Laman Utama

28 Februari, 2011

Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar (Pt. 4)

Sent: Fri, 4 February, 2011 19:12:26
By SHam

Sambil menunggu cetak jurnal dan tesis yang tebei tebei ni, untuk dijadikan rujukan menulis proposal, imbauan di Tingkatan 3, diingat kembali, Guru Kelas adalah Cikgu Abdullah, yang handal bermain bola, "sinonimnya Alan Ball, ketika itu", semasa kelas IA 2, kelas berhampiran dengan Pejabat Sekolah, "ehh....Termizi , Mustapa, duduk depan bersila", torek di Cikgu Dolah, kerana bising dan ngocah kuat dalam kelas, 2 ikon ini adalah Upper 3, yang diterima semula mengulang untuk LCE, sukar juga rasanya, apabila untuk adaptasi masuk kelas ulang, yang mana pengalaman itu tidak dilalui ketika itu, dan aku amat terasa pilu dan hiba, pabila salah satu kertas sahaja semasa ikuti Diploma Pentadbiran Awam, untuk subjek Pentadbiran Pembangunan, jenis kertas yang memerlukan hafalan kuat untuk melepaskan, biasa jadi burung kakak tua, mengajuk dan dilampiaskan semula sewaktu peperiksaan akhir..., "I talk to the fan, just now", bila terkebil kebil, Tombei berbueh mulut menerangkan konsep SOH CAH TOA dalam Hisab Moden, ketika itu, nak tanya kat sapa kalau kurang faham pun, bukannya ada kelas tuisyen pun, jika ada pun, kurang kemampuan untuk biaya kewangan tatkala itu. Itulah hasilnya , batang dan mata cangkui ler yang boleh di LCE,

Semasa di Sekolah Menengah, aku sudah tidak bermain lagi untuk sukan hoki, manakala ragbi pula digantung penyertaannya ketika itu, akibat perang sakan dengan Kolej Melayu. Penyertaan sukan hanya disekitar acara lontar peluru, yang acapkali mewakili sekolah di MSSKK, tapi setakat itu sajalah, Wak lebih terkehadapan, iaitu abang pada Norazmi,

LCE dilalui dengan jerih payah, dan hanya sekadar mampu berpuas hati dengan pencapaian yang ada, dapat ler menyambung di Tingkatan 4 Sastera 1, yang mana yang terkedepan memasuki aliran Sains dan ada yang menyambung di Sekolah Teknik, macam Hasni dan Noni, Megat Fuzy yang sinonim dengan gelaran koboi adalah terdedah dengan ala Cochrane, yang minatnya berkelana sehingga Sibolangit di Sumatera ketika itu, tycoon lama masih menjadi penunggu setia Clifford sehingga tamat MCE, Faisal, Yasin, yang menyambung di Terengganu waktu Tkt 5, akibat kisahnya dengan Cikgu Sufian berlarutan, Cheah Chee Yean, Subayagon, Zaharin, Mad Katun, Che Ma(Ustaz Jamaludin), Zubir, Lan Kandang adalah rakan rakan sekelas di 5 Sastera 1, ikon Amir dan Aiznin, diingati semasa adanya debat perdana antara sumbangan sastera dan sain pada media massa ketika itu, kecenderungan berdebat kedua dua ikon ini, menjurus kepada aliran yang sama pabila kedua duanya mendalami jurusan undang undang di ITM Shah Alam.

Aku hanyalah pengungsi sepi setelah MCE, setelah tidak ditempatkan di HSC, lantaran keputusan MCE 35 aggregate, pengajianku tidak diteruskan secara bersambungan, terdapat hentian yang perlu disalurkan, dan aku terus memohon kerja di Felda dan berkelana terputus rakan untuk jangka waktu yang panjang, dan aku terus mencuba nasib dengan mengambil secara persendirian STPM open cert ditahun 1983, hanya dapat 1P Bahasa Malaysia 1 S dalam Sejarah, pun begitu, aku kaget, kerana itu cuma diambil secara persendirian, tiada siapa yang bimbing, cuma sekadar membaca di luang waktu sehabis pekerjaan.


------Original Message------

Subject: Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.

Sent: Feb 4, 2011 12:23 AM

Masakan pula aku terlupa dengan Zubir, dialah salah seorang yang amat rapat dengan Lan Kandang, masa berlalu begitu cepat di Tingkatan 1, di Tingkatan 2, tercorot ke IA3, namun itu hanyalah proses mengenal erti erti kehidupan, zaman awal remaja dan bakal akhil baligh, tidak terlepas dari naluri ingin berpacaran, mahunya yang baik baik, dan yang terbaik, namun itu hanyalah pergolakan rasa hati yang ingin dicintai, lantas mahu ada yang membelai, namun untuk dibelai ini, perlu ada rasa sayang dan kasih, maklumlah anak rusa nani baru tumbuh ekor, aku hanya sekadar menjadi pemerhati setia, almaklum ketika itu atas rasa, tahu akan asal usul, makanpun disuap orang lain. Aku kesampingkan itu semua, cuma sekadar ambil tahu dan garis pemisahnya tetap ada.

Begitulah keadaan cinta remaja, sinonimnya macam cinta monyet, dan ada seketikanya rasa ingin tahu itu amat menebal, namun sabar sajalah penawar serinya, Zarina, Bibah, Intan adalah jolokan jolokan Mat Lentong, Rahim Chendoi dan bisa jadi igauan panjang disepanjang malam. Anak muda, dengan rasa ingin tahu.

Aku jatuh sakit, demam panas diketika itu, hampir 2 minggu terlantar dirumah, banyak studiku disekolah terlepas. Namun itulah ragam kehidupan, yang sihat, bakal temui sakit.

Dikala Tingkatan 1 dan 2, sekolah disesi petang, keberangkalian atas sifat ponteng sekolah tidak wujud, kerana dikala itu telah dilantik Sub Prefek, waktu rehat, sukar bergaul dengan rakan rakan lain, kerana dikala itu, banyak jadi jaga pintu sekolah.


Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar. (Pt. 3)

Sent: Thu, 3 February, 2011 11:13:27
By SHam

Semasa aku di Darjah 4, naik pulak ke 4B, ditahun tahun ini, nendaku pulang kerahmatullah, lantas aku dijaga oleh ibu saudaraku, Habibah, setelah diapun telah hampir pencen dari perkhidmatan perguruan. Bapaku hanya sesekali berjumpa di musim cuti sekolah, dia menetap di Pasir Raja dengan adik adik sebapa disana. Musim cuti sekolah, menjadi pahlawan cangkul dan tajak, mengerah keringat dan membanting tulang dengan sawah dan kebun getah untuk dicerahkan. Zaman getah 2 kupang 5 duit sekati, gula 3 kupang sekati, sebulan sekali, acapkalinya aku ditugaskan ke Karai dengan basikal tua, membeli beras, gula dan garam seadanya untuk santapan sebulan, sambil menikmati kundeh dan mee rebus di Karai. Seli ketika itu hanya sekadar angguk kepala ketika ketemu dan Latif sering juga disinggah dirumahnya ketika ke Karai, di rumahnya di kuarters Jabatan Hutan, masih teringat lagi lenggok bapanya ketika itu, wajah wajah yang terdahulu yang mendahului kita semua, begitu juga Pak Mad, ayah Seli, dimana vannya acapkali, di sewa ke Pulau Pinang, semasa ikuti rombongan yang di ketuai Muktar , pemimpin belia kampong Batang Kulim ketika itu.

-----Original Message-----

Date: Thu, 3 Feb 2011 09:47:21 
Subject: Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar

Banyak aktiviti acara padang masa Darjah 4, semuanya jadi main belaka, acara padang yang favorite, lontar peluru, kalau jenis game ni, bola idak teman main, yang main sungguh sunguhnye, hoki, rugby, merata lah kehulu kehilir wakil sekolah, yang jelasnya acara rugby, sekolah kecundang dengan yang dari Sungai Simun, deme ngecek, betih dah berbulu, kate under 12, rope ropenye deme nipu umur. Yasin tentunya ingat akan kisah kisah ini, tapi pabila di sekolah menengah, aku lebih menghadkan acara padang sahaja, ditumpukan acara sukan lontar peluru sahaja, wakil sekolah dengan Wak, abang Norazmi, kebetulannya, Wak ni pun sama nama denganku.

Yang banyak banyak yang seronok dilihat, apabila kawan kawan lain berhempas pulas di padang, yang jadi pemain reserve, buat buat sibuk diluar padang, deme makan keme pun makan ler, masa tu, apapun dijamu, tak banyak ragam. Acara hoki banyak diingat, dengan adanya Halim Hoki, yang menjadi penyerang utama, dan banyak antara gol gol yang disumbat ke gol lawan, disumbangkan olehnya, Faisal (Cher), pun jadi goalkeeper yang tangkas ketika itu. Aku dah banyak jadi reserved player, kesihatanku ketika itu, baru diserang bebehe, kata orang Kuale , dekat dengan peha kiri, rupa rupanya, yang sebelah kiri inilah yang banyak ragamnya setelah 6 tahun meninggalkan sekolah menengah, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya disebelah peha kiri, kakiku patah ketika itu.

Arwah Sazali, adalah yang pertama tamanya, yang diingati, pasangan romeo juliet yang unggul ketika itu, aku hanya menjadi pendengar setia cuma. Kalau yang jenis berambat, lari ganti ganti, muka muka Hasni, Mat Lentong, Amaludin John dan Imbarajan yang menjadi Raja Padang, habis seantero Kuale, tak terlawan oleh pukulan maut deme ni.

Prof Megat, sangat berterampilan dalam acara sepak menyepak, kalau rugby, menyepak yang paling jauh dan menjadi harapan, dia lah orang nye.

Sesudah tamat Darjah 6, ramai rakan rakan yang tersohor dan cerdik dalam pengajian, telah melabohkan tirai mereka ditempat baru, dan tak berkesempatan bertemu, sehinggalah di tahun 2010, di Chandan Gallery diketemukan.

Antara memori yang masih segar diingatan, pecah flask Mr Leong Hor  Cheng, pabila bola dilempar hala Palanivel, dielaknye, kene flask , pecah, habis le simpanan di Pejabat Pos, kene ganti flask baru.

Yang selalu diingati, kawan kita Yasin, banyak cerita duka laranya di Sekolah, kena penampor Cikgu Basri, dan yang tak diduga, dia terlibat dengan kemalangan dengan bas. Panjang umur, Yasin, dan selepas keluar Sekolah pun masih lagi dan acapkali berjumpa dengannya di Perlis dan Kedah.

------Original Message------

Subject: Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.
Sent: Feb 3, 2011 10:36 PM

Sayu juga meninggalkan alam persekolahan rendah, sebaik sahaja menerima sijil berhenti sekolah, yang ditulis Arif Kati, itulah bekas tangan Arif, yang masih tersimpan, dah hampir 40 tahun ianya berlalu. Kalau dulunya ulang alik dengan bas, bila dah masuk Sekolah Menengah, seawal paginya sesudah subuh, berderailah berduyun duyun menuju Sayong Lembah, untuk menaiki bot Sayong, itulah satu satunya komuter yang ada mengangkut penduduk ke pekan Kuale Kangsor.

Rakan rakan yang seangkatan, Ghuzlan, Rahim Chendoi, Mat Lentong, ini dari Batang Kulim dan ditambah dengan Noni, Sham Kasim, Lan Kandang, Samaan (arwah), Kamarul Bahrin, Aziz Ali bersama berarus Sungai Perak, menghala ke Jalan Hogan, destinasi Sekolah yang membina  akal budi, agar bisa menjadi orang intelek, akal budi yang terkehadapan, digilap dengan guru guru yang tidak pernah mengerti rasa jemu, jauh lagi dari bersifat lepas tangan keatas anak muridnya, pesan pesan mereka inilah yang membekas pada tindakan hingga arus haluan ditemui dengan saksama.

Penempatan Tingkatan 1, dibawah IA2, adalah mengajar erti luasnya konsep dan falsafah berpelajaran, ianya bagai kayu ukur, disukat untuk memeteraikan sesuatu perjanjian pada diri, agar berguna pada masyarakat, dan jangan terpinggir dengan tindakan yang pendek akal. 

Perubahan masa hanya mengajar kita erti kehidupan, namun sekolah yang dilalui bersama, sama sama mengendung buku yang berbakul, sesenget bahu, dijinjing dengan tiada rasa jemu, dan  keluh kesah.

Diawal awalnya, walau ada disana sini, kenakalan anak muda yang baru tumbuh ekor, memasuki alam remaja, adalah pra normal, adanya perkembangan yang rasa ingin tahu, dan terus rasa ingin tahu belaka.



Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar (Pt. 2)

Sent: Thu, 3 February, 2011 10:57:51
By SHam

Sketsa zaman Darjah 1, ditempatkan di Darjah 1A, bersama dengan Haji Abdul Rahman, orang Karei tu, yang masih kuat memorinya masa dipersekolahan Rendah, yang selepas itu ke Anderson, Ipoh, setelah berjaya sukses dalam Penilaian Darjah 5 dan juga ramai dikalangan kelas A dari Darjah 1 hingga 6, hanya di Sekolah Rendah, dan menyambong ke Sekolah Berasrama di luar Clifford, umpamanya Kolej Melayu, Sekolah Sains dan seumpamanya.

Bagi aku hanya bertahan di kelas A tu hasil dari siapa daftar dulu, masuk ikut ke lah ke kelas itu, Darjah 2 ku terpelanting di kelas C, performance pembelajaran yang tak pernah sepatah haram dengan bahasa inggeris, banyak dikendalikan dengan belajar by hard, hafal, dan jadi burung kakak tua, menulis dan dipertuturkan semula, yang disoal, itu pulak yang ditulis selaku jawapannya.

Di Kampong Basong, sessi paginya untuk yang Darjah 6, manakala kami di sebelah petang, teringat ketika itu, biasa bergumpei dengan Riwayat, khabarnya telah Kerahmatullah dia, siapa yang tidak kenal Riwayat, habis di pau nya, siapa yang biasa jadi mangsa ketika itu, apalah yang ada ketika itu, berbekalkan belanja 15 duit dan paling mewahpun 2 kupang.

Aku tidak banyak berubah di Darjah 3, masih penunggu setia 3 C, dan ditempatkan semula di Jalan Takyah.


Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.

Sent: Thu, 3 February, 2011 10:23:56
By SHam

Aku dimasukkan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Clifford di Jalan Takyah dengan kemasukan Darjah 1 pada Tahun 1968, hari hari mula di Sekolah, dengan suasana asing, sebelumnya hanya dengan rakan rakan kampungan dan sepermainan iaitu Saidah, Rahim Cendui, dan ada sesekali dengan Nasa, dan Rosli kembar Rahim, rakan rakan yang hampir sebaya dan Kama Puteh Yaakob, rakan sebaya yang sama sama melalui proses zaman kecil bersama sama, ada ketikanya , sama sama bermandi mandian di Sungai Perak, ketika itu, sebelum adanya bekalan air paip, sungai itulah punca segalanya, mandi, basuh kain baju dan sumber minuman.

Rakan rakan ini dulu adalah merupakan jiran sekampung yang sama sama melalui proses tumbesaran bersama. Saidah di Sekolah Datin Khadijah, dan aku, Rahim dan Rosli, menaiki bas sekolah GEGS di kendalikan jurupandu Pak Din dan Kak Siti selalu pembantu, mereka inilah yang mengawalselia aku dan rakan rakan ulang alik ke Sekolah Rendah dari seawal Darjah 1 hingga Darjah 6, seawal subuh hening, bas telah sampai untuk mengumpul hingga ke Bendang Kering dan hinggalah ke Kota Lama Kiri, disitu Kamarul Bahrin dan Norshah, mereka berdua di Kampong Jemuan juga bersama dalam bas GEGS, adakalanya, aku berbasikal ke Sayong Lembah, tatkala adanya acara padang di Sekolah disebelah petangnya, dan adakalanya semasa Darjah 2, waktu itu ditempatkan di Basong,bersama sama Aziz Ali (Melaka) dan Aziz Ahmad (BBB), Noni  dan Lan Kandang banyak menaiki basikal melintasi bot Sayong, yang banyak nostalgia, mengangkut masyarakat setempat ulang alik ke Kuala Kangsar.

Hari hari kehidupan anak anak kecil, seperti yang lain lainnya, asyik dengan cerita cerita, dan tak disedari hinggalah tamat MCE, 1978, meruntun dimensi menghadapi liku dan jalanan hidup yang bersimpang siur.

Dalam era Darjah 1 hingga Darjah 6, aku lebih dikenali dengan gelaran Sham Gemuk, yang memangnya sejak dari kecilku, tumbesaran pembesaran fizikal jauh kedepan, sehinggakan waktu umur 6 tahun, aku sering ikuti ibu saudaraku mengajar di Sekolah Rendah di Grik, dirawikan sama besar dengan budak Darjah 6, walhal aku hanya baru 6 tahun, rakan sparing ku di Grik adalah Arif Kati, rakan sepermainan sejak belum bersekolah lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

09 Februari, 2011

Hari Hari Raya... (posted by Sham)

Sent: Thu, 3 February, 2011 8:33:08

Semenjak kebelakangan ini, sejak Malaysia isytihar kerja 5 hari seminggu, diketengahkan pula dengan Cuti Cuti Malaysia, sesudah dilihat, semuanya lebih kepada suasana rehat rehat dan tenang tenang fikiran, sebahagian masyarakat dunia yang saban hari bergelut dengan sistem keadilan hidup yang dikongkong oleh para aristokrat, mengekang kebebasan bertindak sebahagian masyarakatnya. Sepuloh hari telah berlaku demonstran disana sini di Mesir, suasana yang sepanjang regim Gamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan yang terkini regim Hosni Mobarak.

Kekangan tidak menakutkan anak anak muda yang bangun menentang solidariti mereka diganggu gugat. Jalanraya dipenuhi dengan manusia yang menunjuk perasaan, ketidakpuasan hati segolongan besar masyarakat, yang rata ratanya kais pagi pulang petang, demi survival kehidupan. Diperlihatkan juga, golongan yang diber kuasa telah tidak diendahkan, dan dinyahkan dengan kebangkitan masyarakat marhaen, tipu helah sudah tidak dapat dibendung lagi dengan kemarahan meluap anggota masyarakatnya.

Suasana pergerakan ekonomi dunia, miring dengan kejadian ini, pasaran saham dunia melankolik jadinya ibarat pincang lagu dengan irama.

Namun kita disebelah sini, masih hari hari raya dengan agenda pelbagai, dan kemerosotan pergerakan ekonomi, serba sedikit membantut perkembangan untuk tercapainya rancangan yang dibuat.

Yang meneruskan agenda perubahan, terus dengan agendanya, asalkan apa yang dirancang membawa hasil dan pulangan berpatutan.
Yang menyambut Tahun Baru Cina, moga tahun ini membawa seribu makna dalam kehidupan, terutamanya untuk generasi akan datang, untuk diperlihatkan bumi yang makmur dan limpahan rezeki yang melimpah ruah.



