf perempuan. Mungkin ada kuliah malam nanti. Puad tidak kelihatan, barangkali sudah pulang sewaktu aku berbual dengan Ridzuan.

    Petangnya aku meronda ke Kualer. Pasti sahaja menuju ke lembah, pekena laksa kualer...banyak sudah makan sedap aku nikmati, pasti ikan pasti pulang ke lubuk dan laksa kualer pasti membuat lecur lidah untuk menikmatinya setelah dapat merasa tempoyak kualer.

    Sambil menyusur pingiir sungai melihat alir arus dan mengambil kesempatan mencampakkan jauh resah yang bersarang ke dasarnya. Biarlah arus itu membawa resah aku ke muara. Pulang nanti ke SP, aku kembali akan mengumpul beban yang menanti. Sesekali kelapangan nanti dan diizin Allah, aku  akan menjengah lagi sungai ini yang sentiasa melapangkan dadanya dan dasdarnya untuk anak perantauan mecampakkan seribu resah yang dibawa. Menghirup segar udara, memihat sekitar kawasan, aku tidak pernah jemu untuk walau sedetik cuma, dihampar kesempatan pasti aku pulang lagi.

   Terima kasih pada rakan yang sudi menemani bual-bicara aku di Salak malam itu. Masih banyak yang ada, masih banyak yang kita lupa suatu ketika dahalu, yang kita lalui bersama. Rakan-rakan yang menghuni "laman kanak-kanak dan mengejar dewasa" setia dfan sedia berkongsi rasa, mengingatkan peristiwa yang pernah kita lalui, tetapi kerana tuntutan waktu, telah kita lupa. Sewaktu pulang malam itu...ohhhhhh, detik hati, terkenang kembali beberapa siri hidup yang pernah direntas.

    Agak awal aku bergerak pagi itu, mulanya kembali ziarahi pusara ibu. Dendam rindu tetap bersarang, lirik mata, bual kasih dipahat abadi. Dari Kubur Besar aku ke Kubur belakang masjid lama, ziarahi pusara bapa dan abang. Ada ranting rambutan meyembam pusara ayah. Agak terbiar kerana anak lupa menerang. Aku nampak Im Genting di sudut kubur meraup lidi. Pertama kali dalam hidup ini aku menengurnya, "Assalamualaikum Im, ada golok?", jawapannya ringkas, "Takder". Aku tenung wajah yang mencecah pertengahan 80an (mengikut arwah ibu dulu). Kita selalu bicara tentang nama ini. Ada pernah antara kita menyapanya!?.  Masih sihat Im Genting, kini berwajah baru dengan misai dan janggut putih. Penjenamaan dan penjelmaan atau penampilan baru untuk meneruskan kehidupannya. Cekal tanpa meminta bantuan waris. Ada seketika sewaktu sakit teruk. Allah SWT maha kaya, maha agung. Im kini bergerak seperti dahulu. malah mungkin lebih sihat dari kita

    Lantas aku melangkah ke kereta untuk mengambil golok untuk mencatas ranting rambutan. Aku masih ingat pada ayah dan rindu. Sesekali rindu itu kembali dan membara. Sebelum melangkah pergi aku hulurkan sedikit kemampuan pada Im Genting. Semuga Allah SWT merahmati beliau. Icon Kota Lama Kiri, sebenarnya dialah itu. Bukan Dato, Tan Sri mahupun Tun yang pernah mengharumkan nama Kuala Kangsar. Ini pendapat peribadi aku...

   Memandu kereta menuju utara. Ada banyak tugas yang menanti...aku masih mahu menikmati damai perjalanan ini, dengan izinNya. Masuk ke pekan Taiping, menyusuri Lake Garden, Zoo Taiping, melihat kabus Maxwell Hill, Penjara, Galeri Taiping...mengutip hebatnya kebebasan yang dikecapi bersama rakan, Zuli, Takober, Meor, Sham Gemuk dan beberapa lagi, kemuidian bersama Meor dan Zam menghuni rasa di Lake Garden. Aku menempuhi padang Ragbi KE. Di situ aku bersama Lapok, Cip Sham Gemuk dan ramai lagi berkongsi kepuasan.

    Menepuhi Taiping Central menydarkan aku dari lamunan. Ini bukan jajahan zaman kita...dan kehidupan perlu diteruskan........

Salm buat semua

Yasin Ismail

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

-------- Original message --------
Subject: RE: [7378] Sekejap di Kualer
From: HASNI AHMAD <hasni.ahmad@si-protech.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:

08 November, 2013

[7378] Rahsia Malam

Syahdu malam yang penuh rahsia
Cahaya bulan sembunyikan matahari

Dinginnya malam menusuk kalbu
Kubaca beruntei kata rahsia

di lembar gelap langit
Disaksikan bintang yang tersisa
bawakan kabar cerita
rahsia silam mengamit perasaan

Aku tahu… Aku tahu…
Aku diketemukan di dini hari
saat angin lepaskan embun dari daun
menitis jatuh terubat kesunyian
menjadi suci satu ikatan persahabatan

Tiada nokhtah sisa-sisa kehidupan…..

CPO 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Hening Malam

Malam ini begitu sunyi…

Gelap…

Hampa…

Tanpa cerita….

Tiba-tiba semuanya hilang tanpa suara…

Seiring lenyapnya setiap untaian bicaraku…

Angan ku melayang…

Mencari satu suara dikeheningan malam…

Mengharap satu sentuhan yang biasa menemani…

Aku rindu…

Akan lembut teriakkan diselangi dengan gurauan…

Tapi semuanya tiba-tiba kelu dan diam…

Tertelan didalam keheningan…

Tak sedikitpun kudengar suara..

Tak juga tiupan angan yang selalu sampaikan pesan rindu..

Aku terdampar didalam keheningan…

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

07 November, 2013

[7378] Keheningan Malam Jumaat.....

malam kian sepi
suara merdu sang cengkerik mendayu-dayu
masih terduduk aku di meja 
kayu
sendirian mengungkap sejarah lama

saat indah lagi nostalgia
baru semalam ku lalui
bersulamkan gelak tawa
tiada tangisan mengiringi

betapa saat itu terlalu pantas
berlalu bagai pasir di pantai
bagai angin yang meniup sang bayu
terlalu singkat bagiku

lantas ku lingkari segalanya
peristiwa dulu, memori indah, 
walaupun seketika
kegembiraannya berpanjangan
tak terungkap dengan kata-kata
betapa keingin memusing roda

terima kasih kerana
memberikan aku sebuah kenangan
persahabatan abadi
dalam aku menjalani kehidupan ini..

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

05 November, 2013

[7378] Keheningan Senja....

Ketika senja melukis langit
Ku rungkai salam bersama angin malam
Dan ketika malam penuh dengan kerinduan
Dimana arah tak bertuah

Kasih di ujung hari
Ungkap lewat nyanyian senja
Di batas hari adakah mengerti
Di ujung malam adakah peduli

Kemana diri hendak ku labuh
Sedangkan arah tertutup kabut
Cari cari dan tetap kucari
Semoga di ujung hari akan dapat kutemui
Persahabatan sejati dambaan diri

Sahabat handai yang sekian menghilang diri
Moga ketemu kembali disuatu hari….

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

04 November, 2013

[7378] Secalit madat sekudap rasa xvii

Rasa sebak mendapat khabar pemergian sahabat (arwah Chepoi), walaupun pada awalnya dimaklumkan tentang keberadaannya di hospital. Di detik itu cuma doa kepada Allah swt yang termampu dilakukan, namun Allah swt lebih menyanyanginya daripada kita semua. Sesungguhnya kita redha akan pemergian sahabat. Ralat juga terasa di hati kerana cukup lama (35 tahun) tidak bertemu arwah, sewaktu Badarauddin memaklumkan sahabat (arwah ) berada di Gombak tergerak rasa hati ingin bertemu tetapi ada jua penghalang di waktu itu, akhirnya, langsung terlepas perhatian selepas itu.

Sahabat, terasa sebak yang mendalam dengan keinsafan tentang keberadaan kita semua bagaikan menanti giliran siapa pula antara kita  yang meninggalkan alam fana ke alam baqa  selepas ini. Hakikat ini tiada dolak daliknya. Ia bukan suatu pelarian tetapi yang mesti ditempuhi. Rasa di benak melahirkan kata-kata ini:

              Mungkinkah kita hidup selamanya.......
              Untuk selamanya.......
              Hidup kita bukan akhir dari semua
              Akhir hidup kita keranaMu,akhir mati pun keranaMu
              Mungkihkah kita mati membawa harta
              Mungkinkah kita penghuni syurga
              Ataukah kita kekal dalam neraka
              Na'u zubillah himnizaliq

              Inilah hidup .......
              Bergegaslah..... bertaubatlah
              Amal , ibadah perbanyaklah
              Lakukan perintahNya jauhilah laranganNya

              Inilah hidup..... hanya sementara
              Waktu kita tinggal sebentar saja
              Ajal menjemput kita
              Nanti...... wahai manusia........

Dalam duka timbul juga khabar bahagia, selamat pengantin baru kepada sahabat  Lt. Kol. Mior Puat. Mahligai baru dibina agar kekal melahirkan zuriat keluarga. "Sebahagian daripada kesempurnaan kebahagian di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia", kata si cerdik pandai.

Rasa yang terluah ini masih culang caling, mungkin juga kelelahan dengan usia dan persekitaran...macam-macam rasa....

Amir Md Akhir
Putrajaya
4/11/13
 
-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

02 November, 2013

[7378] Tumpang seronok sahabat kite...

Tahniah kepada sahabat kita... dan Selamat Pangantin Baru.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

-------- Original message --------
Subject: [7378] Tumpang seronok sahabat kite...
From: megatafuzy <megatafuzy@gmail.com>
To: Clifford <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:

Sent from Samsung Mobile

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to cliffordian7378+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.

01 November, 2013

[7378] Allahyarham Raja Saiful Dalam Kenangan

-------- Original message --------
Subject: [7378] Dalam Kenangan Allahyarham Raja Saiful
From: megatafuzy <megatafuzy@gmail.com>
To: Clifford <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:

Sent from Samsung Mobile

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

22 Oktober, 2013

[7378] CELOTEH SELEPAS SUBUH, DI MALAYA UDAH LOHOR

Hari ini sudah 30 hari di Mekah, batuk, demam, selsema adalah sinonim dengan perubahan drastik cuaca dari Khatulistiwa ke cuaca Gurun, ubat pun tak berapa nak jalan, sejak 3 hari yang lepas, mengamalkan setiap hari minum Laban seliter sehari, nampaknya agar segar rasa dedor badan, Chip sms semalam, kabornya nak ke Madinah hari ini, teman oulak seharian hari ini lawatan ke Jeddah. Aktiviti Rukun Haji, Wajib Haji sudah terlaksana sehingga 13 Zulhijjah yang lepas.

Nak akses internet, cuma sekitar di Lobby Maktab 95/97 Land Premium, lebih kurang 1 km menapak ke Masjidul Haram. Nak jadi habuan, blackberry pula tidak boleh akses email GG ini, dan banyak tak terbaca, celoteh dan kah kah kah kawan kawan. Teman mendoakan agar kesemuanya dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat. Dimurahkan rezeki dan dimudahkan rakan rakan yang bakal menunaikan Haji di tahun tahun mendatang.

HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

13 Oktober, 2013

[7378] Tatkala angin membawa berita

Di veranda ini
Angin sepoi bahasa membelai jiwa
Di veranda ini
Insan menanti sepi
Di veranda ini
Perjalanan hidup yang dilalui melangkah pergi

Dianjung ini
Kami setia menanti
Di anjung ini
Kami masih setia 
Menunggu khabar berita
Berita kepemergian
Berita gumbira dan
Berita lucu

Di rumah usang ini
Telinga masih menanti
Berita dan utusan
Ulasan dan gelak hina tawa ria
Di rumah usang ini
Berhentinya perjuangan di pagi tadi
Membawa ke petang sehingga dini hari

Di anjung ini
Ku rebahkan badan
Merelakan angin sepoi bahasa membelai diri
Merelakan pemergian usia muda yang telah ku sia sia kan

Di anjung rumah ini
Aku menanti
Sahabat ku mencabut umbun ku
Namun bekalan masih belum mencukupi
Ku relakan kerana sahabat yang ku tinggalkan mampu 

Di anjung ini
Ku temukan kasih ku
Ku bertemu kasih ku
Ku khianati kasih ku
Ku ingari kasih ku

Di anjung ini
Aku masih menunggu
Dan tetap menunggu

SA Sulaiman
Sent from my iPhone

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

08 Oktober, 2013

[7378] CHIP sampaikan AS SALAM pader Semue..

Teman berkesempatan tengahari tadi ngan rombongan Che Kiah menghantor Chip
ngan Yong die berlepeh ke Tanah Suci sebelum naik kapei terobang pukui 3
petang tadi...

Ramei ler yang datang, bebudak opeh die, anak2 pompuan die, mak, pak mentue,
mak die, kakak ngan abang ipor die ngan kawan2 rapat die ader sekali, sempat
jugak bergambor dengan die ngan yong dll..

Die sampeikan Salam pader mekomer semue, pader yang die tak sempat nak baleh
yang antor email ucap selamat, die ucapkan temakasih bebanyak dan mintak
kengkawan semue doakan kesejahteraan die ngan yong semaser kat Tanah Suci..

Ni nak habor citer benor nie.. pirst time pulak nengok Chip kiter ngobak
tadi, pehtu die pesan sementalaah die kat Tanah Suci selamer 20 hari ni...
VP kiter ler jadi Pemangku Chip... kalu ader aper2 hae pasei kengkawan..
boleh labun ngan Acting Chip kiter Tuan Chomei... pehtu de habor jugak,
Pemangku VP.. Pa @ Mustafa kiter takeober kejap.. die habor lagi Pa kiter ni
pengalaman die lueh.. (kat belah ateh pun lueh jugak macam die)..

Ader die nokok lagi, pader firasat die.. maser die kat saner tu, die ngagak
ader antarer kawan kiter yang akan menikah lagi.. itu kirer kerojer Pa
(Acting VP) kiter ler nak habor kat kengkawan yang lain nanti.. Saper yang
die pikior nak menikah tuu... entah ler agaknye... kiter nengok jer nanti
betoi ator tak betoi firasat Chip kiter nie..

Perlantikan keduer-duer kawan diateh, berkuat kuaser serta merta sehingga
27hb Okt sekembalinye Chip dari Tanah Suci... 

Itu jer setakat ini untuk makluman mekomer... 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

22 September, 2013

[7378] Balik ler Mekomer

Mekomer yang udah lamer tak balik Kualer tu…. pakat2 ler balik kampong halaman…

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Kehidupan Dagang

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Musafir Hamba Mengkuang Layu.

Untung sabut timbul. 
Untung Batu tenggelam.

Permulaan Jalan yang panjang, mahukan fokus pada tujuan asal perjalanan, ada yang OGS, hanya 14 hari, atau dikenali sebagai Haji Korporat, namun privilege seperti itu, bagi yang. Golongan terpileh, yang ada kedudukan, dan berwang jenuh, tapi bagi yang melalui Jalan yang disalurkan, tiada banyak pilihan, muassasah dengan senarai menunggu, sepanjang 30 tahun. Bagi yang ada luang dan ruang, daftarlah ke barisan menunggu itu, 

Permulaan jalanan kali ini dimulai semalam jam 10 15 malam, sampai di Hentian Duta Seawal 5 15 pagi tadi, lantas ke Pondok yang disarankan, sambil menunggu hari esok.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

12 September, 2013

[7378] Petang Yang Hening... yang baik sebagai Ingatan, yang buruk jadikan Sempadan.

Ketika burung  meraikan siang
melantunkan madah ceria
memanjangkan khabar dan salam
yang hijau masih berkilau
tinggalan sentuhan dinihari

ketika inilah ku memerhati
meruntun kalimah yang berdegupan
perasaan menawarkan ilham
menyusun rentak agar sesuai
irama dan pesan-pesan

maka kesyukuran yang tidak terhingga
dilepaskan ke jauh sana
hingga ke tinggi awan
dengan setapak tangan
memohon berkat dan iman

sesungguhnya kita ini selalu alpa
hati berkelana tanpa rasa
sekejap datang dengan iman
sekejap hilang dari pandangan

maka yang kurang jangan dihilangkan
jangan direndahkan atau dibuang selalu
ada baiknya kalau dibersih dan dipulih
kerana kita sebagai insan mudah khilaf sendiri

perjalanan kehidupan hampir ke senja
 dengan kata dan cerita nan bertaburan dan berbeza
langit tidak selalu cerah bersayupan
terkadang gelap balam menuruni hujan

halnya kita ini sama sahaja, hanya yang
membeza adalah rupa dan aura iman
yang berbolak-balik perlu dijaga
agar tidak terkandas kelas menderita

kerana cahaya hidayah itu limpahan kasih-Nya
tatanglah ia bagai menerima amanah sebaiknya
memelihara yang wajib hendaklah diutama
jangan sampai hilang sekejap sahaja meribanya

tunggak iman itu amalan tidak sebentar cuma
dilapik baik dengan ilmu pengetahuan
dari masa siang sampailah ke malam
hendaklah ilmu dituntun tiada berhenti

sekadar ini sahaja risalah  yang terawal
berkongsi apa yang terfikir di kalbu 
tulisan yang baik diambil peringatan
lintasan yang buruk dijadikan sempadan

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

11 September, 2013

Re: [7378] Keheningan Awal Pagi...

Salam Pagi
bersama secangkir teh panas
kepul asap meresap rongga hidung
rembas hujan penyebab hingus meleleh
menambah lemak berkrim teh ini

menyalut roti dengan peanut skippy
menjalar minda pada siri 'Skippy The bush kanggaroo"
memerhati pelajar resah dipintu pagar
UPSR hari kedua
ahhhhh...dulu aku tak kisahpun!!!!!

Yasin Ismail

[7378] Keheningan Awal Pagi...

Barangkali masih terlalu pagi

Untuk minum secawan kopi

Sekadar menemani mata yang enggan terpejam

Untuk alasan yang rasanya enggan ku fikirkan

Atau barangkali segalanya tak mesti harus sesuai aturan 

Melampaui batas kebiasaan

menepikan kelaziman 

Secawan kopi di meja kayu

Ku singkap keceriaan haruman berirama rindu

Menayangkan satu demi satu slide pertemuan kita yang lalu.

Berputar-putar saja dalam benakku

Esok mungkin tak pernah sama seperti kelmarin

bahkan tak sama pula seperti hari ini

Tapi aku masih di dunia yang sama

Menantimu bersama hujan di beranda.

melolong di pagi buta…..

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

08 September, 2013

[7378] Re: Sorotan Perjalanan Utara- Tengah

Dunia "compliance" sudah menjadi suatu keperluan buat masa ini, menjadi practitioner kini memerlukan "up to date information", lebih lebih lagi di kala "information age", menjadi lebih mudah dan kompleks, diperkenalkan dalam administrasi Akta berkaitan dengan "data protection act", dan juga akta "competition" dengan adanya suruhanjaya yang mengawalselia, lambat laun, ianya akan menjadi hari yang penuh igauan jika tersangkut dengan kedua dua akta ini, denda yang melibatkan jutaan ringgit, kes terbaru melibatkan Air Asia dan MAS, dibawah Akta Persaingan ini. 

Banyak perkara yang bakal berubah dengan dunia dagang yang makin kompleks. Dalam mengejar sukses dan survival dalam dunia dagang, tidak semudah dahulu, dan mencari emas dan perak, sudah banyak halangan dan tidak sebebas dahulu. Bebas dan pergerakan tanpa kawalan, merupakan hari kelmarin.

Begitulah transformasi menuju negara masa hadapan, law and order, menjadi keperluan, laksana cerita terpapar di television, ianya sudah menjadi budaya baru dalam dunia dagang, yang dulunya kes kes sebegini adalah kes yang terpinggir. Kini sudah menjadi budaya baru, dibumi yang disanjung peradabannya. Begitulan sketsa dunia globalisasi, kompleksitinya begitu terasa kini.

06 September, 2013

[7378] Sorotan Perjalanan Utara- Tengah

Bila dah separa abad, segala kerja buatpun sudah kelupaan, tinggal yang tepi, mula ditengah, dihujungnya terbungkam. Sejarah kemelesetan ini, sepengingat diingatan, 1971, suasana itu, getah asap berbunga, 25 sen sekati, beras RM 1.60 segantang, gula 25 sen sekati. Berbekal RM 30.00 mampu menampung 6 mulut untuk sebulan. Namun membanting tulang empat kerat, mendapatkan RM 30.00 ketika itu, dengan 120 kati getah asap berbunga no 5, disamakan persamaannya.

Mengenang kemelut itu, apa lagi untuk mengumpul dana mengerjakan Haji, ketika itu dengan RM 5000, menaiki kapal laut selama 15 hari dan perjalanan kembali 15 hari.

Yang benar benar mampu, ketika itu, adalah pemakan gaji, dengan terbitnya tunggakan gaji, dimasa Benham Report, Suffian Report dan sebagainya. Ada yang menjarah durian runtuh, belasan ribu ringgit, yang membolehkan dibuat bungalow ditanah sendiri.

Perubahan struktur pembangunan, antara sektor, menampakkan jurang yang amat ketara, sebahagian besar isi rumah masih dibawah garis kemampuan menguruskan kehidupan. Lebih lebih lagi di darsawarsa kini, anak yang masih di IPT, bebanan sarahidup yang tinggi, bergolok bergadai dengan mengadakan pembiayaan.

Era 1990 an, sebelum kebangkitan Vietnam, China, Thai, Indonesia, negara Malaysia, dikenali dengan kepelbagaian insentif di Trade Zone nya, dengan 5 tahun pioneer status, menggarap pelabur luar melabur di dalamnya. Ditahun tahun itu juga penyetabilan antara imbangan pembayaran dan pendapatan adalah berimbang. 

Setelah kebangkitan Vietnam, China, Indonesia, pelabur beralih arah kesitu, dan arah kegiatan ekonomi, dari pengeluar, beransur arah menjadi perdagangan am, pengeluaran hasil pertanian utama, getah telah menurun, dan kini diambilalih oleh Thailand.

Sejajar dengan asas itu, maka masa depan untuk stabil dipasaran bersaing, sektor perkhidmatan mengambil tempat. Tapi yang banyak menjarah keringat, sehingga kehilangan dana bermillion, dan billion ini, dengan wujudnya elemen "ponzi" dalam skima pasaran. Mengakibatkan kehilangan dana yang terjun menurut derasnya arus, sehinggakan kantung kekeringan.

Mahunya, dicari dimana, barangan yang hilang, matinya tanpa bekas dan kubur.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] secalit madat sekudap rasa xv

Sebelum ini ada diperkatakan tentang harga, ya, mungkin pada masa itu yang disentuh hanya harga ayam dam daging, tetapi sebenarnya isu yang ingin ditimbulkan dan lebih kritikal adalah harga barangan yang sentiasa naik di negara ini. Beberapa hari lalu harga minyak Ron 95 dan Diesel telah dinaikkan 20 sen. Alasan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah untuk mengurangkan subsidi dan hal ini akan menjimatkan kewangan negara, 1.3 bilion kata PM.

Reaksi orang ramai pelbagai, yang jelas majoritnya rasa tidak berpuas hati,  biasalah apa jua harga yang naik tidak akan disambut dengan baik. Semasa harga rokok naik pun macam tu juga tetapi pembeli rokok makin bertambah. Dalam pada itu ada yang menyokong subsidi ini dipotong kerana inginkan rakyat negara ini jangan dimanjakan dengan subsidi. Dalam keadaan begini sikap meminta-minta rakyat perlu diketepikan, itu kata mereka tetapi tidaklah salah pula untuk meminta-minta undi mereka semasa PRU. Tidaklah ingin mengulas kewajaran memotong subsidi minyak, kerana ini semua di tangan kerajaan. Negara ini memang banyak memberi subsidi kepada rakyatnya, cuma rakyat tidak sedar hinggakan setiap barang diberikan subsidi tak kiralah dalam bentuk apa sekalipun. Rasanya itu salah satu tanggungjawab kerajaan?

Yang klise, apabila dinaikkan harga minyak mulalah dibuat perbandingan harga dengan negara lain. Tujuannya jelas untuk mewajarkan kenaikan itu. Minyak di negara ini lebih murah daripada negara-negara tertentu malah dikatakan kelapan termurah di dunia.  Betulkah harga  minyak di negara ini berkedudukan demikian? Disenaraikan tujuh negara di atas negara ini, tetapi rasanya ada lagi negara-negara yang harga minyaknya lebih murah daripada negara ini, yang terasa, harga minyak di Brunei itu pasti lebih murah daripada negara ini sekalipun dikirakan pertukaran matawang. Dalam senarai itu kita mengatasi Brunei!

Kebiasaannya, harga minyak naik akan turut naik sama harga barangan. Hal ini tidak boleh dinafikan, kenyataan menteri juga mengesahkannya dan akan bertindak ke atas sesiapa yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Klise juga kenyataan ini sebenarnya, boleh rasa mual dibuatnya kerana tiada yang beza sebelum ini apabila harga minyak dinaikkan. Ada waktunya seperti menguji keintelektualan kita. Ya, suara kita ini tidak ke mana? Bagai anjing menyalak bukit, tetapi kalau dipendam tidaklah elok juga, binasa nanti. Cuma ia luahan rasa, tak salahkan?

Rasanya kita telah melalui fasa  seperti ini (harga minyak naik)  berulang kali, benar kita berjaya menempuhinya.Cara dan gaya hidup kita pun berubah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Ada yang berusaha keras dalam urusan mencari nafkah hidupnya untuk mencapai keseimbangan dengan kos  yang meningkat tetapi tidak semua berada dalam kesempatan dan peluang yang sama. Akibatnya, kos yang meningkat ini akan menyempitkan kehidupan mereka. Rasanya keberadaan itu menjadi penentu dalam ruang yang kian menyesakkan ini.

Amir Md Akhir
Putrajaya

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

01 September, 2013

[7378] Selamat Malam & Semoga Mimpi Indah

Sebelum mata terlelap dan terpejam

Sebelum langit merubah menjadi kelam

Malam ini kan kukongsi lisan menjadi tulisan

Agar engkau disana tidur dengan hati yang tenang

Sebenarnya banyak yang ingin ku ucapkan

Namun biarlah sekadar ungkapan tanda ingatan

Bersama iringan doa untuk mengharungi lautan mimpi

Aku selalu berharap kita akan bersua kembali

Dengan lantunan kabar suka mau pun duka

Selamat malam buat semua sahabat hatiku

Moga Malaikat mengirim mimpi indah buatmu!

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

24 Ogos, 2013

[7378] Perjalanan Yang Semakin Hampir

Tempoh perjalanan umur dan laluan yang pelbagai, melalui ranjau dan onak, sudah semakin hampir. Detik demi detik, berlalu persis deruan angin mulai dengan sepoi sepoi bahasa, dan akhirnya menjadi puting beliong memusnahkan apa yang menjadi halangan. 

Disepanjang minggu lalu, beberapa protes menjadi tragedi, simbolik diberi bunga dibalas tuba. Disejarah sepanjang zaman, askar dan pasukan keselamatan, seharusnya menjaga keselamatan para rakyatnya, dibunuh dengan taburan peluru hidup, bergelimpangan, dibumi para anbiya', laksana Fir'aun menghambat Musa ke Laut Merah.

Zaman berubah, namun kisah kisah seperti tentera Tartar memusnahkan tamadun dibumi Iraq, sehingga Sungai Furat dan Tigris dipenuhi warna warni dakwat dan darah. 

Namun kejadian dibumi Mesir, tentera dan polis, menjadikan rakyatnya sebagai batang pisang dan perisai. 

Dunia sudah menjadi pelik dengan krisis nilai, yang dikalung bunga dibalas tuba.

Mungkin inilah penghujung jalan, dengan jalan jalan yang penuh berselerakan dengan pembunuhan kejam, berperang dengan rakyatnya sendiri, tanpa senjata.

Hanya airmata yang mampu disaliri, diiring doa doa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.