Laman Utama

28 Februari, 2011

Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.

Sent: Thu, 3 February, 2011 10:23:56
By SHam

Aku dimasukkan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Clifford di Jalan Takyah dengan kemasukan Darjah 1 pada Tahun 1968, hari hari mula di Sekolah, dengan suasana asing, sebelumnya hanya dengan rakan rakan kampungan dan sepermainan iaitu Saidah, Rahim Cendui, dan ada sesekali dengan Nasa, dan Rosli kembar Rahim, rakan rakan yang hampir sebaya dan Kama Puteh Yaakob, rakan sebaya yang sama sama melalui proses zaman kecil bersama sama, ada ketikanya , sama sama bermandi mandian di Sungai Perak, ketika itu, sebelum adanya bekalan air paip, sungai itulah punca segalanya, mandi, basuh kain baju dan sumber minuman.

Rakan rakan ini dulu adalah merupakan jiran sekampung yang sama sama melalui proses tumbesaran bersama. Saidah di Sekolah Datin Khadijah, dan aku, Rahim dan Rosli, menaiki bas sekolah GEGS di kendalikan jurupandu Pak Din dan Kak Siti selalu pembantu, mereka inilah yang mengawalselia aku dan rakan rakan ulang alik ke Sekolah Rendah dari seawal Darjah 1 hingga Darjah 6, seawal subuh hening, bas telah sampai untuk mengumpul hingga ke Bendang Kering dan hinggalah ke Kota Lama Kiri, disitu Kamarul Bahrin dan Norshah, mereka berdua di Kampong Jemuan juga bersama dalam bas GEGS, adakalanya, aku berbasikal ke Sayong Lembah, tatkala adanya acara padang di Sekolah disebelah petangnya, dan adakalanya semasa Darjah 2, waktu itu ditempatkan di Basong,bersama sama Aziz Ali (Melaka) dan Aziz Ahmad (BBB), Noni  dan Lan Kandang banyak menaiki basikal melintasi bot Sayong, yang banyak nostalgia, mengangkut masyarakat setempat ulang alik ke Kuala Kangsar.

Hari hari kehidupan anak anak kecil, seperti yang lain lainnya, asyik dengan cerita cerita, dan tak disedari hinggalah tamat MCE, 1978, meruntun dimensi menghadapi liku dan jalanan hidup yang bersimpang siur.

Dalam era Darjah 1 hingga Darjah 6, aku lebih dikenali dengan gelaran Sham Gemuk, yang memangnya sejak dari kecilku, tumbesaran pembesaran fizikal jauh kedepan, sehinggakan waktu umur 6 tahun, aku sering ikuti ibu saudaraku mengajar di Sekolah Rendah di Grik, dirawikan sama besar dengan budak Darjah 6, walhal aku hanya baru 6 tahun, rakan sparing ku di Grik adalah Arif Kati, rakan sepermainan sejak belum bersekolah lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan