Laman Utama

17 November, 2013

[7378] Sekejap di Kualer

    Setiba di Kualer terus  ziarah pusara ibu sebelum pulang untuk makan tengahari.Sempat bersembahyang Jumaat di masjid Kota Lamer dan bertemu dengan Ridzuan Yusuf. Bertanya khabar seketika sahaja kerana Ridzuan agak sibuk mungkin nak nyambung kerojer di Kilang simen. Sambil duduk di masjid dan bertemu dengan bapa Puad yang mengemas sejadah dan menutup semula tirai saf perempuan. Mungkin ada kuliah malam nanti. Puad tidak kelihatan, barangkali sudah pulang sewaktu aku berbual dengan Ridzuan.

    Petangnya aku meronda ke Kualer. Pasti sahaja menuju ke lembah, pekena laksa kualer...banyak sudah makan sedap aku nikmati, pasti ikan pasti pulang ke lubuk dan laksa kualer pasti membuat lecur lidah untuk menikmatinya setelah dapat merasa tempoyak kualer.

    Sambil menyusur pingiir sungai melihat alir arus dan mengambil kesempatan mencampakkan jauh resah yang bersarang ke dasarnya. Biarlah arus itu membawa resah aku ke muara. Pulang nanti ke SP, aku kembali akan mengumpul beban yang menanti. Sesekali kelapangan nanti dan diizin Allah, aku  akan menjengah lagi sungai ini yang sentiasa melapangkan dadanya dan dasdarnya untuk anak perantauan mecampakkan seribu resah yang dibawa. Menghirup segar udara, memihat sekitar kawasan, aku tidak pernah jemu untuk walau sedetik cuma, dihampar kesempatan pasti aku pulang lagi.

   Terima kasih pada rakan yang sudi menemani bual-bicara aku di Salak malam itu. Masih banyak yang ada, masih banyak yang kita lupa suatu ketika dahalu, yang kita lalui bersama. Rakan-rakan yang menghuni "laman kanak-kanak dan mengejar dewasa" setia dfan sedia berkongsi rasa, mengingatkan peristiwa yang pernah kita lalui, tetapi kerana tuntutan waktu, telah kita lupa. Sewaktu pulang malam itu...ohhhhhh, detik hati, terkenang kembali beberapa siri hidup yang pernah direntas.

    Agak awal aku bergerak pagi itu, mulanya kembali ziarahi pusara ibu. Dendam rindu tetap bersarang, lirik mata, bual kasih dipahat abadi. Dari Kubur Besar aku ke Kubur belakang masjid lama, ziarahi pusara bapa dan abang. Ada ranting rambutan meyembam pusara ayah. Agak terbiar kerana anak lupa menerang. Aku nampak Im Genting di sudut kubur meraup lidi. Pertama kali dalam hidup ini aku menengurnya, "Assalamualaikum Im, ada golok?", jawapannya ringkas, "Takder". Aku tenung wajah yang mencecah pertengahan 80an (mengikut arwah ibu dulu). Kita selalu bicara tentang nama ini. Ada pernah antara kita menyapanya!?.  Masih sihat Im Genting, kini berwajah baru dengan misai dan janggut putih. Penjenamaan dan penjelmaan atau penampilan baru untuk meneruskan kehidupannya. Cekal tanpa meminta bantuan waris. Ada seketika sewaktu sakit teruk. Allah SWT maha kaya, maha agung. Im kini bergerak seperti dahulu. malah mungkin lebih sihat dari kita

    Lantas aku melangkah ke kereta untuk mengambil golok untuk mencatas ranting rambutan. Aku masih ingat pada ayah dan rindu. Sesekali rindu itu kembali dan membara. Sebelum melangkah pergi aku hulurkan sedikit kemampuan pada Im Genting. Semuga Allah SWT merahmati beliau. Icon Kota Lama Kiri, sebenarnya dialah itu. Bukan Dato, Tan Sri mahupun Tun yang pernah mengharumkan nama Kuala Kangsar. Ini pendapat peribadi aku...

   Memandu kereta menuju utara. Ada banyak tugas yang menanti...aku masih mahu menikmati damai perjalanan ini, dengan izinNya. Masuk ke pekan Taiping, menyusuri Lake Garden, Zoo Taiping, melihat kabus Maxwell Hill, Penjara, Galeri Taiping...mengutip hebatnya kebebasan yang dikecapi bersama rakan, Zuli, Takober, Meor, Sham Gemuk dan beberapa lagi, kemuidian bersama Meor dan Zam menghuni rasa di Lake Garden. Aku menempuhi padang Ragbi KE. Di situ aku bersama Lapok, Cip Sham Gemuk dan ramai lagi berkongsi kepuasan.

    Menepuhi Taiping Central menydarkan aku dari lamunan. Ini bukan jajahan zaman kita...dan kehidupan perlu diteruskan........

 

Salm buat semua

Yasin Ismail

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.




-------- Original message --------
Subject: RE: [7378] Sekejap di Kualer
From: HASNI AHMAD <hasni.ahmad@si-protech.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan