Laman Utama

20 Mac, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa xii

Kita banyak bercakap tentang macam-macam hal, ada kalanya topik yang dibualkan juga terlalu umum,pelbagai dan seterusnya tidak tahu hujung pangkal. Sememangnya tidak pernah kurang idea, percambahan fikiran dan discourse antara kita sentiasa hidup bagaikan tempayan yang sentiasa penuh dan melimpah-limpah airnya dan tidak pernah kering. Tak  kering gusi juga. Namun ada yang meleret-leret, dibiarkan saja dalam keadaan begitu, bosan dan jemu tidak tercetus langsung. Bagaikan suatu trend pula untuk menceritakan hal-hal yang meleret-leret yang dicampur dengan ungkapan "loyar", tak salah pun cuma perspektif yang pelbagai....seronok juga.

Kepelbagaian topik juga mencetuskan santapan minda, ada antara sahabat yang mengutarakan idea-idea yang bernas, berhemah,  dan "bergenius". Perbincangan serius dan bernas bak duri nanas.

Ada waktu bagaikan "berperang", ya! berperang kata-kata, dengan hujah masing-masing.Soal mengalah ada waktu tidak timbul tidaklah pula menegak benang basah, tetapi atas kesedaran mana yang baik dan betul, hujah-hujah sahabat diterima.

Penulis ada waktunya turut  mencambahkan idea dengan mengikuti "peperangan" ini. Perang sememangnya mampu menghasilkan idea dan strategi, masakan tidak, sekiranya kita mengkaji Sun Tzu - Art of War, strategi perang beliau dianggap antara karya agung. Ilmu perang di China di zaman sebelum masihi menjadi panduan dan ikutan oleh jeneral perang dan pemimpin kerajaan serta pengurus korporat  sejak dulu hingga ke hari ini. Tidaklah penulis mengatakan strategi perang Sun Tzu itu  yang baik dan serba sempurna. Peradaban moral tiada dalam ilmu strateginya. Namun itu bukanlah topik utama tulisan ini, sekadar menganalogi hujah-hujah sahabat di grup mail ini.

Namun kini bagai arus yang berlalu, sudah agak menipis "perang" di grup ini, "jeneral-jeneral perang" sudah tidak lagi meledakkan tembakan meriam mereka, kini bagaikan suasana   "all quiet at the western front" mana hilangnya,  "where are the blazing guns?" janganlah menyepi diri, kesepian itu hanya mencetuskan kepiluan.

Kita masing-masing ada prioritas, ada jantung hati yang perlu dibelai  sehangat asmara. Tugas yang menuntut kesempurnaan mesti ditangani, itu yang wahid, makanya perencanaan mesyuarat induk KOSEC yang ditunda cuma picisan - jelas nggak ada  waktu yang cocok untuk rapat. Tiada yang pincang dalam hal ini, keutamaan masing-masing lebih jelas, tiada juga suatu yang mendesak kerana kewujudannya juga datang daripada yang santai-santai saja, mungkin lebih baik begitu. Ramai yang mengerti hambatan yang muncul, tetapi semuanya tenang, kesabaran masih tinggi, semangat juga menebal mujur tidak bebal. Kelompok yang masih kuat setiakawan dan persaudaraan.

Tiada yang gusar dalam mendepani suasana ini mungkin cuma bak api yang sejuk, pekasamnya tidak lagi ke pangkal lengan dan apalah lempuk kalau durian tidak dimasak bersama.





-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan