Laman Utama

30 November, 2012

[7378] Mengukir Erti Senyuman Dalam Keperitan Kehidupan.

Ketabahan dalam arus kehidupan, adalah amat dialu alukan dalam kehidupan yang sering bergolak, "senyum adalah sedekah", bermuram durja, merosotkan lagi pemikiran, yang sedia bergolak krisis dan permasalahan kehidupan. Menyelam erti disebalik senyuman, dinalurinya dan jauh dilubuk hatinya, sering memberontak, "bilakah bakal selesai konflik berpanjangan", sesungguhnya, konflik antara protoganis dan antoganis , tidak pernah selesai, zaman berzaman.

Sesekali, keluar dari kepompong keselesaan, bersafar dan bepergian, mencorak pemikiran baru, agar dibukakan ruang ruang pemikiran baru, bagaimana dunia dan hubaya hubayanya, melalui proses demi proses, sama ada laluannya diambil iktibar, ataupun terus menerus melanggar sistem hidup, yang terbina dari amalan dan pengamatan yang berpanjangan.

Kehidupan adalah pembelajaran.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. (Sham)

27 November, 2012

[7378] Protocol dan tetamu dari luar negara

Beginilah tugas Naib Presiden yang menjalankan tugas tugas Presiden. Kini aku terpaksa melayan delegasi dari luar negara. Ada yang datang dari India Mauritus Jepun USA dan lain lain. 

Begitulah bila menjadi tuan rumah tak rasmi persidangan radio amator antarabangsa. Kerenah delegasi mujor bukan jobscope teman namun tempias kena juga. 

Menjamu mereka makanan Malaysia di Dynasty Hotel dan memastikan menu antarabangsa amat melecehkan. Kalau ikut hati nak beri demer cencalok tempoyok dan budu saja. Namun makanan ruji tidak dibenarkan di kawasan hotel. 

Keperluan menjadi statesman amat memenatkan apatah lagi atas dasar sukarela. Kata kata dan percakapan perlu berhati hati kerana tersilap cakap banyak yang akan kecil hati. 

Organisor merupakan Kelab Radio Amatur yang tidak di iktiraf antarabangsa dan mencari ruang untuk mendapat pengikrirafan. Oleh itu selaku Naib Presiden kehadiran di acara tersebut mengundang intrepretasi menghalalkan persatuan. 

Aku mengambil langkah diplomatik dengan mengada majlis makan tenghari selepas acara selesai atas dasar ingin bersua dengan Presiden Persatuan Antarabangsa Radio Amatur Sedunia. 

Alahai labu. Naper jadi begini. Polimik politik dan recognition sebagai numero uno memasuki kamcah radio amatur dan aku tersepit. 

SA Sulaiman
For God King & Country
Sent from my iPhone
www.amaspp.com


-------- Original Message --------
Subject: [7378] Protocol dan tetamu dari luar negara
From: Hang Nadim <aiznin@gmail.com>
To: Clifford <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:



20 November, 2012

[7378] Re: Lancang Kuning Berlayar Malam

Sehabisnya tugasan, aku lantas ke Pekan Kuah, mencari beberapa pesanan untuk dibawa pulang. Ada pelbagai ragam dan acara, apabila bertembung yang bercuti di Pulau Lagenda ini. Khidmat feri yang disediakan adalah yang besar, yang mampu memuatkan 500 tempat duduk.

Muka muka yang berseri, adalah sewaktu masuk ke pulau, bertukar arah, letih dan lesu, bila menyeberang ke tanah besar, mengheret barangan Haji Ismail Group, adalah kemestian, bila berada di Pulau ini.

Aku ditunjuk oleh client, operator khidmat  pelancongan di Pulau ini, dimana harusnya kita memborong....

Aku hanya mencari bilis dan sotong kering dan beberapa cokelat, itulah yang boleh dibeli, diangkut keluar, sambil membelek kepingan berapa yang dah terbarai, dan baki apa yang tertinggal

[7378] Lancang Kuning Berlayar Malam

Tengahari, di jeti Kuala Perlis, menuju ke Kuah, Langkawi, feri berkapasiti 400 penumpang, lengang jua, tidak full board, sambil meninjau keadaan feri, disana sini, terdapat beberapa keluarga dengan anak pinak masing masing, ghairah nak ke Pulau Lagenda.

Aku seperti biasa, menjengah destinasi ini, mencari sesuatu, yang kadang kala, ada, jarang jarang kehilangan, tapi sejak dua menjak ini, sudah banyak yang hilang dari arus persada, hilang tanpa kubur. Lenyap ditelan badai.

Namun, usaha ikhtiar, mencari ganti, dan berurusan dengan segmen pasaran yang lain, mengolah langkah baru, demi keberlangsungan. Sementelahan kegawatan melanda, namun yang kaya bertambah kaya, yang bergelandangan, merana membawa diri.


Dalam kesesakan, memulihkan keadaan, regim Zionis melancarkan perang keatas Gaza, atas nama mempertahankan diri, mempertahankan tanah tanah yang diceroboh, sejak 1948. Sukar dalam sepi, sektor pembuat senjata, memainkan peranan, dengan mencuba kecanggihan buatan dan diajukan pada masyarakat yang marhaen, menuntut pembebasan. Atas dasar apa , diserang dengan sikap lahap, atas dasar mempertahan diri. Dunia semakin kompleks dengan suasana perang, yang mana mungkin, menang jadi arang, kalah jadi abu...

Susuk susuk manusia bergelempangan, yang sasarnya , wanita dan kanak kanak, atas pertimbangan apa mereka diperlakukan seperti itu. Mahunya menghapuskan etnik lakunya. 

Lancang kuning berlayar malam, meneruskan pelayaran menuju destinasi. Hidup sepi menunggu destinasi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

18 November, 2012

[7378] secalit madat sekudap rasa I

Salam, para sahabat,

Minggu yang menggugah kepuasan, tugasan yang diamanahkan telah siap cuma penerimaan pembacanya tidak diketahui rasanya. Usai edisi ini mengorak yang edisi baru, bahan-bahan akan lebih teratur dan pelbagai  tidak seperti sebelumnya.... rasanya begitulah.

Sebak dada apabila melihat  foto sahabat yang terlantar di hospital, titis airmata mengalir perlahan, yang dialami oleh sahabat tidak jauhnya daripada yang dialami penulis. Apa lagi keluarganya juga penuh rasa kegusaran dan ketabahan untuk melalui saat-saat begini, cuma doa sahaja yang mampu diikhtiarkan bagi yang ramai. Di hati kecil moga sahabat sembuh. 

Namun segala ketentuan hidup ini ditetapkan oleh yang maha pencipta, Allah swt. Khabar diterima melalui grup mail ini, sahabat yang empunya nama Muhamad Razali Bin Zakaria telah kembali ke rahmatullah. Menitis air mata, bukan suatu yang asing apabila menghadapi keadaan sebegini, pemergian arwah Affendi dan Razif (Ben) tidak jauh beza rasanya, rasa hiba dan sedih memenuhi dada. Al Fatihah dan surah Yasin dibaca untuk disedekah kepada roh arwah. Keberadaan sahabat 73/78 di ruang hidup ini terpatri kukuh, ketiadaan sahabat untuk selama-lamanya tetap mengguris rasa....sebak rasanya......

Rasa pasrah akan perjalanan hidup manusia yang penghujungnya adalah  meninggalkan alam sementara ini. Sesungguhnya kematian itu suatu perkara yang mesti diingati.  Sekilas, mengingati bacaan semasa di "blok mati" Sg Buloh beberapa bulan lalu, Tulisan Imam Gahzali daripada karya agungnya Ihya Ulumuddin, membicarakan mengingat tentang mati itu suatu keutamaan. Ulama tersohor ini memetik sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Al- Mundziri, Rasulullah berpesan kepada Abdullah bin Umar, " apabila engkau berada di waktu pagi, jangan berbicara kepada hati mu tentang waktu petang, apabila engkau berada di waktu petang jangan berbicara kepada hati mu tentang waktu pagi, siapkanlah hidup mu untuk menghadapi kematian mu, siapkan masa sihat mu untuk menghadapi masa sakit mu, kerana engkau wahai Abdullah tidak tahu apa sebutan untuk mu esoknya". 

Rasa mati itu sememangnya tiada gambaran untuk diceritakan, yang paling hampir cuma rasa kesakitan yang amat sangat, kecederaan tubuh badan yang parah dan dalam keadaan rasa seakan-akan nyawa akan dicabut daripada jasad tetapi itu semua bukannya rasa mati, tiada siapa di dunia ini yang boleh menceritakan rasa mati, kerana tiada orang mati yang hidup semula untuk menceritakan rasa mati itu cuma ada waktunya yang terkeluar daripada mulut kita  kata kiasan sahaja, "sakitnya macam nak mati" tetapi belum mati....apa rasa mati yang sebenar.......  

Mungkin ada antara kita pernah berada dalam situasi hampir mati namun tiadalah perlu untuk membuat pengakuan sedemikian, Bukannya tujuan coretan ini mencari mereka yang senasib dengan penulis. Coretan ini sekadar mengimbau kembali detik-detik "hampir mati" yang dilalui penulis beberapa bulan lalu, lebih tepat bulan November tahun lalu. Tidak mungkin rasa itu dapat dirasai  bersama dengan  sahabat yang lain, biarlah ia menjadi pengalaman yang menyedarkan penulis tentang keadaan hampir mati. Usia yang dilanjutkan oleh Allah swt disyukuri, kerahmatanNya yang dipinta.

Coretan petang Ahad ini tiadalah motifnya untuk mendidik sesiapa tetapi lebih menjurus untuk mengingati mati,  sepertimana sebuah hadis riwayat al- Hatsami, Saidina Aisyah ra bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang dihimpun bersama para syuhada"? Baginda menjawab, " orang yang mengingati mati sebanyak dua puloh kali dalam sehari semalam". 

Maaf dan ampun atas sebarang keterlanjuran dan kekurangan, Sekudap rasa untuk dirasai bersama.

Amir Md Akhir
18/11/12


[7378] Sepi Seorang Tua. (oleh Sham)

Kesepian dan kesugulan, sinonim pada mencari erti kehidupan, laksana roda roda impian, adakala ianya laksana menenung nasib dilingkaran setan, keluarnya menerobos alam yang laluan rel kebiasaan, menjadi luar biasa, dan secepis dari hidup picisan yang tidak bertepi. Laut luas menjadi medan dipasca lautan biru, menjadi strategi lautan biru.

Seawal jam 5 pagi, aku kehilir, atas tuntutan obligasi sosial, diziarahi yang masih hidup, berkongsi kehilangan, diatas orang yang disayang, namun, yang pergi tidak kembali, yang tinggal masih rencam merenung tanggongjawab yang bakal dipikul, dari makluman yang diberitakan, anak kecil dan yang kedua kecil, menetap dirumah nenda mereka, sebaik isteri arwah Razali kembali terdahulu, yang ketiga dan keempat menetap diasrama, yang sulungnya di Maktab Perguruan, dan yang keduanya menuntut di IPTA. Sempat juga bertukar tukar fikiran dengan Alias, senior kita setahun semasa di Clifford, dan Alias adalah adik ipar pada Razali, yang menyara kehidupan selaku kontraktor binaan. Adik adik Razali, Zaitun menjawat selaku guru, manakala, Zuraida dan Zakiah, menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, Zainal menjawat jabatan kepolisian, Zamzuri bekerja di IKM, dan Zahrulaili menjawat Pensyarah di ITM,

Berkesempatan bersembang dengan Mak Hendon, emak pada Razali, berkongsi kisah dan senario mutaakhir. Persediaan kearah obligasi, namun itulah suratannya.

Kesempatan sementelahan berada di kampong picisan, diziarahi keluarga yang masih bersisa, bertanya khabar berita. Tengaharinya, bertandang menyempurnakan ajakan khenduri Ghuzlan mengahwinkan anaknya di Taman Anggerik, lantas disitulah perjumpaan dengan kenalan kenalan yang lama terpisah. 

Setelah hampir 28 tahun tiada khabar berita, terjumpa dimajlis berkenaan, kelu lidah dari sapaan, hanya melihat berderai keliling dengan gerabak gerabaknya. Namun itu adalah kisah kisah lama, yang telah ditelan zaman.

Lantas kesempatan juga hadir dirumah Damanhuri, khenduri kahwin anaknya bersama Seli, Lid, Zuli dan Yusof, dan sempat menyempurnakan seteguk zam zam dan ajwak, berserta dengan air nyior.

Aku pulang jam 5 petang, dan membawa dengan lamunan panjang menghala kehulu, melawan arus trafik serta hujan lebat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 November, 2012

[7378] Belasungkawa: Razali Ayor

Amiin
In the name of Allah, the All Mighty, we seek refuge in you and we seek forgiveness from associating anything that we do not know. We never know when our time will come for us to be called upon you, so bless us all through our life.

    Mengenali Razali dari zaman persekolahan rendah. Tidak terlalu mesra kerana sifat dan perwatakan kami berbeza. Tetapi sepanjang perkenalan dan pernah sekelas dengan beliau, kami boleh berbicara. 
    Seorang yang selalu memerhati dari jauh pada perwatakan dan keletah rakan. Apabila perlu, beliau akan tersenyum pada insiden melucukan dan sentiasa ada dalam kelompok bermain. 
    Dalam kelas, beliau akan bersama menyertai permainan seperti memetik eraser dan memetik biji "teh" ke lubang yang ditebuk di tengah meja. Di luar bilik darjah, beliau sama-sama mengambil bahagian dalam permainan popia, tetapi sentiasa dalam keadaan "selamat", tidak di tengah tetapi kerap di pinggir padang mengutip bola terlepas dan membaling semula dalam kelompok. Beliau juga menyepak biji kelapa sawit sewaktu rehat di sekolah menengah sesi petang dan sama-sama cuba melompat palang "high jump" sebelum loceng berbunyi mahupun memerhati rakan-rakan bermain dengan alatan gymnastik di dewan kerana ini sesuatu yang baru bagi pelajar dari primary ke sec. Beliau memerhati insiden-insiden yang berlaku dalam kelas.
    Sifat yang dimilikinya tidak mengganggu rakan sebaya. Aku pernah berjalan bersama beliau sewaktu sesi petang di Clifford Sec, menyusuri kedai-kedai jam di lembah..... dan kemudian nama itu hilang dan "vocab' aku sehinggalah ketemu kembali di Galeri Chandan. Aku pantas menyebut namanya tanpa perlu cuba mengingati. Ini kerana sifat dan perwatakannya yang unique. Sepanjang kita bertemu, berkumpul, rasa aku beliau sentiasa ada , sambil berdiri memerhati dan tersenyum. 
   "Senyuman" beliau akan pasti aku ingati dan pasti aku rindui nanti apabila ada perjumpaan di kalangan kita nanti.
    Jujur aku katakan, setiap kali aku mengingati "kematian" aku tersentuh kehilangan "Ben" yang sangat akrab dengan cerita yang kami kongsi bersama. Masih aku rindui Ben hingga kini dan terasa sesuatu yang hilang dan perjumpaan yang lalu. Aku mengingati "kemesraan" Fendi yang walau seketika memberi impak kepada jalinan semula persahabatan ini. Dan kini pasti nama Razali dengan "berdiri sambil tersenyumnya" akan lenyap dan dan cari. 

    Kita kan terus kehilangan. Terima kasih kepada yang menggerakkan "pertemuan dan jalinan" ini. Aku pula bila?
 Bersemadilah Razali, insyaallah kami akan mengingatimu dan Al-Fatihah kami lafazkan setiap kali pertemuan nanti. Dari Allah kita diizinkan berada di sini dan pasti kita akan kembali apabila dipanggilNya nati. Allahuakhbar.



Salam Hormat
Yasin Ismail
    

[7378] Pemergian Seorang Jiran, Rakan Akrab Allahyarham Muhammad Razali Zakaria. (oleh Sham)

Razali, seorang yang tidak banyak bercakap, hanya mampu tersenyum, apabila berkomunikasi dengan rakan rakan sebaya. Ahmad Redzuan, Rahim dan Ghuzlan dan aku, adalah rakan sebaya, sama sama belajar di Clifford Rendah dan Menengah, tatkala melalui zaman kanak kanak hinggalah kealam remaja. Kami berempat, sering bersaing berbasikal ke Sayong, sama sama menyeberangi bot Sayong, menuju ke Jalan Hogan, disitulah terletaknya Clifford Menengah. Aku berjiran dengan keluarganya, sekitar 1971, tinggal bersebelahan dengan rumah ibu saudaraku, Habibah, setelah nendaku pulang kerahmatullah. Sehinggalah aku menamatkan MCE 1978, dan melangkah ke dunia pekerjaan, di Pahang, tatkala aku ditugaskan di Mahang, Kedah, pertanyaan khabar disekitar hari minggu.

Waktu aku di Padang Besar (U) Perlis aku hanya mampu berulang alik sebulan sekali. Kesuntukkan waktu, pabila aku melanjutkan pengajian luar kampus, di ITM Cawangan Arau ditahun tahun 1984 hingga 1988, ketentuan waktu itu, masih meneruskan pengajian sepenuh masa di ITM Shah Alam dari 1990 hingga 1992. Lantaran masa terluang makin terbatas, aku hanya mampu pulang ke Kuala Kangsar, pabila adanya cuti pertengahan semester dan cuti semester. Runtunan hidup berkeluarga, banyak berinteraksi dengan anak anak dan proses tumbesaran mereka. 

Lebih lebih lagi, keadaan dan ketika, hanya mampu meluang waktu, dihari hari lebaran. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[7378] THE PASSING OF ANOTHER FRIEND - ALFATIHAH TO ARWAH RAZALI ZAKARIA

Dear Friends and SALAM TO ALL,

 

In April this year, we were jolted upon receiving the news for the sudden demise of our beloved friend, Allahyarham Mohd Radzif Kamaruddin popularly called Ben in Mekah due to heart attack while performing UMRAH there. This evening, another friend of ours Allahyarham Razali Zakaria was called upon by ALLAH Almighty due to infections and complications after undergone an operation a few days ago to remove watery clot in his brain.  .

 

The news were conveyed to me by Tuan Haji Zaini whom had the opportunity to visit him at Hospital Tuanku Bainun in Ipoh just hours before his last breathe and an sms sent by Captain Zuli to me just before Isyak tonight. What saddens us, early this year, his wife passed away at the same hospital, and now leaving their 5 children (if I'm not mistaken) without both their parents to carry on with life. All of these are fated and guess Allah must have loved them more.

 

My association with Arwah Razali started when we re-bonded this friendship after leaving school some 30+ years. An unassuming friend that spoke little with smiling face whenever we met, his 'pemergian' is a great loss to all of us an especially to all his growing up children. I hope in the near future, we'll find ways and means to assist and help his living children to continue with their life wherever possible,

 

We mourned the loss of another good friend, ALLAH may have love him more and sincerely hope his children and family members being blessed with great patience during this trying moments. For friends in Kualer and within the vicinity, I hope all of you can pay your last respects at Allahyarham mother's place in  Kota Lama Kanan for his funeral scheduled for tomorrow in Kualer..

 

MAY ALLAH CUCURI RAHMAT KEATAS ROH NYA, AMPUNKAN SEGALA DOSA NYA DAN DITEMPATKAN DISISI ORANG-ORANG BERIMAN.

 

ALFATIHAH.

 

 

CPO 

15 November, 2012

[7378] Kita dan Cita Cita (...oleh Sham)

Saban tahun, apabila dihujung dan diawal, pelbagai angan angan dan cita cita dipasang di dalam qalbu, yang sebegitu kuat, mahupun cita cita, ada yang tinggal cita cita, tidak kesudahan dan kesampaian datang perginya. Sesedar, telah 52 tahun berlalu, apa yang kita hajati, dan dicita citakan, ada yang dikabulkan, ada yang diberi tangguh, namun adanya jiwa jiwa besar ini, memampukan, kayuhan ke destinasi yang masih tersasar, diteruskan jalanannya, siang dan malam bersilih ganti, sesaat dan sedetik dari ketika, cita cita besar, hanya mampu terlaksana dengan adanya jiwa jiwa besar, mengharungi badai kehidupan.

Perubahan perubahan struktur kehidupan, yang sering direncanakan, sama ada menurut paksinya, mahupun diluar landasan, yang mengharungi onak dan belukar belantara kehidupan, namun usaha jitu, dan cita cita besar, serta adanya keizinan Sang Pencipta, cita cita itu dikabulkan. Tanda kesyukuran itulah selaku nadi kehidupan, menuju keredhaanNya.

Usaha dan ikhtiar, dan memohon padaNya, itulah titik noktah melalui kehidupan yang hanya sebentar, melalui laluan tribulasi berpanjangan, hingga kita dipanggil pulang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[7378] PERAYAAN DAN TAHUN BARU (oleh Sham)

Dimusim musim perayaan, dan tahun baru, punyai kepercayaan, serta azam azam baru yang bakal disemai, dicernakan, namun setelah 52 tahun usia tahun gregorian, perubahan dasar adalah diukur dari sudut kecil besar, kurus gemuk, hitam putih, bagi yang berjawatan, guru kecil, guru sandaran, guru senior, guru pakar, guru penolong kanan, guru besar, bagi yang pensyarah, dimulai dengan tutor, pensyarah, pensyarah kanan, professor madya, professor. 

Bagi yang mencari rezeki menerusi perniagaan, mula mula jadi collect bus, derebar, tokeh drebar, walhasil, congakan semuanya menjurus pada kecil besar sesuatu perusahaan dan perkhidmatannya.

Namun itu semuanya, bercakap disekitar konsep penawaran dan permintaan, pergerakan ekonomi dunia, serta batuk dan demam disesuatu kawasan penempatan, kesannya dirasai dimana jua, lebih lebih lagi, kita, negara yang berasaskan ekspot pengeluaran barangan. Dan tidak hairanlah, sejak akhir akhir ini, terlalu banyak barangan yang sepatutnya untuk pasaran ekspot, dilonggokan di pasaran tempatan, akibat lambakan setok di pasaran dalam negara.

Esok Deepavali, rakan yang menyambutnya, Suba, Kumaraguru, Inbarajan dan ramai yang tidak terpanggil ingatan, tentu sahaja ada perancangan untuk persiapan masa masih ada kehidupan, mungkin sedang berkira kira untuk pencen awal.

Bagi yang menyusuli Maal Hijrah, apa sahaja pergerakan masa kini, adalah berkisar dari sudut macam mana nak survive dalam kehidupan seterusnya , dengan kenaikan demi kenaikan barangan di pasaran, serta pola pendapatan , ada yang menguncup, khusunya bagi peniaga, yang kembangnya hanya yang bergaji tetap, menerima kenaikan buah durian luruh.


Selamat berinteraksi.

[7378] KEHILANGAN (oleh Sham)

Terasa juga apabila sesuatu yang amat kita sayangi, tiba tiba hilang sekelip mata, namun yang hilang adalah alat untuk kita melaksanakan kerja dizaman era teknologi maklumat, dan juga alat meluahkan penulisan dan rekod rekod serta data data yang disimpan begitu lama, tetapi itu adalah sebahagian kecil kehilangan, yang leboh adalah laptop yang baru dibeli, untuk kerja kerja penulisan dan yang satu lagi adalah laptop pemberian. Yang ini boleh diganti yang baru, jika ada kelapangannya kelak, namun kehilangan yang lebih berarti, adalah kehilangan selamanya  keatas orang yang disekeliling kita, yang sama sama mendewasa, pergi tidak berganti.

Kehilangan juga dituruti dengan kesunyian, pabila ada saja smartphone, tetapi oleh kerana server blackberry down, di sekitar Utara, terpaksa menggarap maklumat melalui komputer di meja dan berhubung secara konvensional, sms, telefon dan yang terlebih lama melalui snail mail, macam kita berutus surat pada rakan rakan pena , kembang setaman, bujal, dulu dulu.

Yang terlebih sedihnya, anggapan orang yang menjahanamkan kuda tunggangan kita, ini sudah menyukarkan serba serbi, lebih lebih lagi untuk diperbaiki, dan dikeluarkan sebahagian peruntukan yang tidak diduga, meletihkan keadaan. Kehidupan, dan Kehilangan adalah sinonim dalam kehidupan, ada yang boleh diganti, dan ada yang pergi tidak berganti.

01 November, 2012

[7378] Gusarnya Kehidupan Di Zaman Ini. (... oleh Sham)

Dua hari yang lalu, kita digegarkan dengan perkhabaran, bencana angin sandy di sekitar Timur Amerika Syarikat, dilihat dari sudut gambar yang disekitar Jersey dan Manhattan dilanda kemusnahan, kesemua kejadian, ada hikmah bagi yang mahu berfikir. 

Adakala kita nampak kerdil, dengan ancaman ancaman polis dunia, serba serbi dituruti kehendak mereka, diatas "compliance" menurut kaca mata penentu dasar, bagi yang terancam dengan bentakan mereka, negara negara dunia ketiga, ditentukan, siapa pentadbir atau "budak suruhan" polis dunia. Atas nama pembebasan, "kudeta" dibuat secara wewenang, menggantikan, siapa yang boleh menjadi "budak suruhan".

Kebanyakan yang teraniaya, adalah masyarakat disekitar dunia ketiga, pada hal, semua itu berkisar kepada keperluan memunggah hasil mahsul, sebagai laluan pintas, tanpa diganggu, mahupun disabotaj.

Ada kemungkinan, doa orang yang zalim, dimakbulkan dan Sang Pencipta menghantar bala tentera, berupa, angin, ribut, taufan membungkam bumi orang yang melakukan penindasan dan kezaliman keatas golongan yang ditindas.

Kisah kisah ini diceritakan semula dalam Al Quran, keatas kaum Tsamud dan Ad, tentera Abrahah, dan kesan kesan sejarah duluan, bagaimana kejadian Laut Mati dikisahkan, dan bekas bekas kejadian masih ada untuk dilihat dan diambil iktibar, bagi orang orang yang mahu berfikir.

Beruntunglah, bagi yang menggunakan aqal, untuk berfikir pada jalan yang hak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.