Laman Utama

30 Mac, 2013

[7378] Mendengar Guruh Air Tempayan Di Curahkan.

Bidalan ini, masih terngiang ngiang, semasa Guru Bahasa Cikgu Jamaludin mengajar Bahasa Melayu, dipersekolahan rendah, menerangkan bidalan ini, maknanya dan maksudnya, yang menerangkan sikap manusia, adakala ianya terlupa dengan mengamati keadaan persekitaran, tahun 1973, adalah tahun akhir dipersekolahan rendah, 1974 memulakan langkah ke persekolahan menengah, sebahagian daripada rakan rakan yang mencapai gred penilaian darjah lima yang terkehadapan, ramai yang bertebaran di pelusuk semenanjung, TI, Sains, Andersonian, Kolej Melayu, dan sebagainya. Yang masih setia di Kuala Kangsar, menyambung di persekolahan menengah dengan punyai 2 peperiksaan, LCE dan MCE, ada pula yang ke tahap HSC, STP.

Guruh dan kilat sabung menyabung ini, ada yang disambar petir, khususnya dipenempatan baru, kurangnya pokok pokok disekitar taman perumahan, disambar apa jua dihalangannya, apa yang menjadi pucuk disambar, enau akan menyepi terperosak dicelah celah rimbunan.

Begitulah disekitar bidalan, kisah kisah rakan rakan sepersekolahan, sama sama menjinjing beg raga berkilo kilo , ulang alik ke sekolah, dan juga kisah guruh dan tempayan. Pertautannya menjadi kisah dan hikayat seribu satu malam, jika dikisahkan menjadi berjilid jilid ceritera, memenuhi ruang tukang karut dan tok pawang bersurah.

Selamat Bersidang. Teman nak menjelajah bumi Tariq Ibnu Ziyad, melangkah ke Jabal Tariq, dan singgah di Isketambola.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

24 Mac, 2013

[7378] Sorotan Perjalanan Kehidupan

Yang berpergian, melangkah ditempat tempat yang dianjurkan, agar dapat melihat kebesaran Ilahi, merupakan tuntutan kehidupan, bagi melihat sejarah silam, bagi yang mampu menggunakan aqal untuk melihat kebesaran Ilahi, akan akibat kepada keengkaran yang dilakukan ummat ketika itu (Laut Mati), sebahagian Jordon dan bersempadan Palestin, yang dikuasai Israel. Bagaimana bumi itu diterbalikkan sehingga mematikan ummat terdahulu, yang engkar dengan perintah perintahNya.

Bumi Anbiya, seperti di Hebron, yang kini dikuasai Israel, punyai sejarah silam yang bertali arus sehingga Adam a.s., Ibrahim a.s., punyai sejarahnya kemanusiaan, yang boleh mengemudikan pemikiran, akan perjalanan kehidupan kemanusiaan.

Laluan selepas Nabi Muhammad s.a.w., berkait dengan Jabal Tariq dipersempadanan Morocco dan Sepanyol, yang sejarahnya disekitar 1250 Masehi hingga 1500 Masehi, adalah diantara tempat tempat tamadun silam, yang perlu dilihat untuk melengkapkan perjalanan melihat ketamadunan silam, dan sehinggalah Constatinople (Istanbul) di Turki, ditempat yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Utmaniyyah, yang berakhir pada 1924.

Laluan laluan ini, adalah laluan yang punyai sejarah ketamadunan, yang boleh dilihat kesan kesan peradaban silam, yang menjadi rujukan untuk pembangunan infrastruktur diabad kini.

Mungkin inilah laluan yang akan dilalui, kiranya keizinanNya ada, dan kemampuan kesihatan yang mengizinkan. Istanbul-Malaga-Casablanca dan Rabat adalah agenda terdekat, dalam menjejaki perjalanan melihat ketamadunan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Bermula sesuatu perjalanan

InsyaAllah bermula perjalanan sebagai musafir didunia yang fana ini untuk hari ini dan hari hari seterusnya. 

Berkelana dengan izin Allah mencari keredhaan Allah dalam segala usaha yang dilakukan demi menempah istana di alam kemudian. 

Teman teman masih jauh urusan kita namun masa kita terhadap. Pertalian yang kita sambung kembali kita telah anjakkan menjadi pertalian dalam usahasama berkoperasi. Walaupun tidak semua menyertai namun ianya bukan kerana tidak berminat tetapi kekangan yang sediaada pada kita tidak kira samada faktor ekonomi kawasan kekuatan jasmani dan minda. Kita harus faham ada juga faktor lain yang membantutkan anjakan seterusnya buat usahasama kita ini. Namun kajian harus dilakukan dan perkiraan dilakukan. Mengapa usahasama kita ditakuk lama. Saudara Amir yang saya hormati telah menimbulkan beberapa kemusykilan tentang halatuju kita sesama. Adakah kita rela ditahap lama atau kita hendak maju setapak lagi?

Memang buat masa ini kita hanya bergantung kepada beberapa individu untuk menjadi janakuasa kepada usahasama kita. Mereka mendatangkan ide ide namun pada pengamatan ana ianya harus mempunyai perlaksanaan yang mantap dan berterusan. Dimana kempen mendapatkan ahli dan mendatangkan dana? Ianya berputar didalam pemikiran barisan pemimpin yang kita lantik TETAPI adakah kita berlaku adil kepada mereka jika kita tidak turut serta membantu mereka?

Sahabat sekelian. Kita harus memantapkan usahasama kita ini. Kita harus melahirkan usahawan usahawan, cerdik pandai, ahli fikir, pendita pendita agar dapat mengalirkan pendapatan kita di dunia mahupun di akhirat. 

Marilah sahabat sahabat kita sama membangun. Duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. 

Marilah sahabat. 

Buat ana dalam beberapa hari lagi InsyaAllah akan berehat sebentar, namun jika jalur lebar mengizinkan ana akan bersama. Ana berkelana atas ikhsan orang dan secara jujur mengatakan hanya Allah dan Rasul dalam kantung ana. 


SA Sulaiman
Yesterday was the easier day
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

20 Mac, 2013

Re: [7378] secalit madat sekudap rasa xii

Dalam mencetuskan perbincangan perlu ada titik permulaan dan kesediaan menerima pendapat yang bercanggah dengan kita. We agree to disagree suatu fenomena asing bagi kita. Setelah diajar dari buaian tentang kepatuhan dan kekadang ketaksuban terhadap satu aliran pandangan sahaja maka amat mudah kita mengenepikan intelek kita dalam perbahasan dan perbicaraan kita.

Konsep lets disagree without being disagreeable masih baru kepada kita. Anjakan paradigma diperlukan untuk mencetus fikiran yang kritis dan kesanggupan menbenamkan ego perlu untuk bersetuju bahawa pendapat yang bercanggah dengan kita berkeberangkalian betul jua.

Namun dalam bab tauhid dan usulluddin ianya berpaksikan kepada jumhur ulama yang muktabar lagi bijaksana namun untuk tidak mengikuti nya tidak bersalahan asalkan tauhid dan iman masih pada yang Esa.

Perihal bersantai dan bersandai, itu telah sebati dalam jiwa kita akibat nukilan dan pahat British sewaktu menjajah dahulu. Ungkapan masa itu emas diperlahankan dengan alasan rezeki sechupak tak kan jadi segantang dan mematahkan semangat apabila kata kata you are not suited for business termakan dik rohani dan jasmani kita. Apa pun terpulang pada individu berkaitan samada menjadi samarinda kehidupan atau menetang arus seadanya.

Perniagaan yang dirancang perlu pemikiran kritis seperti business model, visi, misi dan plan tindakan. Penulis berpendapat bahawa a business cannot be run by volunteers. Strategi untuk mencapai sasaran 3 tahun 5 tahun perlu diadakan dan usaha untuk mencapai sasaran tersebut.

Mungkin satu retreat perlu diadakan dimana ide ide bernas dibentangkan dibincangkan dikupas dan kritis demi kemajuan kita bersama.

Perniagaan memerlukan strategi dan implementation of the strategi.

Namun ianya pendapat penulis sahaja yang satu dan dalam minoriti dan terdapat mereka yang lebih berjaya dalam perniagaan dari penulis. Jika dibandingkan dengan mereka, penulis teramat kerdil dan sedar kekurangan sendiri. Walaupun demikian ilmu dan pelajaran yang ditimba boleh dimanfaatkan oleh kita semua demi kebaikan majoriti.

Wallahualam

Belalang.


Re: [7378] secalit madat sekudap rasa xii

Sedang berperang dengan memakai baju kalis peluru, untuk mempertahankan tesis, Pak Amir, begitulah kisah "Business Strategy, Strategic Leadership, Business Environment and Performance". Dikaji literaturnya sejak dari 50 tahun silam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[7378] secalit madat sekudap rasa xii

Kita banyak bercakap tentang macam-macam hal, ada kalanya topik yang dibualkan juga terlalu umum,pelbagai dan seterusnya tidak tahu hujung pangkal. Sememangnya tidak pernah kurang idea, percambahan fikiran dan discourse antara kita sentiasa hidup bagaikan tempayan yang sentiasa penuh dan melimpah-limpah airnya dan tidak pernah kering. Tak  kering gusi juga. Namun ada yang meleret-leret, dibiarkan saja dalam keadaan begitu, bosan dan jemu tidak tercetus langsung. Bagaikan suatu trend pula untuk menceritakan hal-hal yang meleret-leret yang dicampur dengan ungkapan "loyar", tak salah pun cuma perspektif yang pelbagai....seronok juga.

Kepelbagaian topik juga mencetuskan santapan minda, ada antara sahabat yang mengutarakan idea-idea yang bernas, berhemah,  dan "bergenius". Perbincangan serius dan bernas bak duri nanas.

Ada waktu bagaikan "berperang", ya! berperang kata-kata, dengan hujah masing-masing.Soal mengalah ada waktu tidak timbul tidaklah pula menegak benang basah, tetapi atas kesedaran mana yang baik dan betul, hujah-hujah sahabat diterima.

Penulis ada waktunya turut  mencambahkan idea dengan mengikuti "peperangan" ini. Perang sememangnya mampu menghasilkan idea dan strategi, masakan tidak, sekiranya kita mengkaji Sun Tzu - Art of War, strategi perang beliau dianggap antara karya agung. Ilmu perang di China di zaman sebelum masihi menjadi panduan dan ikutan oleh jeneral perang dan pemimpin kerajaan serta pengurus korporat  sejak dulu hingga ke hari ini. Tidaklah penulis mengatakan strategi perang Sun Tzu itu  yang baik dan serba sempurna. Peradaban moral tiada dalam ilmu strateginya. Namun itu bukanlah topik utama tulisan ini, sekadar menganalogi hujah-hujah sahabat di grup mail ini.

Namun kini bagai arus yang berlalu, sudah agak menipis "perang" di grup ini, "jeneral-jeneral perang" sudah tidak lagi meledakkan tembakan meriam mereka, kini bagaikan suasana   "all quiet at the western front" mana hilangnya,  "where are the blazing guns?" janganlah menyepi diri, kesepian itu hanya mencetuskan kepiluan.

Kita masing-masing ada prioritas, ada jantung hati yang perlu dibelai  sehangat asmara. Tugas yang menuntut kesempurnaan mesti ditangani, itu yang wahid, makanya perencanaan mesyuarat induk KOSEC yang ditunda cuma picisan - jelas nggak ada  waktu yang cocok untuk rapat. Tiada yang pincang dalam hal ini, keutamaan masing-masing lebih jelas, tiada juga suatu yang mendesak kerana kewujudannya juga datang daripada yang santai-santai saja, mungkin lebih baik begitu. Ramai yang mengerti hambatan yang muncul, tetapi semuanya tenang, kesabaran masih tinggi, semangat juga menebal mujur tidak bebal. Kelompok yang masih kuat setiakawan dan persaudaraan.

Tiada yang gusar dalam mendepani suasana ini mungkin cuma bak api yang sejuk, pekasamnya tidak lagi ke pangkal lengan dan apalah lempuk kalau durian tidak dimasak bersama.





-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

12 Mac, 2013

Re: [7378] secalit madat sekudap rasa xi

http://www.youtube.com/watch?v=HOihvlwTKF0&sns=em





Hang Nadim <aiznin@gmail.com> wrote:


Itulah perjuangan perwira negara. 
Yang paling sakit hati dan telinga apabila manusia berkata "ha, baru lah mereka kerja kalau tidak makan gaji buta". Rasa nak di tumbuk saja mereka. 

Kami dahulu berjaga malam mengawal sempadan perairan dan ruang angkasa 24 jam. Menjamin daulat negara di cap makan gaji buta dan goyang kaki di kem base dan air strips. 

Pengorbanan belum selesai. 


SA Sulaiman

On 12/03/2013, at 12:05, AMIR MD AKHIR <amiraidil@gmail.com> wrote:

Filem Sarjan Hasan (1958), filem perang Melayu yang teragung, tiada filem Melayu dalam genre yang sama sehebat filem P.Ramlee itu. Banyak sebab filem itu disanjung ramai, antaranya ia filem "P.Ramlee", rasanya faktor dan jenama itu sudah mencukupi segalanya kepada peminat dan pengikut filem. Namun suatu yang paling dekat dengan orang Melayu adalah unsur sejarahnya - pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada awal 1940an. Banyak cerita yang kita dengar daripada tok, pah, ayah,mak dan saudara mara tentang kehidupan azab mereka di zaman Jepun itu. Hal ini jelas digambarkan dalam filem tersebut. Kita bagaikan kembali ke penghidupan yang dilalui oleh watak-watak utama filem, terkesannya kita akan sesebuah filem itu apabila kita seolah-olah bersama dengan filem itu, kita boleh merasa dan menjiwai kisah yang kita tonton. Namun tidak semua filem mampu bersifat sedemikian.

Kini kita bagaikan menghadapi peperangan meski tidak sebesar perang dunia dan insurgensi pengganas komunis sejak darurat, namun pemberitaan daripada media massa tentang pencerobohan di Lahad Datu menjadi sensasi. Negara lebih kritikal semasa insurgensi komunis pada  akhir 50an sama ada di Semenanjung atau di Sarawak. Bukanlah bertujuan untuk membuat perbandingan kerana keseriusan ancaman terhadap  keselamatan negara tetap sama. Namun bagi penulis amat dekat dengan insurgensi komunis di Sarawak kerana pernah menetap di sana dari tahun 1972 hingga 1974, arwah ayah penulis diposting di sana selama 3 tahun. Pada masa itu insurgensi komunis di Sarawak berada di tahap kritikal, korban jiwa di kalangan rakyat dan pasukan keselamatan agak tinggi dan membimbangkan. Penulis dan keluarga berangkat ke Kuching pada Disember 1971 dengan kapal M.V. Kota Ratu (kapal dagang yang diubah suai untuk membawa penumpang, disewa oleh ATM untuk pengangkutan tentera dan keluarga) dari Port Swettenham, perjalanan laut selama 3 hari 3 malam ke Pelabuhan Pending, Kuching. Keluarga tentera dan anggota yang mabuk laut sekiranya tinggal di kabin yang berada di perut kapal boleh berpindah ke pangkin di atas dek, untuk mengelak panas dan hujan maka dipasang khemah, begitulah keadaan kami selama 3 hari 3 malam. Di atas dek kami menikmati suasana yang lebih segar, tiupan angin Selat Melaka dan Laut China Selatan bagaikan pelayaran percutian hinggakan penulis (berusia 11 tahun) bercita-cita ingin menjadi pelayar. Tetapi "mood" ini tidak kekal lama, selepas mendapat khabar dari Kuching.

Sebelum berlabuh dan semasa menunggu di kuala Sungai Sarawak, kapal hanya dapat berlabuh di pelabuhan apabila air sungai pasang. Penghuni sementara M.V. Kota Ratu  mendapat khabar sedih, bagi penulis macam-macam rasa, sukar untuk dijelaskan, bayangkan saja lah. Berita tentang 3 anggota daripada batalion (company berbeza) arwah ayah penulis telah terbunuh dalam pertempuran dengan pengganas komunis. Mereka yang terbunuh itu memang dikenali oleh arwah ayah penulis. Company mereka telah lebih awal tiba bersama keluarga sebulan sebelum itu. Bayangkanlah apa perasaan kami yang masih belum menjejak kaki di bumi Sarawak pada masa itu. Hilang keceriaan. Kebetulan pegawai agama (ustaz) mengikuti pelayaran yang sama, pada malam itu juga dibuat tahlil di atas dek kapal. Arwah emak penulis juga pernah berkata dalam nada yang penuh kebimbangan kepada arwah ayah,  "macam tak selamat tinggei  di Sarawak ni". Setahun selepas itu penulis dapat merasakan pengertian kata-kata arwah emak itu.

"Amir, ayah aku dah mati kena tembak komunis, emak aku dan aku adik beradik balik Semenanjung", inilah ungkapan yang masih di ingatan penulis, kawan  yang lebih setahun tua daripada penulis memberitahu hal yang dihadapinya dengan airmata mengalir di pipinya. Penulis kenal sangat arwah ayahnya, kami tinggal di kuarters yang sama cuma bersekolah menengah yang berbeza. Pada tahun 1973 setelah hampir dua tahun di Sarawak, balik ke Semenanjung adalah sesuatu yang diinginkan oleh keluarga askar di Kem Semenggo. Seronok sangat balik ke Semenanjung tu, tetapi kawan penulis tidak merasainya seperti itu lagi. Penulis terputus hubungan dengan kawan itu, cuma yang penulis masih ingat keluarganya berasal dari Kuala Pilah.

Penulis yang sebelum ini tidak pernah merasa apa-apa tentang keselamatan arwah ayah mula bimbang, apa lagi arwah ayah berkhidmat di Unit Risik 9 RAMD. Penulis beberapa kali melihat pistol Browning dan sebiji bom tangan dibawa balik ke rumah, pernah terdengar arwah emak bertanya kenapa perlu bawa balik senjata itu, alasan arwah ayah kerana dia boleh dipanggil bila-bila masa untuk melakukan tugas risikan dan itulah senjatanya. Keselamatan penulis dan keluarga yang tinggal di kuarters itu memang terjamin dengan pos kawalan di setiap penjuru untuk memasukki kuarters. Namun kebimbangan dirasai ke atas keselamatan arwah ayah. Mengikut cerita arwah ayah bertempur dengan pengganas komunis ini bukan asing baginya kerana pernah menghadapinya semasa operasi pada tahun 1959 (Darurat) di hutan Triang, Pahang . Ikut ceritanya lagi dalam pertempuran itu arwah ayah berjaya menembak seorang pengganas komunis. Penulis cuba mengesahkan cerita itu daripada arwah emak tetapi dijawab jangan diungkit cerita itu, penulis pada masa itu ingin juga menjadi anak perwira negara. Harus juga diingat penghargaan kepada perwira negara di era itu tidak semeriah hari ini. Malah bukan itu saja seingat penulis apabila arwah ayah kawan penulis yang terkorban pada tahun 1973 itu tiada setinggi mana penghargaan diberi, ada pingat yang diberi cuma setakat itu saja, tidak seperti hari ini. Mungkin juga peredaran masa dan keadaan negara tak sama pada masa itu dan sekarang, cuma PMnya daripada keluarga yang sama.

Rasanya negara ini masih aman dan makmur, semoga yang berlaku terkini di Lahad Datu dapat diselesaikan dengan segera agar tidak menjadi kudis dan nanah yang mencuraikan isi dan kulit. Tanggungjawab kita masih tergantung........


Amir Md Akhir

12 Mac 2013


--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to cliffordian7378+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
 
 

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to cliffordian7378+unsubscribe@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
 
  

10 Mac, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa x

Banyak cakap ada masanya membebankan diri, lihat saja pada Si Luncai akibat celupar mulutnya maka dihukum bunuh oleh Raja. Walaupun Si Luncai terselamat dan  terlepas apabila dia terjun dengan labunya, sudahnya dinyanyikan orang hingga ke hari ini. Lagu yang membawa konotasi yang sinis. Tetapi boleh ke duk senyap saja tanpa bercakap atau cakap itu biar berpada-pada, mungkin ini langkah yang baik juga. Banyak cakap ini juga macam berkempen, apa lagi musim nak pilihanraya ni, rasanya banyak orang berkempen dengar menabur janji, tak kira le orang yang sedang memerintah atau yang nak memerintah - janji manis di bibir sahaja, masakan tak betul sememangnya resam manusia janji manis je,dengar saja lagu Aishah - Janji Manis Mu. Kalau bahasanya pedas dan mengutuk itu bukan janji, sifat janji adatnya begitu. Jangan le dikutuk orang yang berjanji. Siapa pun boleh berjanji. Cuma janji itu dikota atau tidak, tetapi ada tempoh waktu ke untuk menunaikan janji? Memang ada tempoh itu, cuma lupa atau buat-buat lupa atau memang tak tertunai oleh orang yang berjanji.Yang pasti orang yang diberi janji tak pernah lupa. Susahnya pada orang yang menuntut janji. Makanya disua janji lagi, seterusnya berjanji je le.......Apa lagi janji sekarang boleh pula dijaja, seantero dunia berjanji, yang ekstremnya berjanji untuk janji. 

Beberapa hari yang lalu penulis tertempias juga dengan Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Kangar, Perlis. Acara di sekitar Stadium Utama Kangar pada zahirnya meriah dan gah. Hampir semua agensi kerajaan berkampung di sana, termasuk ATM (ada hutan olok-olok). Penulis yang berjabatan di bawah MOF terpaksa menjadi liasion officer, memastikan kehadiran KSP dan KP JKDM dalam keadaan elok semuanya, sampai le ke makan minum, tidur, kereta,  nasib baik takat tu je, kalau deme nak lebih ke utara lagi le jawabnya. Iman deme masih teguh.

Suatu yang klise berlaku juga pada hari itu, tak tau le mungkin modal nak berucap dah kurang kut. JJD di kangar ni ntah yang berbelas agaknya, dengar kata 16/3/13 di Pahang adalah yang terakhir. Itu yang dimaklumkan oleh staf MOF. Kesian juga bila dah tak ada modal nak bercakap, mula le cakap tu pakai redah je tetapi orang yang mendengar tetap bertepuk tangan, mungkin itu aura orang politik. Sama saja dengan pihak yang satu lagi (ada le pergi sekali ikut ceramahnya) apabila berucap dan berjanji  orang tepuk tangan, gelak besar-besar. Rasanya kat negeri kita ni dah satu macam bentuk hiburan, langsung teringat dengan satu program di Astro Channel 720, Last Comic Standing, lebih kurang macam tu je, mungkin isinya ada beza. Tetapi orang bertepuk tangan dan berketawa besar. Rasanya terserahlah masing-masing untuk membuat penilaian, sebab kita boleh melihat sesuatu perkara itu daripada persepektif  yang berbeza.

Bersarapan capati juga yang sedap pagi ni, capati dengan gulai kambing!

Amir Md Akhir
10/3/13
Restoran RN Teguh
Salak Tinggi

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Jalan Jalan Di Lembah Kelang

Dah dua hari berpeleseran  di Kuala Lumpur, sambil melakukan tugas hakiki, sambil berjalan jalan disekitar Lembah Kelang, suasana hujung minggu kali ini, dengan mundar mandir melihat gelagat habitat yang menghuni kota raya, masing masing dengan aktiviti aktiviti harian, sambil menuju ke Batu Tiga Shah Alam, kebetulan ada satu pertemuan dengan rakan niaga, dan sementara menunggu kedatangannya, sambil mengirup secawan teh, menghilangkan dahaga dan lelah di suasana petang, jam menunjukkan jam 3, berdetik menunggu beberapa jam lagi sehingga jam 11 malam, menaiki bas ke utara. 

Destinasi selanjutnya,  ke Klang, di KISAS Klang, menziarahi anak kecil yang belajar di situ. Suasana panas hawanya, setelah turun dari komuter, terasa panas kering, mahupun suasana mendung, kepanasan bahang terasa meletihkan.

Batu 3, masih seperti dahulu, disekitar awal 80 an, ditepian lebuhraya KL Klang, kenderaan bertali arus, yang bertukar adalah penghuninya dan sambil menjengah disekitaran, muka muka yang boleh di ajak bersembang, tapi semuanya muka muka baru, yang bersilih ganti menghuni tempat ini.

Lantas ke Shah Alam, dari Klang, singgah sebentar dirumah rakan niaga, bercerita kisah kisah "outlook economic perspective" di awal tahun penggal pertama 2013. Nyatanya suasana itu sama sahaja, lebih lebih lagi, antara "cat and mouse", masing masing berpandangan tunggu dan lihat.

Sementara menunggu jam 11 malam, berpeleseran di KLCC, melihat warga kotanya berhujung minggu, mundar mandir disekitarnya, memerhati tamadun kebendaan abad kini, seketika, bangunan tertinggi di dunia, tatkala awal pembangunannya disisipi projek mega, ketika itu.

Selaku pengungsi di ibu kota, hanya mampu meneliti dan memerhati ragam dan kelibat warganya yang bersifat metropolis. Pelbagai budaya dan bangsanya berinteraksi.

Disudut itu kedengaran azan maghrib berkumandang, membezakan negara mana yang sedang dijejaki.

Inilah ragam ibukota. Manusia dan kepelbagaian perspektinya.

Kuala Lumpur
9hb Mac, 2013

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.