Laman Utama

29 Mei, 2012

Kota Bandung, Oh Bandung

Bandung dengan jaraknya lebih kurang 100 km dari Jakarta adalah kota yang kepadatan penduduknya, menurut angka yang diberitakan 20 juta habitat, namun iklimnya lebih nyaman dari Jakarta, kedatangan kali ke 2 ini, lebih kepada melayani kehendak dagangan, yang terkenal dengan fabrik dan kerja kerja tangan masyarakatnya yang berasaskan aktiviti hiliran, bagi menyara kehidupan seharian.

Kerjanya lebih dari manual, yang memastikan setiap habitatnya punyai aktiviti kerja yang menghasilkan ruang rezeki. Kaum pemodal amat menyukai akan melaburkan dananya, atas kos biaya tenaga kerja yang rata ratanya berpendapatan kurang lebih RM 300. Ini cukup menyara kehidupan mereka berkeluarga, yang sasarannya kais pagi pulang petang. Yang kaya bertambah kaya, yang ruwet masih mencari ruang melepasi lingkaran setan (vicious cycle).

Petang ini, aku bersendirian di lobby, setelah paginya ke toko buku, di Palapari, tersusun buku buku dari karya orang tempatan, menulis buku buku, ensiklopedia, yang rata ratanya kos belian buku 3 kali ganda murahnya dari di tempat kita. Pengalaman yang sama jua, semasa berada di Surabaya, yang pernah dilawati sekitar 5 tahun dahulu.

Keceriaan dan keramahannya, memerlukan tips dari servis yang dilontarkan. Asal sahaja mahu diberi, dan jangan harus kikir untuk urusan itu. Pelancong Malaysia lebih gemar menghabiskan ongkosnya di Pasar Baru, bagi yang mahu pembeliannya secara borongan, dan ada juga yang runcit, namun harganya berbeza dengan yang membeli secara borongan.

Bagi yang sedikit eksklusif, meraih keperluannya di Jln Dago, banyak kedapatan factory outlet, seakan akan Reject Shop di Malaysia. Yang gemar akan barangan kulit, kedapatan di Cidabuyut, beg tangan dan sepatu. Kehalusan buatannya lebih halus dengan yang diperolehi di Medan.

Bandung secara relatifnya, lebih mesra jika dibandingkan dengan Jakarta, yang lebih metropolitan sifatnya, kepelbagaian ras dan keturunan diseluruh Indonesia. 

Kedatangan  kali kedua, lebih gemar, acara "free and easy", dengan maksud, tidak terikat dengan mengupah supir dengan sewaan harian 500 ribu rupiah, untuk kesana kemari. Dengan taksi, lebih praktikal untuk pergerakan di kota Bandung, bersesuaian dengan keperluan dan pergerakan kendiri. Sehariannya, lebih gemar dengan acara acara tersendiri. 

Bandung.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 Mei, 2012

Fwd: [7378] Gambar terbaru Amir

:-) S G T 10.1


-------- Original Message --------
Subject: [7378] Gambar terbaru Amir
From: Mustafa Idrus <mustafaid268@yahoo.com>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
CC:






Mustafa Idrus sent by Iphone

26 Mei, 2012

Fwd: Kuala Lumpur: Aku datang padamu waktu itu

yang ni miker reply kat email KOSEC apa hal... kalo dah nak tuko tajuk, elok ler bukak posting baru..




:-) S G T 10.1


-------- Original Message --------
Subject: Kuala Lumpur: Aku datang padamu waktu itu
From: Mohd Yasin Ismail <imohdyasin@yahoo.com>
To: Azizul Rahman <arbaa_99@yahoo.com>
CC:


Salam buat semua
 
    Bermula cuti sekolah. Waktu kita dahulu bersama di Clifford, apabila cuti sekolah bermula, jika adalah kawan-kawan kampung di KLK yang bercerita hendak ke KL, itu cerita hebat, cerita sensasi. Setiap pagi berhimpuan di tebing sungai Chepias, kawan-kawan akan bertanya, "Bila nak ke KL?"
    Teringat aku yang adalah beberapa kali berkunjung ke KL, sewaktu cuti sekolah, sibuklah kawan-kawan bertanya berapa hari lagi nak ke Kl...dan bila balik dari KL, kawan akan berlonggok mendengar perihal cerita kotaraya Kuala Lumpur. Pada awal 70an' sewaktu aku ke KL, ke rumah abang di Ampang, terasa sangat hebat KL dalam perjalanan dari setesen keretapi. Menempuh Odean, masih aku teringat poster filem "Supercops"..puuuhhhhhh, hebat KL ini. Akan aku ceritakan pada kawan-kawan yang duduk di seberang (seberang sungai Chepias) yang tak pernah sampai ke KL.
    Masih aku teringat gerai pertama burger (kata abang aku) berhadapan dengan shopping complex Ampang Park, complex paling hebat waktu itu. Menanti abang aku bercuti minggu, kami ke tingkat atas bermain "kereta langgar". Pulang ke Kota Lama, aku membawa cerita ini dan kawan-kawan nganga mulut mendengar.
    Berjalan di Chow Kit Road, aku melangut ke atas, melihat hebat dan gah bangunan. Berkunjung ke Jaya Supermarket di PJ, "kekok menaiki escalator, dia bergerak sendiri Hairuddin, Onik, Mizi. Satu tu turun, satu lagi naik, Kedei dia semua wangi. kalah Ally's Store". Kata aku dan rakan-rakan kehairanan.
    Aku ke Pulapol, "polis tabik aku, bila abang aku bawak kereta, kami keluor, masuk, keluor, masuk...mesti demer tabik" cerita kau lagi yang bertenggek di kereta bapa saudara kau yang waktu itu menjadi Komanden Pulapol.
    "Tengok Uji, Hail, Latif Ibrahim nyanyi kat Taman Tasik Perdana pada hujung minggu di panggung Anibeseri (sebutan aku waktu itu)..seksi wooiii Uji sama Julie Remy dan Rina Rahman"
    Hebatnya KL, ramainya nak muda yang tidak pernah sampai ke KL waktu itu. Cuti sekolah ramaiyang berangan "kalaulah dapat ke KL"
 
     "Jom balik kampung cuti ni! tidur, komputer, lepak kat shopping complex jer. Itu saja yang kamui tau" Kata sepasang ibu bapa pada anak muda di KL." Ironi, zaman berubah!!!!
 
Gunsmoke
Yasin Ismail


24 Mei, 2012

Empty Nest

From: Mohd Yasin Ismail
Sent: Thursday, 24 May 2012, 9:26
Subject: Re: [7378] Empty Nest

Salam Pagi yang renyai

    ..sambil memerhati dari tingkap, mengira titis hujan, suasana menjadi hening seketika. Waktu begini lumrahnya kita manusia menjadi pemikir, merenung kembali sebuah kehidupan dan telah dilalui dan tertanya apakah yang direncana oleh Maha Pencipta untuk kita, hambaNya yang pasrah menerima setalah kita berusaha.
    Semalan sewaktu pulang dari kerja, rumah aku kosong. Isteri mengambil cuti CRK dan keluar bersama anak mencari barang keperluan untuk anak yang akan meninggalkan rumah nanti. Mundar-mandir aku ke ruang tamu, ke kamar tidur, ke dapur...meninjau dari ruang ke ruang dan berakhir ke bilik tidur anak, entah bila kali terakhir aku pernah meninjau bilik tidur anak.
    Tiba-tiba aku terasa the still air, terasa 'satu kekosongan' menerpa diri. Aku teringat nukilan aku tentang "empty nest" pada sautu waktu. terima kasih pada CPO dan Jijul yang respon pada waktu itu.
    Kini ia melanda diri. Aku cuba bayangkan "satu kekosongan' pabila anak bongsu yang akan meninggalkan kami. Betapa aku sewaktu mereka meniti kedewasaan, aku terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti sukan yang saban minggu, saban bulan pastinya bersama pasukan ...dan kurangnya aku bersama bersama mereka.
    Pasti aku yang merindui waktu yang "jarang aku bina bersama anak-anak". Bilik tidur mereka menjadi "empty nest". Aku makin merasainya.
    Aku cuba menghimpun waktu-waktu bersama mereka, memerhati mereka menuju dewasa.
    Malang aku "tidak bersama mereka waktu itu". Bilik tidur itu pasti sepi dan aku...aku pasti menanti mereka pulang nanti untuk bertengkar keran waktu kejadian itu dahulu, aku 'terlewat, tiada di rumah untuk bersama meleraikan pertengkaran mereka'
 When will the birds return to their nest?

Gunsmoke
Yasin Ismail




21 Mei, 2012

Re: Dari KL ke KK (Paet 1)

yang nak dibetulkan paip.. tp naper bawak mentol? 


:-) S G T 10.1


hang nadim <aiznin@gmail.com> wrote:


Bermula lah langkah ku kembali ke bumi Kuala Kangsar. Bumi yang banyak mengajar diri ini tentang keluarga kehidupan dan impian.
Tanggal 19 Mei datang. Anak bongsu pula berkata "Abah semalam Opah telefon minta Abah betulkan paip kat rumah Opah, semalam paip bilik mandi bocor balik". "OK nanti Abah pergi"

"Yang, awak boleh hantar Idan ke kelas Mandarin tak, Abang nak ke rumah Ibu nak betolkan paip" "Ok Bang, Abang bawak ler perkakas sepatutnya dan kirim salam pada Ibu yer" ujar isteriku.

Aku pun memunggah stor rumah mencari peralatan yang diperlukan untuk membaiki paip dan juga membawa beberapa bulb menthol dan lampu panjang.

Setiba di rumah Ibuku jam 10 pagi, aku memberi salam dan terus melihat kerosakan yang dikabarkan. Mengesan dari mana punca air dan mencuba dengan menutup bahagian paip air secara bergilir. Hampir jam 1230 baru selesai mengesan bahawa kebocoran disebabkan paip getah dari tangki atas bumbung meleleh dan mengalir ke paip di bilik air Ibu ku.

Sambil membuat kerja, aku berbual dengan Ibu ku berkenaan hal keluarga dan juga berkenaan kesihatan Ibu. Juga memaklumkan hasrat untuk ke Kuala Kangsar untuk menghadiri tahlil buat sahabat.

Ibu bertanya dimana meninggalnya Ben dan apa sakit nya - lalu diceritakan setahu mana. Ibu pun berkata "Rezeki dia yak meninggal di Tanah Haram, Bila Ibu sampai hukum di sana, jangan bawak balik ya!" Terkejut aku mendengar kata kata Ibu dan berkata "Itu tetapan Allah."

Siap di rumah Ibu aku bergegas untuk balik ke rumah untuk bersiap ke Kuala Kangsar, namun meleset dan terlepas keretapi ETS jam 3.00.

Tahlil dan Bacaan Yassin

Alhamdullilah majlis tahlil dan bacaan yassin khusus utk Allahyaraham Razif selamat disempurnakan semalam di Pakat. Antara yg. hadir...Lop, Lid, Sham, Noni, Latip, VP,Mior Hilmi, Man Karman, Husni, Megat Kamaluddin, Aiznin, Jurij, Zuli, Megat Hariri, Yusof Cheh, Duan Poly, Yassin, anak Sham, Ustad Jamal dan Cikgu Derghih.

Ada cadangsan tahun ni, untuk moreh kiter buat di Pakat.
 
Badrul Ihsan @ Chan

19 Mei, 2012

CORETAN KENANGAN...

From: "HASNI AHMAD" <hasni.ahmad@si-protech.com.my>
Date: Fri, 18 May 2012 22:51:41 +0800
Subject: [7378] CORETAN KENANGAN...

 
BEN,
 
51 tahun kau menjadi pelita
Menerangi, menyuluh jalan yang berliku
Kegagalan, kesukaran tidak sekali melentur jiwa
 
BEN,
 
Sahabat antara sahabat,
Pada usia memamah semangat, melelah minda
Namun dikau dipanggil dengan tiba tiba
Usia bagimu hanya dorongan mencapai yang Esa
 
BEN,
 
Sempat aku mengenal dirimu kembali 3 tahun lamanya
Mengajar diriku erti persahabatan sejati
Namun singkatnya masa bukan halangan bagiku menitiskan airmata
Mengenang jasamu meluhurkan persahabatan
 
BEN,
 
pemergianmu mengejutkan diriku
dari lenaku memikirkan ini dan itu
tugas kesinambungan akan diteruskan jua
baru diri kenal betapa kehilangan
 
BEN,
 
Tanggungjawab asasi telah kau jalankan
Tuntutan pada dirimu telah kau penuhkan
Perjuanganmu akan ku teruskan
Dalam setiap perkara yang dapat dibanggakan
 
BEN,
 
teringat kembali sepurnama lalu
Rumah Rehat tempat pertemuan
Senyuman terungkai segala keresahan
Perpisahan tanpa berjabat tangan
 
BEN,
 
aku doakan tempatmu kelak Firdaus namanya
aku doakan temanmu Sahabat dan Syuhada'
aku doakan pertemuanmu dengan Para Anbiya'
aku doakan bagimu Rahmat Allah yang Esa.
 
 

14 Mei, 2012

Re: Safar Di Bumi Anbiya.





-------- Original Message --------
Subject: [7378] Re: Safar Di Bumi Anbiya.
From: hishamudin.alli@live.com.my
To: Cliffordian Mail <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:


Subuh hening sebentar tadi diimamkan oleh Sheikh Abdul Rahman Shuraim, tidak kedengaran beliau di Mekah, dia adalah beberapa imam yang high ranking di Masjidil Haram, selain tugas hakikinya di Universiti Ummul Qura.

Sementara menunggu sarapan pagi di restoran hotel Isyraq, semalaman diserang sakit dan lenguh lenguh badan, agaknya termakan daging kambing dan kekacang diwaktu sarapan pagi sebelumnya.

Bagi yang berumur macam umur umur dikalangan kita, silap makan, membawa padah pada badan dan fizikal yang luntur, melewatkan recovery nya.



Re: Safar Di Bumi Anbiya.

From: "hishamudin.alli" 
Sent: Sunday, 13 May 2012, 22:46
Subject: [7378] Re: Safar Di Bumi Anbiya.

Sampai di bumi Madinah, jam 8 malam, setelah menaiki bas selama kurang lebih 4 jam. Sebaik makan malam, lantas ke Masjid Nabawi, solat dan ziarah makam Nabi Junjungan, bersebelahannya, Abu Bakr dan Umar. Salam salam kalian ku sampaikan, agar kita diberi peluang sampai di bumi Madinah untuk waktu terdekat.

Acara malamnya, merehatkan lelah badan, dan tidur seketika, jam 4 15 pagi telah Fajr (Subuh ). Sesudah subuh, aktiviti dagangan begitu rancak dihadapan masjid. Seperti permintaan Abdul Rahman Auf, apa yang kanu hajati, wahai Abdul Rahman, lantas jawab Abdul Rahman Auf, aku mahukan pasar.

Pasar cukup meriah dihadapan Masjid Nabawi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


13 Mei, 2012

Re: Safar Di Bumi Anbiya.

----Forwarded Message----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Sent: Sat, May 12, 2012 10:49 PM CST (China)
Subject: [7378] Re: Safar Di Bumi Anbiya.

Sebaik baik pemahaman mengenai Sejarah Perjalanan Nabi, (Sirah Nabawiyah), bagi peminat peminat setia dalam mengkaji Sejarahnya, dari teks awalnya adalah ditulis oleh Ibnu Ishaq, yang dialih ke text Inggeris oleh A Guillaume. - A Life of Muhammad.

Walaupun teks ini telah lama di dalam perbendaharaan ilmu, Universiti Oxford Press telah menerjemahkan naskah asalnya dari Bahasa Arab ke Bahasa Inggeris.

Selain dari itu, karya karya muta akhir, adalah seperti Said Ramadhan Al Buti, Fiqhus Seerah, dan senaskah yang dikeluarkanj oleh Darussalam, oleh Dr Shalaby, punyai 3 jilid, dimana teks teks ini dikaji menurut kajian kajian yang sumber asalnya diambil dari Kitab Al Quran dan Hadis, tiada sumber yang berasaskan orientalis diceduk.

Untuk lebih memahamkan sirah ini, lawatan lawatan ke tempat tempat yang ada hubungkaitnya dengan sejarah itu, akan lebih memahami situasi ketika itu, pengajaran yang boleh diambil dan iktiqad kepercayaan yang benar benar wujud dalam sejarah kemanusiaan.

Perjalanan dari Mekah ke Madinah adalah sekitar 4 ke 5 jam dengan bas, melalui lebuhraya sepanjang 400 km lebih. Di kiri kanannya adalah merentasi gurun, dan beberapa wadi disepanjangnya.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
.

Fwd: [7378] SELAMAT HARI IBU

Dari Hasni...


-------- Original Message --------
Subject: [7378] SELAMAT HARI IBU
From: HASNI AHMAD <hasni.ahmad@si-protech.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com,clifford-f6-1980@googlegroups.com
CC:


 

Seawal kandungan

beban digalas dengan redha

ke sana ke mari tanpa rungutan

senyuman masih terukir di bibir ibu.

 

Saat kelahiran kesakitan yang menjalar

ke seluruh urat nadi

bagaikan nyawa yang ingin disentak

dari badan

namun, apabila mata kuyu ibu

terpandang comelnya benih cinta

yang lahir

senyuman terus terukir di bibir ibu.

 

Rentetan pertumbuhan si buah hati

detik rehat yang tiada menentu

makan sekadar mengalas perut

kerana keperluan permata hati

yang diutamakan

 

melihat keletah si kecil

senyuman berterusan terukir di bibir ibu.

Dewasa si anak

mengorak langkah pantas ke hadapan

memandu haluan sendiri

mengumpul segunung emas

menduduki takhta tertinggi

 

wajah tua ibu sudah tenggelam

jerih ibu tidak dihiraukan

malahan, ibu sendiri diabdikan

Namun, andai kembalinya si derhaka itu

sujud sembah di kaki ibu

penuh sesal atas musibah

senyuman tetap terukir di bibir ibu

walaupun dalam tangisan

 

Fikir-fikirkan lah……

 

Wahai IBU….. engkaulah MUTIARA ku di dunia dan akhirat.

 

 

Fwd: [7378] Re: Safar Di Bumi Anbiya.





-------- Original Message --------
Subject: [7378] Re: Safar Di Bumi Anbiya.
From: hishamudin.alli@live.com.my
To: Cliffordian Mail <cliffordian7378@googlegroups.com>
CC:


Sementara menunggu waktu Zohor, dan bertawaf wida', berehat rehat di lobby hotel, disitulah adanya wifi access, sambil membaca email email yang di post kan di ruangan ini, masing masing dengan aktiviti hujung minggu.

Sambil membaca, ada email masuk, kononnya dari cimb clicks, nyuroh update info, katanya security message alert, tapi address sendernya dari "pholmes2@uncfsu.edu", nak ngecek ler gamaknya, nak kerja senang, kononnya macam nak bantu.

Nak tolong, tapi sudahnya, kita yang terlentang terkena kelentong, begitu juga di depan kaabah, ada saja sendikit, mahu mencium hajar aswad, tapi ada bayaran yang dikenakan, ada yang terkena seribu riyal, yang masih mahu mencium hajar aswad, tanpa melalui sendikit ini, di gagau poket, habis kamera, jam, wallet.

Susah...susah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: hishamudin.alli@live.com.my
Date: Sat, 12 May 2012 02:24:21
To: Cliffordian Mail<cliffordian7378@googlegroups.com>
Reply-To: hishamudin.alli@live.com.my
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.

Saban solat waktu, ada saja solat jenazah diadakan, begitulah akhirnya destinasi insan, yang dari alam roh, dihidupkan melalui jisim, diberi tanggungjawab khilafah di bumi, untuk mengimarahkan bumi dengan sebaik mungkin.

Dari tangan tangan jisim inilah yang memusnahkan alam, dan ada sekelompoknya cuba membangunkannya, serta mempertahankannya.

Setelah amanah ini digantikan oleh tangan tangan lain, yang terdahulunya telah dipanggil pulang, dihitung pula kerja buatnya, tatkala kehidupannya dipertanggongjawabkan. Tubuh yang terkulai tidak bergerak diusung, setelah disolatkan, dengan doa doa keampunan dari Pemilek Alam.

Begitulah peredarannya, hingga giliran kita dipanggil pulang, terlalu hampir dengan saat saat itu.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 11, 2012 2:33 PM

Timbul pertanyaan dari rakan rakan yang bakal nak berumrah, kena dapatkan maklumat bagi pakej pakej yang disediakan, di Mekah, yang selalunya bagi yang dari Malaysia, Indonesia, dan lain lain rakan Asia, adalah disekitar Ajyad, yang sepanjang Istana, itulah spot yang terdekat, namun yang mampu lebih sedikit berbelanja penginapan  di Sofwah Tower, yang tak berapa nak semiak dengan makanan kearaban, Felda D Saji menyediakan makanan Malaysia, di tingkat 2, Sofwah Tower. Budget makan diluar, sekali makan dalam 35 riyal, boleh dikongsi 2 orang.

Disebelah Sofwah, ada Hilton, bagi yang nak berbelanja, kategori shopping complex di Hilton, terdapat jubah jubah yang agak baik dan kualiti kain yang sedap dipakai, manakala yang di Sofwah Tower, agak yang sederhana. Namun yang berjual di tepi tepi jalan pun ada yang berjual, tetapi materialnya adalah berlainan dengan 2 tempat tadi.

Pilihan adalah tertakluk pada kehendak dan perincian individu, bab berapa nak bawa duit, terpulang pada masing masih, yang nak meraih mahsul pakaian kearaban, disinilah banyak kedapatan, jika tak habis lagi keperluan, boleh berbuat demikian di Madinah, dihadapan Masjid Nabawi, banyak emporium yang mendagangkan keperluan.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 11, 2012 5:27 AM

Hari kelmarin, telah pergi, Pa Mj mungkin selamat sampai ditanahair. Panjang umur kita bersua lagi dipersada dunia yang pentasnya, kita adalah aktor aktornya.

Selepas zohor, kelmarin, berkesempatan ke Jeddah, pusat aktiviti ekonomi, mengedarkan pelbagai kegiatan ke seluruh Saudi Arabia, bangunannya saujana mata memandang, sambil meninjau dan mencari rempah ratus untuk dibawa sebagai bekal penyediaan sajian makanan, terutama, makanan "ala kearaban".

Menariknya disini, pengangkutan Jeddah Mekah Jeddah, dicari pengangkutan ala "prebet sapu", jarak sejauh 80 km, hanya 60 ke 80 riyal, petrol, isi 10 riyal mampu penuh 3 /4. Tangki.

Begitulah hebatnya, pusat dagangan negara pengeluar minyak, dan beransur ansurnya, sedang memindahkan sektor perkhidmatan pelancongan, "umrah, ziarah dan haji", sedang rancak pembinaan prasana, seperti target utamanya, dengan visa haji menjangkau 10 juta ummat dalam sesuatu tahun.

Pusingan 7 tahun, terakhir kemari, banyak perubahan struktur, yang seketika dahulu selaku "landmark", sudah tidak kelihatan lagi.



------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 10, 2012 10:25 PM

Pada 8hb Mei, berkesempatan bersembang sembang dengan Pa MJ, di Sofwah Tower, Mekah, sambil menikmati makan tengahari di Felda D Saji, dan kami terpisah dengan masuk semula di Masjidil Haram untuk menunaikan fardhu Asar, keesokannya, beliau bertolak ke Malaysia melalui Jeddah ke KLIA.



------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 10, 2012 2:24 PM

Sayu meninggalkan Baitul Muqaddis, apabila melihat Masjid Aqsa dirobek dibahagian bawahnya untuk dimasuki dengan terowong dibawah struktur masjid, kelihatannya, ada bekas bekas kerja kerja pembinaan sedang rancak dijalanlan disitu. Beginilah nasib bumi Palestin, rakyat Palestin selaku pengemis di negeri sendiri.

Ada juga beberapa NGO telah membuat beberapa missi keamanan di Palestin, MERCY, umpamanya, dalam perihal kemanusiaan. Tetapi halangan tetap ada.





------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 8, 2012 8:01 PM

Sepanjang perjalanan ke Amman dari KLIA, melalui Royal Jordanian, mengambil masa lebih dari 9 jam penerbangan, sesampai di Amman, memunggah barang barang di hotel dan dibawa pakaian untuk sehari semalam menuju Al Quds, Baitul Muqaddis, Jerusalem, yang tatkala kini dibawah regim Israel, kepunyaan Palestin, yang warganya mengemis dibumi sendiri.

Kemasukan ke bumi Palestin melalui sempadan Jordan, melalui kerenah imigresen Israel, lebih 3 jam, ada yang melaluinya sehingga 9 jam. Kemasukan disini adalah melalui permit khas, melalui agensi pelancongan Baitul Muqaddis, dimana passport Malaysia tidak dibenarkan memasuki Israel. Kos untuk seorang termasuk penginapan, makan minum adalah sekitar USD 500, dan dibawa disekitar Baitul Muqaddis, Masjid Aqsa, Dome of The Rock, dan Jerrico. Untuk melihat Hebron tidak kesampaian atas kesuntukan waktu.

Pada prosedur keluarnya pula mengambil sejam sahaja, tetapi melalui beberapa prosedur tertentu, yang amat jarang jarang berlaku untuk masuk ke negara negara Inggeris, American dan Australian.




------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 2, 2012 4:14 AM

Seawal pagi, menerima perkhabaran Sms dari Ustaz Jamaludin, mengabarkan bahawa rakan kita, Arwah Radzif (Ben) telah kembali kerahmatulLah, di Tanah Haram, Mekah Makatul Mukarramah, mengikuti rombongan Majlis Guru Besar. Moga rohnya, ditempatkan disisi orang orang yang beriman, Ameen.

Selagi ada hayat, Insya ALlah, panjang umur, kita ketemu lagi, sementara menunggu destinasi yang jauh, sesungguhnya , dunia ini adalah pinjam pinjaman, negeri akhirat nanti kekal abadi.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Re: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 1, 2012 4:38 PM

Seharian, siangnya tadi , mengemaskan, apa yang perlu disiapkan dan dibungkuskan untuk dihantar ke destinasi, untuk tempoh 2 minggu, melangsaikan beberapa kerja yang harus disiapkan menurut keperluannya. Menyelesaikan kerja urusan perbankan, membayar apa yang perlu dibayar, agar tidak diganggu dengan panggilan dari "batu batu bergerak", jika masa pemergian Haji, di tahun 2005 yang lalu, rezeki disaat saat akhir, banyak membantu almaklum meninggalkan tanahair 46 hari, tapi kali ini, disediakan bekalan itu, mengeluarkan apa saja "duit sejuk" yang disimpan sedikit dikit, untuk pemergian ini.

Moga langit rezeki, menurunkan rezekinya pada makhluk makhluknya, yang berkelana, mencari pengalaman baru, moga dengan pengalaman itu, sama sama dikongsikan untuk seluruh sekian alam.

Moga ALlah mengurniakan kekuatan, dan kesihatan di safar kali ini.


------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Safar Di Bumi Anbiya.
Sent: May 1, 2012 4:25 PM

Disaat saat persiapan akhir, terkial kial mencari kain ihram, yang kali terakhirnya di pakai pada Musim Haji 2005, gara gara berpindah rumah, dikerjakan tikus berselerakan, bergegas ke kedai Shukri, saban masanya menjual barangan kelengkapan keperluan Haji dan Umrah, yang lain lainnya, dilengkapkan baju kemeja beberapa helai dan seluar, tidak perlu dibawa banyak, pakai sehelai, basuh sehelai, dan sebegitu, cuaca yang kering, haba yang kuat, bisa saja menggantung kain baju hingga kekeringan di bilik airnya.

Perjalanan bakal bermula keesokan hari sebaik sesudah subuh, menuju ke Kuala Lumpur International Airport, dan berlepas ke Amman, Jordan, pada jam 10 malam. Ini adalah perjalanan pertama di bumi Jordan , dan bakal masuk di Baitul Muqaddis untuk semalam., dan berpatah semula menyusur keluar melalui Laut Mati.

Kamera dan Laptop, dibekalkan di beg galas, untuk dibawa berkilik ke hulu hilir.
Perjalananku bermula disini, sementara kesihatan masih mengizinkan, pada tahun yang lalu, semasa bersafar ke Istanbul dan Athens, gout menyerang, namun tongkat yang dibeli di Istanbul, dibaewa bersama, jika gout tu menyerang lagi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

02 Mei, 2012

THE PASSING OF A GREAT FRIEND - ALFATIHAH TO ARWAH RADZIF @ BEN @ ATAN

From: HASNI AHMAD
Sent: Wednesday, 2 May 2012, 15:18

Dear Friends and SALAM TO ALL,
 
As I'm writing this, I've yet to come to terms the sudden demise of our beloved friend, Mohd Radzif Kamaruddin popularly called BEN or ATAN to close friends and family members being the only male in the family yesterday evening @ 5.30pm at King Abdul Aziz Hospital in Mekah ( 10.30 pm Malaysian time) due to heart attack while performing UMRAH there. Let's not dwelled the circumstances that leads to his death as all of this is fated and being pre-determined by our ALLAH Almighty.
 
The news were conveyed to me by Latif early this morning followed by VP Azlin who called me thereafter. Before lunch today, me and in the company of our President, Faisal, Fuzy and Raja Fatimah went to Allahyarham's mother house in Wangsa Maju to pay her a visit, but unfortunately his mother with Arwah's two sons were already on their way back to Kuala Kangsar.
 
My last association with Arwah was about 3 weeks ago and we were in communication almost daily for the arrangement of our KOSEC AGM held on 11th April 2012 at Rest House Kuala Kangsar. He was the one who did all the logistics arrangement for the meet, the place reservation, the food catering and the 1st person at the Rest House to be there awaiting for friends to arrive from near and far. He was instrumental too over all the preparation for our KOSEC inauguration at Dewan Hamdan Clifford 2 years ago.
 
I'm truly saddened of the fact that he has gone forever. But ALLAH love him more. I mourned the great loss of a true friend whom always obliged of his time and effort especially for this Group and was the very first few individuals that strived in the name of friendship for all of us. He has always been a good buddy to me and all of us and always come with his smiling faces whenever we meet. I sincerely hope that his family members being blessed with great patience during this trying moments.
 
MAY ALLAH CUCURI RAHMAT KEATAS ROH NYA, AMPUNKAN SEGALA DOSA NYA DAN DITEMPATKAN DISISI ORANG-ORANG BERIMAN.
 
ALFATIHAH.
 
Regards & Wassallam
CPO


Fw: [7378] Balangsukawa: Buat Radzif/Atan/Ben

From: Mohd Yasin Ismail
Sent: Wednesday, 2 May 2012, 14:23

    Seingat aku, nama "Ben' adalah dari aku kerana Radzif suka mencakar rakan-rakan sewaktu di Tingkatan 1, sepertimana nama "Ongkie" yang aku beri Roslal kerana terlalu berminat dengan nama seekor berok dalam filem Indonesia lakonan Rano Karno. Nama itu dari watak beruang dalam sebuah siri TV,Everglades awal 70an.
    Zaman persekolahan,kami selalu menonton wayang . Antaranya filem Indonesia. lakonan Herman Felani. Kata Ben, wajahnya seiras muka pelakon itu. Tahun 81, Ben resah apabila ditawarkan ke maktab perguruan. Bapanya meminta aku untuk berbual. Aku melawat Ben di rumah di Kampung Dodol, Pulau Pinang, masih tidak begiru ghairah untuk menjadi guru. Aku bersama Ben dan keluarganya mencari sekolah praktikalnya untuk tiga bulan di Penaga
    Terkenang sewaktu Ben lari pulang dari posting pertama di Sarawak dan muncul di rumah aku. Kakak aku ketawa besar mendengar cerita tentang kawasan beliau dihantar. Akhirnya Ben kembali ke Sarawak dan ditempat di kawasan Kem askar di Binatang atau sekarang Bitanggor. Dalam sedih, Lan Kandang ketawa sewaktu mengimbau kembara kami ke Penang dan tidur di Flat Kastam Zubir. Ben selalu bercerita pada aku tentang gadis Sarawak. Ibubapanya pula minta aku nasihat dia. Keluarga gadis itu ada berkunjung ke Kuala dan terpaksa tiap-tiap hari cuti sekolah aku menemani Ben bersama keluarga angkatnya itu. Keluh kesah dia, sewaktu kami meronda dalam kereta pertamanya, Nissan Stanza, tapi itulah kehidupan. begitu juga aku bercerita tentang ketidaksampaian hajat aku.
    Seperti pernah aku kongsi di ruangan ini, setiap pulang ke Kuala, Ben-lah yang aku cari kerana rakan-rakan lain entah kemana menghilang.
    Seronok mendengar perkhabaran bila Ben beritau akan berkahwin pada lewat 1988....dan ibu Ben minta nasihatkan apabila hajatnya untuk kali kedua.
    Sahabatku, sesungguhnya engkau dipilih Allah sebagai "tetamu abadinya'. Kekal jasadmu di bumi suci. Aku memohon padaNya agar engakau ditempat bersama roh mereka yang soleh.
   Ya Allah, terima kasih kerana menghadirkan seorang sahabat, walau seketika cuma, seorang sahabat yang tenang, sentiasa riang dengan ketawa dan senyum mesranya.
    Bersemadilah engkau di bumi Mekah, sahabatku. Perjalanan engkau telah berakhir di bumi fana ini. Aku masih mencari "harga ' di  sisi Allah SWT. memang aku amat sedih, amat terkesan dengan pemergianmu, TETAPI JANJIMU TELAH SAMPAI.

Salam Hormat
Yasin Ismail


Fw: [7378] BERITA SEDIH

From: Ahmad Hilaluddin <ahmad_hilaluddin@yahoo.com>
To: "cliffordian7378@googlegroups.com" <cliffordian7378@googlegroups.com>
Sent: Wednesday, 2 May 2012, 7:25
Subject: Fw: [7378] BERITA SEDIH

keceriaan razif ....tak sangka dia pergi dulu dari kita

 

----- Forwarded Message -----
From: HASNI AHMAD <hasni.ahmad@si-protech.com.my>
To: cliffordian7378@googlegroups.com
Sent: Wednesday, May 2, 2012 7:07 AM
Subject: [7378] BERITA SEDIH

Dengan rasa dukacita teman ingin memaklumkan Sahabat kiter, Mohd Radzif Kamaruddin @ Ben telah kembali ke Rahmatullah di Hospital King Abdul Aziz di Tanah Suci Mekah atas serangan jantung petang semalam jam 5.30 kira2 9.30 malam waktu Malaysia ketika mengerjakan Umrah di sana.
 
Pertemuan akhir dan urusan teman dengan Allahyarham adalah semasa KOSEC AGM di Kualer tempuh hari. Moga Roh Allahyarham sahabat kita dicucuri Rahmat hendaknya. Teman ingin memohon agar sahabat2 kiter di Kualer dapat menziarahi keluarga Allahyarham di rumah beliau di Kualer.
 
ALFATIHAH.