Laman Utama

29 April, 2013

[7378] RINGKASAN PERJALANAN PENGEMBARAAN DIBUMI TURKI, SEPANYOL DAN MOROCCO.

Menjelajahi bumi bekas Khalifah Othmaniyyah, merupakan pengalaman yang pelbagai, mula menjajaki dibumi ini disekitar 2003, berseorangan ketika itu, menjelajahi dipersekitaran bumi di 2 benua, Asia dan Eropah. Sejak pengalaman itu, disusuli tahun terkemudian 2011, menyusuri pula dengan 2 rakan kita, Amir dan Megat Fuzy, diikuti juga Aizat dan Sath, rakan Aizat, dengan kreativiti masing masing, menggambarkan perjalanan itu diabadikan dalam bentuk video.Tahun 2011, kedudukan Lira Turki, masih agak kuat, dibandingkan dengan setara tukaran asing dengan S'pura dan Brunei, namun keadaan kini, Lira ke Ringgit RM 1.75. Begitulah keadaan tukaran asing, namun dibumi Istanbul, tidak putus putus dikunjungi pelancong diseantero dunia. Perniagaan nya berkait rapat dengan keperluan citarasa pelancong. Pengendalian keperluan pelancong, bagi yang datang kali pertama, handling fee disekitar Masjid Biru, Sultanahmet, disitu ada nilai Euro dan Lira, jika terus disasarannya keperluan, semurah 75 peratus dari menggunakan khidmat orang tengah. Namun kebanjiran pengunjung, dengan kepelbagaian bangsa dan warna kulit, sentiasa datang pergi, menjelajahi bumi Istanbul, yang seketikanya sebagai Pusat Tamadun, menemukan Byzantium, Kristian dan Islam, disuatu tempat. Menariknya, memori mereka cukup kuat, walau sedekad tidak bertemu. Dilorong lorong kota Istanbul ku jejak meneliti muka muka yang pernah dilihat sebelumnya. 3hb April, 12.30 malam, penerbangan dari KLIA ke Istanbul dimulakan, dengan 6 anggota dalam kumpulan. Sepuloh jam dalam penerbangan, sampai di Attaturk Airport, Istanbul, jam 6.30 pagi waktu Istanbul, dan charter sebuah Airport Transfer Coach ke Sultanahmet dengan kadar Euro 90 pergi balik Airport Sultanahmet Airport.

 

Agenda pertamanya, ke Masjid Biru, sehinggalah kami mengerjakan Solat Zohor disitu. Dan dalam keadaan suasana yang mendung, kami bergegas ke hotel inapan, dikawasan Sultanahmet, dan berehat. Keesokannya, 4hb April, acara menyusuri Bhosphorus, ku tinggalkan rombongan ini pada seconder pasukan, kerana ada mesyuarat dengan Matrade di Levent, yang kebetulannya adalah rakan sekampong dan senior persekolahan Clifford. 5hb April melawat Topkapi dan sekitarnya, sehinggalah keluar dari situ, sebelum Jumaat.

 

Seawal pagi 6hb April, 3 30 pagi bergerak ke Lapangan Terbang Attarturk Istanbul, menuju ke Malaga melalui Munich transit dan ke Malaga. Baru saja sampai jam 3 30 petang waktu Malaga, perut sudah ketar dan berputar, cacing rambu sudah bangun dari tidurnya, Masih menunggu 4 lagi masih sampai, kerana penerbangan berbeza dari Istanbul, ada yang transit Munich, Berlin, dan Zurich. Apa nak buat, bawak rombongan Cik Kiah, yang kepala GPS pun tak pernah sampai disini.Jam 5 petang sampai 2 lagi melalui transit Zurich, dan menunggu lagi 2 orang transit dari Munich, Berlin. Yang sepatutnya sampai 5 50 petang, sambil berlegar legar menantikehadiran mereka, seketumbukan penumpang yang cukup ramai, sambil mata liar mencari yang 2 lagi yang tidak kelihatan muncul. Perasaan mula resah, kemana gerangan mereka ini, sambil itu bertanya lost and found counter, mereka tiada akses keatas senarai penumpang yang check in dari Berlin. Hampir 2 jam kami tunggu, dan keluar dari exit arrival hall, dengan rasa terperanjat, rupa rupanya mereka sudah ada diluar perkarangan arrival hall, tanpa membuang masa, terus ke Fuenrigola dengan LRT, dan naik teksi ke Costa de la Marina, perut kelaparan, dan membuka apa saja bekal yang boleh dimakan.


Keesokannya, 7hb April, 2013, melawat sekitar resort, dan membuat keputusan untuk mendapatkan kereta sewa di Lapangan Terbang, Malaga, kerana sukar tidak berkenderaan disekitar sini. Lantas alternatifnya, perlu kepada kenderaan pandu sendiri untuk pergerakan dari suatu destinasi ke suatu destinasi. Tanpanya, menyukarkan untuk bergerak ke Algeciras, iaitu pelabuhan untuk ke Tangiers, Morocco pada 9hb April.


Keesokannya, 8hb April, kami bertiga ke Lapangan Terbang Malaga dari resort untuk mengambik kereta pandu sendiri dan terus merintis jalan ke Algeciras untuk merintis laluan keesokannya, 9hb April.


Seawal pagi 9hb April, jam 5.00 , dari  Costa de la Marina, Feuginorila, Spain, menuju ke Algeciras, Spain, pelabuhan menuju ke Tangiers, Morrocco. Melepasi imigresen, jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi boarding menaiki kapal menyeberang Tangiers, melawat Morrocco, melalui Tangiers, bercadang menuju Casablanca, keesokkannya ke Rabat, dan berpatah semula ke Tangiers untuk menyeberang semula 11hb April ke Algeciras.


Keinginannya, mahu dilawati hingga ke Marakesh. Mungkin ini dimasa akan datang, jika kelapangannya mengizinkan.


Perbezaan jam antara tanah besar Sepanyol dan Tanah Besar Afrika Utara,Tangiers, 2 jam. Sesampai di Pelabuhan de Meditarrenean Tangers, diikuti dengan menaiki bas ke pekan Tangiers, 25 dirham (RM 10) dari Pelabuhan, dan menaiki bas, dan dari hentian bas, ke stesen keretapi Tangiers, dari 350 dirham 2 teksi, di"bargain" jadi 80 dirham. Agak mahal juga teksi dengan hubaya hubayanya, susah cari makan cara orang Morocco. Tiket ke Casablanca, dalam 1200 dirham utk 6 orang, koc kelas 1 untuk bilek6 orang. Halangan halangan "traveller" , selalunya adalah mainan bagi pengunjung picisan. Masing masing mencari makan cara dan gaya tersendiri. Hanya Ibnu Battutah yang mampu mengelilingi dunia, dengan pengalaman pelayarannya. Walaupun hubaya hubaya di mana mana, tetapi di Morocco, masih boleh dikatakan kompetitif, dari sudut darjah kehidupan, dibandingkan Malaga, Istanbul dan Tangiers. Begitulah peranan "fiat money", timbangan dan neracanya menggunakan asas USD. Dan kita masih terkial kial mencari laluan hidup yang berbeza, tetapi hanya punyai suatu matlamat dan halatuju, fokus kepada survival kehidupan.

 

Disepanjang perjalanan, kiri kanan laluan keretapi, kelihatan ladang ladang ternak biri biri , lembu, unta dan juga ladang ladang gandum.Jam di Morrocco telah hampir 5 petang, lantas mencari hotel untuk inapan semalam, dan esok ke Rabat pula. Internet connection terlalu perlahan, hingga memungkirkan utk melepasinya. Jam kini telah 8 20 malam, sambil berlegar di lobby hotel, sementara menunggu yang lain lainnya utk menikmati malam di  Casablanca.

  

Seawal hening fajar 10 April, waktu tempatan 4 30 pagi, sesudah subuh, aku berkeliaran disekitar square berhadapan Hotel Hyatt, sambil mencari cari apa kudapan pagi, selain roti canai dan nasi lemak Malaya, memangnya tak terjumpa sejenis itu. Taraf kehidupan agak menekan orang kotanya, segalanya memerlukan wang untuk kelangsungan kehidupan, teksi teksi Mercedes 200 D tahun 80 an berkeliaran di depan Hotel Hyatt, disuatu sudut, masih kedapatan yang tidak berumah, tidur dikerusi dihadapan Square, melalui kedinginan malam, seawalnya, "ayam ayam Casablanca" merayap di jalanan, mungkin mahukan perhatian mendagangkan diri. Lagaknya gaya, separa Sepanyol, yang dipisahkan Laut Mediteranean melalui Tangiers Algeciras. Letih juga tiada akses internet untuk perhubungan, "wifi" nya ada, tetapi untuk akses, mungkin kelajuannya tidak sebaik Istanbul, Turki. Aku ke Rabat semula untuk hari ini, dengan perhubungan melalui keretapi elektrik. Tram di bandar Casablanca beroperasi seawal jam 5 00 pagi.

 

Rabat adalah antara bandar bandar besar di Morocco, selain Marakesh, Casablanca dan Tangiers. Semalam, 10hb April kami sampai sekitar jam 12 tengahari di Rabat, dan mencari inapan untuk semalam, disekitar hotel di sekitar stesen keretapi, langkah awalnya ke Hotel Majlis, tapi khabarnya sudah penuh, dan kami berjalan disekitar Hotel Balliman, sekitar 5 minit berjalan kaki dari stesen keretapi. Dikhabarkan oleh resepsi, hanya satu bilik utk 3 orang saja yang ada, lantas salah seorang dari kami mencari hotel yang ada disekitarnya. Yang lain lain masih menunggu di lobby Hotel Balliman. Mungkin persepsi awalnya, kami hanya puak Gypsy saja, silap haribulan duit sekupangpun tak boleh, lebih setengah jam kami berligar di lobby , reception memberi tahu, ada pulak 3 bilik yang diminta awal, mungkin ketika itu, apabila ditanya, mungkin bilik hotelnya sedang dicuci. Sudah diberi kunci untuk akses 3 bilik inapan, kami berehat sebentar, lantas diambil kesempatan bersembang dengan Megat G melalui video facebook. Akses internetnya agak laju dan macam bersembang bersemuka. Pagi tadi 11hb April, selepas subuh, berkeliaran berseorangan membawa kamera, lanscape photography. Menyusuri pasar pasar orang Morocco tempatan. Kehidupan orang kebanyakan, masih terkial kial dengan survival kehidupan, aku membeli beberapa roti dan jenis kueh mueh, dengan kadar beberapa dirham, mampu alas perut untuk perjalanan keretapi dari Rabat ke Tangiers. Jam 8.47 pagi keretapi bertolak ke Tangiers.

  

Sebaik sampai di Tangier, setesen keretapi akhir dari Rabat, mengambil masa 5 jam, berunding dengan teksi untuk dihantar ke Pelabuhan Tangier de Mediterranea, satu teksi, mercedes benz 200 D 1980 an, dengan kadar, 150 dirham (RM 60). Menyeberang melalui jalan laut, dari Morocco, pelabuhan Tangiers de Mediteranea, mengambil masa lebih kurang 2 jam. Banyak feri yang menyediakan perkhidmatan menyeberang ke Sepanyol, Algeciras. Keesokannya 12 April, 2013, hanya berkeliaran di Fuengirola, mencari apa yang patut, dan sebelah petangnya, hanya mengemas barangan yang perlu dibawa pulang. 13hb April, seawal jam 8 pagi, menuju ke Lapangan Terbang Malaga, menuju Istanbul.

 

Pagi seawal jam 8 13hb April, telah meninggalkan, resort yang menjadi teduhan 7 malam sepanjang masa di Malaga, Costa de la Mediterranea, di Fluengirola, daerah Malaga, sejauh 28 km dari Lapangan Terbang, Malaga. Dipulangkan kereta sewa, dan persediaan untuk check in ke Lapangan Terbang, Malaga. Seharian dalam kapalterbang, dari Malaga ke Munich, Munich ke Istanbul, sampai di hotel inapan di Angel Inn, Sultanahmet, sudah hampir jam 12 malam.  Keesokannya, acara bebas, berkeliaran di Eminonu, membeli bijirin, kekacang, kurma, aprikot, dan replika yang mana berkenan, untuk memberatkan timbangan 40 kg seorang keatas barangan. Yang pastinya, Istanbul, punyai sejarahnya tersendiri, mempertemukan tamadun Byzantium dan Kristian, serta Islam. Azan sahut menyahut di 7 masjid besar sekeliling Istanbul. Hari ini, 15hb April, Istanbul bakal ditinggal pergi. Dan ianya datang menggamit lagi, jika ada rezeki. Begitulah, pengalaman di 3 negara dalam masa 15 hari, Turki, Sepanyol dan Morocco. Hanya kenangan yang dapat diabadikan, setelah tercapai cita cita menjejak kaki dibumi benua Afrika Utara, Morocco.


HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan