Laman Utama

17 November, 2012

[7378] Belasungkawa: Razali Ayor

Amiin
In the name of Allah, the All Mighty, we seek refuge in you and we seek forgiveness from associating anything that we do not know. We never know when our time will come for us to be called upon you, so bless us all through our life.

    Mengenali Razali dari zaman persekolahan rendah. Tidak terlalu mesra kerana sifat dan perwatakan kami berbeza. Tetapi sepanjang perkenalan dan pernah sekelas dengan beliau, kami boleh berbicara. 
    Seorang yang selalu memerhati dari jauh pada perwatakan dan keletah rakan. Apabila perlu, beliau akan tersenyum pada insiden melucukan dan sentiasa ada dalam kelompok bermain. 
    Dalam kelas, beliau akan bersama menyertai permainan seperti memetik eraser dan memetik biji "teh" ke lubang yang ditebuk di tengah meja. Di luar bilik darjah, beliau sama-sama mengambil bahagian dalam permainan popia, tetapi sentiasa dalam keadaan "selamat", tidak di tengah tetapi kerap di pinggir padang mengutip bola terlepas dan membaling semula dalam kelompok. Beliau juga menyepak biji kelapa sawit sewaktu rehat di sekolah menengah sesi petang dan sama-sama cuba melompat palang "high jump" sebelum loceng berbunyi mahupun memerhati rakan-rakan bermain dengan alatan gymnastik di dewan kerana ini sesuatu yang baru bagi pelajar dari primary ke sec. Beliau memerhati insiden-insiden yang berlaku dalam kelas.
    Sifat yang dimilikinya tidak mengganggu rakan sebaya. Aku pernah berjalan bersama beliau sewaktu sesi petang di Clifford Sec, menyusuri kedai-kedai jam di lembah..... dan kemudian nama itu hilang dan "vocab' aku sehinggalah ketemu kembali di Galeri Chandan. Aku pantas menyebut namanya tanpa perlu cuba mengingati. Ini kerana sifat dan perwatakannya yang unique. Sepanjang kita bertemu, berkumpul, rasa aku beliau sentiasa ada , sambil berdiri memerhati dan tersenyum. 
   "Senyuman" beliau akan pasti aku ingati dan pasti aku rindui nanti apabila ada perjumpaan di kalangan kita nanti.
    Jujur aku katakan, setiap kali aku mengingati "kematian" aku tersentuh kehilangan "Ben" yang sangat akrab dengan cerita yang kami kongsi bersama. Masih aku rindui Ben hingga kini dan terasa sesuatu yang hilang dan perjumpaan yang lalu. Aku mengingati "kemesraan" Fendi yang walau seketika memberi impak kepada jalinan semula persahabatan ini. Dan kini pasti nama Razali dengan "berdiri sambil tersenyumnya" akan lenyap dan dan cari. 

    Kita kan terus kehilangan. Terima kasih kepada yang menggerakkan "pertemuan dan jalinan" ini. Aku pula bila?
 Bersemadilah Razali, insyaallah kami akan mengingatimu dan Al-Fatihah kami lafazkan setiap kali pertemuan nanti. Dari Allah kita diizinkan berada di sini dan pasti kita akan kembali apabila dipanggilNya nati. Allahuakhbar.



Salam Hormat
Yasin Ismail
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan