Laman Utama

18 November, 2012

[7378] Sepi Seorang Tua. (oleh Sham)

Kesepian dan kesugulan, sinonim pada mencari erti kehidupan, laksana roda roda impian, adakala ianya laksana menenung nasib dilingkaran setan, keluarnya menerobos alam yang laluan rel kebiasaan, menjadi luar biasa, dan secepis dari hidup picisan yang tidak bertepi. Laut luas menjadi medan dipasca lautan biru, menjadi strategi lautan biru.

Seawal jam 5 pagi, aku kehilir, atas tuntutan obligasi sosial, diziarahi yang masih hidup, berkongsi kehilangan, diatas orang yang disayang, namun, yang pergi tidak kembali, yang tinggal masih rencam merenung tanggongjawab yang bakal dipikul, dari makluman yang diberitakan, anak kecil dan yang kedua kecil, menetap dirumah nenda mereka, sebaik isteri arwah Razali kembali terdahulu, yang ketiga dan keempat menetap diasrama, yang sulungnya di Maktab Perguruan, dan yang keduanya menuntut di IPTA. Sempat juga bertukar tukar fikiran dengan Alias, senior kita setahun semasa di Clifford, dan Alias adalah adik ipar pada Razali, yang menyara kehidupan selaku kontraktor binaan. Adik adik Razali, Zaitun menjawat selaku guru, manakala, Zuraida dan Zakiah, menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, Zainal menjawat jabatan kepolisian, Zamzuri bekerja di IKM, dan Zahrulaili menjawat Pensyarah di ITM,

Berkesempatan bersembang dengan Mak Hendon, emak pada Razali, berkongsi kisah dan senario mutaakhir. Persediaan kearah obligasi, namun itulah suratannya.

Kesempatan sementelahan berada di kampong picisan, diziarahi keluarga yang masih bersisa, bertanya khabar berita. Tengaharinya, bertandang menyempurnakan ajakan khenduri Ghuzlan mengahwinkan anaknya di Taman Anggerik, lantas disitulah perjumpaan dengan kenalan kenalan yang lama terpisah. 

Setelah hampir 28 tahun tiada khabar berita, terjumpa dimajlis berkenaan, kelu lidah dari sapaan, hanya melihat berderai keliling dengan gerabak gerabaknya. Namun itu adalah kisah kisah lama, yang telah ditelan zaman.

Lantas kesempatan juga hadir dirumah Damanhuri, khenduri kahwin anaknya bersama Seli, Lid, Zuli dan Yusof, dan sempat menyempurnakan seteguk zam zam dan ajwak, berserta dengan air nyior.

Aku pulang jam 5 petang, dan membawa dengan lamunan panjang menghala kehulu, melawan arus trafik serta hujan lebat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan