Laman Utama

28 Oktober, 2012

[7378] Kenang Kenangan Abadi (... oleh Sham)

Disaat saat selepas mengetahui status Razali, aku kuatkan semangat dan persediaan untuk ziarahi beliau di CCU Tkt 7 Hospital Tuanku Bainin, Ipoh. Pergerakan seawal dari Kangar, jam 8 pagi, menghala ke Ipoh, singgah sebentar dirumah sepupu di Sg Petani, dan jam 11 meneruskan perjalanan, singgah dirumah Chan, dirakam alamatnya di GPS, ku biarkan saja kemana laluannya dituju, kuberhentikan kenderaan, dihadapan rumahnya, kereta merah "ferrarinya", tidak kelihatan, sambil membetulkan positioning GPS, 9han keluar dari rumah, menyapa dan disambut ke dalam rumahnya, sembang tak lama, hidangan tengahari telah disediakan, disambut dengan makan tengahari, ikan segar dari Taiping, yang berdekatan dengan sumber laut, dengan aneka juadah soto, nasi dan seadanya. Inilah kali pertama sampai dirumahnya, Kamunting, Taiping, yang 40 tahun dahulu, adalah miripnya tidak ada, berubah ditelan pembangunan fizikal dan masa silam. 

Kuteruskan jalanan ke Ipoh dan terus ke Hospital, dimana Razali dirawat, semasa aku sampai disitu, Zamzuri, adiknya ada disitu, mungkin tidak dijangka kehadiranku disitu, hampir tercengang kira kira seminit, siapa gerangan yang datang, almaklum, sudah kesekian lama tidak ketemu dia, laksana mula mula mengecam rakan rakan semasa mula mula gathering di Chandan Gallery. 

Razali, dikatilnya, direhatkan dengan rawatan rawatan, denyutan jantungnya 115 beat per minit, yang sebelumnya difahamkan 170 beat per minit, Sambil bercerita dengan adiknya , Zamzuri, lebih kurang setengah jam, aku mohon berundur, dan menuju semula ke utara, Razali menyampaikan salamnya pada rakan rakan cliffordian, dia tidak banyak, bercakap, itu rasminya, masa masa dizaman persekolahan, Sebelum mengudur diri, sempat ketemu dengan Zuraida dan Zah, yang kebetulannya, Zah  di Perlis, tapi kami tidak pernah ketemu.

Singgah di Sungai Siput sebentar, lantas ke Kuala Kangsar, kedei Seli, tutup, lantas bergerak terus ke utara, 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[M_7378_80] Perjalanan Haji 2005

Haji adalah merupakan perkara rukun dalam fondasi syarat syarat dalam Islam, dan ianya memerlukan dana yang terancang untuk dikumpulkan, tatkala tahun 2005 hanya RM 8888. Bagi yang telah cukup, mendaftarkan diri dengan LUTH adalah pra syarat untuk perjalanan Haji. Perancangan awal perlu dititik beratkan, itulah akhirnya kita, selaku Hamba ALlah, atas perintahNya, mengerjakan Haji, bagi yang ada kemampuan kearah itu.

Persediaan awalnya, adalah adanya niat untuk melaksanakan perintah itu sekali seumur hidup, dan perasaan kecintaan kearah itu perlu ditanamkan seawal waktu muda belia, remaja yang baru memasuki alam kerjaya, ditabung berdikit dikit, dan penyerahan secara total amat menjadi kriteria penting dalam melaksanakannya.

Bagi yang ada sedikit kemampuan, pergilah laksanakan Umrah terlebih dahulu, ketika ini, penantiannya terlalu lama, selepas mendaftar diri sebagai persediaan Haji, jika ditahun tahun 1990 an, ruang menunggu adalah 6 tahun, kini telah mencecah puluhan tahun, lebih lebih lagi, umur yang selewat ini, hampir saja mustahil, melepasi giliran yang panjang.

Hari ini, 8hb Zulhijjah, kebanyakan jemaah telah berkumpul di Mina, solat Zohor secara qasar, Asar secara qasar, Maghrib dan Isha secara qasar dan keesokannya selepas Subuh, 9hb Zulhijjah berkumpul di Arafah sehingga matahari terbenam, Arafah adalah puncak pada kerja Haji, Haji adalah Arafah, maksud Hadis, berdoa untuk keampunan, dan menjadi manusia baru dalam kehidupan yang panjang, agar dosa dosa kita diampunkan.

Setelah itu bergerak ke Muzdalifah, bermalam disitu dan selepas Subuh bergerak ke Mina, melontar di Jamratul Kubra, lantas setelah itu ke Mekah, melakukan Tawaf Haji dan Saie Haji, tamatnya perihal rukun rukun Haji, sebaik selepas itu, selepas Asar menuju semula ke Mina, bermalam disitu untuk melontar di ketiga tiga Jamrat sehinggalah di hari hari 11 12 dan 13 Zulhijjah, maka selesailah kerja Haji, sekali seumur kehidupan.

Sesungguhnya, kerja kerja Haji, memerlukan fizikal yang kuat dan sihat, agar kita yang masih bekum berkesempatan, mohon berdoa agar dimudahkan laluannya.

Moga kita menuju kearah itu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 Oktober, 2012

[7378] Hari Hari Tua (... oleh Sham)

Merenung jauh, sejauh ini perjalanan, banyak laluan manis dan pahit dilalui, yang sayu, yang gembira, menerusi fasa fasa tersendiri, menerajui kehendak yang tidak pernah ada sempadan. Dilalui dengan suasana hambar dan kosong laksana padi sambang, yang tidak membuahkan beras, walhasil, tangan kosong, tiada kesudahan.

Yang berhasil, tersenyum lebar, menerobos alam, laksana dunia ana yang punya, begitu lirik lagu P Ramlee dalam mengolah cerita cerita rakyat, yang secara relatifnya berputar menurut fasa fasa tertentu. Yang terbantut terlopong menunggu buah tak gugur, bila keguguran, sambang hanya.

Kehidupan, melankoliknya seumpama irama dan lagu, tercemar ianya jika sumbang. Yang dihajati tak semestinya dapat segala, kerana batas batasnya tetap ada, walau hajat setinggi gunung.
Pungguk mendayu rindukan bulan, bila bulan mengambang, pungguk keriangan, tapi bila bulan gelap, pungguk kesuyian kembali. Sinonim kehidupan kita, pasca keemasan, seperti pungguk merindukan bulan, walhal serba serbinya sudah layu, menanti gugur menyembah bumi.

Tidak usah gusar itu semua, tidak dapat hari ini, esok masih ada dalam suasana kehidupan yang kekal abadi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

22 Oktober, 2012

[7378] Teluk Batik Dalam Kenangan (... oleh Sham)

Sudah seketika, mengingatkan arwah Afandi, yang sinonim dengan pertemuan beberapa rakan Cliffordian, yang aku sendiri lewat sampai disitu, kerana ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan, dengan rakan rakan yang terlebih dahulu sampai di lewat petang, aku terpaksa bergelut dengan waktu untuk sampai disitu. Keterbatasan dan kesuntukan itu, namun aku sampai juga di destinasi, kira kira jam 9 malam, dan segerombolan rakan rakan telah ada di acara santai, yang membakar ikan, merebus lobster, dan tidak ku sangka itulah hari hari yang tidak ku lupai, yang pertamanya, itulah kali pertama aku menjamah lobster, walaupun asidnya tinggi, khuatir gout menyerang.

Yang keduanya, itulah gathering yang terakhir, Afandi bersama kita, dan keesokannya, sebelum aku menyusur keluar dari Lumut, aku berkesempatan berjumpa Afandi, dan tidak lama selepas pertemuan itu, Afandi pulang buat selama lamanya.

Begitulah kisah Teluk Batik, dan pertemuannya, bila pula kita boleh beronggok lagi?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[7378] Re: Sesekali Berfikir Diluar Kotak.

Mengelilingi Kuala Lumpur dengan bas, yang baru dilancarkan baru baru ini, bas percuma, untuk spot yang tidak dilalui bas bas biasa, mengelilinginya khusus untuk pelancong luar, dan tempatan, mengakibatkan kegusaran pada perkhidmatan teksi, lantas seketika, mereka berdemo di Kuala Lumpur, sehingga terganggu laluan jalan, pengalaman menaiki teksi disekitar Lembah Klang, amat menyakitkan, lebih lebih lagi mendapatkan khidmat mereka antara The Curve, di PJ ke Pusat Bandar, terutama disebelah petang, nak diapakan mereka ini, akibat beberapa kerat yang mengamalkan sedemikian, habis rosak susu sebelanga, tapi ikut nasib la....,sehinggakan rating pemandu teksi, yang dikomen oleh pelancong luar, mengkategorikan, paling teruk di dunia.

Tapi itu kata mereka, pengalaman di Mumbai, terasa sesak dengan perangai mereka, habis duit dipoket, bayar teksi mengelilingi bandarnya, hingga terbantut perjalanan ke Agra, terpaksa mencari "kawanku" di Mumbai, rupa rupanya, penduduk tempatan hanya naik keretapi, dan kereta roda 3. Akibat segelintir yang mencacatkan keadaan, dan juga di New York, tanya habis habisan dulu, sebelum dicantasnya kenalan baru itu.

Namun bersiar siar di Kuala Lumpur, antara lokasi ke lokasi perdagangan, mungkin tidak bermasalah, tapi apabila melibatkan kerja yang perlu dilaksanakan, agak sukar mendapatkan perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai sejak dahulu. Lebih lebih lagi dipenempatan dan lokasi baru, yang jauh dari laluan perkhidmatan awam.




------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Sesekali Berfikir Diluar Kotak.
Sent: Oct 21, 2012 9:56 AM

Ketika kecil, cita cita tidak pernah diabadikan dalam kenyataan missi kehidupan, cukuplah sekadar apa yang ada, ikut jadi. Perubahan datang dengan status masa itu, dah terantuk baru tenggadah. Nasi dah jadi bubur, nak di putar masa, mustahil berlaku, melainkan perubahan datang apabila diketuk rasa dan sentimen semasa, tak dipecah ruyung, mana nak dapat sagunya.

Kelmarin, kesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu sebelah ayah di kawasan rekreasi di sekitar Bukit Jalil, kesempatan bertemu saudara mara dan rakan yang lama tidak kunjung berita, ada dikhabarkan jua, rakan sewaktu kecil, telahpun kerahmatullah setahun yang lalu, lantas bertukar tukar cerita dan termenung sejenak, begitu masa berjalan tanpa menunggu dan terus berdetik. Terlihat jua kelibat , satu satunya zuriat, anak kepada abang sepupu  yang telah kerahmatullah pada tahun 1989, sebaik 4 bulan kerahmatullah pengasuh dari kecilku, Fatimah Kassim, yang jua sama sama membesar dengan sepupu sepupu yang lain, Noraziah Zainal Abidin.

Alfatihah untuk mereka yang telah mendahului, nenda, emak saudara, pengasuh kecilku, kakak sepupu Rabaadawiah, ayah, ibu yang telah pergi.

Peristiwa peristiwa ini, banyak mengingatkan, dimana asal usul, dan merenung nikmat yang dikecapi, yang tidak putus putus digarap dan di lunasi kepada yang memerlukan.

Amir Bolia, begitulah namanya, tak semena mena, aku bernostalgia lagi disepanjang jalanan ke utara pagi ini.

Semalam, berkesempatan berjumpa Aiznin, worth sharing a thought, dengan rakan sepersekolahan, malamnya, kami berjalan di pasar malam Bukit Bintang, dan bersama sama mengecapi Musang King, King of Fruits, moga apa yang ditasai dan dikecapi, tidak mudharatkan kesihatan, dan perjalanan kehidupan selanjutnya. Masih banyak perkara yang memerlukan untuk terus berusaha, kerana yang bergantung harap, masih memerlukan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

19 Oktober, 2012

[7378] Kesepian Seorang Tua (... oleh Sham)

Sebaik sahaja, tua melingkari kehidupan, kesunyian adalah teman yang amat dicemburui, lebih lebih lagi, dibawa sifat termenung yang panjang, melayani perasaan mengingati suasana silam, yang hanya tinggal kenangan. Semua itu adalah peristiwa silam, yang dilingkari dengan kisah kisah semalam , suasana pilu, yang acapkali dikenang.

Suasana sukar, dialami dengan penuh getir, dilalui jua ragam ragam kehidupan walaupun badainya cukup trajis, dilalui dengan penuh pancaroba. Suatu ketika menjadi pekerja pada agensi kerajaan, dan suatu ketika bekerjaya dengan swasta, masing masing punyai corak kerja yang berbeza.

Ada ketika, menjadi siswa, setelah puas bekerja, dan tiada kesudahan, apabila penilaian panel penilai, walhasil dari siapa yang kita kenal, apa harapannya, dan sejauh mana bodeknya dimamah perasaan. Ada ketika , bekerjaya sendiri, kehidupan disara sendirian, bekerjaya dikalangan rakan rakan seperniagaan, yang mewarnai kehidupan, belajar semula, menjadi mahasitua, mencernakan keadaan dan mencorak minda, agar tidak duduk dibawah kepompong tempurung.

Seketika, bersekongkol dengan pasukan mencari pelabur, maka, dunia global menjadi medan, dan harapan mengubah hidup, tidak terungkai dengan sekelip mata. Harapan dan pergantungan harap Pada Yang Menjadikan, sesungguhnya permohonan itu diberi tangguh, agar kita terus berusaha, hingga ke titisan akhir.

Sesungguhnya kesepian muncul dengan kesunyian, lebih lebih usia tua yang dilalui, sementara menunggu hari yang dijanjikan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17 Oktober, 2012

[7378] Berkelana semula

Setelah 15 tahun berkekang dipejabat, ditambat pada meja dan kerusi kini berkelana dijalanan mencari rezeki. Kini sebagai peguambela yang membantu kenalan dari Lembah Mesjid Kuala Kangsar. Setelah soal selidik baru dapat tahu bahawa beliau masuk Clifford sepuloh tahun selepas aku meninggalkan Clifford. Pada mula ingin hati meletakkan yuran guaman mengikut kadar pasaran, namun sifat belas kasihan masih menebal dan mengenangkan alumus alma mater dan dikira jiran sekampung maka diambil upah ala kadar setakat lepas perjalanan pergi dan balik dan tidor semalaman di Tapah. 

Suasana sunyi tanpa leteran isteri menjemukan diri namun ianya juga membebaskan minda dan membawa kepada keinsafan. 

Dikala malam, pekan Tapah sunyi tanpa kehadiran penghuninya yang mungkin tidur atau melayan TV2 dengan cerita penglipurlara P Ramlee yang penuh satire dan komen kemasyarakatan. 

Tapah tempat singgah pembalak dan pembekal sayuran dari pergunungan Cameron sunyi dengan deruan lori dan mobil mobil menghala ke kota Metropolitan KL atau mencari hiburan di Ipoh. Namun ianya masih rancak dengan irama nya tersendiri kalau pandai mencari dan sanggup melayarinya. 

Belalang di Tapah. 


012 2937837
For God King & Country
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

14 Oktober, 2012

[7378] Untuk Kalian yang bernama Sahabat... (oleh CPO)

 

Kalian ibarat titisan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan

Kalian adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan

Kalian adalah pohon rendang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian

Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang mereka

Kalian adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran

Kalian adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jangkal bumi yang berdebu 
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian

Kalian adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan……..

 

 

 

 

[7378] Re: Kelkatu Di Kuala Lumpur (...oleh Sham)

Selesai menyapa durian, macam macam pulak klon baru, dinamakan musang king, musang queen, mother of king, nak disantap, amat mahal, dan disapa sebiji mencecah 35 ringgit, hantu durian tak boleh nak makan seranjang dah, memadai sebiji dikerat 2 bahagian. Begitulah kisah sapaan durian, dan jenis jenisnya.

Laluan malam, di sudahi dengan perjumpaan minum malam bersama rakan Wangsa Walk, Megat Fuzy dan Hasni mengakhiri pertemuan, memeningkan kepala, memikirkan permasalahan Kelkatu di Kuala Lumpur, betapa aku telah menjadi asing dengan perkembangan di tanahairku.

Hari ini, mengakhiri lawatan sepanjang 8 hari di Lembah Klang, kepelbagaian ragam kehidupan dan perkembangan serta pengembangan infrastruktur dan yang mendiaminya.

Kuala Lumpur, tinggalannya meruntun perubahan, seindah matahari bersinar cerah, dipagi hari.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Kelkatu Di Kuala Lumpur
Sent: Oct 13, 2012 7:18 PM

Sebaik hujan sidang, maka kelkatu mencari dimana banyaknya cahaya bergemerlapan, mencari aneka perkara, yang kerja, yang mengerjakan, yang cari makan, yang makan cari, semuanya beralasan nak hidup, hidup untuk makan, makan untuk hidup. Apa sahaja alasan punyai alasan bersahaja.

Dilorong lorong kehidupan sebegini, ibu segala ibu, punyai berbagai ragam, yang berumah, yang tak berumah, semuanya melanjutkan aktiviti kehidupan, yang menjadi mangsa dan dimangsakan. Semua ini meletihkan, bagi yang mencari kerja dan bekerjaya di Kuala Lumpur.

Aku hanya datang sesekali, sebulan sekali, menyelia beberapa client disekitar Kuala Lumpur. Tapi datang kali ini, melajakkan diri hingga ke hujung minggu, dan merayap di sekitar Kuala Lumpur dengan anak bongsu. Realiti kehidupan menjadi warga marhaen, bukanlah mudah untuk menyara kehidupan.

Letih melihat keadaan. 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Oktober, 2012

[7378] Antara Lembut Dan Keras (oleh Sham)

Coretan minggu ini, lebih kepada laluan kehidupan sepanjang zaman, peristiwa peristiwa silam dan pengalaman pengalaman lalu, menjadi kayu ukur dalam memutuskan sesuatu haluan, sama ada untuk diharungi, mahupun dicernakan dalam pemutus kata dan pendirian. 

Perpatah klasik, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata rosak binasa, terlajak kelakuan merosak badan. Namun falsafah ini, diajar melalui fasa fasa dari alam kejahilan, namun diasuh dan di didek dari  sumber sumber yang mutawatir, membolahkan yang keras menjadi lembut. Kajian psykologis, menemukan bahawa, laluan perjalanan kehidupan, disepanjang jalanan berliku, kita adalah kita yang dahulu, apa yang tersirat diusia 20 an adalah kita yang sudah separa abad. 

Namun sebagai insan yang dibimbing dan diasuh dengan sumber yang benar dan betul laluannya, yang keras jiwanya, bisa meluluhkan hati nurani dan menjadi hati yang salim, yang diimbangkan dengan aqal yang waras, yang keras bisa saja jadi lembut.

Yang muda sasa, telah menemui alam tua yang meluluhkan, Kita tidak dituruti dengan langkah yang tidak benar, agar yang bengkok bisa lurus, yang keras dimbangkan dengan kelembutan jiwa yang tenang.

Moga pengakhiran kita, baik adanya. Yang pasti kita bakal pergi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

12 Oktober, 2012

[7378] Koperasi Oh Koperasi (oleh Sham..)

Mengharungi kursus wajib bagi ALK untuk hari kedua, pendedahan demi pendedahan, mengenai tugas dan tanggongjawab, semuanya berkisar pada tindakan menurut statutori, fidusiari dan operasional, almaklum rata ratanya adalah kerja perorangan, yang masuk angin keluar asap, makan pagi kenyang ke petang, keesokannya meraih rezeki yang lain.

Namun apa jua tanggongjawab menurut statut, fidusiari dan operasional, kena difikirkan keberlanjutannya, sesuatu kenderaan untuk bergerak, agar ianya tidak rosak, writ off, mahupun apa jua kebaikan untuk kebersamaan yang saksama, berat sama di tanggong, ringan sama sama dijinjing.

Rata ratanya, Koperasi, mahupun sumbangannya pada KDNK, hanya 1.7 peratus dari sumbangannya menurut perangkaan yang tersurat. Moga impian impian dan harapan tetap dihati sanubari, mahupun fizikal sudah letih dan layu.

Semua aspek teknikal, dan operasional disumbang pemikiran, agar kapal ini biasa mengharungi lautan biru, yang berdepan dengan ombak ombak yang ganas, dan terus menuju destinasi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 Oktober, 2012

[7378] Pulau Pinang Dalam Kenangan. Pt.2 (oleh Sham)

Sehabisnya seminar kali ini, diteruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, singgah di Bukit Merah melelapkan mata. Keletihan memerah otak dan input input keatas praktis yang telah diceburi, mahupun sudah 20 tahun memegang amanah dan keperluan pelanggan.

Suasana praktis lebih kepada compliance, dan keperluan keatas perkembangan terbaru, terdapat 3 perkembangan baru dalam perundangan, diatas pengenalan Akta Syarikat, 2012, Akta Limited Liability Partnership dan GST. Semuanya menjurus kepada compliance, dimana masyarakat peniaga, khususnya SME yang mendominasikan kegiatan ekonomi, dimana lebih dari 98% tergolong SME.

Semuanya, menampakkan laluan sukar untuk terlepas, umpamanya pengenalan GST, adakah kesediaan SME menerima ini, walaupun impaknya lebih kepada pengguna akhir, yang menanggung kos lebih tinggi. Kesemua ini, apa sahaja dibawah langit dan didasar lautan, kesemuanya di GST kan, semuanya menjurus kepada transformasi kearah negara maju. Yang tak maju, hanya kita terpingga pingga, diatas kesesuaian implementasi, dimana kita merasa terasing dengan perkara perkara baru diperkenalkan, walhasil kesudahannya semuanya dicukai.

Pening lalat memikirkannya.

[7378] Pulau Pinang Dalam Kenangan. (oleh Sham)

Aktiviti perniagaan di Pulau Mutiara ini, bergerak pantas dengan kepelbagaian dagangan, dari memperdagangkan aktiviti aktiviti kelangsungan kehidupan, sama ada yang berupa perkhidmatan, pertukaran dagangan berbentuk input dan output, import ekspot, pelancongan, hartanah dan kepelbagaian. Yang mencari laba, melabur dalam hartanah, kebetulannya semalam ketemu dengan yang terlibat dalam sektor hartanah, diambil dari senario dan modus operandi sektor ini, lantaran dibuka sahaja kaunter jualan untuk ditempah pembelian, deposit 10 % dari nilaian hartanah, laksana pisang goreng panas, dijual dengan lahap oleh pembeli, yang mencari laba pulangan dalam masa 4 hingga 5 tahun.

Yang masih tak terjual hanya untuk kuota bumiputra, yang masih tertunggu dan masih boleh diperolehi. Yang sanggup mengambil risiko, 4 hingga 5 tahun , dijual dengan 2 hingga 3 kali ganda dari harga asal. Golongan pemodal ini, mencari laba, atas keuntungan kenaikan hartanah, walaupun adanya Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), tetapi masih membawa keuntungan, dan sememangnya, bidang ini adalah yang priority dalam kamus harian. Dimana ada pembangunan hartanah baru, yang sederhana, 2 ke 3 ratus ribu, boleh mencecah 5 ke 6 ratus ribu dalam masa 5 tahun. Itu cara "orang hartanah" dalam modus operandi.

Bagi masyarakat yang terbanyak, masih terkial kial untuk survival kehidupan, masih juga bekerja secara konvensional, cara lama, dimana dengan dunia global ICT, dunia adalah sasaran pasarannya, tidak hairanlah, hartanah di sepanjang Gurney dan sekitarnya, pemileknya adalah dari Hong Kong, Taiwan, di daerah daerah Negara perindustrian Baru.

Peluang dan penerokaan ini masih ada, tetapi kita yang dah lewat serba serbi, hanya mampu melihat mainan mereka dalam perihal dagangan ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.