Laman Utama

06 Oktober, 2012

[7378] Pulau Pinang Dalam Kenangan. (oleh Sham)

Aktiviti perniagaan di Pulau Mutiara ini, bergerak pantas dengan kepelbagaian dagangan, dari memperdagangkan aktiviti aktiviti kelangsungan kehidupan, sama ada yang berupa perkhidmatan, pertukaran dagangan berbentuk input dan output, import ekspot, pelancongan, hartanah dan kepelbagaian. Yang mencari laba, melabur dalam hartanah, kebetulannya semalam ketemu dengan yang terlibat dalam sektor hartanah, diambil dari senario dan modus operandi sektor ini, lantaran dibuka sahaja kaunter jualan untuk ditempah pembelian, deposit 10 % dari nilaian hartanah, laksana pisang goreng panas, dijual dengan lahap oleh pembeli, yang mencari laba pulangan dalam masa 4 hingga 5 tahun.

Yang masih tak terjual hanya untuk kuota bumiputra, yang masih tertunggu dan masih boleh diperolehi. Yang sanggup mengambil risiko, 4 hingga 5 tahun , dijual dengan 2 hingga 3 kali ganda dari harga asal. Golongan pemodal ini, mencari laba, atas keuntungan kenaikan hartanah, walaupun adanya Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT), tetapi masih membawa keuntungan, dan sememangnya, bidang ini adalah yang priority dalam kamus harian. Dimana ada pembangunan hartanah baru, yang sederhana, 2 ke 3 ratus ribu, boleh mencecah 5 ke 6 ratus ribu dalam masa 5 tahun. Itu cara "orang hartanah" dalam modus operandi.

Bagi masyarakat yang terbanyak, masih terkial kial untuk survival kehidupan, masih juga bekerja secara konvensional, cara lama, dimana dengan dunia global ICT, dunia adalah sasaran pasarannya, tidak hairanlah, hartanah di sepanjang Gurney dan sekitarnya, pemileknya adalah dari Hong Kong, Taiwan, di daerah daerah Negara perindustrian Baru.

Peluang dan penerokaan ini masih ada, tetapi kita yang dah lewat serba serbi, hanya mampu melihat mainan mereka dalam perihal dagangan ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan