Laman Utama

29 April, 2013

[7378] Kuala Kangsar Dalam Kenangan.

Melihat pada riak labun rakan rakan, dalam group ini, Kuala Kangsar sinonim, memanggil kepulangan, saban hari, minggu, dan bulan bersilih ganti, namun Kuala Kangsar hanya tinggal memori, melihat susuk susuk yang berkeliaran di pekan itu, menggamit kedatangan ku, umpama melihat "orang asing" datang berpeleseran bergelandangan.

Aku telah jadi asing dengan kehadiran di tempat tumpah darahku, dimana anak anak kecil, penghuni masa kini, melihat sesuatu yang asing dengan kehadiranku.

Sudah lebih se genre aku meninggalkan jejak jejak Kuala Kangsar, memori itu menggamit lagi , lebih lebih dihari lebaran. Kebetulannya, aku tidak bersedia pulang sebelumnya, tiada bekal untuk dilayari kehidupan disitu. Tambahan seusia ini, sudah jadi mustahil untuk dihabiskan sisa sisa umur, bekalannya seumpama kantong kosong.

Begitulah memori Kuala Kangsar, masih segar di ingatan. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.



-------- Original Message --------
Subject: [7378] Kuala Kangsar Dalam Kenangan.
From: hishamudin.alli@live.com.my
To: clifford7378 <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:



[7378] Bubur jagung sagu

From: hang nadim <aiznin@gmail.com> 
Date: 29/04/2013 17:28 (GMT+08:00) 
To: Clifford <cliffordian7378@googlegroups.com> 
Subject: Re: [7378] Bubur jagung sagu 


Untuk mereka mereka yang berangan pasang lagi satu.

 

Ini adalah puisi dari seorang isteri pulak.

 

Keluhan seorang isteri...

 

Duhai suamiku dunia dan akhirat

Kufahami bahawa kau memang berniat

Menambah cawangan di satu lagi tempat

 

Abang,

Bukannya niatku untuk menegah

Suara hati isterimu ini dengarkanlah

Kerana tiada guna kita berbalah

Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

 

Memang di officemu diriku tiada

Bukankah abang juga yang menegah bekerja

Katamu jadilah surirumah sepenuh masa

Agar anak-anak menjadi manusia berguna

Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga

Inikah pula yang patut kuterima?

 

Abang,

Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga

Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja

Mampukah abang menanggung semuanya

Bukan sahaja dari segi material saja

Malah merangkumi aspek segala

Kubimbang nanti akhira disana

Abang melangkah senget sebelah bahunya

Sedang aku dapat melihat cuma...

 

Abang,

Kurelakan abang berkahwin lagi

Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati

Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi

Apa sebenarnya yang kau cari???

 

Abang,

Semenjak akad telah dilafazkan

Telah kuserahkan jiwa dan perasaan

Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan

Hidupku jangan disia-siakan

Janjimu kini hanya tinggal kenangan

 

Abang,

Memang nafsu itu satu godaan

Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjana

Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan

Begitulah Islam menyarankan

Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan...

 

Abang,

Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?

Sanggupkah kau berkongsi pelukan?

Sanggupkah kau berkongsi belaian?

 

Akhir sekali,

Apa yang ingin kutegaskan di sini

Mulai daripada tika dan saat ini

Aku akan berhenti menjadi

Seorang isteri yang baik hati

Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai

Sekarang buatlah apa yang kau ingini

Aku sudah tidak peduli

Daripada ku menghambakan diri

Lebih baik aku pun mula mencari pengganti

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

 

Bye banggggg......\\

 







-------- Original Message --------
Subject: Re: [7378] Bubur jagung sagu
From: shuhaili61 <shuhaili61@yahoo.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:



[7378] RINGKASAN PERJALANAN PENGEMBARAAN DIBUMI TURKI, SEPANYOL DAN MOROCCO.

Menjelajahi bumi bekas Khalifah Othmaniyyah, merupakan pengalaman yang pelbagai, mula menjajaki dibumi ini disekitar 2003, berseorangan ketika itu, menjelajahi dipersekitaran bumi di 2 benua, Asia dan Eropah. Sejak pengalaman itu, disusuli tahun terkemudian 2011, menyusuri pula dengan 2 rakan kita, Amir dan Megat Fuzy, diikuti juga Aizat dan Sath, rakan Aizat, dengan kreativiti masing masing, menggambarkan perjalanan itu diabadikan dalam bentuk video.Tahun 2011, kedudukan Lira Turki, masih agak kuat, dibandingkan dengan setara tukaran asing dengan S'pura dan Brunei, namun keadaan kini, Lira ke Ringgit RM 1.75. Begitulah keadaan tukaran asing, namun dibumi Istanbul, tidak putus putus dikunjungi pelancong diseantero dunia. Perniagaan nya berkait rapat dengan keperluan citarasa pelancong. Pengendalian keperluan pelancong, bagi yang datang kali pertama, handling fee disekitar Masjid Biru, Sultanahmet, disitu ada nilai Euro dan Lira, jika terus disasarannya keperluan, semurah 75 peratus dari menggunakan khidmat orang tengah. Namun kebanjiran pengunjung, dengan kepelbagaian bangsa dan warna kulit, sentiasa datang pergi, menjelajahi bumi Istanbul, yang seketikanya sebagai Pusat Tamadun, menemukan Byzantium, Kristian dan Islam, disuatu tempat. Menariknya, memori mereka cukup kuat, walau sedekad tidak bertemu. Dilorong lorong kota Istanbul ku jejak meneliti muka muka yang pernah dilihat sebelumnya. 3hb April, 12.30 malam, penerbangan dari KLIA ke Istanbul dimulakan, dengan 6 anggota dalam kumpulan. Sepuloh jam dalam penerbangan, sampai di Attaturk Airport, Istanbul, jam 6.30 pagi waktu Istanbul, dan charter sebuah Airport Transfer Coach ke Sultanahmet dengan kadar Euro 90 pergi balik Airport Sultanahmet Airport.

 

Agenda pertamanya, ke Masjid Biru, sehinggalah kami mengerjakan Solat Zohor disitu. Dan dalam keadaan suasana yang mendung, kami bergegas ke hotel inapan, dikawasan Sultanahmet, dan berehat. Keesokannya, 4hb April, acara menyusuri Bhosphorus, ku tinggalkan rombongan ini pada seconder pasukan, kerana ada mesyuarat dengan Matrade di Levent, yang kebetulannya adalah rakan sekampong dan senior persekolahan Clifford. 5hb April melawat Topkapi dan sekitarnya, sehinggalah keluar dari situ, sebelum Jumaat.

 

Seawal pagi 6hb April, 3 30 pagi bergerak ke Lapangan Terbang Attarturk Istanbul, menuju ke Malaga melalui Munich transit dan ke Malaga. Baru saja sampai jam 3 30 petang waktu Malaga, perut sudah ketar dan berputar, cacing rambu sudah bangun dari tidurnya, Masih menunggu 4 lagi masih sampai, kerana penerbangan berbeza dari Istanbul, ada yang transit Munich, Berlin, dan Zurich. Apa nak buat, bawak rombongan Cik Kiah, yang kepala GPS pun tak pernah sampai disini.Jam 5 petang sampai 2 lagi melalui transit Zurich, dan menunggu lagi 2 orang transit dari Munich, Berlin. Yang sepatutnya sampai 5 50 petang, sambil berlegar legar menantikehadiran mereka, seketumbukan penumpang yang cukup ramai, sambil mata liar mencari yang 2 lagi yang tidak kelihatan muncul. Perasaan mula resah, kemana gerangan mereka ini, sambil itu bertanya lost and found counter, mereka tiada akses keatas senarai penumpang yang check in dari Berlin. Hampir 2 jam kami tunggu, dan keluar dari exit arrival hall, dengan rasa terperanjat, rupa rupanya mereka sudah ada diluar perkarangan arrival hall, tanpa membuang masa, terus ke Fuenrigola dengan LRT, dan naik teksi ke Costa de la Marina, perut kelaparan, dan membuka apa saja bekal yang boleh dimakan.


Keesokannya, 7hb April, 2013, melawat sekitar resort, dan membuat keputusan untuk mendapatkan kereta sewa di Lapangan Terbang, Malaga, kerana sukar tidak berkenderaan disekitar sini. Lantas alternatifnya, perlu kepada kenderaan pandu sendiri untuk pergerakan dari suatu destinasi ke suatu destinasi. Tanpanya, menyukarkan untuk bergerak ke Algeciras, iaitu pelabuhan untuk ke Tangiers, Morocco pada 9hb April.


Keesokannya, 8hb April, kami bertiga ke Lapangan Terbang Malaga dari resort untuk mengambik kereta pandu sendiri dan terus merintis jalan ke Algeciras untuk merintis laluan keesokannya, 9hb April.


Seawal pagi 9hb April, jam 5.00 , dari  Costa de la Marina, Feuginorila, Spain, menuju ke Algeciras, Spain, pelabuhan menuju ke Tangiers, Morrocco. Melepasi imigresen, jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi boarding menaiki kapal menyeberang Tangiers, melawat Morrocco, melalui Tangiers, bercadang menuju Casablanca, keesokkannya ke Rabat, dan berpatah semula ke Tangiers untuk menyeberang semula 11hb April ke Algeciras.


Keinginannya, mahu dilawati hingga ke Marakesh. Mungkin ini dimasa akan datang, jika kelapangannya mengizinkan.


Perbezaan jam antara tanah besar Sepanyol dan Tanah Besar Afrika Utara,Tangiers, 2 jam. Sesampai di Pelabuhan de Meditarrenean Tangers, diikuti dengan menaiki bas ke pekan Tangiers, 25 dirham (RM 10) dari Pelabuhan, dan menaiki bas, dan dari hentian bas, ke stesen keretapi Tangiers, dari 350 dirham 2 teksi, di"bargain" jadi 80 dirham. Agak mahal juga teksi dengan hubaya hubayanya, susah cari makan cara orang Morocco. Tiket ke Casablanca, dalam 1200 dirham utk 6 orang, koc kelas 1 untuk bilek6 orang. Halangan halangan "traveller" , selalunya adalah mainan bagi pengunjung picisan. Masing masing mencari makan cara dan gaya tersendiri. Hanya Ibnu Battutah yang mampu mengelilingi dunia, dengan pengalaman pelayarannya. Walaupun hubaya hubaya di mana mana, tetapi di Morocco, masih boleh dikatakan kompetitif, dari sudut darjah kehidupan, dibandingkan Malaga, Istanbul dan Tangiers. Begitulah peranan "fiat money", timbangan dan neracanya menggunakan asas USD. Dan kita masih terkial kial mencari laluan hidup yang berbeza, tetapi hanya punyai suatu matlamat dan halatuju, fokus kepada survival kehidupan.

 

Disepanjang perjalanan, kiri kanan laluan keretapi, kelihatan ladang ladang ternak biri biri , lembu, unta dan juga ladang ladang gandum.Jam di Morrocco telah hampir 5 petang, lantas mencari hotel untuk inapan semalam, dan esok ke Rabat pula. Internet connection terlalu perlahan, hingga memungkirkan utk melepasinya. Jam kini telah 8 20 malam, sambil berlegar di lobby hotel, sementara menunggu yang lain lainnya utk menikmati malam di  Casablanca.

  

Seawal hening fajar 10 April, waktu tempatan 4 30 pagi, sesudah subuh, aku berkeliaran disekitar square berhadapan Hotel Hyatt, sambil mencari cari apa kudapan pagi, selain roti canai dan nasi lemak Malaya, memangnya tak terjumpa sejenis itu. Taraf kehidupan agak menekan orang kotanya, segalanya memerlukan wang untuk kelangsungan kehidupan, teksi teksi Mercedes 200 D tahun 80 an berkeliaran di depan Hotel Hyatt, disuatu sudut, masih kedapatan yang tidak berumah, tidur dikerusi dihadapan Square, melalui kedinginan malam, seawalnya, "ayam ayam Casablanca" merayap di jalanan, mungkin mahukan perhatian mendagangkan diri. Lagaknya gaya, separa Sepanyol, yang dipisahkan Laut Mediteranean melalui Tangiers Algeciras. Letih juga tiada akses internet untuk perhubungan, "wifi" nya ada, tetapi untuk akses, mungkin kelajuannya tidak sebaik Istanbul, Turki. Aku ke Rabat semula untuk hari ini, dengan perhubungan melalui keretapi elektrik. Tram di bandar Casablanca beroperasi seawal jam 5 00 pagi.

 

Rabat adalah antara bandar bandar besar di Morocco, selain Marakesh, Casablanca dan Tangiers. Semalam, 10hb April kami sampai sekitar jam 12 tengahari di Rabat, dan mencari inapan untuk semalam, disekitar hotel di sekitar stesen keretapi, langkah awalnya ke Hotel Majlis, tapi khabarnya sudah penuh, dan kami berjalan disekitar Hotel Balliman, sekitar 5 minit berjalan kaki dari stesen keretapi. Dikhabarkan oleh resepsi, hanya satu bilik utk 3 orang saja yang ada, lantas salah seorang dari kami mencari hotel yang ada disekitarnya. Yang lain lain masih menunggu di lobby Hotel Balliman. Mungkin persepsi awalnya, kami hanya puak Gypsy saja, silap haribulan duit sekupangpun tak boleh, lebih setengah jam kami berligar di lobby , reception memberi tahu, ada pulak 3 bilik yang diminta awal, mungkin ketika itu, apabila ditanya, mungkin bilik hotelnya sedang dicuci. Sudah diberi kunci untuk akses 3 bilik inapan, kami berehat sebentar, lantas diambil kesempatan bersembang dengan Megat G melalui video facebook. Akses internetnya agak laju dan macam bersembang bersemuka. Pagi tadi 11hb April, selepas subuh, berkeliaran berseorangan membawa kamera, lanscape photography. Menyusuri pasar pasar orang Morocco tempatan. Kehidupan orang kebanyakan, masih terkial kial dengan survival kehidupan, aku membeli beberapa roti dan jenis kueh mueh, dengan kadar beberapa dirham, mampu alas perut untuk perjalanan keretapi dari Rabat ke Tangiers. Jam 8.47 pagi keretapi bertolak ke Tangiers.

  

Sebaik sampai di Tangier, setesen keretapi akhir dari Rabat, mengambil masa 5 jam, berunding dengan teksi untuk dihantar ke Pelabuhan Tangier de Mediterranea, satu teksi, mercedes benz 200 D 1980 an, dengan kadar, 150 dirham (RM 60). Menyeberang melalui jalan laut, dari Morocco, pelabuhan Tangiers de Mediteranea, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Banyak feri yang menyediakan perkhidmatan menyeberang ke Sepanyol, Algeciras. Keesokannya 12 April, 2013, hanya berkeliaran di Fuengirola, mencari apa yang patut, dan sebelah petangnya, hanya mengemas barangan yang perlu dibawa pulang. 13hb April, seawal jam 8 pagi, menuju ke Lapangan Terbang Malaga, menuju Istanbul.

 

Pagi seawal jam 8 13hb April, telah meninggalkan, resort yang menjadi teduhan 7 malam sepanjang masa di Malaga, Costa de la Mediterranea, di Fluengirola, daerah Malaga, sejauh 28 km dari Lapangan Terbang, Malaga. Dipulangkan kereta sewa, dan persediaan untuk check in ke Lapangan Terbang, Malaga. Seharian dalam kapalterbang, dari Malaga ke Munich, Munich ke Istanbul, sampai di hotel inapan di Angel Inn, Sultanahmet, sudah hampir jam 12 malam.  Keesokannya, acara bebas, berkeliaran di Eminonu, membeli bijirin, kekacang, kurma, aprikot, dan replika yang mana berkenan, untuk memberatkan timbangan 40 kg seorang keatas barangan. Yang pastinya, Istanbul, punyai sejarahnya tersendiri, mempertemukan tamadun Byzantium dan Kristian, serta Islam. Azan sahut menyahut di 7 masjid besar sekeliling Istanbul. Hari ini, 15hb April, Istanbul bakal ditinggal pergi. Dan ianya datang menggamit lagi, jika ada rezeki. Begitulah, pengalaman di 3 negara dalam masa 15 hari, Turki, Sepanyol dan Morocco. Hanya kenangan yang dapat diabadikan, setelah tercapai cita cita menjejak kaki dibumi benua Afrika Utara, Morocco.


HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

19 April, 2013

[7378] secalit madat sekudap rasa xiii

"Masihkah kau ingat" lagu nyanyian kumpulan Kopratasa yang ikonik itu membawa nostalgia kepada sesiapa pun sama seperti judulnya. Siapa pun gemar mengenang yang lama sama ada yang pahit atau manis, tanyalah hati sendiri. Jangan dikata mengimbau masa lampau itu membuang masa dan seolah-olah mengambil jalan berundur. Apa yang telah berlalu itu adalah landasan ke depan. Ada kala keberadaan kita di masa kini adalah pencorakan di masa lalu.

Beberapa hari lagi tanggungjawab yang hanya datang setiap lima tahun akan dilaksanakan - mengundi di pilihanraya umum. Pilihanraya umum negara ini harus ditekankan kerana mengundi semasa student pun pilihanraya juga. Seingat penulis pernah mengundi semasa student di ITM dulu, calon yang diundi semasa itu kini masih akan diundi orang. Pada senarai calon yang dikeluarkan baru-baru ini beliau akan bertanding di salah sebuah negeri di utara. Beliau adalah penyandang kerusi yang ditandingkan itu - kerusi parlimen.

Pilihanraya tahun ini adalah kali kelapan penulis akan mengundi, tugas yang mudah untuk dilakukan sempena pilihanraya umum ke-13 ini. Tidak  terlibat dengan mana-mana pihak untuk berkempen, sebagai anggota kerajaan, akur kepada government of the day. Mengundi pun tidak berpindah ke kawasan tempat tinggal kini, masih di Parlimen Padang Rengas dan DUN Lubok Merbau, tiada halangan untuk balik mengundi. Pernah balik mengundi pada pilihanraya umum kelapan (1990) semasa menetap di Brunei. Rasanya itulah tanggungjawab sebagai seorang rakyat di negara demokrasi ini. Hak yang dilaksanakan setiap lima tahun. 

Mengimbau kembali, penulis pernah terlibat sebagai penganalisis semasa pilihanraya umum ke-9 (1995). Sewaktu bertugas di DBP, diarah oleh Editor Dewan Masyarakat untuk membuat analisis pilihanraya di tiga buah negeri i.e. Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Pada tahun itu suasana agak panas di Pulau Pinang, apa lagi dengan ungkapan Robocop disergahkan kepada bakal pengundi (tak perlu dicatakan siapa yang mengeluarkan ungkapan itu).  Di Kedah, perjuangan parti Islam juga bagaikan memuncak kerana semasa itu dipimpin oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Namun yang jelas isu-isu semasa pada tahun itu tidak sehangat dan serancak hari ini. Pengalaman penulis hampir dua minggu di utara tanah air benar-benar melihat keadaan sebenar kempen pilihanraya dijalankan - ada baik ada buruk, tak perlu diulas di sini sebab penulis berpegang pada tidak partisan. Keputusan PRU ke-8 itu adalah antara keputusan paling cemerlang parti memerintah, malah tokoh utamanya disanjung tinggi atas peranannya bulldozing parti lawan untuk terus memerintah negara ini tetapi kini dihina. Begitulah dunia politik. 

Tiadalah ingin mengulas senario terkini kerana tulisan dan ulasan tentang PRU 13 ini kerana semua boleh mengikutinya di akhbar utama, di portal berita online dan macam-macam media lain. Mengikuti ceramah politik juga tidak susah, lihat saja jadual ceramah di website dan poster yang dipasang di merata tempat cuma sama ada punya waktu atau tidak saja untuk mengikutinya di waktu malam. Kita disogokkan dengan pelbagai maklumat dan berita, kita hanya perlu menilainya dengan perspektif sendiri, itu yang terbaik, kerana sebagai pengundi kewajaran untuk kita mengundi calon yang kita pilih hendaklah terletak di tangan sendiri. Pengalaman tujuh kali mengundi dengan suasana pilihanraya yang berbeza mengajar penulis untuk mengundi dengan conscience (suara hati) sendiri. Bukanlah suatu yang kontradiksi dengan kenyataan awal penulis tadi yang mengatakan 'mudah' untuk mengundi tetapi  terserah pada masing-masing.

Seperti tahun-tahun sudah, penulis telah menetapkan rasa untuk memangkah  di ruang mana selepas pencalonan rasmi dibuat. Pencalonan rasmi PRU 13 akan diadakan esok, tunggulah untuk hari mengundi pada 5 Mei 2013. Angka 13 yang sinonim dengan tahun ini.


Amir Md Akhir

Putrajaya


-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

14 April, 2013

[7378] Tangiers Ke Algeciras 11 April, 2013

Sebaik sampai di Tangier, setesen keretapi akhir dari Rabat, mengambil masa 5 jam, berunding dengan teksi untuk dihantar ke Pelabuhan Tangier de Mediterranea, satu teksi, mercedes benz 200 D 1980 an, dengan kadar, 150 dirham (RM 60). 

Menyeberang melalui jalan laut, dari Morocco, pelabuhan Tangiers de Mediteranea, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Banyak feri yang menyediakan perkhidmatan menyeberang ke Sepanyol, Algeciras. 

Keesokannya 12 April, 2013, hanya berkeliaran di Fuengirola, mencari apa yang patut, dan sebelah petangnya, hanya mengemas barangan yang perlu dibawa pulang.

13hb April, seawal jam 8 pagi, menuju ke Lapangan Terbang Malaga, menuju Istanbul.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

[7378] Rabat Ville (Central)-Tangiers 2013

Rabat adalah antara bandar bandar besar di Morocco, selain Marakesh, Casablanca dan Tangiers. 

Semalam kami sampai sekitar jam 12 tengahari di Rabat, dan mencari inapan untuk semalam, disekitar hotel di sekitar stesen keretapi, langkah awalnya ke Hotel Majlis, tapi khabarnya sudah penuh, dan kami berjalan disekitar Hotel Balliman, sekitar 5 minit berjalan kaki dari stesen keretapi. Dikhabarkan oleh resepsi, hanya satu bilik utk 3 orang saja yang ada, lantas salah seorang dari kami mencari hotel yang ada disekitarnya. Yang lain lain masih menunggu di lobby Hotel Balliman. Mungkin persepsi awalnya, kami hanya puak Gypsy saja, silap haribulan duit sekupangpun tak boleh, lebih setengah jam kami berligar di lobby , reception memberi tahu, ada pulak 3 bilik yang diminta awal, mungkin ketika itu, apabila ditanya, mungkin bilik hotelnya 
sedang dicuci.

Sudah diberi kunci untuk akses 3 bilik inapan, kami berehat sebentar, lantas diambil kesempatan bersembang dengan Megat G melalui video facebook. Akses internetnya agak laju dan macam bersembang bersemuka. 

Pagi tadi selepas subuh, berkeliaran berseorangan membawa kamera, lanscape photography. Menyusuri pasar pasar orang Morocco tempatan. Kehidupan orang kebanyakan, masih terkial kial dengan survival kehidupan, aku membeli beberapa roti dan jenis kueh mueh, dengan kadar beberapa dirham, mampu alas perut untuk perjalanan keretapi dari Rabat ke Tangiers.

Jam 8.47 pagi keretapi bertolak ke Tangiers.

(Catatan atas keretapi dari Rabat Ville ke Tangiers.)

Hishamudin Alli.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 

[7378] PadaMU Kami Berserah......

 

Ketika burung  meraikan siang
melantunkan madah ceria
memanjangkan khabar dan salam
yang hijau masih berkilau
tinggalan sentuhan dinihari

ketika inilah ku memerhati
meruntun kalimah yang berdegupan
perasaan menawarkan ilham
menyusun rentak agar sesuai
irama dan pesan-pesan

maka kesyukuran yang tidak terhingga
dilepaskan ke jauh sana
hingga ke tinggi awan
dengan setapak tangan
memohon berkat dan iman

sesungguhnya kita ini selalu alpa
hati berkelana tanpa rasa
sekejap datang dengan iman
sekejap hilang dari pandangan

maka yang kurang jangan dihilangkan
jangan direndahkan atau dibuang selalu
ada baiknya kalau dibersih dan dipulih
kerana kita sebagai insan mudah khilaf sendiri

perjalanan kehidupan hampir ke senja
 dengan kata dan cerita nan bertaburan dan berbeza
langit tidak selalu cerah bersayupan
terkadang gelap balam menuruni hujan

halnya kita ini sama sahaja, hanya yang
membeza adalah rupa dan aura iman
yang berbolak-balik perlu dijaga
agar tidak terkandas kelas menderita

kerana cahaya hidayah itu limpahan kasih-Nya
tatanglah ia bagai menerima amanah sebaiknya
memelihara yang wajib hendaklah diutama
jangan sampai hilang sekejap sahaja meribanya

tunggak iman itu amalan tidak sebentar cuma
dilapik baik dengan ilmu pengetahuan
dari masa siang sampailah ke malam
hendaklah ilmu dituntun tiada berhenti

sekadar ini sahaja risalah  yang terawal
berkongsi apa yang terfikir di kalbu 
tulisan yang baik diambil peringatan
lintasan yang buruk dijadikan sempadan

 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

13 April, 2013

[7378] Casablanca 2013

Seawal hening fajar, waktu tempatan 4 30 pagi, sesudah subuh, aku berkeliaran disekitar square berhadapan Hotel Hyatt, sambil mencari cari apa kudapan pagi, selain roti canai dan nasi lemak Malaya, memangnya tak terjumpa sejenis itu.

Taraf kehidupan agak menekan orang kotanya, segalanya memerlukan wang untuk kelangsungan kehidupan, teksi teksi Mercedes 200 D tahun 80 an berkeliaran di depan Hotel Hyatt, disuatu sudut, masih kedapatan yang tidak berumah, tidur dikerusi dihadapan Square, melalui kedinginan malam, seawalnya, "ayam ayam Casablanca" merayap di jalanan, mungkin mahukan perhatian mendagangkan diri.

Lagaknya gaya, separa Sepanyol, yang dipisahkan Laut Mediteranean melalui Tangiers Algaciras.

Letih juga tiada akses internet untuk perhubungan, "wifi" nya ada, tetapi untuk akses, mungkin kelajuannya tidak sebaik Istanbul, Turki.

Aku ke Rabat semula untuk hari ini, dengan perhubungan melalui keretapi elektrik.

Tram di bandar Casablanca beroperasi seawal jam 5 00 pagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

11 April, 2013

[7378] Tangiers Morrocco.

Perbezaan jam antara tanah besar Sepanyol dan Tanah Besar Afrika Utara, Tangiers, 2 jam.

Sesampai di Pelabuhan de Meditarrenean Tangers, diikuti dengan menaiki bas ke pekan Tangiers, 25 dirham (RM 10) dari Pelabuhan, dan  menaiki bas, dan dari hentian bas, ke stesen keretapi Tangiers, dari 350 dirham 2 teksi, di "bargain" jadi 80 dirham. Agak mahal juga teksi dengan hubaya hubayanya, susah cari makan cara orang Morocco.

Tiket ke Casablanca, dalam 1200 dirham utk 6 orang, koc kelas 1 untuk bilek 6 orang.

Halangan halangan "traveller" , selalunya adalah mainan bagi pengunjung picisan. Masing masing mencari makan cara dan gaya tersendiri.

Hanya Ibnu Battutah yang mampu mengelilingi dunia, dengan pengalaman pelayarannya. 

Walaupun hubaya hubaya di mana mana, tetapi di Morocco, masih boleh dikatakan kompetitif, dari sudut darjah kehidupan, dibandingkan Malaga, Istanbul dan Tangiers.

Begitulah peranan "fiat money", timbangan dan neracanya menggunakan asas USD. Dan kita masih terkial kial mencari laluan hidup yang berbeza, tetapi hanya punyai suatu matlamat dan halatuju, fokus kepada survival kehidupan.

Tangiers ke Cassablanca, 9hb April, 2013
Hishamudin Alli

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.



-------- Original Message --------
Subject: [7378] Tangiers Morrocco.
From: hishamudin.alli@live.com.my
To: clifford7378 <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:



[7378] Senora Senorita, Malaga 2013

Seawal pagi 6hb April, 3 30 pagi bergerak ke Lapangan Terbang Attarturk Istanbul, menuju ke Malaga melalui Munich transit dan ke Malaga. Baru saja sampai jam 3 30 petang waktu Malaga, perut sudah ketar dan berputar, cacing rambu sudah bangun dari tidurnya, Masih menunggu 4 lagi masih sampai, kerana penerbangan berbeza dari Istanbul, ada yang transit Munich, Berlin, dan Zurich. 

Apa nak buat, bawak rombongan Cik Kiah, yang kepala GPS pun tak pernah sampai disini.

Jam 5 petang sampai 2 lagi melalui transit Zurich, dan menunggu lagi 2 orang transit dari Munich, Berlin. Yang sepatutnya sampai 5 50 petang, sambil berlegar legar menanti kehadiran mereka, seketumbukan penumpang yang cukup ramai, sambil mata liar mencari yang 2 lagi yang tidak kelihatan muncul. 

Perasaan mula resah, kemana gerangan mereka ini, sambil itu bertanya lost and found counter, mereka tiada akses keatas senarai penumpang yang check in dari Berlin. Hampir 2 jam kami tunggu, dan keluar dari exit arrival hall, dengan rasa terperanjat, rupa rupanya mereka sudah ada diluar perkarangan arrival hall, tanpa membuang masa, terus ke Fuenrigola dengan LRT, dan naik teksi ke Costa de la Marina, perut kelaparan, dan membuka apa saja bekal yang boleh dimakan.

Hishamudin Alli
Malaga, Spain.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

09 April, 2013

[7378] Hening Malam

Malam ini begitu sunyi…

Gelap…

Hampa…

Tanpa cerita….

Tiba-tiba semuanya hilang tanpa suara…

Seiring lenyapnya setiap untaian bicaraku…

Angan ku melayang…

Mencari satu suara dikeheningan malam…

Mengharap satu sentuhan yang biasa menemani…

Aku rindu…

Akan lembut teriakkan diselangi dengan gurauan…

Tapi semuanya tiba-tiba kelu dan diam…

Tertelan didalam keheningan…

Tak sedikitpun kudengar suara..

Tak juga tiupan angan yang selalu sampaikan pesan rindu..

Aku terdampar didalam keheningan…

 

 

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

05 April, 2013

[7378] Re: Istanbul 2013

Sejak pengalaman itu, disusuli tahun  terkemudian 2011, menyusuri pula dengan 2 rakan kita, Amir dan Megat Fuzy, dikuti juga Aizat dan Sath, rakan Aizat, dengan kreativiti masing masing, menggambarkan perjalanan itu diabadikan dalam bentuk video.

Tahun 2011, kedudukan Lira Turki, masih agak kuat, dibandingkan dengan setara tukaran asing dengan Spura dan Brunei, namun keadaan kini, Lira ke Ringgit RM 1.75. Begitulah keadaan tukaran asing, namun dibumi Istanbul, tidak putus putus dikunjungi pelancong diseantero dunia. Perniagaan nya berkait rapat dengan keperluan citarasa pelancong. 

Pengendalian keperluan pelancong, bagi yang datang kali pertama, handling fee disekitar Masjid Biru, Sultanahmet, disitu ada nilai Euro dan Lira, jika terus disasarannya keperluan, semurah 75 peratus dari menggunakan khidmat orang tengah.

Namun kebanjiran pengunjung, dengan kepelbagaian bangsa dan warna kulit, sentiasa datang pergi, menjelajahi bumi Istanbul, yang seketikanya sebagai Pusat Tamadun, menemukan Byzantium, Kristian dan Islam, disuatu tempat. 

Menariknya, memori mereka cukup kuat, walau sedekad tidak bertemu. Dilorong lorong kota Istanbul ku jejak meneliti muka muka yang pernah dilihat sebelumnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

02 April, 2013

[7378] Pengalaman Mengerjakan Haji Dengan Muassasah.

Persediaan mengerjakan Haji, adalah ibadah seumur hidup, secara ringkasnya, persediaan membawa hati, meninggalkan ego, meninggalkan rasa keselesaan, ditinggalkan ditanahair, tahun 2005, setelah 3 kali ditawarkan mengikuti rombongan Haji sebelumnya, tetapi ketika itu, anak anak masih tidak ada upaya menguruskan hidup kendiri, hanya setelah mereka agak muda remaja, boleh mengurus diri, hanya yang kecil dan yang nombor tiga, ditinggalkan dengan ibu saudara mereka di Bukit Mertajam, yang sulung, kedua dan ke empat dirumah, yang berhampiran dengan Tok dan Tok Ayah mereka.

Kebetulan di tahun itu, musim cuti penggal persekolahan. Kapal terbang penerbangan Haji Yang Pertama dipohon, terus ke Madinah, untuk 8 hari, untuk 40 waktu solat jamaah di Masjid Nabawi, pakar pakar Hadis, membahaskannya, martabat hadis itu, dan itulah asas jamaah Haji Malaysia ditempatkan di Madinah untuk cukup 40 waktu. 

Itu kerja pakar pakar Hadis, mutaakhir, namun pengalaman perjalanan menuruti rombongan ini, punyai kisah kisah tersendiri, menurut persiapan diri untu berada di Tanah suci, sekitar 40 ke 45 hari, dilalui dengan jiwa tabah, dan  fokus keatas kerja Haji dari 8 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Hari hari awal sebelum berangkat ke Mekah, rata ratanya, tawadhu', masih boleh bertahan lagi, apabila sebaik di Mekah, ditempatkan di penempatan Haji di Hotel Habibah, sekitar 500 meter dari Masjidil Haram, sebaik sampai, terus melaksanakan Umrah yang dimulai dari miqat Bir Ali, dari Madinah. 

Begitulah keadaannya , ulang alik Masjid ke penempatan. Hinggalah ke 21 hari, udah naik ke kepala, dimana pulak nak dilepaskan dalam suasana sedemikian, Jangan malu, jangan segan, rupa rupanya kunci bilek 1 jam dijaga oleh petugas Haji wanita LUTH, tapi sudah naik tepu, hilang pula rasa segan, "Mai minta kunci, kami nak mesyuarat", tak terkata dan terkelu rasa.

Gitulah kisahnya, Muassasah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.