Laman Utama

28 Oktober, 2012

[M_7378_80] Perjalanan Haji 2005

Haji adalah merupakan perkara rukun dalam fondasi syarat syarat dalam Islam, dan ianya memerlukan dana yang terancang untuk dikumpulkan, tatkala tahun 2005 hanya RM 8888. Bagi yang telah cukup, mendaftarkan diri dengan LUTH adalah pra syarat untuk perjalanan Haji. Perancangan awal perlu dititik beratkan, itulah akhirnya kita, selaku Hamba ALlah, atas perintahNya, mengerjakan Haji, bagi yang ada kemampuan kearah itu.

Persediaan awalnya, adalah adanya niat untuk melaksanakan perintah itu sekali seumur hidup, dan perasaan kecintaan kearah itu perlu ditanamkan seawal waktu muda belia, remaja yang baru memasuki alam kerjaya, ditabung berdikit dikit, dan penyerahan secara total amat menjadi kriteria penting dalam melaksanakannya.

Bagi yang ada sedikit kemampuan, pergilah laksanakan Umrah terlebih dahulu, ketika ini, penantiannya terlalu lama, selepas mendaftar diri sebagai persediaan Haji, jika ditahun tahun 1990 an, ruang menunggu adalah 6 tahun, kini telah mencecah puluhan tahun, lebih lebih lagi, umur yang selewat ini, hampir saja mustahil, melepasi giliran yang panjang.

Hari ini, 8hb Zulhijjah, kebanyakan jemaah telah berkumpul di Mina, solat Zohor secara qasar, Asar secara qasar, Maghrib dan Isha secara qasar dan keesokannya selepas Subuh, 9hb Zulhijjah berkumpul di Arafah sehingga matahari terbenam, Arafah adalah puncak pada kerja Haji, Haji adalah Arafah, maksud Hadis, berdoa untuk keampunan, dan menjadi manusia baru dalam kehidupan yang panjang, agar dosa dosa kita diampunkan.

Setelah itu bergerak ke Muzdalifah, bermalam disitu dan selepas Subuh bergerak ke Mina, melontar di Jamratul Kubra, lantas setelah itu ke Mekah, melakukan Tawaf Haji dan Saie Haji, tamatnya perihal rukun rukun Haji, sebaik selepas itu, selepas Asar menuju semula ke Mina, bermalam disitu untuk melontar di ketiga tiga Jamrat sehinggalah di hari hari 11 12 dan 13 Zulhijjah, maka selesailah kerja Haji, sekali seumur kehidupan.

Sesungguhnya, kerja kerja Haji, memerlukan fizikal yang kuat dan sihat, agar kita yang masih bekum berkesempatan, mohon berdoa agar dimudahkan laluannya.

Moga kita menuju kearah itu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan