Laman Utama

01 November, 2011

Lain Ditembak Lain Pulak Terkena Sasarannya.

From: "hishamudin.alli"
Sent: Sunday, 23 October 2011, 17:34

Sesampai di Jeti Kuah, aku diambil oleh client yang mengoperasikan syarikat pelancongan, itulah satu satunya perkhidmatan yang menjadi pilihan utama untuk sektor perkhidmatan di Langkawi. Yang menjadi pendapatan melebihi RM 1 billion untuk statistik tahun lalu  di Pulau ini sahaja, kepesatan sektor pelancongan , direbut dan diagih agihkan keknya melalui sektor perhotelan, restoren, kereta sewa, bot bot persiaran.

Masing masing punyai kek dan bahagian tersendiri, hanya yang terbaik bakal lepas dari rebutan pelbagai arah. Nak tembak tupai rupa rupanya lipas yang kena. Nak tahan bubu, harapkan masuknya ikan, rupa rupanya jelebor yang terkena perangkap.

Kepakaran masing masing mencari dan memutarkan keadaan, dari meruncing kepada kelibat yang hebat, dan kitaran roda roda hidup tidak putus putus berperanan menggerakkan jentera dan operasinalisasikan apa yang di perlukan untuk kelangsungannya.

Jerat tidak pernah melupakan pelanduk, dalam era kini, darjah hati hati dan saksama adalah sesuatu tuntutan, kalau diabaikan, meranalah badan sepanjang hayat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Melancong Ke Melencong?

From: "hishamudin.alli"
Sent: Sunday, 23 October 2011, 11:57

Sukar sungguh diera ini, jika dahulu, sekitar 20 tahun silam, jika dihujung hujung minggu begini, berehat rehat dirumah, tidur tiduran, atau pulang ke kampong menziarahi ayah dan ibu didestinasi berlainan, ayah di Kuale, manakala ibu di Kuala Lumpur. Lebih meriahnya jika hari hari itu adalah hari lebaran, ketemu sahabat handai, rakan taulan, lebih lebih lagi yang pulang sesekali ke kampong halaman.

Hairan juga setelah rutin ini berjalan hampir 30 tahun begitu, melalui ranjau dan onak, merentasi gunung dan banjaran, sekitar 2 tahun lalu, dipertemukan dengan rakan rakan lama, seperguruan, dikumpulkan dengan suatu peristiwa, kematian menemukan kita, serungkai demi rungkai, dicari dan dijejak kemana dan dimana gerangan yang seramai itu, ada yang terdahulu mendahului kepergiannya. Yang hidup masih lagi berperang dengan tuntutan kehidupan. Yang dulunya berkeluarga, lantaran haluan yang berbeda, menjadi keseorangan membawa diri. Dimana kan dicari ganti, ada yang melalui pengalaman jerih payah dalam kehidupan berkeluarga, semuanya berkisar dari kekuatan kewangan, dan kalutnya kewangan, menggawatkan banyak keadaan.

Dilaluan Kuala Perlis ke Langkawi, bukan kerna melancong tapi melencong mencari gersangnya situasi melankoliknya struktur poket dan keseimbangan antara masuk dan keluar seringnya macet dijalanan. Namun spedaku dikayuh tanpa henti, teringat kata rakan ku, ibarat itu, jika terhenti kayuhannya, tumbang di jalanan, destinasi tidak bisa sampai ke tujuan.

Dalam kesibukan hujung minggu, feri Kuala Perlis ke Kuah sarat dengan penumpang. Tiada riak gawat pada riak muka, riang ria, berpacaran, bergandengan, dan bergelandangan dengan anak anak kecil, bagi yang berkeluarga.


Aku masih sebegitu, 18 tahun yang silam, sejak bekerjaya sendiri, tiada istilah melancong, jika perjalanan itu diluar kawasan hinggapan, melencong mencari habuan amat dititikberatkan.

Namun keletihan telah menghantui fizikal, tinggal hati sahaja masih cekal mengharungi gelora ombak kehidupan. Bila saja akan berhenti rutin ini...., selagi ada kekuatan dan kudrat dan iradatnya, perjuangannya diteruskan. Ada yang diberi tangguh.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.