Laman Utama

09 Februari, 2011

Hari Hari Raya... (posted by Sham)

Sent: Thu, 3 February, 2011 8:33:08

Semenjak kebelakangan ini, sejak Malaysia isytihar kerja 5 hari seminggu, diketengahkan pula dengan Cuti Cuti Malaysia, sesudah dilihat, semuanya lebih kepada suasana rehat rehat dan tenang tenang fikiran, sebahagian masyarakat dunia yang saban hari bergelut dengan sistem keadilan hidup yang dikongkong oleh para aristokrat, mengekang kebebasan bertindak sebahagian masyarakatnya. Sepuloh hari telah berlaku demonstran disana sini di Mesir, suasana yang sepanjang regim Gamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan yang terkini regim Hosni Mobarak.

Kekangan tidak menakutkan anak anak muda yang bangun menentang solidariti mereka diganggu gugat. Jalanraya dipenuhi dengan manusia yang menunjuk perasaan, ketidakpuasan hati segolongan besar masyarakat, yang rata ratanya kais pagi pulang petang, demi survival kehidupan. Diperlihatkan juga, golongan yang diber kuasa telah tidak diendahkan, dan dinyahkan dengan kebangkitan masyarakat marhaen, tipu helah sudah tidak dapat dibendung lagi dengan kemarahan meluap anggota masyarakatnya.

Suasana pergerakan ekonomi dunia, miring dengan kejadian ini, pasaran saham dunia melankolik jadinya ibarat pincang lagu dengan irama.

Namun kita disebelah sini, masih hari hari raya dengan agenda pelbagai, dan kemerosotan pergerakan ekonomi, serba sedikit membantut perkembangan untuk tercapainya rancangan yang dibuat.

Yang meneruskan agenda perubahan, terus dengan agendanya, asalkan apa yang dirancang membawa hasil dan pulangan berpatutan.
Yang menyambut Tahun Baru Cina, moga tahun ini membawa seribu makna dalam kehidupan, terutamanya untuk generasi akan datang, untuk diperlihatkan bumi yang makmur dan limpahan rezeki yang melimpah ruah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan