Laman Utama

22 September, 2012

[7378] Yang Bertugas Dan Yang Mencari (nukilan Sham..)

Selagi ada hayat, kita bekerja, yang kerjanya dengan adanya majikan, tugasan ditentukan, ada era kini, KPI yang konsepnya dibincangkan oleh Kaplan, di zaman Pandang Ke Timur ditahun 1980 an dulu, dengan adaptasi konsep kualiti, yang dipelopori dan dibahas oleh Deming, Juran, Crosby, Feigenbaum, Harrington, Ishikawa. Konsep konsep ini diketengahkan di US, dan di implementasikan dengan zero defect di Jepun. Maka berbondong bondong lah carta tulang ikan, menerangkan baik buruknya perspektif organisasi dan usaha menambah baik diikhtiarkan.

Dalam amalan amalan pengurusan abad kini, adaptasi proses adalah bertaut rapat dari sejak Adam dijadikan sebagai Khalifah dimukabumi lagi. Ditautkan konsep taat pada Pencipta, mematuhi arahan, penalti dan seumpamanya, semuanya langsung dari kehendak peraturan dan arahan Pencipta.

Proses ini berlangsung hinggalah ke akhir zaman, dengan pelbagai penemuan melalui penyelidekan dan pembangunan, dari petunjuk petunjuk yang digariskan dalam manuskrip lama, yang tersimpan, sama ada di arkibkan dan dihafal secara mutawatir dari zaman berzaman.

Ada dulu, ada sekarang, lain dulu lain sekarang, lain padang lain belalang, setiap yang bermula akan berakhir.

Dengan adanya ledakan maklumat, proses mengkaji dan mencari sesuatu fakta keilmuan, agak mudah dicari dihujung jari, itulah sumbangan Reagan terhadap internet. Yang lama tak pernah berjumpa, ditanya khabar, telah melalui perkhabaran dengan boleh rancak melalui ruangan sembang sembang dialam maya.

Begitulah kita. Capaian yang kebanyakkannya telah ada, sebaran sesuatu maklumat, mudah dan tepat, boleh ditentukan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan