Laman Utama

14 Oktober, 2012

[7378] Re: Kelkatu Di Kuala Lumpur (...oleh Sham)

Selesai menyapa durian, macam macam pulak klon baru, dinamakan musang king, musang queen, mother of king, nak disantap, amat mahal, dan disapa sebiji mencecah 35 ringgit, hantu durian tak boleh nak makan seranjang dah, memadai sebiji dikerat 2 bahagian. Begitulah kisah sapaan durian, dan jenis jenisnya.

Laluan malam, di sudahi dengan perjumpaan minum malam bersama rakan Wangsa Walk, Megat Fuzy dan Hasni mengakhiri pertemuan, memeningkan kepala, memikirkan permasalahan Kelkatu di Kuala Lumpur, betapa aku telah menjadi asing dengan perkembangan di tanahairku.

Hari ini, mengakhiri lawatan sepanjang 8 hari di Lembah Klang, kepelbagaian ragam kehidupan dan perkembangan serta pengembangan infrastruktur dan yang mendiaminya.

Kuala Lumpur, tinggalannya meruntun perubahan, seindah matahari bersinar cerah, dipagi hari.

------Original Message------
To: Cliffordian Mail
Subject: Kelkatu Di Kuala Lumpur
Sent: Oct 13, 2012 7:18 PM

Sebaik hujan sidang, maka kelkatu mencari dimana banyaknya cahaya bergemerlapan, mencari aneka perkara, yang kerja, yang mengerjakan, yang cari makan, yang makan cari, semuanya beralasan nak hidup, hidup untuk makan, makan untuk hidup. Apa sahaja alasan punyai alasan bersahaja.

Dilorong lorong kehidupan sebegini, ibu segala ibu, punyai berbagai ragam, yang berumah, yang tak berumah, semuanya melanjutkan aktiviti kehidupan, yang menjadi mangsa dan dimangsakan. Semua ini meletihkan, bagi yang mencari kerja dan bekerjaya di Kuala Lumpur.

Aku hanya datang sesekali, sebulan sekali, menyelia beberapa client disekitar Kuala Lumpur. Tapi datang kali ini, melajakkan diri hingga ke hujung minggu, dan merayap di sekitar Kuala Lumpur dengan anak bongsu. Realiti kehidupan menjadi warga marhaen, bukanlah mudah untuk menyara kehidupan.

Letih melihat keadaan. 



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan