Laman Utama

28 Februari, 2011

Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar. (Pt. 3)

Sent: Thu, 3 February, 2011 11:13:27
By SHam

Semasa aku di Darjah 4, naik pulak ke 4B, ditahun tahun ini, nendaku pulang kerahmatullah, lantas aku dijaga oleh ibu saudaraku, Habibah, setelah diapun telah hampir pencen dari perkhidmatan perguruan. Bapaku hanya sesekali berjumpa di musim cuti sekolah, dia menetap di Pasir Raja dengan adik adik sebapa disana. Musim cuti sekolah, menjadi pahlawan cangkul dan tajak, mengerah keringat dan membanting tulang dengan sawah dan kebun getah untuk dicerahkan. Zaman getah 2 kupang 5 duit sekati, gula 3 kupang sekati, sebulan sekali, acapkalinya aku ditugaskan ke Karai dengan basikal tua, membeli beras, gula dan garam seadanya untuk santapan sebulan, sambil menikmati kundeh dan mee rebus di Karai. Seli ketika itu hanya sekadar angguk kepala ketika ketemu dan Latif sering juga disinggah dirumahnya ketika ke Karai, di rumahnya di kuarters Jabatan Hutan, masih teringat lagi lenggok bapanya ketika itu, wajah wajah yang terdahulu yang mendahului kita semua, begitu juga Pak Mad, ayah Seli, dimana vannya acapkali, di sewa ke Pulau Pinang, semasa ikuti rombongan yang di ketuai Muktar , pemimpin belia kampong Batang Kulim ketika itu.

-----Original Message-----

Date: Thu, 3 Feb 2011 09:47:21 
Subject: Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar

Banyak aktiviti acara padang masa Darjah 4, semuanya jadi main belaka, acara padang yang favorite, lontar peluru, kalau jenis game ni, bola idak teman main, yang main sungguh sunguhnye, hoki, rugby, merata lah kehulu kehilir wakil sekolah, yang jelasnya acara rugby, sekolah kecundang dengan yang dari Sungai Simun, deme ngecek, betih dah berbulu, kate under 12, rope ropenye deme nipu umur. Yasin tentunya ingat akan kisah kisah ini, tapi pabila di sekolah menengah, aku lebih menghadkan acara padang sahaja, ditumpukan acara sukan lontar peluru sahaja, wakil sekolah dengan Wak, abang Norazmi, kebetulannya, Wak ni pun sama nama denganku.

Yang banyak banyak yang seronok dilihat, apabila kawan kawan lain berhempas pulas di padang, yang jadi pemain reserve, buat buat sibuk diluar padang, deme makan keme pun makan ler, masa tu, apapun dijamu, tak banyak ragam. Acara hoki banyak diingat, dengan adanya Halim Hoki, yang menjadi penyerang utama, dan banyak antara gol gol yang disumbat ke gol lawan, disumbangkan olehnya, Faisal (Cher), pun jadi goalkeeper yang tangkas ketika itu. Aku dah banyak jadi reserved player, kesihatanku ketika itu, baru diserang bebehe, kata orang Kuale , dekat dengan peha kiri, rupa rupanya, yang sebelah kiri inilah yang banyak ragamnya setelah 6 tahun meninggalkan sekolah menengah, aku terlibat dengan kemalangan jalanraya disebelah peha kiri, kakiku patah ketika itu.

Arwah Sazali, adalah yang pertama tamanya, yang diingati, pasangan romeo juliet yang unggul ketika itu, aku hanya menjadi pendengar setia cuma. Kalau yang jenis berambat, lari ganti ganti, muka muka Hasni, Mat Lentong, Amaludin John dan Imbarajan yang menjadi Raja Padang, habis seantero Kuale, tak terlawan oleh pukulan maut deme ni.

Prof Megat, sangat berterampilan dalam acara sepak menyepak, kalau rugby, menyepak yang paling jauh dan menjadi harapan, dia lah orang nye.

Sesudah tamat Darjah 6, ramai rakan rakan yang tersohor dan cerdik dalam pengajian, telah melabohkan tirai mereka ditempat baru, dan tak berkesempatan bertemu, sehinggalah di tahun 2010, di Chandan Gallery diketemukan.

Antara memori yang masih segar diingatan, pecah flask Mr Leong Hor  Cheng, pabila bola dilempar hala Palanivel, dielaknye, kene flask , pecah, habis le simpanan di Pejabat Pos, kene ganti flask baru.

Yang selalu diingati, kawan kita Yasin, banyak cerita duka laranya di Sekolah, kena penampor Cikgu Basri, dan yang tak diduga, dia terlibat dengan kemalangan dengan bas. Panjang umur, Yasin, dan selepas keluar Sekolah pun masih lagi dan acapkali berjumpa dengannya di Perlis dan Kedah.

------Original Message------

Subject: Re: Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar.
Sent: Feb 3, 2011 10:36 PM

Sayu juga meninggalkan alam persekolahan rendah, sebaik sahaja menerima sijil berhenti sekolah, yang ditulis Arif Kati, itulah bekas tangan Arif, yang masih tersimpan, dah hampir 40 tahun ianya berlalu. Kalau dulunya ulang alik dengan bas, bila dah masuk Sekolah Menengah, seawal paginya sesudah subuh, berderailah berduyun duyun menuju Sayong Lembah, untuk menaiki bot Sayong, itulah satu satunya komuter yang ada mengangkut penduduk ke pekan Kuale Kangsor.

Rakan rakan yang seangkatan, Ghuzlan, Rahim Chendoi, Mat Lentong, ini dari Batang Kulim dan ditambah dengan Noni, Sham Kasim, Lan Kandang, Samaan (arwah), Kamarul Bahrin, Aziz Ali bersama berarus Sungai Perak, menghala ke Jalan Hogan, destinasi Sekolah yang membina  akal budi, agar bisa menjadi orang intelek, akal budi yang terkehadapan, digilap dengan guru guru yang tidak pernah mengerti rasa jemu, jauh lagi dari bersifat lepas tangan keatas anak muridnya, pesan pesan mereka inilah yang membekas pada tindakan hingga arus haluan ditemui dengan saksama.

Penempatan Tingkatan 1, dibawah IA2, adalah mengajar erti luasnya konsep dan falsafah berpelajaran, ianya bagai kayu ukur, disukat untuk memeteraikan sesuatu perjanjian pada diri, agar berguna pada masyarakat, dan jangan terpinggir dengan tindakan yang pendek akal. 

Perubahan masa hanya mengajar kita erti kehidupan, namun sekolah yang dilalui bersama, sama sama mengendung buku yang berbakul, sesenget bahu, dijinjing dengan tiada rasa jemu, dan  keluh kesah.

Diawal awalnya, walau ada disana sini, kenakalan anak muda yang baru tumbuh ekor, memasuki alam remaja, adalah pra normal, adanya perkembangan yang rasa ingin tahu, dan terus rasa ingin tahu belaka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan