Laman Utama

24 Februari, 2013

[7378] Berkongsi Rasa

Salam buat Semua

    Satu rancangan bualbicara di TV1 menjemput beberapa orang tokoh ilmuan di bidang pendidikan membicarakan dasar "Peperiksaan Berasaskan Sekolah"(PBS). Maka petahlah bicara para ahli dalam bidang mereka masing-masing dan mengangguk bersetuju betapa dasar ini akan memberi impak terkesan kepada anak didik dan halatuju pendidikan global.

    Ruang tonton dipenuhi pula oleh mereka yang masih belajar ilmu pedagogi dan methodologi. Belum kenal alam persekolahan. Belum merasa titis peluh menungkah arus pendidikan. Angguk kepalalah anak muda ini, tanda bersetuju dengan setiap yang dibicarakan

    Di sekolah, keesukan harinya, para guru tua dan yang muda sedang bertungkus lumus dengan Headcount, evident untuk setiap pelajar bertujuan filling hampir muntah, dengan LDP, SAPS, ARS dan pelbagai asakan,  loya tekak mendengar bicara tadi malam.

    Benar, bidang ini mencabar kerana kita membangunkan insan, membentuk wawasan negara...dan anak-anak inilah yang nanti akan menerajui negara. Benar...ada guru yang merosakkan profession ini. Benar...segala yang dibicara benar belaka.... dan benar juga lah , English will be a compulsory suject to pass ini SPM when all are ready...Mana mungkin !!!! ada SPM jika kita ke arah PBS?
!. Entahlah!!!!, sekadar berkongsi rasa


Yasin Ismail

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

17 Februari, 2013

[7378] Detik Detik Jalanan Pulang

Saban tahun, sama ada kiraan kaedah matahari ataupun bulan, kita lalui detik detik itu beberapa fasa dalam kehidupan. Siang berganti malam, silih berganti, tanpa henti putarannya.

Melihat hari kelmarin, adalah nostalgia silam, ianya sebagai sempadan kehidupan, apa yang ada hari ini, adalah ikhtiar kita diwaktu yang lalu, berserta keizinan dari Maha Pencipta. Hari esok, adalah penuh harapan, agar kita melepasi titian dan jambatan di hari hari akhir, kehidupan berpanjangan, setelah melalui proses kematian.

Kehidupan alam percubaan dengan ragam dan detik, menurut kadar ujian yang mampu dipikul, dan tidak terlepas dari pasang surut pergerakan, fasa anak kecil ke usia remaja, fasa muda belia ke dewasa, fasa dewasa ke warga emas, dan fasa menunggu panggilan pulang, itu yang pasti.

Peringatan demi peringatan, dinatijahkan dari alam, untuk kita ambil iktibar, agar kita lalui sisa sisa umur, dengan penuh redha meredhai, atas ujian dan laluan menurut kemampuan masing masing.

Selamat Mengingati Hari Hari Kelahiran Kepada Rakan dan Teman, Moga Sejahtera Di Usia Emas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

16 Februari, 2013

[7378] Enjit Enjit Semut, Siapa Sakit Naik Atas

Dunia kehidupan di darsawarsa kini, yang memperlihatkan semakin kompleks dan komplikated, cuma ada kalanya, kita terlupa, dalam rukun asas ekonomi, diajar dengan "kos melepas", atau lebih kepada "sambil menyelam minum air", kedua dua ini nampak ada kontradiksi kenyataan, yang satu, satu satunya, terpaksa melepaskan suatu pilihan, sama ada memilih opsyen terbaik, dan melepaskan yang kurang itu.

Kita telah diajar, tidak gelojoh dalam tindak tanduk, namun sifat tamak sering menggoda, dan terjerumus diarus khilaf, dan tersasar. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, merana badan.

Bidalan, "orang tamak selalu rugi", tapi itulah sikap gelojoh dan haloba, sering kita berhadapan dengan kerugian berpanjangan. Yang terhiris dek sembilu, menjerumuskan kita, "yang dikendung berciciran", terlepas lepas memicit dahi kerunsingan. Begitulah asam garam kehidupan, "akibat nila setitik, rosak susu sebelanga".

Hishamudin Alli
Kangar, Perlis

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] secalit madat sekudap rasa ix

Cuti Tahun Baru Cina bagaikan cuti Malaysia, sambutannya melata, yang berbangsa Cina dah tentu perayaannya, Melayu dan bangsa lain turut bercuti sama ada menyambut sama atau tidak, yang pasti masyarakat negara ini bercuti.Apabila bercuti bermacam rancangan dan acara diadakan, yang banyaknya majlis perkahwinan, 10 dan 11 Feb menjadi pilihan, mungkin juga di hujung minggu ini majlis seumpama itu berterusan. 
Sudah tidak ada musim kahwin lagi, sebelum ini cuti penggal persekolahan menjadi musim kahwin.
Zaman beredar musim berubah. Rasanya mungkin kita perlukan perubahan.

Selain ke majlis perkahwinan anak kemanakan di Kulim pada cuti panjang ini, penulis berkesempatan menonton filem Tiga Abdul di Astro.  Banyak kali dah menonton filem ini namun tidak menjemukan malah adegan dan dialognya bagaikan terpatri dalam minda. Banyak pengajaran dan panduan dalam filem komedi P.Ramlee ini. Kalau nak dikupas boleh dibuat satu kajian sosial dan di ruang ini bukanlah forumnya. Rasanya biarlah penonton dan penggemar filem P.Ramlee di kalangan kita mengamati yang tersurat dan tersirat.

Filem2 P.Ramlee tiada siapa yang mampu mengatakan yang negatif tentangnya.Peredaran zaman tidak meminggirkan karya2 beliau, nilai hiburannya sensasi, kritikannya merentasi zaman dan mutu lakonan yang dicemburui hingga ke hari ini. 
Namun pengalaman penulis bersama Pak Samad Ismail pada tahun 1994, beliau agak kritikal dalam menilai sumbangan P.Ramlee pada zamannya.Beliau menganggap filem2 P.Ramlee di Singapura pada masa itu hanya melalaikan, alasannya masyarakat Tanah Melayu dan Singapura sedang sibuk memperjuangkan kemerdekaan, filem2 P.Ramlee tidak bertemakan semangat kebangsaan dan mengetengahkan  "escapisme" hiburan sahaja. Kata2 ini datang dari Pak Samad sewaktu penulis dan editor majalah Dewan Budaya berkunjung ke rumahnya untuk mengambil artikel untuk kolum bulanannya  di majalah tersebut. Tidaklah penulis dan rakan editor mempertikaikannya kerana siapalah kami jika dibandingkan dengan Pak Samad. Kami cuma ingin menelusuri pengalamannya sebagai wartawan tersohor dan seorang politikus berhaluan kiri.

Jika diamati antara filem2 P.Ramlee yang meninggalkan impak kepada kita angka 3 akan terserlah. Contohnya, Tiga Abdul, Madu Tiga, Siri Bujang Lapok dan Do Re Mi yang melibatkan tiga watak dan nama tempat seperti Kpg Tualang Tiga dalam filem Sumpah Orang Minyak. Mungkin secara kebetulan tetapi bagi seorang yang berkarya apa jua terhasil daripada daya kreatifnya harus ada sebab dan tujuan. Rasanya tersohornya karya P.Ramlee bukan terletak pada angka atau huruf tetapi persembahan karya yang "natural" dan santai.

Tetapi kenapa tiga bukan empat? Rasanya tiga itu lebih daripada dua dan kurang daripada empat, itu yang cocoknya. Mungkin juga jawapannya ada pada yang dua.....

Amir Md Akhir
15/2/2013
KLIA

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

11 Februari, 2013

[7378] Dahulu dan kini (cetusan hati Hang Nadim)

Dahulu kita merantau dalam sepi
Tiada perkhabaran dari sahabat sendiri
Setelah terpisah bertaut kembali
Mencipta ruang baru disini

Bertaut kembali sahabat sejati
Dari jauh salam diberi
Yang menyepi tetap menyepi
Namun mengikuti sandiwara disini

Yang dahulu memang menyepi
Namun berita masih diikuti
Yang kini ceria menyapa senyap sunyi
Membawa diri seorang diri

Dahulu ceria kini sepi
Berkelana kendiri
Marilah pulang kesini
Bergurau senda kita kembali

Pulanglah kelana yang menyepi diri
Usah di kira perkara guris dihati
Ampun maaf kami menyusun jari
Agar tuan hamba menyapa diri ini

Sungguh mulia mengampun diri
Jemala hamba serah diri
Tuan hamba menyepi diri
Manakan tempat hamba merujuk diri

Tuan hamba baik pekerti
Bergurau senda landsan Nabi
Memang liar gurauan kami
Jangan sangat diambil hati

Di utara Awang dan Seni menyepi
Di tengah JJ dan Ajih membawa diri
Mana lagi tempat berinteraksi
Kalau bukan dimaya ini

Hendak ku jelajah bumi ini
Bersalaman dengan sahabat hati
Hasrat hati tinggal mimpi
Tidak ku daya melainkan disini

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.



-------- Original Message --------
Subject: [7378] Dahulu dan kini
From: hang nadim <aiznin@gmail.com>
To: Clifford <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:



09 Februari, 2013

[7378] Sekadar Coretan di Hujung Minggu (oleh Hasni)

Ketika burung  meraikan siang
melantunkan madah ceria
memanjangkan khabar dan salam
yang hijau masih berkilau
tinggalan sentuhan dinihari

ketika inilah ku memerhati
meruntun kalimah yang berdegupan
perasaan menawarkan ilham
menyusun rentak agar sesuai
irama dan pesan-pesan

maka kesyukuran yang tidak terhingga
dilepaskan ke jauh sana
hingga ke tinggi awan
dengan setapak tangan
memohon berkat dan iman

sesungguhnya kita ini selalu alpa
hati berkelana tanpa rasa
sekejap datang dengan iman
sekejap hilang dari pandangan

maka yang kurang jangan dihilangkan
jangan direndahkan atau dibuang selalu
ada baiknya kalau dibersih dan dipulih
kerana kita sebagai insan mudah khilaf sendiri

perjalanan kehidupan hampir ke senja
dengan kata dan cerita nan bertaburan dan berbeza
langit tidak selalu cerah bersayupan
terkadang gelap balam menuruni hujan

halnya kita ini sama sahaja, hanya yang
membeza adalah rupa dan aura iman
yang berbolak-balik perlu dijaga
agar tidak terkandas kelas menderita

kerana cahaya hidayah itu limpahan kasih-Nya
tatanglah ia bagai menerima amanah sebaiknya
memelihara yang wajib hendaklah diutama
jangan sampai hilang sekejap sahaja meribanya

tunggak iman itu amalan tidak sebentar cuma
dilapik baik dengan ilmu pengetahuan
dari masa siang sampailah ke malam
hendaklah ilmu dituntun tiada berhenti

sekadar ini sahaja risalah  ditengahari
berkongsi apa yang terfikir di kalbu 
tulisan yang baik diambil peringatan
lintasan yang buruk dijadikan sempadan

 

 

-- 

[7378] Selamat Menyambut 'Chinese New Year'

Salam Kengkawan Cliffordian Semua!
 
Ingin saya dan keluarga saya mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA' kepada semua kawan-kawan Cliffordian dimana saja kamu berada!
Enjoy the celebration with your loving families and be joyous at all times!
Remember, we Cliffordian are brothers & sisters to each other till time remains!
 
Mengingatkan waktu kita semua di Kuale masa kecil dulu, masing2 berebut siapa yg banyak kutip ang-pow!
Dan menghabiskan wang ang-pow kat Ghe Keng sebelah Cathay cinema dan tenguk wayang!
 
Well take good care of yourself, enjoy life, appreciate the long friendship that we are having now!
 
Terima Kasih!
Dwan Mansor & Keluarga
Kuala Lumpur

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

08 Februari, 2013

[7378] Catatan Kehidupan Dan Memoir Kelangsungan Kehidupan.

Ada perkembangan baru dalam sejarah kehidupan, setelah 52 tahun dilalui, mengikuti fasa fasa perkembangan, sejak melaluinya tanpa henti, di mulai dengan kehidupan sejak kelahiran, dan dipersimpangannya, ada yang telah melalui kematian, melewati tempoh pancaroba dan tajribah dan tribulasi, serta mehnah dalam saikologi fasa fasa kehidupan. 

Kita dibekalkan dengan "abc", dan "alif ba ta" oleh ibu bapa, guru guru di persekolahan rendah, menengah dan perguruan tinggi, pergaulan dengan teman teman persekitaran, mengenal akal budi disuasana proses sosialisasi, diterapkan dengan pengalaman berkeluarga, membina penghidupan, menyara keluarga, dan membesarkan mereka dengan keperluan keperluan serta meruntuni kemajuan dan pengembangan mereka, dan memandu arah, dimana mereka harus berhadapan, dari negeri picisan, dilalui dengan fasa fasa fasilitasi dan transformasi doktrin hiliran, kemana dan dimana arah tuju untuk melestari kehidupan, sepanjang zaman.

Sejarah kehidupan kemanusiaan, sejak dari Adam alaihissalam hinggalah ke khataman Nabiyyin, Nabi Muhammad Sallahualai Salam, menunjukkan garis kehidupan yang panjang, dari mana kita datang, dan kemana bakal pergi, dihujung nanti, kehidupan alam duniawi, menuju ke jambatan kehidupan akhir, yang fasa kehidupannya berpanjangan. Itu diterapkan dalam konsep kehidupan, yang diajar, dan dinukil dalam untaian karya sejarahwan, yang menukilkan kehidupan sebelum adanya spesies manusia di dunia, dikisahkan pula kejadian Adam, hingga biak hingga mutaakhir, falsafah kehidupan, mengadbikan diri kepada Pemilek Alam, Rabbul Jalil, dijadikan golongan kiri dan kanan, ada lelaki dan perempuan, dan juga pasangan pasangan untuk mereka. (Ibnu Katsir).

Karya agungnya yang lain (tafsir Ibnu Katsir), antara tafsir yang terbaik, mengolah serta menggali intipati antara ketuhanan dan kejadian makhluk dan alam semesta, semata mata bertujuan mengabdikan diri, pada Pemilek Haqiqi Alam ini.

Kita juga, diajar untuk terus menggali ilmu ini, dengan galian yang tercungkil, diselideki, diikuti anjurannya, agar tidak tersasar di medan yang sentiasa berolak, dan menggunung paksi paksi bumi, sinonim, alam dan kehidupan, adalah untuk kita berfikir, bagi yang mahu mengaplikasikan suruhan dan anjuran.

Kehidupan yang kompleks, tanpa kita sedari, yang punyai pasangan pasangan masing masing, untuk digali akal budi, dan dilalui susah senang mengharungi bahtera kehidupan, mengharungi dilautan 
dan di daratan. 

Yang serasi dan seimbang, masih mengikat kontrak dan aqad, namun dengan kelicikan komunikasi abad kini, ada yang tersasar akibat kemajuan teknologi, bebas lepas berhubungan, dan kebebasan sosialisasi, bertukar pacaran dan keinginan, hingga tercabar, rukun kontrak dan aqad, walau telah diluncurkan melebihi suku abad. 

Manusia dengan alam kehidupan, ada yang patuh , dan ada yang engkar.

Hishamudin Alli
Kuala Lumpur



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

04 Februari, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa VIII

AkhirJanuari berlalu dengan penuh rasa syukur, tugas-tugas publisiti dan promosi untuk sambutan Hari Kastam Sedunia sudah berlalu. Ketua Bahagian mengucapkan tahniah dan berterima kasih atas komitmen  dan kejayaan untuk semua tugasan. Publisiti dan promosi dijalankan di media elektronik utama negara, TV1, TV2, TV3, Astro Awani, Bernama TV dan TV AlHijrah. Terima kasih pada Din Bai sedikit sebanyak membantu dalam berhubungan dengan pihak media tersebut. Mungkin pada masa yang lain tugas-tugas seumpama ini akan berterusan namun kudratnya yang akan menjadi tanda tanya. Di usia 52+ bukan mudah untuk menangani tugasan ini, Rasanya, perlu berguru dengan Megat Fuzy.

Yang agak mengubat hati pada sambutan Hari Kastam Sedunia baru-baru ini, pemberian insentif setengah bulan gaji kepada semua kakitangan JKDM yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua. Antara alasannya kerana pungutan cukai JKDM yang saban tahun meningkat. Bolehlah rasa sikit,  organisasi lain mungkin ada yang lebih daripada jumlah itu. Rezeki jangan ditolak. Orang memberi kita terima. Rasanya  ini juga salah satu bentuk BRIM yang cukup popular sekarang ini, hand-out daripada kerajaan dah bermacam-macam dan mungkin ada lagi yang akan diperkenalkan dengan nama yang bermacam-macam dan fancy. Bolehkah pemberian ini dikatakan sebagai durian runtuh? Hati kecil penulis berasa tidak, sebab harga durian zaman ini dah teramat murah, kalau musim durian, buah durian dibeli oleh peraih dah pakai rangkap je, satu rangkap ntah berapa duit je, makanya nilai durian runtuh tu dah takde nilai. Sekiranya itulah analogi durian runtuh sekarang ini maka apa ada pada nilai runtuh hari ini! Ini pendapat penulis saja mungkin orang lain berbeza daripada penulis, terserah....

Minta maaf banyak-banyak, ada kala bukan tidak mahu menghargai pemberian orang tetapi ada kala wujud maksud tersirat, ini yang payah! Motif dan tujuan di sebalik pemberian itu yang menjadi soalnya. Rasanya sahabat semua faham akan hal ini. Ada kala penulis rasa terkilan atas apa yang telah dilalui pada tahun lepas, hanya sekadar nama penulis disebut oleh orang-orang tertentu, penulis yang cuma orang kecil, tindakan telah diambil. Namun keadaan sebegini tidak berlaku pada orang-orang "giant", sedangkan jelas membawa masuk 9 buah kereta Mercedes Benz (yang melibatkan cukai hampir 9 juta) tanpa membayar cukai dilepaskan begitu saja. Sedangkan orang-orang "giant" ini yang melaungkan integriti dan transformasi. Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya mudah, orang-orang "giant" ini ada kuasa!!! 

Rasanya, kita sudah dimomok oleh "giant-giant" ini.


Amir Mohd Akhir

Putrajaya

4 Feb. 2013


-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
  

01 Februari, 2013

[7378] Can this Poem make you cry?

 

I wrote this from a messy life,
when age is a secret number,
yet it cannot be hidden any longer.

Can this poem make you cry?


But, hey, how dare I, to say that life is messy?
We may not be who we were before, 
an unripe love to adore,
a careless care, with a blushed flush,
emotion in a letter to say the least
jammed between a chapter

Yes, surely we are no more young Mary's and Billy's
who folded our school shirt's sleeves,
and run truant to the matinees,
at a theatre screening teen romance,
with titles that had a limited vocabulary
of 'love', 'schools', or something like that.

So I wrote this poem from a memory no longer reachable.

A get-you theory that had gone feeble. Because of that, would you cry?

I wrote this from a life - hmmm is there a better word than - messy?
We have swallowed the age pill - and that means we have a skill in deceiving how we feel.
Like, when invited to attend a reunion party.

Auuch, how many decades had it been
a school shirt, pants, skirt or baju kurung as your second skin?
that which you had stealthily shortened
from its official length as written
on a student rulebook you were given?

Hey, how do you now call a lover
who can never be? Laugh as if nothing is amiss, laughing at your own silly anxiety

when he asked the question, "do you remember our first kiss?"
"That wasn't a kiss," you dismissed, "it wasn't!"

That's it, I wrote this from a memory that so want to, impossible - be forgotten,

and so want to - though infallible - be repeated, so is there any use for a question so dry:

...can this poem make you cry?

We may now want to run from that love.
But, even if we try, can then life not be
hmmm - why have I lost my dictionary,
each time I want to write there's only - messy?

Actually, I should ask no more at a good bye,

whether this poem made you cry………

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.