Laman Utama

24 Februari, 2014

[7378] Ahad Yang Sepi lagi Suram.....

Salam sejahtera buat semua
Salam kasih buat kalian
Bacalah catatan catatan di sini
Biarpun berapa kali selagi kalian sudi

Inilah catatan hati ini
Inilah diriku ini

Hati perasaan dan diri
Ku tulis susunan berbahasa ini
Untuk di nikmati diri
Juga untuk kalian yang sudi
Kurang silap usah di ambil hati

Citaku bukan sasterawan terbilang
Aku senang begini
Manusia kecil biasa biasa 
Punya hati punya rasa bebas berbicara 

Bila terbayang kenangan lalu
tersenyum sinis apa yang dilalui 
Kerana pahit dan manis se iringan 
Menjadi peringatan yang jujur 
Lalu ku simpan kenangan itu 
Menjadi rakan sepanjang usia

 

Dalam meniti hari
Bertaut kembali jalinan lama 
Bukan untuk di miliki
Sekadar untuk dirasai 
satu kenangan abadi
Pengajaran yang bererti

Meniti sisa sisa kehidupan ini…..

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.

16 Februari, 2014

[7378] SOROTON HARI HARI MENDATANG

Tahun 2013, telah meninggalkan kita, dengan laluan cerita dan kisah kisah, suka duka, susah senang, ditinggalkan pelbagai peninggalan, serta nostalgia, yang menjadi igauan dan senyum sendirian. 2014 menorak langkah dan ini telahpun memasuki bulan ke 2, dan pantasnya masa, sesedarnya, rata rata telahpun cukup matang untuk membuat apa sahaja keputusan dalam mengharungi kehidupan yang mencabar dan tercabar.

Kehidupan perlu dilalui, di hambat , gunung dikejar tidakkan lari, yang lari, hanyalah kita, dengan permasalahan pelbagai. Namun sebelum lari, biarlah dicuba dan dipertahankan apa yang ada, untuk tidak kesal, kenapa aku tidak pernah mencuba, ataupun terantuk dengan sesuatu kebejatan. 



HISHAMUDIN ALLI

-- 
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Budak Kelipod" group.