Kenangan Tasin

Sent: Thu, 3 February, 2011 1:33:12

bot tambang berlabuh di mega senja
tebingmu berubah rupa
hatiku masih luka
dek kenangan mengalir lara

keleh ke kanan, keleh ke kiri
cermin di air, wajahmu terlukis
cuba ku raut, terpecah ukir
berdarah rindu, bagai dikikir

hening waktu, pilu berinsut
kenangan kusimpan bertaut
biar waktu berlalu pergi
cinta terpendam dalam sepi

Gunsmoke
Yasin Ismail

 



Menunggu Adalah Penantian Yang Panjang. (posted by Sham)

Sent: Mon, 31 January, 2011 15:13:33

Sambil menunggu nombor giliran di BIMB Kangar, yang masih ada 30 lagi yang terkedepan, mahulah agaknya 30 minit lagi, sambil itu, telah tidak berceloteh diruangan ini, sambil menunggu, diruangkan sedikit celoteh yang saban kali dihantar untuk dikhabar dan diriwayatkan, menanti adalah suatu kerja yang amat menggusarkan, pemikiran dan kerja apa pun tidak kesampaian, kemana arah dan halatuju, sambil menunggu buah yang tidak keguguran, untuk dikecapi ranumnya, sambil tertunggu tunggu, mungkin saja dirembat oleh orang lain, itu rezeki dia, tak de rezeki ler, terlopong, terlepas ke tangan orang lain.

Tatkala sebelum ke bank, berkesempatan menelefon Husni yang tatkala ini, barangkali telah sampai ke Hospital Besar Pulau Pinang, tempat bondanya dirawat, moga keadaannya bonda Husni, stabil, begitulah adanya, sebelum itu berkesempatan berkomunikasi dengan Hasni, ada kelainannya si Hasni, selepas ke ESQ Training, buat lah yang terbaik, ada suri teladan yang baik di dalamnya untuk dijadikan ukuran dan diamalkan, manakala yang jelek dan buruk itu, mungkin disana sini adalah kelemahan kita selaku insan, yang tidak mungkin terlepas dari silap dan
salah.

Sepanjang hampir 2 bulan, melalui kerja kursus dan keperluan penyelia pembimbing, semalam sahaja ada 4 rim kertas dicetak untuk dibaca dan dikritik dari pengamatan, begitu rupanya, mengkaji ke peringkat tertinggi, macam mana nampak elok, ada sahaja dikritik penganalisa, itulah cara orang terdahulu mengkaji, dan kita selaku pengikut, hanya mengikut apa yang telah diputuskan oleh orang terdahulu dari kita, liku liku masih panjang dan jalanannya terumbang ambing, apa mungkin boleh kecapaian destinasi yang bakal dituju.

Ada 13 lagi di depan, lambat benor ler menunggu di Galeri Bank Islam ni....warisan 31 tahun bank islam pertama di Malaysia. Banyak kisah silam yang terusik dengan kekangan kewangan atas nama sistem, tatkala telah dibayar hutangnya 8 tahun dan mohon untuk keluar dari sistem, terkejut beruk ler, selama 8 tahun itu hanya bayar untungnye saja, pokok tidak berusik, dan dengan senang hati, hutang encik ada 228500, kurang 500 dari pokok. Termenung sebentar, tapi apakan daya, pisau ditangan mereka dan timun juga ditangan mereka, dicincang lumatpun, tak terkata apa, terlopong dengan keadaan, yang jika tidak dilunaskan, NPL memanjang ler.

Begitulah secebis kisah atas nama Bank, mungkin ketika itu, pelaksana nya tidak terjumpa dengan" net present value"., sehinggalah babak baru pemegang sahamnya dimileki majoriti bertukar tangan.