Laman Utama

28 Februari, 2011

Hari Hari Persekolahan Sekolah Rendah Sehingga Menegah di Clifford Kuala Kangsar (Pt. 2)

Sent: Thu, 3 February, 2011 10:57:51
By SHam

Sketsa zaman Darjah 1, ditempatkan di Darjah 1A, bersama dengan Haji Abdul Rahman, orang Karei tu, yang masih kuat memorinya masa dipersekolahan Rendah, yang selepas itu ke Anderson, Ipoh, setelah berjaya sukses dalam Penilaian Darjah 5 dan juga ramai dikalangan kelas A dari Darjah 1 hingga 6, hanya di Sekolah Rendah, dan menyambong ke Sekolah Berasrama di luar Clifford, umpamanya Kolej Melayu, Sekolah Sains dan seumpamanya.

Bagi aku hanya bertahan di kelas A tu hasil dari siapa daftar dulu, masuk ikut ke lah ke kelas itu, Darjah 2 ku terpelanting di kelas C, performance pembelajaran yang tak pernah sepatah haram dengan bahasa inggeris, banyak dikendalikan dengan belajar by hard, hafal, dan jadi burung kakak tua, menulis dan dipertuturkan semula, yang disoal, itu pulak yang ditulis selaku jawapannya.

Di Kampong Basong, sessi paginya untuk yang Darjah 6, manakala kami di sebelah petang, teringat ketika itu, biasa bergumpei dengan Riwayat, khabarnya telah Kerahmatullah dia, siapa yang tidak kenal Riwayat, habis di pau nya, siapa yang biasa jadi mangsa ketika itu, apalah yang ada ketika itu, berbekalkan belanja 15 duit dan paling mewahpun 2 kupang.

Aku tidak banyak berubah di Darjah 3, masih penunggu setia 3 C, dan ditempatkan semula di Jalan Takyah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan