Laman Utama

10 Mac, 2013

[7378] Jalan Jalan Di Lembah Kelang

Dah dua hari berpeleseran  di Kuala Lumpur, sambil melakukan tugas hakiki, sambil berjalan jalan disekitar Lembah Kelang, suasana hujung minggu kali ini, dengan mundar mandir melihat gelagat habitat yang menghuni kota raya, masing masing dengan aktiviti aktiviti harian, sambil menuju ke Batu Tiga Shah Alam, kebetulan ada satu pertemuan dengan rakan niaga, dan sementara menunggu kedatangannya, sambil mengirup secawan teh, menghilangkan dahaga dan lelah di suasana petang, jam menunjukkan jam 3, berdetik menunggu beberapa jam lagi sehingga jam 11 malam, menaiki bas ke utara. 

Destinasi selanjutnya,  ke Klang, di KISAS Klang, menziarahi anak kecil yang belajar di situ. Suasana panas hawanya, setelah turun dari komuter, terasa panas kering, mahupun suasana mendung, kepanasan bahang terasa meletihkan.

Batu 3, masih seperti dahulu, disekitar awal 80 an, ditepian lebuhraya KL Klang, kenderaan bertali arus, yang bertukar adalah penghuninya dan sambil menjengah disekitaran, muka muka yang boleh di ajak bersembang, tapi semuanya muka muka baru, yang bersilih ganti menghuni tempat ini.

Lantas ke Shah Alam, dari Klang, singgah sebentar dirumah rakan niaga, bercerita kisah kisah "outlook economic perspective" di awal tahun penggal pertama 2013. Nyatanya suasana itu sama sahaja, lebih lebih lagi, antara "cat and mouse", masing masing berpandangan tunggu dan lihat.

Sementara menunggu jam 11 malam, berpeleseran di KLCC, melihat warga kotanya berhujung minggu, mundar mandir disekitarnya, memerhati tamadun kebendaan abad kini, seketika, bangunan tertinggi di dunia, tatkala awal pembangunannya disisipi projek mega, ketika itu.

Selaku pengungsi di ibu kota, hanya mampu meneliti dan memerhati ragam dan kelibat warganya yang bersifat metropolis. Pelbagai budaya dan bangsanya berinteraksi.

Disudut itu kedengaran azan maghrib berkumandang, membezakan negara mana yang sedang dijejaki.

Inilah ragam ibukota. Manusia dan kepelbagaian perspektinya.

Kuala Lumpur
9hb Mac, 2013

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan