Laman Utama

24 Mei, 2012

Empty Nest

From: Mohd Yasin Ismail
Sent: Thursday, 24 May 2012, 9:26
Subject: Re: [7378] Empty Nest

Salam Pagi yang renyai

    ..sambil memerhati dari tingkap, mengira titis hujan, suasana menjadi hening seketika. Waktu begini lumrahnya kita manusia menjadi pemikir, merenung kembali sebuah kehidupan dan telah dilalui dan tertanya apakah yang direncana oleh Maha Pencipta untuk kita, hambaNya yang pasrah menerima setalah kita berusaha.
    Semalan sewaktu pulang dari kerja, rumah aku kosong. Isteri mengambil cuti CRK dan keluar bersama anak mencari barang keperluan untuk anak yang akan meninggalkan rumah nanti. Mundar-mandir aku ke ruang tamu, ke kamar tidur, ke dapur...meninjau dari ruang ke ruang dan berakhir ke bilik tidur anak, entah bila kali terakhir aku pernah meninjau bilik tidur anak.
    Tiba-tiba aku terasa the still air, terasa 'satu kekosongan' menerpa diri. Aku teringat nukilan aku tentang "empty nest" pada sautu waktu. terima kasih pada CPO dan Jijul yang respon pada waktu itu.
    Kini ia melanda diri. Aku cuba bayangkan "satu kekosongan' pabila anak bongsu yang akan meninggalkan kami. Betapa aku sewaktu mereka meniti kedewasaan, aku terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti sukan yang saban minggu, saban bulan pastinya bersama pasukan ...dan kurangnya aku bersama bersama mereka.
    Pasti aku yang merindui waktu yang "jarang aku bina bersama anak-anak". Bilik tidur mereka menjadi "empty nest". Aku makin merasainya.
    Aku cuba menghimpun waktu-waktu bersama mereka, memerhati mereka menuju dewasa.
    Malang aku "tidak bersama mereka waktu itu". Bilik tidur itu pasti sepi dan aku...aku pasti menanti mereka pulang nanti untuk bertengkar keran waktu kejadian itu dahulu, aku 'terlewat, tiada di rumah untuk bersama meleraikan pertengkaran mereka'
 When will the birds return to their nest?

Gunsmoke
Yasin Ismail




Tiada ulasan:

Catat Ulasan